"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, May 30, 2013

UMNO pasti lenyap dari lipatan sejarah!

Ekoran kemerosotan BN dalam PRU13 telah ada cadangan BN dijadikan sebagai sebuah parti tunggal. Kata lainnya, sudah tak wujud lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Ada yang menyokong dan kira-kira lebih ramai di kalangan pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong cadangan itu.Kenapa?

Jikalau diteliti, prestasi UMNO dalam PRU13 agak baik berbanding dengan parti-parti komponen lain. Selain calon BN dari UMNO menunjukkan peningkatan jumlah calon yang menang di peringkat Parlimen malahan banyak calon-calon UMNO yang menang di DUN hingga kerajaan negeri Kedah PAS dapat ditumbangkan dalam PRU13. Oleh itu tidak ada sebab UMNO dipadamkan dan digantikan dengan BN sebagai parti tunggal.

Kemerosotan BN secara keseluruhannya dalam PRU13 perlu dilihat dan dikaji dari aspek yang lain. Cadangan BN sebagai parti tunggal nampaknya sebagai satu cadangan yang janggal dan pelik. Apakah kita yakin dengan BN sebagai satu parti tunggal boleh menarik lebih ramai pengundi menyokong BN? Atau sebaliknya akan menimbulkan lagi masalah lain yang terus menjejaskan peluang BN untuk kembali memerintah dalam PRU14 akan datang?

Selaku orang Melayu dan ahli UMNO, cadangan BN sebagai satu parti tunggal adalah tidak wajar. Sudah cukup, selama lama kita lihat orang Melayu semakin hilang identiti. Sebenarnya, kita orang-orang Melayu semakin lama semakin hilang identiti.  Lihatlah Bahasa Melayu digantikan dengan bahasa kebangsaan, tulisan jawi semakin pupus penggunaannya dan Keretapi Tanah Melayu sudah lenyap dengan perubahan masa yang memerlukan kita bertolakansur. Sudah pasti cadangan BN sebagai satu parti tunggal secara tidak langsung akan menghapuskan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu yang akan lenyap dalam sejarah negara. Apakah cadangan UMNO dilenyapkan dalam arena politik negara moden ini boleh menjamin survival BN sebagai parti pemerintah untuk 100 tahun lagi? Fikir-fikirlah!

Wednesday, May 29, 2013

Marilah kita boikot produk2 Cina yang menyokong perhimpunan haram!



Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, tindakan memboikot itu adalah isyarat kepada syarikat berkenaan agar berhenti memberikan sokongan kepada sebarang bentuk perhimpunan haram.
"Saya hairan kenapa gabungan NGO Islam ini dituduh kejam memboikot lapan produk terbabit sedangkan tentera siber DAP, Red Bean Army telah melancarkan serangan memboikot produk milik bumiputera sejak 2011 lagi.
"Ini jelas terbukti dalam laman sosial Facebook dan beberapa blog yang mengajak kaum tertentu memboikot produk roti Gardenia yang didakwa milik UMNO," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 14 Mei lalu, Nadzim yang mewakili 85 NGO Islam menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum Cina yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram.
Katanya, orang ramai boleh mengetahui senarai lapan produk itu dengan melayari laman web PPIM di http://ppim.org.my/.

Monday, May 27, 2013

Kenapa UMNO Pulau Pinang masih bertolak-tolak ansur lagi!

Sejak dulu lagi UMNO diperlekehkan oleh Melayu PAS dan Melayu PKR serta mereka-mereka atas pagar kerana UMNO asyik menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan meskipun ketika UMNO punya kerusi lebih banyak dalam DUN Pulau Pinang.  Sepatutnya sudah ada dan sudah lama wakil rakyat UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri diberikan kepada Gerakan. Ini bukan rasis sebaliknya mengikut sistem demokrasi yang diamalkan maka itulah yang sewajarnya. 

Untuk jawab persoalan itu, UMNO Pulau Pinang dan UMNO Malaysia sudah ada skrip jawapan yang standard iaitu "Perlantikan KM Pulau Pinang di kalangan wakil rakyat Gerakan merupakan formula BN dalam mentadbir negara berkongsi kuasa antara kaum. UMNO tidak tamak kepada kuasa".  Sejak BN memenangi negeri Pulau Pinang, jangan terfikir suatu masa wakil rakyat UMNO akan jadi Ketua Menteri. Itulah pengorbanan yang amat besar dan tolak ansur yang begitu tinggi UMNO dengan parti-parti komponen dalam BN. UMNO sanggup mengalah asalkan rakyat berbangsa Cina dapat kembali menyokong BN.

Sejak BN kalah mulai PRU12 dalam tahun 2008, Pemimpin Gerakan, Teng Cheng Yeow telah diberi kepercayaan oleh DS Najib untuk menerajui Perhubungan BN Negeri dengan harapan rakyat Cina kembali menyokong BN. Jangkaan itu jauh meleset selepas PRU13 diketahui umum. Majoriti kaum Cina di bandar dan di luar bandar amat jelas menyokong pembangkang. Kawasan majoriti Cina, calon-calon BN dikalahkan dengan undi yang begitu besar.

Teng Cheng Yeow dan rakan2 lain dalam Gerakan dan MCA dikalahkan dengan teruk di kawasan masing-masing. Nampaknya pengundi-pengundi Cina tanpa rasa segan dan malu, tanpa rasa simpati seolah-olah mereka sudah buat keputusan menyokong pembangkang dalam apa jua keadaan pun yang berlaku. Walaupun kebanyakan calon-calon BN dari Gerakan dan MCA telah lama turun ke padang, berjumpa rakyat dan membuka bilik gerakan tapi kerja keras mereka langsung tidak pandang oleh majoriti pengundi-pengundi Cina. Begitu juga nasib yang menimpa MB Johor, Datuk Ghani Othman yang begitu banyak jasanya kepada rakyatnya tapi ditolak dengan begitu mudah oleh Lim Kit Siang yang nyata dan jelas belum ada sekelumit jasanya kepada orang-orang Cina kawasan Gelang Patah.

