1.  Isu Israel dan Yahudi kembali lagi.
 
 2. Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang tiba-tiba berkata bahawa, "boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi".
 
 
3. Ini suatu perkembangan yang amat  menghairankan dan memualkan dengan sikap Parti Islam Semalaysia (PAS)  yang kononnya memperjuangkan Islam dan anti Yahudi satu ketika dahulu.
 
 
4.PAS pada zaman sebelum turunnya  ‘wahyu’ terkini dari Hadi Awang ini akan mengecam barang sedikit  sekalipun apa jenis hubungan dengan Yahudi, hatta kalau ada orang Yahudi  yang kentut sekalipun di negara kita mereka akan menjerit isytihar  perang, tetapi hairannya kini menghalalkan hubungan dgn yahudi.
 
 
5. Saya masih ingat sekitar tahun 2000  yang mana buah pisang kaki dari Israel yang dibawa  masuk ke adalam  negara dari Singapura telah dipaparkan di dalam Harakah sebagai bukti  hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Kerajaan UMNO dan Barisan  Nasional telah dibantai dgn begitu hebat sekali. Malah Tun Dr Mahathir  telah dilabel sebagai agen zionis.
 
 
6. Saya tidak pasti samada pendirian  terbaru Presiden PAS berkenaan dengan Yahudi ini disebabkan Datuk Seri  Abdul Hadi ingin mempertahankan Anwar ataupun hendak mengenakan Anwar.
 
 
7. Di hati kecil saya, saya merasakan Abdul Hadi tidak seperti Anwar.
 
 
8.  Anwar diketahui adalah seekor  sesumpah politik (Malaysia’s Chameleon) seperti yang diterbitkan oleh  majalah terkemuka The Economist bertarikh 30 Julai 2009, yang akan  mengubah warna kulit dan percakapannya berdasarkan kepada persekitaran  yang didudukinya.
 
 
9.  Pendek kata, apabila berhadapan  dengan golongan liberal, Anwar menjadi liberal. Bila berhadapan dengan  golongan pluralisme agama, dia menjadi pelopor pluralisme agama. Bila  berhadapan dengan golongan Islamist, Anwar akan bersalin kulit menjadi  seorang Islamist dengan menjaja nama-nama beberapa tokoh Islam dan  dengan membaca sepatah dua ayat Quran dan istilah-istilah Arab bagi  memikat hati umat Islam. Bila berhadapan dengan pelobi Yahudi dan  Amerika, dia menjadi seorang yang prodemokrasi tulen sehingga boleh  menerima amalan-amalan songsang seperti homoseksual dan kebebasan untuk  murtad seperti Lina Joy.
 
 
10.   Itu memang Anwar. Sikap talam  pelbagai mukanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kecenderungan  nalurinya yang dua alam itu sememangnya diketahui umum.
 
 
11.   Jadi, tidak menjadi perkara yang  menghairankan apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada Wall  Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the  state of Israel.”
 
 
12.    Itulah Anwar Ibrahim. Anwar  Ibrahim diketahui mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh zionis  dunia seperti Paul Wolfowitz (seorang arkitek perang Amerika  berketurunan Yahudi Zionis yang menghancurkan dua buah negara Islam Iraq  dan Afghanistan), William Cohen dan Al Gore, malah merupakan rakyat  Malaysia pertama yang mengiktiraf negara haram Israel apabila  menandatangani Annapolis Summit sesudah dia keluar dari penjara akibat  sabit kesalahan liwat.
 
 
13.   Dari satu segi, seolah-olah Abdul  Hadi hendak memberi isyarat kepada Anwar bahawa cukup-cukuplah kamu  berurusan dengan Zionis.
 
 
14. Dan dari satu segi, Hadi Awang  seperti memukul Anwar yang setiap kali apabila dibangkitkan masalah  moralnya, sifat pro-Amerika dan pro- Israelnya, akan menuding jari  terhadap Kerajaan dengan diluahkan ejek-ejekan seperti UMNO-APCO dan  "kapal Israel" yang berlabuh di Klang (bendera Israel dan Liberia pun  tak kenal ke?).
 
 
15. Malah ahli-ahli parlimen Pakatan  telah menukar suasana Parlimen menjadi zoo dengan ejekan-ejekan dan  bunyi-bunyian yang sudah pasti membuatkan beruk-beruk dan hidupan liar  lain merasa keliru dan mungkin tertanya-tanya apakah spesies haiwan baru  ini.
 
 
16. Sekali lagi UMNO dibantai sebagai  agen Yahudi kerana menggunakan khidmat syarikat APCO yang ada kaitan  dengan orang Yahudi. Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr. Dzulkifli Ahmad dan  beberapa pemimpin PAS lain paling kehadapan dalam menjaja isu APCO ini  dan Kerajaan Datuk Sri Najib dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuk  1Malaysia=1Israel.
 
