"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, October 26, 2012

Hudud: Inilah cerita sebenarnya, mesti baca!

Hudud: Pas tidak bersungguh

KUALA LUMPUR 25 Okt. - Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mendedahkan bukti bahawa kegagalan Pas Kelantan melaksanakan hukum hudud bukan disebabkan halangan kerajaan Pusat tetapi kerana kerajaan negeri sendiri tidak bersungguh-sungguh mahu menegakkan syariat Islam itu.
Menurut Ibrahim, perkara tersebut diakui sendiri Pengerusi Lujnah Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat, Datuk Wan Abdul Muttalib Embong menerusi fail sulit Perakuan Lujnah Panel Penasihat Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat Ke Atas Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993.
Menerusi perakuan itu, Wan Abdul Muttalib pada 3 Oktober 1996 dipetik sebagai berkata: "Sehingga kini tidak ada tanda-tanda yang kerajaan Kelantan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan syariat, khususnya dalam bidang perundangan.
"Kelantan sendiri tidak pernah membuat permintaan kepada Pas Pusat untuk mendapat pandangan berkaitan dengan perkara itu dan belum lagi saya lihat kerajaan Kelantan mengemukakan rangka atau blue print ke arah pelaksanaan syariat."
Wan Abdul Muttalib yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat kemudian sekali lagi mempersoalkan perkara tersebut ketika Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 18 April 1998 apabila dipetik sebagai berkata: "Mengapa kerajaan Kelantan belum melaksanakan hukum hudud sedangkan kita berkuasa ke atasnya?"
Dalam pada itu Ibrahim mempersoalkan mengapa Pas sanggup menyalahkan pemimpin UMNO sedangkan Lujnah Undang-Undang dan Guaman Pas Pusat sendiri sudah memutuskan sejak 9 Oktober 1994 bahawa hukum hudud adalah undang-undang sah dan boleh dikuatkuasakan kerana tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
"Hari ini terbukti Pas sebenarnya yang tidak bersungguh-sungguh mahu melaksanakan hukum hudud. Namun ironinya setiap kali pilihan raya umum akan berlangsung, isu hudud inilah yang sentiasa dicanang sebagai modal politik dengan menyalahkan UMNO kerana tidak meminda Perlembagaan Persekutuan.
"Tetapi dengan terdedahnya maklumat sulit hasil mesyuarat dalaman Pas ini kita boleh menilai sebenarnya parti itu, khususnya Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri hanya bermain politik dalam isu hudud," katanya sambil mengakui fail-fail sulit tersebut diserahkan oleh seorang pemimpin Pas kepadanya.
Dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ibrahim turut mendedahkan fail tentang nota diskusi Undang-Undang Tubuh Kelantan bertarikh 3 Oktober 1996, peringatan mesyuarat Lujnah Politik dan Pilihan Raya Kelantan bertarikh 5 April 1993 dan peringatan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Ke-10 yang semuanya turut membincangkan tentang hudud.
Sehubungan dengan pendedahan itu, beliau turut mendesak Nik Abdul Aziz dan seluruh kepimpinan Pas memohon maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menuduh bekas Perdana Menteri itu menghalang pelaksanaan hukum hudud menerusi sepucuk surat bertarikh 15 Julai 1994.
"Kepada Pas, berhentilah menipu umat Islam. Kalau tiada niat dan tidak mampu nak laksanakan hukum hudud, mengaku sajalah. Berhenti daripada bercakap tentang hukum hudud kerana memperalatkan agama untuk memancing undi berdosa hukumnya," katanya.

Thursday, October 18, 2012

Orang2 Melayu di Kg. Nelayan Teluk Kumbar pula kena halau!

Baru dua hari lepas Kampung Matahari Naik, Teluk Kumbar kecoh dengan sekumpulan penduduk Melayu membantah kerana rumah-rumah mereka akan dirobohkan. Cerita itu masih hangat diperkatakan di kalangan penduduk kawasan Teluk Kumbar. Semakin hari semakin pupus orang-orang Melayu di Teluk Kumbar khususnya dan di bahagian Pulau, Pulau Pinang amnya. Rumah yang sedang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan pula harga ratus-ratus ribu ringgit. Tidak ada lagi rumah-rumah murah seperti harga RM25 ribu atau RM45 ribu yang dibina oleh kerajaan BN suatu masa dahulu.
Cerita benar yang baru diterima, satu lagi kampung Melayu, Kampung Nelayan, Teluk Kumbar akan lenyap tidak lama lagi. Sebahagian penduduk telah menerima perintah mahkamah dalam tempoh 14 hari untuk mengosongkan tanah di situ. Kena halau lagi! Sudahlah kena halau, pihak plantif juga akan menuntut daripada defendan gantirugi yang ditaksir akibat dari kegagalan defendan menyerahkan milikan kosong. Termasuklah juga segala faedah, kos dan relif lain dan/atau selanjutnya yang difikirkan wajar dan adil oleh mahkamah. Sebanyak 14 keluarga orang Melayu di Kampung Nelayan terpaksa hidup tanpa rumah jika tidak ada pembelaan yang sewajarnya bagi pihak mereka.
Bantahan penduduk di Kg. Matahari Naik