Akibat kekalahan itu, MCA mengarahkan semua pemimpin-pemimpinnya yang ada dalam kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan JKKK meletakkan jawatan. Manakala Teng Cheng Yeow selaku Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Gerakan turut meletakkan jawatan menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap prestasi buruk Gerakan dalam PRU13. Ini bermakna, jawatan Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang masih jadi tanda tanya dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Dato' Non masih mahu 'memujuk' agar Teng Cheng Yeow kembali menerajui BN Pulau Pinang.

Wahai Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, bukan masanya lagi kita bertolak-tolak ansur. Disebabkan UMNO selalu bertolak ansurlah maka hari ini orang Melayu Pulau Pinang telah ditolak secara beransur-ansur oleh kaum Cina. Ini bukan rasis, jika rasis pun tidak mengapa kerana PRU13 jelas menunjukkan kaum Cina lebih rasis. Jika mereka lebih rasis salahkah jika kita hari ini orang-orang Melayu tunjuk lebih rasis daripada orang-orang Cina pada hari ini.

Sikap Pengerusi UMNO Pulau Pinang masih mahu memujuk bekas Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang suatu yang kurang bijak dalam situasi politik pada hari ini. Sahut cabaran itu, jangan ada lagi tolak ansur. Biar pemimpin UMNO pula menerajui BN Negeri Pulau Pinang dan sebagai pembangkang dalam DUN Pulau Pinang. Dengan peranan itu, kami yakin lebih ramai orang Melayu/Islam terutama mereka atas pagar akan menyokong UMNO/BN. Rakyat Melayu/Islam Pulau Pinang sudah tidak bergantung harap lagi dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. Ada pemimpin Melayu/Islam dalam kerajaan negeri Pulau Pinang hanya dibikin hiasan atau boneka. Sudah lima tahun berlalu, LGE telah menipu orang Melayu dan orang India. Itu pun masih ada tak sedar lagi!

Kita bimbang jika UMNO tidak sanggup hadapi cabaran dan perubahan, rakyat akan menghukum lebih dahsyat lagi dalam PRU14 akan datang. Perlu ingat dalam PRU13, UMNO telah hilang lagi satu kerusi dari 11 kerusi kepada 10 kerusi. Untuk menjaga dan menyakinkan hati keseluruhan orang-orang Melayu/Islam maka UMNO kena berani menghadapi cabaran dan rintangan. Memanglah tanggungjawab yang amat berat bila memikul tugas sebagai Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang. Persoalannya apakah Pengerusi UMNO Negeri masih nak jaga hati orang Cina atau nak jaga hati orang Melayu/Islam? Kami dan banyak NGOs Melayu dan Islam berpendapat UMNO perlu menerajui BN Pulau Pinang. Jika UMNO masih bertolak ansur kita bimbang takut " Yang dikejar tak dapat dan yang dikendung keciciran" dalam PRU14 akan datang.

Sunday, May 26, 2013

Tanpa menunggu perintah mahkamah, syarikat Melayu diarah tutup di Pulau Pinang

Sungai Nibong Express Bus Terminal
Terminal Bas Ekpress Sungai Nibong

Satu lagi isu, MPPP cuba menghalau pihak pengurusan Terminal Bus Sungai Nibong secara tidak sah. Tanpa menunggu keputusan mahkamah, atas desakan ketua mereka yang anti Melayu/Islam, pihak berkuasa MPPP mahu pihak pengurusan Aspirasi Utara Engineering (AUE) meninggalkan kompleks tersebut.
Sungai Nibong Express Bus Terminal confrontation
Tindakan pihak berkuasa tempatan MPPP

Menurut Penasihat Undang-Undang AUE, Mohd Noor Sirajajudeen Mohd Abdul Kader bahawa mereka menentang tindakan pihak berkuasa MPPP kerana mereka datang tanpa membawa perintah mahkamah. Katanya lagi, tindakan MPPP tidak ikut undang-undang. Anggota MPPP kerja seperti robot tidak ada hati perut. Kita pernah lihat kejadian, bagaimana mereka anggota Melayu MPPP  merobohkan gerai-gerai orang Melayu. Mereka kata mereka kena ikut arahan. Arahan zalim tutup periuk nasi orang lain.  Beginilah zalimnya kerajaan DAP yang baru dipilih oleh rakyat termasuklah Melayu PKR dan PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP.
Mohd Rashid Hasnon
TKM1: Dilantik untuk membela nasib orang Melayu!
Timbalan Ketua Menteri 1 yang baru dilantik, Mohd Rashid Hasnon nampaknya sama juga dengan bekas TKM1 yang dahulu. Semuanya layu bila berdepan dengan isu orang Melayu. Semasa kempen bukan main lagi janji itu dan janji ini. Tapi bila berada di atas singgahsana, elaun TKM pun lumayan, tugas menjaga kebajikan orang Melayu mulai dilupakan. 

Maklumlah dia menang di DUN Batu Uban kawasan majoritinya orang Cina. Jadi dia tak kisahlah tentang nasib AUE, nak kena halau kah, nak kena runtuhkah. Sebab AUE adalah syarikat milik orang Melayu.  Yang memenangi dia dalam PRU13 baru-baru ini bukan orang Melayu. Perlantikannya sebagai TKM1 cuma sekadar nak ambil hati orang-orang Melayu yang masih 'kurang cerdik' di Pulau Pinang ini. 

Semua pemimpin politik Melayu termasuk UMNO dan NGOs Melayu dan Islam perlu bangkit dan menentang pihak berkuasa tempatan yang begitu zalim. Tak guna memegang jawatan sekadar memanas kerusi jika nasib syarikat Melayu dan nasib orang-orang Melayu di Pulau Pinang tidak dapat dibantu. Pemimpin Melayu dari PKR dan PAS yang sudah jelas lebih selesa bersekongkol dengan kerajaan DAP tak boleh diharapkan lagi! Mereka ini boleh diibaratkan lembu yang sudah dicucuk hidungnya.