 17. Tetapi, yang malangnya adalah  pendokong-pendokong PAS yang bersusah payah menunjukkan iltizam mereka  bersama jamaah dan umat palestin berdemo dan memboikot apa sahaja kaitan  dengan Yahudi. Ironinya,mereka rancak menggunakan facebook, sebuah  syarikat milik seorang remaja Yahudi, menggunakan Microsoft, Blackberry,  Iphone, Motorola, Siemens dan sebagainya yang semuanya memiliki pemilik  saham Yahudi serta ada yang memiliki regional branch di Israel.
 
 
18. Setiapkali ada sahaja pembunuhan,  pencerobohan dan juga penghinaan terhadap rumah Ibadat kita di tanah  suci Baitul Muqaddis, maka tidak lenganglah Jalan Tun Abdul Razak  berhadapan dengan Kedutaan Amerika menjadi tumpuan khalayak pendemo PAS.
 
 
19. KFC dan McDonalds serta kaum  kerabatnya menjadi mangsa boikot kononnya konglomerat ini menyumbangkan  dana kepada Israel, sehinggakan suatu masa dahulu, di Universiti Malaya,  cadangan untuk mempunyai francais McDonalds terpaksa dibatalkan atas  sebab yang sama. Kegagalan membuka Restoran Mc Donald di UM ini  dijadikan satu testimonial kejayaan PAS Kampus iaitu Persatuan Mahasiswa  Islam Universiti Malaya (PMIUM) sebagai bukti perjuangan mereka yang  anti Yahudi. Setelah Hadi Awang bertitah beberapa hari lepas, perjuangan  mereka ini bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti-Ekonomi.
 
 
20. Boleh dikatakan sebelum ini, belum  habis saya menyebut ‘Joo’ (yang mempunyai sebutan hampir sama dengan Jew  iaitu Yahudi) pun mungkin ada rakan facebook saya akan mem’ban’kan atau  mem’bar’kan saya, padahal saya menyebut nama Juliana ataupun Junaidah.
 
 
21. Begitulah bencinya pendokong PAS suatu ketika dahulu terhadap Israel dan Yahudi.
 
 
22. Ada sahabat saya yang sampai tidak  ampunkan kerajaan, kerana dia antara orang yang ditugaskan menjaga  remaja Israel bermain kriket yang tentunya berbangsa Yahudi, walaupun  belum tentu merekanya berfahaman Zionis.
 
 
23. Kami Mahasiswa UM dikerah oleh PMIUM  untuk melakukan demonstrasi besar-besaran menentang kehadiran pasukan  kriket Israel ini. Kami bersabung nyawa dan darah berdepan dengan  belantan FRU kerana anti Yahudi. Semua ini dilakukan kerana Hadi Awang  belum mengeluarkan fatwa terbarunya beberapa hari lepas.
 
 
24. Bukan setakat itu sahaja, tinggal  satu hotel dengan PM Israel pun sudah menjadi dosa tidak terampun,  bersalam pun salah, tulis surat pun seolah-olah melayakkan orang-orang  tertentu untuk diseksa dengan Malaikat yang sama dengan Malaikat yang  menyeksa Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.
 
 
25. Alasan mereka kini, Nabi dahulu pun  berurus niaga dengan Yahudi Madinah. Seolah-olah, riwayat ini baru  sampai kepada mereka tidak sampai beberapa jam yang lepas. Seolah-olah  juga sebelum kes Anwar menyokong Israel ini, Nabi tidak pernah berurusan  dengan Yahudi. Tinggi sungguh ilmu ulamak seperti ini.
 
 
26. Samalah seperti setelah 30 tahun  berdegar-degar mengatakan tentang Negara Islam, apabila rakan DAP mereka  berdehem, Hadi Awang baru tersedar, rupa-rupanya tidak ada Negara Islam  di dalam Al Quran.
 
 
27. Sekali lagi, kes Memali berulang  lagi. "Mati Syahid" Ibrahim Libya menjadi sia-sia. Pengorbanan penyokong  PAS disimbah air asid. Terjun dalam parit, dan disoal siasat polis,  dibakulsampahkan oleh pemimpin PAS.
 
 
28. Tetapi, seperti biasa, alasan  pimpinan PAS, ialah ini adalah strategi. Antum bukan ahli syura, tidak  tahu hikmah keputusan syura dan akan dibebelkan keputusan terdahulu  pimpinan PAS dan keajaibannya. Padahal kesilapan nyata seperti bersetuju  dengan pencalonan Ibrahim Ali di Pasir Mas, menyokong Tuan Haji Zaid  Ibrahim (penentang Hudud) sebagai calon pilihanraya parlimen Hulu  Selangor dan pelbagai lagi keputusan "bijak" pimpinan parti yang  kononnya berteraskan ugama ini disorok di bawah karpet.
 
 
29. Jadilah parti ini seperti ‘Maharaja  dengan baju baru’. Pengampu dan pembodek terus berkata, baju Tuan Guru  yang paling cantik, tetapi sebenarnya rakyat tahu mereka hanya  bertelanjang, memperbodohkan diri dan menjual maruah agama dan negara.
 
 
30. Anwar tidak perlu risau, kerana  segala maksiat dan salah laku Anwar akan diampunkan dan difatwakan halal  oleh PAS selagi mana PAS meletakkan kerakusan kuasa melebihi agama.
 
 Dr Rahman Kadir