Yusmadi PKR mana tanya penduduk
Sudahlah jatuh ditimpa tangga! Inilah bala petaka yang menimpa orang-orang Melayu sejak pemerintahan DAP bersama PAS dan PKR di Pulau Pinang. Sepatutnya Timbalan KM Pulau Pinang, Dato' Mansor, YB Abd. Malek (ADUN Batu Maung) Speaker DUN, Dato' Abd. Halim dan ADUN tunggal PAS, Ustaz Salleh Man bangkit dan membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang ini.   Penduduk di kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu dan mungkin juga di tempat-tempat lain tidak senang duduk hari ini. Di sana sini projek rumah mewah naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Perkampungan Melayu sikit demi sikit semakin terhapus. Hidup orang Melayu semakin terhimpit akibat keadaan politik yang tidak memihak kepada orang Melayu.
Kehangatan isu merobohkan rumah di Kampung Matahari Naik masih belum reda. Yang terlibat kebanyakannya penyokong dan pengundi-pengundi PR. Tapi di mana pemimpin-pemimpin pembangkang, wakil rakyat pembangkang dan penyelaras DUN semasa penduduk-penduduk ini tersepit? Apakah ini yang dikatakan PR sebagai parti membela rakyat? Akhirnya pemimpin UMNO juga yang terpaksa turun padang membantu dan akhirnya pelaksanaan meroboh rumah-rumah tersebut ditangguhkan oleh mahkamah. UMNO yang dikatakan parti yang zalim inilah yang membantu orang Melayu yang dizalimi. PAS dan PKR apa buat? Ceramah, ceramah dan ceramah hanya untuk ke Putrajaya. Itulah kerja pemimpin2 PR siang dan malam. Hidup UMNO! hidup Islam! dan hidup Melayu!

Monday, October 15, 2012

Kes Kg. Buah Pala berlaku lagi di Pulau Pinang

Semasa pemerintahan otokratik DAP, beberapa buah kampung tradisional telah ditukar wajah menjadi kawasan perumahan bernilai tinggi. Rumah-rumah kampung kaum India di Kampung Buah Pala di Gelugor telah dirobohkan. Rumah-rumah tradisonal di Kg. Pokok Asam, Jelutong turut menjadi mangsa. Kampung Binjai di Bayan Lepas masih bertahan kerana ada usaha pemimpin BN untuk menyelamatkannya.
Pagi tadi suatu tragedi di Teluk Kumbar telah mengingatkan kita kepada kejadian penduduk Kg. Buah Pala. Kali ini nasib kira-kira 11 buah rumah Melayu menjadi mangsa keadaan. Atas perintah mahkamah, semua rumah-rumah tersebut akan dirobohkan pagi tadi.
Wakil Rakyat dan Pemimpin Tempatan bersama penduduk
Macam mana tindakan meroboh boleh dibiarkan berlaku?  Ada pihak mengatakan majoriti penduduk yang terlibat lebih memberi kepercayaan kepada pemimpin pembangkang untuk menyelesaikan kes tersebut. Malangnya! malangnya! tiada tindakan berkesan diambil. Dengar cerita dari sumber yang boleh dipercayai, pihak yang berjanji sebenarnya 'tidur'.
Bila masalah sampai ke tahap kritikal, tindakan meroboh diambil, barulah penduduk yang terlibat
meminta bantuan pemimpin dan wakil rakyat UMNO. Parti keramat orang Melayu, UMNO diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan masalah yang sangat berat. Setakat ini, kes-kes yang sudah-sudah, pemimpin UMNO melalui wakil-wakil rakyat telah banyak menyelesaikan dengan baik. 
Walaupun masalahnya sudah kritikal, namun wakil-wakil rakyat UMNO terdiri daripada DS Dr. Hilmi Hj. Yahya, Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad, ADUN Bayan Lepas dan pemimpin-pemimpin tempatan turut serta memberi sokongan kepada penduduk yang terlibat mempertahankan rumah-rumah mereka diroboh. 
Penduduk yang terlibat perlu berfikir secara rasional. Jangan terlalu emosi. Kes ini dapat diselesaikan dengan mudah jika usaha dilakukan dengan cepat dan jujur oleh pihak yang diamanahkan sebelum ini. Sebaliknya pemimpin UMNO juga yang akan jadi galang ganti. UMNO yang dimaki hamun, dituduh sebagai parti yang zalim inilah yang turun ke padang membantu rakyat yang dianiayai. Hari ini majoriti rakyat sudah sedar, pemimpin PKR dan PAS asyik berpolitik untuk ke Putrajaya sementara UMNO meneruskan tradisi membela rakyat yang memerlukan bantuan. Tanpa mengira fahaman politik, pemimpin UMNO cuba membela nasib penduduk ini. Walaupun kelompok penduduk itu majoriti mereka adalah penyokong parti pembangkang tapi UMNO ikhlas cuba membantu penduduk walaupun dalam keadaan yang sungguh sukar.Hidup UMNO! hidup Islam dan hidup Melayu!