Kami melihat UMNO sebagai satu pertubuhan besar orang Melayu perlu melakukan sesuatu. Bukan sekadar membaca dan tanpa berbuat apa-apa. Jangan lupa dan alpa, undi orang-orang Melayu bertambah kepada calon-calon UMNO/BN kerana orang Melayu sudah bosan dengan sikap anti Melayu/Islam di kalangan pemimpin DAP terutama Ketua Menterinya. Inilah masanya pemimpin UMNO/BN terutama wakil-wakil rakyat UMNO membuktikan kesungguhan dan keikhlasan UMNO dan kerajaan BN membantu nasib Melayu/Islam. Begitu juga nasib orang-orang India dan pelbagai suku kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak yang setia dengan BN. Mohon Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Rizal Marican bekerja lebih kuat lagi selepas PRU13 membela nasib orang Melayu/Islam di Pulau Pinang yang semakin terhimpit dan lemas! [Cerita selanjutnya di sini]

Berani Kevin J.C. Chuah dari Pulau Pinang menulis di Utusan Malaysia kerana benar!

Saya seratus peratus setuju atas cadangan beberapa pihak yang menyeru supaya Akta Komunikasi dan Multimedia dipinda dan tindakan tegas serta segera diambil terhadap Red Bean Army yang membuat komen dan tohmahan melampau yang berniat jahat untuk memusnahkan keharmonian rakyat sejak kebelakangan ini terutamanya enam bulan sebelum PRU-13.
Malah, selepas PRU-13, oleh kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa pakatan rakyat (PR) ditolak oleh rakyat dan gagal menawan Putrajaya, kumpulan Red Bean Army terus melontar fitnah bertujuan mengapi-apikan rakyat khususnya golongan Cina supaya tidak menerima keputusan PRU-13.
Sebagai contoh, pusat pengiraan undi di kawasan Bentong (didakwa berlaku kejadian bekalan elektrik terputus) sedangkan insiden itu tidak berlaku dan ini juga disahkan oleh salah seorang ejen pengira undi pakatan rakyat, tetapi kumpulan Red Bean Army tidak berhenti-henti membuat tuduhan melulu terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan mengutuk SPR kerana berpihak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memanipulasi keputusan pilihan raya kawasan Bentong.
Mujurlah saya dapat menguasai bahasa Cina iaitu bahasa pengantaraan yang secara meluas digunakan oleh kumpulan Red Bean Army di laman siber yang bukan saja menyerang tokoh-tokoh politik malah media-media Cina yang melaporkan berita yang kononnya tidak 'sedap' dibaca oleh mereka walaupun kandungan berita adalah jitu dan tepat.
Pada pendapat saya, kelakuan kumpulan Red Bean Army bertujuan 'merampas' (hijack) hak bersuara media-media supaya segala berita yang dilaporkan mengikut cita rasa mereka iaitu memburuk-burukkan kepimpinan BN dan mengangkat tinggi pakatan rakyat.
Contoh yang nyata ialah siri perhimpunan 'Blackout 505', pemimpin-pemimpin pakatan rakyat lazimnya akan melipatgandakan angka orang ramai yang hadir yang langsung tidak masuk akal, tetapi angka yang diumum oleh para pemimpin pakatan rakyat harus dipapar tanpa dipertikaikan, sekiranya tidak, media berkenaan akan dikecam sekuat-kuatnya di laman siber.
Amat terkejut juga saya terbaca kononnya perbelanjaan kumpulan Red Bean Army dibiayai oleh dua buah kerajaan pakatan rakyat. Sekiranya ini adalah benar, ia merupakan perkara yang amat menyedihkan.
Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menyiasat secara mendalam dakwaan itu dan memperbetulkan keadaan.
Sebagai anak Malaysia yang cintakan keharmonian dan menjunjung tinggi hak kebebasan dunia siber, kita harus bersuara dengan betul, bernas dan penuh tanggungjawab, segala niat jahat terutama yang bertujuan merosakkan keamanan langsung tidak dapat diterima dan harus dikikis secepat mungkin.
Kita harus ingat, kebebasan bersuara di siber bukan bererti kita mempunyai hak untuk mencipta kekecohan, mencaci sesuka hati, membohong yang bukan-bukan, mereka cerita palsu, menyuntik rasa kebencian yang merosakkan keadaan aman negara sekali gus mengundang pelbagai ancaman.
Hak kebebasan bersuara dan bertulis di laman siber mesti ada batas dan hadnya, janganlah dibiarkan seperti api merebak yang hilang kawalan, akhirnya akan membawa padah kepada kita semua.
Dari:
KEVIN J.C. CHUAH
Pulau Pinang

Saturday, May 18, 2013

TS Rafizah Aziz wajar letak jawatan Pengerusi AirAsia X

Pengerusi AirAsia X, Tan Sri Rafidah Aziz sepatutnya meletak jawatan kerana gagal mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Azran Osman-Rani yang mengeluarkan kenyataan mencemuh pendirian akhbar Utusan Malaysia mempertahan hak orang Melayu.
Kita orang-orang Melayu amat sedih bila ada seorang korporat Melayu yang selama ini berjawatan tinggi dalam AirAsia X telah mencemuh pendirian akhbar Utusan Malaysia serta bercadang menarik balik pengiklanan Air Asia melalui akhbar Utusan Malaysia.

