"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, September 30, 2011

YB Adun dan Parlimen lihat sama masalah kuil Hindu Seksyen 19, Selangor!!!

1. Pada 29/12/2007 MBSA maklumkan kuil akan berpindah ke Seksyen 22. Tetapi pemindahan dibatalkan selepas PR berkuasa Mac 2008 dengan alasan tapak kuil jauh kedalam. Pada Disember 2008 penduduk mohon bantuan daripada pertubuhan NGO kerana aktiviti kuil ganggu ketenteraman dan masalah sampingan semakin serius. Pada Januari 2009 Pertubuhan NGO bina gelanggang bersebelahan kuil untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar. NGO hantar memorandum minta kuil segera dipindahkan.
2. Pada 30/05/2009 YB Adun maklumkan kuil di Seksyen 19 akan berpindah keSeksyen 23. Surat keputusan mesyuarat pemindahan kuil ditanda tangani oleh YB Adun Batu 3, YB Ahli Parlimen Shah Alam dan Wakil kuil pada 07/05/2009 bersetuju kuil Mariaman Seksyen 19 dipindahkan ketapak baru di Seksyen 23. Penduduk Islam disana tidak bersetuju kerana mereka tidak mahu sebuah kuil Hindu yang besar dibina berhampiran kawasan perumahan majoriti Islam. Dokumen MTEN Julai 2009 ada menulis laporan bantahan penduduk Seksyen 23. Kenapa kawasan tapak kuil dipagar walaupun penduduk sudah buat bantahan kepada pihak berkuasa?. Kawasan itu berhampiran Padang Permainan.
3. Pada 28/08/2009 demonstrasi penduduk Seksyen 23 di SUK membantah pemindahan kuil dari Seksyen 19. Apabila kepala lembu diusung sebagai tanda protes ramai buka mata dan melenting konon hina penganut Hindu?. Akhbar Harakah 4-6 September 2009 menuduh UMNO sebagai dalang kepala lembu. Logikkah buat tuduhan tanpa siasat masalah sebenar kenapa penduduk  Seksyen 23 bantah kuil itu?. Kenapa pengunjung kuil yang membuat provokasi kepada penduduk Islam Seksyen 19 dibela dan disokong oleh pemimpin PR?. Pada 30/09/2009 Bahagian Sekretariat Akhbar Kerajaan Selangor keluarkan risalah “Memahami Isu Pemindahan kuil di Seksyen 19 ke Seksyen 23”. Laporan tidak berlaku adil kepada penduduk Islam dan NGO Islam.   
4. Penduduk mengadakan sidang media desak pindahkan kuil ketapak lain. Pada Jun 2010 YB Adun umumkan melalui media pemindahan kuil di Seksyen 19 selesai September 2010. Tetapi selepas berakhir September kuil tidak pindah.  Selepas itu YB Adun Puan Rodziah dan YB Khalid Samad umumkan pemindahan kuil Seksyen 19 selesai pada akhir November 2010. Kini selepas hampir setahun berlalu, kuil Seksyen 19 masih belum lagi di pindahkan ketapak baru berhampiran kilang Nitto Denko Seksyen 23. Maklumat yang terkini diterima oleh penduduk melalui YB Adun pada 09/09/2011, pemindahan kuil akan diselesaikan sebelum Disember 2011. Penduduk berharap pemindahan kuil tidak ditangguhkan lagi. Penduduk menunggu mercu tanda baru.  

Umat Islam kecewa PAS mempolitikan hukum hudud

AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, apabila sidang akhbar yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai  keputusan perbincangan, hasilnya  amat mengecewakan pimpinan Umno kerana keputusan yang diharapkan tidak berlaku. “Sekarang Umno gigit jari,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Yang aku tahu, PAS merupakan parti asalnya yang memperjuangkan hukum hudud dan bercadang akan menubuhkan negara Islam. Oleh kerana itulah, pemimpin PAS dapat mempengaruhi orang-orang Melayu/Islam menolak UMNO dengan mendakwa UMNO mewarisi perlembagaan penjajah. Hingga ada fatwa mengkafirkan orang UMNO kerana bersubahat dengan orang kafir seperti MCA dan MIC.

Sekarang apa dah jadi kepada kepimpinan PAS hari ini. DAP boleh mengajar pemimpin PAS hingga pemimpin PAS jadi 'kurang ajar'. Kenapa aku kata begitu? Isu hukum hudud UMNO pula yang jadi penghalang, kata TG Nik Aziz dalam FBnya. Manakala Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat pula mengatakan UMNO gigit jari.