Thursday, October 11, 2012

PAS terasa pedas kerana termakan cili!

Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tidak mengait mana-mana parti atau individu ketika beliau membidas pemimpin-pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan kepentingan agama demi kuasa.
Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa Nasharudin ada menyebut nama Pas ketika menyampaikan kertas kerja dalam Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
"Kenyataan Nasharudin mengenai pemimpin-pemimpin Islam adalah bersifat umum dan tidak ditujukan kepada siapa-siapa. Hanya mereka yang makan cili akan terasa pedasnya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Dakwah Islamiah Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia di seminar berkenaan, Nasharudin membidas golongan yang lebih mementingkan maslahah dan strategi daripada melaksanakan prinsip-prinsip asas dalam Islam semata-mata disebabkan percaturan politik.

Tuesday, October 9, 2012

Sana sini PAS semakin malap!

 
Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengingatkan parti PAS agar tidak mengutamakan kuasa (politik) semata-mata sehinggakan sanggup meletakkan prinsip Islam di tempat kedua. [Baca sini seterusnya]

 
Kemudian Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad ahli seumur hidup Pas pula membuat pengakuan bahawa parti itu hanya menuruti kehendak politik DAP dan pendekatan seumpama itu bercanggah dengan kehendak Islam. [Baca sini]

Saturday, October 6, 2012

Hebatnya pembangkang di Malaysia setakat ini!

Jika nak cerita, 1001 malam pun tak habis pasal pembangkang di Malaysia ini. Eloklah kita mengetahui serba sedikit masalah pembangkang di Malaysia yang terkini. Ingat belum sepenggal memerintah beberapa negeri, kalau berpuluhtahun seperti BN, maknanya hancurlah Malaysia di buatnya! Jangan cuba-cuba, pemerintahan kerajaan sebuah negara bukanlah sebuah makmal ujikaji. Bacalah isu-isu yang berbangkit berkaitan dengan Pakatan Rakyat (Pakatan haram kerana belum didaftarkan samalah dengan Suaram dan ANAK). Kepimpinan pembangkang suka kepada perkara2 yang haram termasuklah perhimpunan haram, seks luar tabii, LGBT dan sebagainya...

1.Pergeseran antara Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dengan Azmin Ali semakin panas apabila beliau membalas sindiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dengan mengatakan anak emas Datuk Seri Anwar Ibrahim tersebut terlalu bercita-cita. Baca artikel di sini. 

2.  Ketua Menteri, Lim Guan Eng tidak ikhlas untuk membantu rakyat miskin memiliki rumah sendiri. Baca artikel di sini.

3. Pembangkang utamakan kroni kata Datuk Ibrahim Ali. Baca di sini.

4. Isu Bas Mewah PKR yang dibeli oleh MB Selangor dengan duitnya sendiri berharga RM900,000 sebuah. MB Selangor masih berdiam hingga sekarang. Baca di sini.

5. Orang Cina sahaja yang layak jadi jutawan di Malaysia. Kenapa bangsa lain tak boleh kah? Baca di sini.

6. Ini satu penipuan secara terang terangan! Zaman IT ni jangan temberang le! 
Cuba tengok 'spin' dibawah ini oleh Harakahdaily ~ portal berita laman siber rasmi PARTI ISLAM SEMALAYSIA! Baca seterusnya di sini.

 

Tuesday, October 2, 2012

PAS tidak bercadang Haji Hadi sebagai PM?

Dr Tan Seng GiawTimbalan Presiden DAP, Dr Tang Seng Giaw menyifatkan hajat PKR untuk menawan Putrajaya pada pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) seperti bermimpi siang hari.

Beliau berkata, pemimpin PKR juga hanya berkhayal apabila mewujudkan ‘Kabinet bayangan’ kerana Parlimen belum dibubarkan tetapi sudah ada jawatan tertentu dalam kementerian.

“PKR mesti menang dahulu kerusi dalam kawasan, barulah boleh menentukan siapa yang akan menyandang jawatan dalam kementerian. Tetapi, pilihan raya belum berlangsung sudah memilih calon bagi jawatan tertentu adalah khayalan semata-mata,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Parlimen Kepong itu berkata demikian ketika mengulas keputusan PKR menyenarian 20 pemimpin kanan parti itu mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi PRU13 seperti dilapor akhbar ini semalam.

Seng Giaw berkata, mungkin tidak ada masalah sekiranya pemimpin yang disenaraikan itu sudah memenangi kerusi mereka pada pilihan raya umum tersebut.

“Kalau sudah menang lain hal. Tetapi kami belum bertanding lagi dalam pilihan raya. Ia bukan mengenai setuju atau tidak tetapi perkara ini tidak betul,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden PKR, N Surendran menjelaskan identiti pemimpin terpilih dalam Kabinet bayangan sama sekali tidak penting.

“Siapa atau berapa jumlah pemimpin terpilih akan diumum kelak. Tapi apa yang pasti, jawatan Perdana Menteri akan menjadi milik Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Bagi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub pula berkata, mereka tidak mahu mencampuri urusan PKR, sebaliknya lebih fokus kepada strategi kemenangan calon yang bertanding