Jika penjelasan diberikan oleh Rafidah pun tapi biarlah suatu penjelasan yang konkrit bukan kelentong cakap orang utara. TS Rafidah juga jangan lupa bahawa kedudukan beliau selaku Pengerusi AirAsia X adalah hasil perjuangan UMNO untuk melihat koporat Melayu yang berjaya. Jika dahulu TS Rafidah terkenal dengan sikap tegas dan kritisnya semasa menjadi Ketua Wanita UMNO maka begitu jugalah sikapnya yang perlu ada semasa beliau berada dalam bidang korporat. Tanpa perjuangan UMNO harus ingat tiadalah TS Rafidah Aziz dan Azran Osman-Rani dalam syarikat penerbangan tambang murah terkenal, Air Asia.


Azran Osman-Rani, ahli korporat Melayu baharu itu secara terbuka menerusi kedua-dua akaun laman sosial tersebut menyalahkan Utusan Malaysia sebagai rasis kerana menyiarkan artikel di muka hadapan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu?' pada 7 Mei lalu.
Menurut Aminah, kepentingan orang Melayu dan pengkhianatan terhadap bangsa sendiri tidak boleh dianggap sebagai perkara bersifat peribadi. Beliau juga meminta Rafidah menjelaskan secara terbuka tindakan yang akan diambil terhadap Azran berikutan kenyataannya yang membabitkan maruah orang Melayu. "Jika Rafidah tidak mampu bertindak kita nasihatkan beliau pencen sahaja dan duduk senyap-senyap di rumah. "Jangan terus memalukan golongan wanita dengan hipokrasi," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, Rafidah seharusnya menyatakan pendirian tegas ekoran kenyataan Azran yang tidak sensitif terhadap orang Melayu. Beliau memberitahu, kegagalan Rafidah mengambil tindakan tegas akan memberi gambaran seolah-olah Azran tidak menghormati Pengerusi AirAsia X itu.
"Seharusnya Rafidah mengeluarkan kenyataan memohon maaf bagi pihak Azran untuk menutup isu ini daripada menjadi kemarahan rakyat," ujarnya.

Kita tunggu apakah komen TS Rafidah seterusnya, apakah beliau juga boleh diibaratkan seperti "kacang lupakan kulit". Ingin kita nasihatkan agar DS Najib lebih berhati-hati bila melantik bekas ahli politik kerana bukan semua ahli politik Melayu itu bersih, jujur, amanah dan ada jati diri.

Thursday, May 16, 2013

Cerita aku semasa mengundi dalam PRU13 ini

Ada cerita semasa aku pergi mengundi baru-baru ini. Di sebuah sekolah aku jadi Pengetuanya dan di situlah pusat aku membuang undi. Sudah tiga tahun, aku di sekolah itu ertinya laluan dan bilik mana yang aku tak tahu, semuanya aku tahu. Malahan bilik-bilik tempat buang undi pun aku yang cadangkan.

Pada awal pagi itu aku memasuki pusat mengundi itu, di laluan tertentu ada Pegawai SPR yang bertugas menunjuk arahkan aku untuk naik ke atas. Aku ikut sahajalah arahan itu kerana aku tahu pada hari itu SPR yang berkuasa sepenuhnya di seluruh kompaun sekolah itu. Tidak boleh sesiapa pun sama ada Pengetua atau Guru Besar nak tunjuk kuasa atau nak tunjuk pandai.

Bila aku sampai di tingkat 1 orang ramai sudah berbaris panjang. Panas mentari pagi mulai membakar kulit muka dan tangan. Ada yang tak tahan cuba berlindung di sebalik tiang-tiang dan kawan-kawan lain. Aku masih ingat lagi dalam PRU yang sebelum ini tidaklah begitu lama berbaris panjang. Ada di kalangan pengundi mulai merungut kerana panas dan terpaksa tunggu dan berbaris begitu lama. Aku nak cakap pun tak boleh sebab aku tidak dilantik oleh SPR. Masalah cahaya panas itu dapat di atasi jika pegawai SPR prihatin tentang masalah pengundi pada hari itu. Pengundi-pengundi boleh berbaris dari tingkat bawah naik ke atas melalui tangga ke tingkat atas. Jika tindakan ini diambil pada peringkat awal, pengundi-pengundi akan rasa lebih selesa.

Kadang-kadang aku berfikir juga. Bukan semua pegawai-pegawai SPR yang bertugas itu sokong kerajaan BN.Mungkin pula kebanyakannya sokong pembangkang. Adakah cara calit dakwat di jari pengundi mempunyai agenda tersirat oleh pembangkang. Cadangan calit dakwat sebenarnya datang daripada kumpulan yang mengakui Bersih memperjuangkan pilihanraya yang bersih. Oleh kerana calit dakwat itulah aku berani mengakui pada PRU13 ini pengundi-pengundi terpaksa berbaris lebih lama dan berjemur panas. Aku berfikir sejenak tentang perasaan pengundi yang senasib dengan aku? Pengundi-pengundi itu rasanya sudah pasti akan menyalahkan SPR. Menyalahkan SPR menyalahkan kerajaan Malaysia maka undi BN akan menukar kepada DAP atau PAS atau PKR. Mungkin ini satu strategi halus pakatan pembangkang menjatuhkan imej SPR menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan BN. Fikir juga begitu!

Sunday, May 12, 2013

Pemimpin PAS bersubahat dalam perkara mungkar, kenapa?

Pengerusi Sekretariat Ilmuan Malaysia (Ilmu), Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, sebagaimana yang dianjurkan agama masing- masing, pemimpin pembangkang perlu menjunjung akhlak baik terutama ketika berbicara dengan orang lain.
''Menyentuh sentimen dan peribadi seseorang adalah menyalahi prinsip Islam termasuk agama-agama lain kerana semua agama menganjurkan nilai-nilai mulia.
''Sebagai ahli politik, mereka perlu berpegang kepada akhlak baik, jangan kerana mahu mendapat sokongan rakyat, maka persepsi tidak baik digambarkan kepada pihak lawan,'' katanya.