Itulah kesudahan yang mampu pemimpin PAS dapat katakan. Mereka lebih takut kepada DAP dan PKR daripada takut kepada Allah SWT. Mereka tidak berani menyalahkan DAP dan PKR sebaliknya mereka  menyalahkan UMNO yang menyebabkan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan. 

PAS hari ini begitu tunduk kepada desakan rakan-rakan dalam PR. PAS bukan parti dominan. PAS hanya parti pak turut. Lihat apa yang sebenarnya berlaku dalam isu hukum hudud. Jika PAS terpaksa tunduk-takut kepada DAP, aku tidak yakin dengan PAS jika PR dapat memerintah negara ini.

Paling malang dan sedih kecewa bila mengenangkan orang Melayu/Islam generasi dulu dan hari ini. Jika PAS berlembut dengan UMNO seperti berlembutnya PAS dengan DAP, aku kira orang Islam/Melayu di Malaysia tidak berpecah seperti hari ini. Dalam PAS menentang UMNO, alhamdulillah kepentingan Melayu dan umat Islam sentiasa terpelihara malahan dibela dari masa ke semasa. Dalam PAS memusuhi UMNO, syiar Islam berkembang pesat di atas bumi Malaysia bertuah ini hingga Malaysia dinobatkan sebagai negara Islam contoh di dunia. Dalam PAS mengkafirkan UMNO, sudah banyak masjid dan surau dirikan untuk keselesaan umat Islam beribadah. Semakin hari BN diterajui UMNO mampu membawa pelbagai perubahan dalam sistem perundangan dan perekonomian Islam di Malaysia. 

Cuma PAS satu-satunya parti Islam yang menjadi penghalang kepada kebangkitan umat Islam supaya lebih maju dan berjaya pada masa akan datang. Bersekongkol dengan DAP, sebuah parti yang jelas menentang penubuhan sebuah negara Islam, jelas gabungan DAP dan PAS amat merugikan bangsa Melayu dan agama Islam. 

Semua umat Islam di Malaysia boleh lihat dengan mata kepala sendiri. Sejak PR memerintah, pelbagai tekanan dihadapi oleh umat Islam. Setakat ini, kerajaan negeri PR seperti DAP di Pulau Pinang, PKR di Selangor, PAS di Kedah dan Kelantan gagal membela nasib umat Islam dan bangsa Melayu. 

Orang-orang Melayu perlu sedar dan insaf. Jangan taksub, PAS dan DAP adalah sama sahaja. PAS adalah parti politik seperti juga UMNO. PAS bukanlah agama. Masuk PAS belum tentu masuk syurga. Syurga dan neraka bergantunglah kepada tahap keimanan dan ketakwaan seseorang itu. Bukan bergantung sama ada dia ahli PAS, atau ahli UMNO atau ahli DAP atau pun PKR. Dalam PAS ada ulama dan dalam UMNO juga ada ulama. Yang aku tahu, ramai ulama veteran dan muda serta bekas pemimpin tertinggi PAS menyertai UMNO. Ramai lagi tokoh-tokoh agama yang berkecuali tetapi menyokong usaha UMNO memertabatkan syiar Islam dan menjaga kepentingan umat Melayu. Tetapi tidak ada ulama UMNO yang sudi menyertai PAS. Jika ada yang keluar UMNO dan menyertai PAS adalah ahli-ahli korporat dan pemimpin UMNO yang kecewa mungkin tidak mendapat habuan.

PAS hari ini tidak jauh bezanya dengan UMNO dalam perjuangan masing-masing. Tapi kenapa PAS sanggup berpakat dengan DAP (kafir harbi) mahu menjatuhkan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh UMNO? Apakah orang Melayu/umat Islam lebih terjamin bila PAS, DAP dan PKR mampu menghapuskan UMNO? Jika lihat keadaan, ternyata PAS tidak mampu berhadapan dengan DAP dan PKR. Jika hukum hudud merupakan hukum Allah tidak mampu ditegakkan oleh PAS dalam PR, masakan isu lain boleh dilaksanakan dengan mudah? Tepuk dada tanyalah pada minda anda! Cerita selanjutnya!