Kelmarin, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai 'syaitan' ketika berceramah di hadapan penyokongnya yang sebahagian besar terdiri daripada kaum Cina di Ipoh seperti yang disiarkan oleh sebuah akhbar harian berbahasa Malaysia.

Sebelum itu, seorang pemimpin DAP Johor mengeluarkan kenyataan parti itu telah berjaya menembak 'jantung syaitan' sehingga banyak kerusi BN tewas di negeri itu. Perbuatan mengaitkan pemimpin BN sebagai syaitan dilihat sebagai satu usaha untuk terus menanam sentimen kebencian dalam kalangan masyarakat kaum itu terhadap kerajaan BN.

Dalam pada itu, Prof. Madya. Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, Pas sebagai rakan sekutu dalam pakatan pembangkang apatah lagi dinamakan parti Islam perlu menegur perbuatan seumpama itu kerana jelas bertentangan dengan prinsip agama. ''Pas perlu memberitahu Kit Siang, walaupun berbeza fahaman politik tetapi hak sebagai rakyat Malaysia perlu dihormati.

Apakah pemimpin PAS juga bersetuju bahawa PM Malaysia yang dipilih rakyat dikatakan sebagai 'syaitan'? PR yang diketuai oleh Anwar Ibrahim telah menganjurkan perhimpunan haram (tidak memenuhi syarat-syarat mengadakan perhimpunan) di Stadium Kelana Jaya dan semalam di Stadium Batu Kawan sebagai yang memenuhi tuntutan Islam? Dalam ucapan-ucapan berapi-api wakil-wakil rakyat PR termasuk Mat Sabu (Timbalan Presiden PAS) penuh dengan provokasi membakar semangat rakyat untuk bangun menentang kerajaan dan SPR. Bukankah kita ada undang-undang, kenapa pemimpin-pemimpin PR menolak menggunakan saluran perundangan yang sedia ada sebaliknya lebih gemar mengadakan perhimpunan yang jelas akan menjejaskan keamanan dan kesejahteraan rakyat pada masa akan datang. Kenapa pemimpin PAS selaku pemimpin Islam berdiam diri tidak menegur seolah-olah bersetuju (bersubahat) dengan pemimpin PR lain yang jelas menabur fitnah dan mencabar pihak berkuasa? Ingatlah PAS sedang dinilai oleh rakyat dan para penyokong2nya, dan bukan semua ahli2 dan penyokong2 PAS bersetuju dengan tindakan Presiden dan Timbalan Presiden PAS dalam isu ini. Yang jelas setakat ini PAS semakin tersisih dalam kerajaan DAP di Pulau Pinang dan PAS juga terus disisihkan dalam kerajaan PR di Selangor. Fikir-fikirlah, BN tolak fitnah!


Saturday, May 11, 2013

Agenda tersirat: Kenapa Anwar bersungguh hati nak jadi PM?

Anwar Ibrahim sudah menjamah usia, lanjut 66 tahun. Nak tunggu PRU14, jika genap 5 tahun seperti mana PRU13 bermakna usianya sudah menjangkau 71 tahun. Dalam usia itu tenaga kudratnya semakin pudar. Dia tak mampu berjaga lewat malam dan dia berupaya berdiri lama, lutut sekeru sudah longgar sana sini. Pinggangnya tak boleh duduk lama. Nanti tengkok lehernya pula kena pakai penyokong.Mungkin masa itu dia semakin nyanyuk. Sebab masalah berat yang difikirkannya. Apa masalah berat itu, 2 tan atau 5 tan beratnya?

Sebenarnya Anwar sedang berdepan masalah dirinya. Tak lama lagi bicara liwat Saiful Bahari akan bermula pusingan kedua setelah Saiful Bukhari berjaya dalam kes rayuannya. Anwar Ibrahim sekali lagi akan berdepan dengan kes liwatmya. Bapa Saiful Bukhari yang berjaya dipergunakan oleh Anwar kini kembali bersama anaknya. Sumpah laknat Saiful Bukhari di hadapan Kaabah bukan suatu perkara yang boleh dibuat main-main. DSAI bertambah panik! Oleh sebab itu DSAI bersungguh-sungguh mahu PR menang dalam PRU13. Namun Allah SWT masih sayangkan kerajaan BN, PR kalah. Ini bermakna kes liwat DSAI akan diteruskan.

Menurut maklumat yang boleh dipercayai, tiga pemimpin pembangkang didakwa terlibat dengan isu percerobohan di Lahad Datu. Pihak kerajaan Malaysia tidak boleh memandang ringan perkara ini. Ramai anggota keselamatan terkorban dalam insiden itu. Difahamkan DSAI adalah antara tokoh pembangkang yang didakwa terlibat.

Oleh itu DSAI akan mencipta fitnah memburukkan SPR ekoran kegagalan PR menawan Putrajaya dalam PRU13. Beliau menganjurkan perhimpunan bagi membakar semangat ribuan rakyat para penyokong PR bangkit menentang kerajaan Malaysia dan SPR. Ini bermakna DSAI langsung tidak mengindahkan nasihat Pengerusi SPR supaya DSAI mengemukakan petisyen di mahkamah dan menyediakan bukti-bukti serta peguam-peguam yang hebat. DSAI tidak akan mengemukakan petisyen kerana dakwanya keputusan mahkamah akan memihak kepada SPR.

 Malam ini perhimpunan di Stadium Batu Kawan. Rakyat diheret untuk bangkit menentang SPR. DSAI mahu rakyat percaya bahawa yang menang dalam PRU13 bukan BN sebaliknya PR. Oleh itu PM Malaysia bukan DS Najib. Katanya DS Najib sebenarnya menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen. Rakyat tidak mudah diperalatkan oleh DSAI. Bukan semua pemimpin PR bersetuju dengan tindakan Anwar. Yang masih kuat menyokong Anwar adalah PKR dan DAP serta kebanyakan rakyat Malaysia berketurunan Cina. Fikir dulu sebelum menyokong Anwar yang boleh mengancam ekonomi negara. 


http://lh3.ggpht.com/-ZFAWX8UD_sI/UY4r8msOQGI/AAAAAAAAdvc/aFB1jiv19Wo/s1600/Screenshot_2013-05-08-03-47-28-1.png
Usaha DAP merosakkan ekonomi orang Melayu. Apa kata PAS?

Tuesday, May 7, 2013

Apa lagi Cina Malaysia mahu?

Apa lagi Cina mahu? Itulah tajuk utama di muka depan akhbar perdana Utusan Malaysia hari ini. Siapa yang tak marah, bila mantan MB Johor, Abd. Ghani Othman yang begitu banyak jasanya kepada rakyat di Gelang Patah tiba-tiba rebah tersungkur kepada Lim Kit Siang. Dengan majoriti yang besar calon DAP, Pengerusi DAP Pusat tidak pernah ada jasanya kepada rakyat Johor telah mengalahkan mantan MB Johor. Apakah jasa Lim Kit Siang begitu besar kepada penduduk Cina di Gelang Patah? Tepuk dada tanya minda.

Begitu juga bekas Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam juga menerima nasib yang sama kepada calon DAP. Katanya "Mereka langsung tak kenang budi, tidak ambil kira jasa yag saya buat dulu ketika mereka datang jumpa saya hingga lewat malam minta tolong, bila saya bantu, ini yang saya terima sebagai balasan". Katanya lagi "Tak kan saya ini teruk sangat. Melaka perform the best state di Malaysia, pengangguran terendah, orang Cina makin senang, makin kaya, orang Melayu pun sama, ada rumah besar, dapat kemudahan asa yang kita bina, bila dah kaya, kita dipandang hina. Mereka nak tendang kita macam sampah di tepi jalan, cuba nak rampas Melaka tetapi mujurlah masih ada rakyat yang mahu Melaka kekal menjadi milik BN".

Orang Cina ditanamkan dengan suatu semangat perkauman yang amat 'jahat' yang berhasrat mahu meruntuhkan bangsa Melayu. Mereka mahu suatu hari Malaysia akan berada  di bawah kuasa bangsa Cina. Dalam suatu risalah yang tersebar di kalangan orang Cina terkandung kata-kata menaikkan semangat orang-orang Cina di Malaysia. Jika kita orang Melayu baca risalah itu, kita akan marah mereka terutama pemimpin Cina yang menghasilkan risalah itu. Risalah itu meniup api perkauman yang amat dahsyat. Amat merbahaya dalam sebuah negara pelbagai kaum seperti di Malaysia. Pihak berwajib perlu menjalankan siasatan dan tindakan yang tegas perlu diambil.

Melalui risalah perkauman itu jelas pemimpin mereka minta orang-orang Cina berpura-pura hormat kepada orang Melayu dengan memanggil mereka tuan atau Encik agar mereka kembang bontot. Kalau perlu masuk Islam pun tak mengapa kerana lebih baik dan mudah menjalankan dakyah dalam diam-diam. Risalah itu merayu agar anak-anak Cina dan generasi mereka jauhi dari lembah dadah kerana dadahlah yang merosakkan akhlak manusia. Mengikut risalah itu lagi, kita gunakan dadah untuk merosakkan orang Melayu. Dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi golongan cerdik pandai Melayu akan hilang dan generasi Melayu akan lemah.

Bahagian akhir risalah itu mengingatkan bahawa orang Cina tidak risau dengan rahsia kerajaan, rahsia Polis mahupun tentera kerana mereka ada orang dalam. DAP akan menjadi kuat, jadi mereka (orang Cina) mahu mewujudkan semangat datuk nenek mereka yang terulung di Malaysia. Pemimpin-pemimpin hebat mereka mengikut risalah itu sedang berusaha menawan negeri Melayu yang kuat iaitu Johor. Bila negeri Melayu yang kuat tumbang, negeri lain lebih mudah. Risalah itu juga menyebut bahawa orang Cina telah mendapat bantuan Singapura. Akhir risalah itu merayu orang Cina untuk bangkit dengan apa keadaan sekalipun walaupun terpaksa melakukannya dalam paksaan. Dan Malaysia hak orang Cina 10 tahun lagi.

Senario politik dan keputusan mengejutkan kita melalui PRU13 ini ada logiknya dengan visi risalah ini. Prestasi calon Parlimen DAP melonjak naik. Calon favorite BN seperti mantan MB Johor dan Melaka dengan mudah jatuh tersungkut di tangan calon DAP. Calon-calon DAP itu tak pernah pun berjasa kepada pengundi-pengundi di kawasan parlimen itu. Tapi kenapa calon DAP itu menang? Lihatlah di Pulau Pinang PAS telah mengadakan tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR. Tahaluf siyasi oleh PAS yang kononnya dikatakan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebaliknya mengikut pandangan ulama pakatan yang boleh memberi menafaat kepada agama Islam yang dikatakan boleh bertahaluf siyasi. Jika merugikan agama Islam maka ulama pondok, ustaz-uztaz sekolah-sekolah agama rakyat dan tahfiz yang bersidang di Havard Hotel, Gurun menegaskan hukumnya haram memberi undi kepada PAS, PKR dan DAP.