Thursday, September 29, 2011

HUKUM HUDUD: PAS KELUAR PAKATAN RAKYAT?

Mesyuarat isu hukum Hudud oleh Kepimpinan Pakatan Rakyat dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim, TG Hj Hadi Awang, Wan Azizah, Karpal Singh dan Lim Kit Siang tanpa kehadiran Murshidul Am PAS, TG Nik Aziz. Kenapa TG Nik Aziz, individu yang beria-ia hendak laksanakan hukum hudud di Kelantan tidak bersama? Apa guna TG Nik Aziz sebagai Murshidul Am PAS sedangkan pandangannya tidak diindahkan oleh kepimpinan PAS sendiri. Malahan tidak pun dijemput dan kenapa pula parti PKR dan DAP boleh pula diwakili oleh Penasihat dan Presidennya cuma PAS hanya diwakili oleh TG Hadi Hadi Awang. TG Nik Aziz sepatutnya dijemput kerana:
  1. Beliau merupakan Murshidul Am kepada parti PAS sama taraf kedudukannya dengan Lim Kit Siang dan DS Anwar Ibrahim.
  2. Beliau merupakan MB Kelantan yang mencadangkan melaksanakan hukum hudud di Kelantan.
Kalau begitu, PAS bukanlah sebuah parti dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak boleh buat apa-apa dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Sampai bila PAS mesti jadi parti pak turut dalam PR? Ini bermakna PAS juga masih gagal mentarbiah pemimpin-pemimpin DAP dan PKR tentang dasar perjuangan Islamnya.
Hukum hudud telah ditolak mentah. Tidak dibincangkan secara ilmiah dari sudut agama. Politik menjadi keutamaan. Hukum Allah dikesampingkan begitu sahaja. Penyokong-penyokong PAS tidak akan berpuas hati dengan pendirian itu. Jika DAP dan PKR menghormati pendirian PAS terhadap hukum hudud kenapa kepimpinan PR tidak membenarkan TG Nik Aziz meneruskan usaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Jika Buku Jingga jadi halangan, maka kepimpinan PAS sendiri yang perlu dipersalahkan kenapa TG Haji Hadi selaku Presiden PAS menerima dan merestui Buku Jingga.
Jika perlembagaan persekutuan pula jadi halangan, bukan UMNO perlu dipersalahkan. Eloklah TG Haji Hadi Awang atau mana-mana ahli parlimen PAS bawa usul hukum hudud ke parlimen untuk disokong oleh ahli-ahli parlimen. Jika isu ini tidak ditangani dengan serius, jangan marah jika ada persepsi rakyat mengatakan isu hukum hudud PAS cuma jimik politik semata-mata terutama menjelang pilihanraya umum. Tapi perlu ingat ribuan ahli-ahli PAS dan penyokong PAS sedang memerhati dengan penuh minat apakah komen TG Nik Aziz selepas ini?

Tuesday, September 27, 2011

Guan Eng: Ketua Menteri Pakatan bermulut capoi!

Guan Eng memang bermulut capoi. Cakap ikut sedap. Bukan sekali dua. Dah banyak kali. Sebelum ini, katanya kebakaran pintu pejabat DAP Pulau Pinang didalangi oleh UMNO. Tanpa menunggu hasil siasatan pihak polis, Ketua Menteri cepat buat dakwaan itu. Dakwaan yang amat merbahaya daripada seorang pemimpin No. 1 di Pulau Pinang. Selaku Ketua Menteri, beliau sepatutnya minta semua rakyat bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan. Tapi memang dia bermulut capoi. Cakap ikut rasa. Cakap ikut nafsu. Seolah-olah UMNO ini bukan rakyat Pulau Pinang. Dia anggap orang UMNO ini sebagai musuh yang perlu diperangi.
Yang terbaru, sekali lagi Guan Eng melatah. Orang yang suka melatah tak layak jadi Ketua Menteri. DS Najib ke luar negara tidak memburuk-burukkan negara lain untuk tarik pelabur asing ke Malaysia. Datuk Najib tidak memburukkan negara jiran seperti Indonesia atau Myanmar atau Vietnam untuk tarik pelabur asing datang ke Malaysia.
Guan Eng mulut capoi. Guan Eng tak payah memburukkan negeri Johor untuk tarik pelabur asing ke Pulau Pinang. Guan Eng terlalu banyak berpolitik. Kenapa Guan Eng tidak perburukkan negeri Kelantan mahupun Kedah? Apakah Kedah dan Kelantan lebih selamat daripada Johor? Hakikatnya pelabur-pelabur asing lebih banyak ke Johor daripada Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Ertinya negeri Johor lebih selamat. 
Usia aku dah lebih 50 tahun. Tak pernah aku dengar MB atau KM sebelum ini bercakap seperti Guan Eng. Selaku MB atau KM, keamanan dan keselamatan rakyat perlu jadi keutamaan tanpa kira rakyat itu ahli partinya atau tidak. Yang kita lihat sejak Guan Eng jadi KM Pulau Pinang, peranan dia lebih sebagai pemimpin politik dan bukan selaku seorang Ketua Menteri. Oleh itu semangat perkauman semakin menebal di kalangan rakyat semasa Guan Eng jadi Ketua Menteri. Rata-rata rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu mendakwa Guan Eng, Ketua Menteri untuk orang Cina. Mengapa jadi begitu? Lihatlah apa yang sedang berlaku di Pulau Pinang semenjak Pulau Pinang diperintah oleh DAP.