Bila kita orang Melayu bercakap pasal bangsa dan agama Islam nanti mereka akan kata kita orang Melayu itu rasis. PAS pun tumpang sekaki (rakan DAP)  turut menyokong mengatakan UMNO itu rasis. Nah! sekarang siapa yang rasis? PAS tidak rasis, bagus tapi hanya satu calon tunggal PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang, apa PAS boleh buat? Jangan kita gadaikan maruah agama dan bangsa. UMNO kehilangan satu kerusi lagi dalam PRU13 di Pulau Pinang. Malangnya bukan PAS yang ganti sebaliknya PKR yang ganti. Jika ini berlaku PAS sebenarnya gagal menggantikan peranan UMNO dalam PR. Sepatutnya jumlah calon PAS lebih banyak yang menang dalam PRU13 ini seperti mana DAP perolehi. Apa yang dapat kita simpulkan di sini tahaluf siyasi PAS dengan DAP dan PKR amat-amat merugikan umat Islam. Hampir seluruh orang Cina di Malaysia mempunyai hasrat yang sama untuk menguasai ekonomi dan politik Malaysia tanpa rasa hormat kepada bangsa pribumi. Oleh itu orang Melayu terutama ahli-ahli PAS perlu sedar, bukan masanya kita umat Islam bercakaran sesama sendiri. Kita perlu bersatu dan berdiri teguh seperti mana orang-orang Cina yang berhasrat menjadi pemerintah dalam sebuah negara yang majoritinya umat Islam. Jika kita terus berpecah atau tidak bersatu, kita yakin suatu masa nanti tahaluf siyasi anjuran PAS dalam Pakatan Rakyat akan merugikan bangsa Melayu dan umat Islam. Fikir-fikirlah wahai umat Nabi Muhammad SAW!



Monday, May 6, 2013

Wahai DS Najib, orang Cina di semenanjung jelas menolak BN!

PT nak ucapkan tahniah kepada wakil-wakil rakyat BN yang berjaya mempertahankan kerusi BN dalam PRU13 ini. Kubu kuat orang Melayu di Balik Pulau belum mampu dicerobohi oleh PAS dan PKR yang menjadi rakan sekutu DAP. 

Tahniah kepada YB DS Dr. Hilmi yang berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Balik Pulau (P053) daripada calon baru PKR. Tahniah kepada YB Farid yang berjaya mempertahankan kerusi Pulau Betong. Begitu juga kepada kedua-dua calon baru mewakili BN di Teluk Bahang (N40) dan Bayan Lepas (N38). Tahniah kepada mereka YB Dato' Shah Headan yang berjaya mempertahankan kerusi DUN Teluk Bahang  dan YB Tn Hj Nordin yang juga berjaya mempertahankan kerusi DUN Bayan Lepas dengan majoriti yang tidak banyak.

Apa yang PT nak luahkan dalam ruangan ini adalah isu politik perkauman yang sedang hebat dibincangkan di kedai-kedai kopi. Data-data keputusan PRU13 telah memberi pengertian yang amat jelas kepada kita. Cuma kita orang Melayu/Islam sama ada sudah sedar ataupun belum sedar lagi. PT berpandangan bahawa pemimpin-pemimpin Melayu dari UMNO, PAS dan PKR lebih sedar dan faham. Jika pemimpin-pemimpin politik Melayu ini juga masih tidak sedar dan faham, eloklah berundur diri  daripada arena politik yang memerlukan pemimpin yang lebih berani, jujur dan ikhlas. Jangan jual agama, bangsa dan negara. 

Jika kita lihat keseluruhannya, 99% kaum Cina tidak memberi undi kepada calon BN. Biarpun banyak jasa calon itu, tinggal sekampung sekalipun kaum ini sama sekali tidak akan beri undi kepada calon BN. Itu politik racism yang sangat tidak sihat dalam masyarakat majmuk di Malaysia ini. Hanya PM dan pemimpin BN yang bercakap pasal perpaduan. Konsep 1Malaysia diperkenalkan oleh PM DS Najib dengan harapan rakyat Malaysia pelbagai kaum dapat menghayati erti perpaduan. Nampaknya kaum Cina menyambut konsep 1 Malaysia dengan penuh lakonan. PM tertipu dengan konsep 1 Malaysianya. Selaku PM DS Najib bersungguh-sungguh cuba mendekati kaum Cina. PRU12 yang lalu telah dijadikan panduan dan pengajaran oleh DS Najib. Untuk menguatkan BN dalam PRU13 maka kaum Cina perlu didekati sedekat yang boleh.

Selama 5 tahun yang lalu, DS Najib berjaya mendekati kaum Cina. Di mana-mana sahaja DS Najib sampai dan disambut dengan semangat 1 Malaysia. Majlis sambutan begitu meriah, puluhan ribu rakyat pelbagai kaum meneriak 1 Malaysia. DS Najib berjumpa dengan masyarakat Cina di Dewan Perniagaan Cina, peruntukan khas diumumkan puluhan juta ringgit dengan harapan kaum Cina kembali menyokong BN. DS Najib meluluskan peruntukan pembinaan sekolah jenis kebangsaan Cina dalam satu majlis dihadiri oleh guru-guru sekolah Cina dan waris-waris murid berbangsa Cina dengan harapan undi Cina menyebelahi BN. Apa yang kaum Cina minta daripada kerajaan BN, hampir 99% dapat. Hampir semua yang hadir dalam majlis tepuk tangan gembira sebaik PM atau TPM selaku Menteri Pelajaran mengumumkan peruntukan tertentu. Rupa-rupanya kaum Cina memberi tepukan palsu kepada pemimpin BN.

Dalam PRU13 adalah jelas hampir 99% undi Cina kepada DAP. Mantan MB Johor, Dato' Abd. Ghani Othman yang begitu banyak jasanya kepada rakyat Johor. Mantan MB Johor itu banyak jasanya kepada kaum Cina di Gelang Patah jika nak dibandingkan dengan Lim Kit Siang calon DAP. Semua dia tolong tanpa mengira bangsa. Oleh sebab itu, mantan MB Johor berani menawarkan diri bertanding di Gelang Patah yang majoriti besar kaum Cina. Malangnya Abd. Ghani rebah tersungkur kepada Lim Kit Siang (DAP) dengan majoriti begitu besar. LTS sudah tua, LKS tidak ada jasanya di Johor tapi dia menang, kenapa? Jawapannya sebab LKS bangsa Cina DAP. Itu sebabnya DAP tidak akan meletakkan calonnya dari kaum Cina di kawasan majoriti orang Melayu. Tapi LKS kata DAP merupakan parti pelbagai kaum. Cakap tak serupa bikin. DAP menang di bandar-bandar majoriti pengundi kaum Cina. 