Monday, September 26, 2011

Hukum Hudud: Ulama-ulama PAS, DAP dan PKR setuju kunci mulut!

Ustaz Saifuddin
Dato Mustafa Ali
Anthony Loke, KP DAP Pusat

Ulama-ulama DAP, PKR dan PAS sepakat untuk kunci mulut berkaitan isu hukum hudud dan negara Islam. Ulama PAS diketuai oleh Setiausaha Agungnya Datuk Mustafa Ali,  PKR diwakili oleh Setiausaha Agungnya, Ustaz Saifuddin Nasution Ismail dan manakala DAP pula diwakili oleh Ustaz Anthony Loke, Ketua Pemuda DAP Pusat. Melalui Buletin Utama TV3 semalam, ulama-ulama daripada ketiga-tiga cabang parti berkenaan akan bersidang pada 28 September 2011 ini. Oleh itu semua pihak termasuk TG Nik Aziz dan Karpal Singh diarah untuk membisu sementara isu ini dibincang oleh ulama-ulama daripada ketiga parti tersebut. Ustaz Mustafa Ali yakin bahawa isu hukum hudud dapat diselesaikan. Setiausaha Agung PKR, Ustaz Saifuddin seperti biasa telah menyalahkan UMNO, BN, Utusan Malaysia dan TV3.
Pilihanraya umum semakin dekat! Orang Melayu/Islam semakin tidak yakin dengan PAS dan PKR dalam PR. Perjuangan negara Islam sudah digantikan dengan Negara Berkebajikan melalui Muktamar PAs yang lalu. Pemilihan Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS rupa-rupanya suatu liabiliti kepada PAS. Keghairahannya berceramah, garang dan berani digelar singa PAS telah memakan diri sendiri. Golongan ulama seperti Ustaz Nasaruddin dan Tuan Ibrahim telah disingkirkan dalam muktamar PAS. Dato' Hassan Ali, Ustaz Haron Din, Ustaz Taib Azammudin dan lain-lain telah rasa tersisih dalam kepimpinan PAS yang baru. Nak jaga hati kaum Cina hati orang Melayu/Islam pula terluka. Yang dikendung tercicir yang dikejar pula tak dapat. 
Isu liwat Anwar Ibrahim belum lagi selesai,  Mat Sabu pula cari pasal. Belum isu Mat Sabu selesai, TG Nik Aziz pula nak hidup semula hasrat nak laksana hukum hudud. Hukum hudud pula jadi perbincangan. Semua itu kerana UMNO kata pemimpin pembangkang. Anwar meliwati Saiful pun kerana UMNO. Mat Sabu kata komunis pejuang negara juga kerana UMNO. 
Walau bagaimanapun rakyat sudah pun sedar dan faham. Rakyat hari ini tidak lagi boleh diperbodohkan. Budak-budak tadika pun reti. Semakin lama PAS bersama dengan DAP, kita lihat semakin rakyat bercelaru. Tak percaya tanyalah penyokong-penyokong PAS yang ada. Mereka semakin bercelaru dengan dasar perjuangan PAS hari ini. Hasil mesyuarat ulama2 daripada PAS, DAP dan PKR bagi membincangkan isu hukum hudud dan negara Islam pada 28 September 2011 ini sudah dapat diduga hasilnya. Tunggu jawapannya!