Lihatlah trend pengundi di bandar-bandar. Calon-calon DAP akan mendapat majoriti yang besar di kawasan bandar. Walaupun wakil rakyat DAP itu hanya turun jumpa rakyat dua tiga bulan sekali. Kaum Cina akan tetap mengundi calon DAP kerana kaum Cina sudah menolak calon BN dari MCA mahupun Gerakan. Boleh kita katakan di sini bahawa kaum Cina tidak mahu berkongsi kuasa dengan UMNO. Kaum Cina mahu DAP berkuasa dan mereka mahu kaum Cina kekal memerintah Pulau Pinang dan kalau boleh mengusai politik Malaysia. DAP yakin perpecahan orang Melayu hari ini memberi peluang kepada mereka membina kekuatan untuk berada di tampuk kuasa pemerintahan negara ini. 

Pemimpin PAS dan penyokong PAS perlu sedar bahawa PAS tidak boleh ke mana-mana dalam politik perkauman menebal yang dibawa oleh DAP. PAS hanya mahu menghapuskan pengaruh UMNO kononnya mahu menggantikan UMNO sepertimana PAS dalam Pakatan Rakyat. PAS menunjukkan prestasi yang semakin merosot dalam PRU13. PAS kehilangan Kedah dalam PRU13. BN melalui UMNO telah berjaya membentuk kerajaan BN di Kedah. Umat Islam amat rugi bila UMNO dan PAS tidak dapat bersatu sepertimana PAS boleh menerima DAP sebagai rakan seperjuangan. Selepas PRU12 yang lalu, PAS menolak pelawaan UMNO untuk bergabung membentuk kerajaan perpaduan. Antara alasannya PAS mahu menggantikan UMNO sepertimana PAS dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya PAS sengaja buat-buat tak faham secara tidak langsung PAS membohongi rakyat. Ingatlah UMNO merupakan parti dominan dalam BN sebaliknya PAS cuma parti pak turut dalam PR. Amat jelas tidak sama. Oleh sebab itu dasar perjuangan PAS berubah-ubah kerana PAS mahu menjaga hati rakan-rakan DAP dan PKR. Perjuangan negara Islam digantikan dengan negara berkebajikan. Hukum Hudud dan negara Islam tidak pun disebut dalam Buku Jingga yang menjadi dasar PR.

Dalam PRU13, kita lihat orang-orang Cina sanggup memegang dan mengibarkan bendera PAS? Dengan sebab itulah maka ada pemimpin PAS mengatakan bahawa orang Cina lebih tahu Islam daripada orang UMNO sendiri. Mungkin sebab itulah juga majoriti orang Cina di Gelang Patah menolak Abd. Ghani Othman kerana Abd Ghani adalah orang UMNO. Sebaliknya memilih Lim Kit Siang yang lebih tahu Islam daripada Abd. Ghani mengikut pandangan pemimpin PAS.

Pemimpin UMNO khususnya wakil-wakil rakyat perlu sedar bahawa secara berani tanpa berselindung lagi orang Cina telah menolak calon BN. Cukuplah lima tahun pemimpin BN cuba mengambil hati mereka dan kadang-kadang kita orang Melayu sendiri rasa iri hati. Lihatlah sendiri di Pulau Pinang apa yang telah berlaku. Sekolah-sekolah kebangsaan (SK) hanya mengharapkan 100% peruntukan daripada kerajaan persekutuan. Kerajaan DAP tidak beri peruntukan kepada SK dengan alasan SK akan memperolehi peruntukan dari kerajaan persekutuan. Sebaliknya SJKC diberikan peruntukan oleh kerajaan DAP dan pada masa yang sama kerajaan persekutuan turut menurunkan peruntukan kerana hendak mengambil hati kaum Cina. Ini adalah kenyataan yang tidak dinafikan telah berlaku. Oleh itu SJKC mendapat menafaat berganda tapi undi Cina 99% masih memihak kepada calon pembangkang.

Sepatutnya pemimpin BN di atas sana dan di bawah sini perlu sedar. Jangan lagi terlalu ghairah membantu mereka. Kawan Cina saya ada kata bahawa orang Cina hari ini pelik "Kerajaan persekutuan bagi apa pun depa sapu tapi undi tetap kepada calon pembangkang". Cukuplah 5 tahun yang lalu kita tertipu. Jangan sampai orang Melayu/Islam sendiri pula menolak calon BN pada PRU akan datang kerana terlalu nak jaga hati orang lain. Orang Melayu sebenarnya telah kembali menyokong calon BN. Tanpa mereka ini mungkin beberapa kerajaan negeri akan terlepas lagi kepada pembangkang. 

Mungkin DS Najib sudah ada ramuan berkesan untuk menangani masalah ini. PT akan pastikan orang Melayu/Islam merupakan pengundi BN akan terbela seadil-adilnya. NGOs Islam/Melayu perlu bangkit sebagai kumpulan pendesak memastikan pemimpin BN dan wakil rakyat yang dipilih melalui PRU13 ini berlaku adil kepada pengundi-pengundi. PT sebenarnya sayangkan perpaduan antara kaum di Malaysia. PT juga mempunyai ramai kawan-kawan dari kaum Cina. Tapi mereka tidak ikhlas, DAP sebuah parti perkauman telah berjaya menyakinkan kaum mereka dengan tanpa rasa hormat dan takut. Sudah lama orang Melayu bertolak ansur dengan kaum-kaum lain khususnya Cina sehingga orang Melayu majoriti menjadi warga 'miskin' di tanah air sendiri. Fikir-fikirlah!