Selepas pemimpin veteran DAP, Karpal Singh dan 
Lim Kit Siang berjaya 'menundukkan' Pas dalam isu hudud, kali ini, 
Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng pula menegaskan hukum Islam itu bukan 
dasar pakatan pembangkang.
Ia kenyataan pertama daripada pemimpin tertinggi DAP itu sejak 
kemelut mengenai hukum hudud mencetuskan perbalahan terbuka antara 
pemimpin Pas dan parti berkenaan sejak beberapa bulan lalu.
Katanya "Dalam pakatan pembangkang, mana-mana parti boleh mempunyai pandangan
 yang berbeza tetapi hudud tidak berbangkit langsung sebagai dasar kita 
dan perkara itu jelas".
Bagi DAP sangat jelas pendirian mereka tentang hukum hudud. Yang tidak jelas adalah rakyat yang menyokong PAS. PAS terpaksa menyondol DAP kerana nak berkongsi Putrajaya. PAS tak kisah lagi dengan hukum hudud dan negara Islam kerana matlamat pemimpin PAS mahu jadi menteri dalam kerajaan Pakatan Rakyat.
Penyokong-penyokong PAS di bawah sana tertipu dengan penceramah2 PAS yang masih mengatakan PAS sokong hukum hudud dan penubuhan negara Islam. Penyokong2 PAS perlu keluar daripada ketaksuban terhadap pemimpinnya. Sudah ramai penyokong2 PAS termasuklah ulama2 PAS kebanyakannya sedar bahawa PAS sudah terpesong daripada matlamat asal perjuangan PAS. Golongan Anwarisma sudah menguasai pimpinan PAS sehinggalah dasarnya terus berubah dan menjadi pak turut dalam Pakatan Rakyat. Manakala pemimpin2 DAP berjaya menggula-gulakan penyokong2 PAS dengan menunjukkan keprihatinan kerajaan DAP/PKR terhadap sekolah2 agama rakyat. 
Masih ramai lagi penyokong2 PAS yang masih taksub tidak nampak kelemahan, penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, isu moral  dan sebagainya kalangan pemimpin  DAP, PAS dan PKR kerana mereka keasyikan membaca Harakah Kaprak, Roket dan Keadilan. 
 
Tuesday, September 25, 2012
Sunday, September 23, 2012
Sokong DAP ertinya sokong Ngeh hina Islam!
| Pemimpin NGO sedang berucap di Padang Kota petang tadi | 
| Wanita UMNO turut memberi sokongan | 
| Kami tetap pertahankan Islam walau apa pun yang berlaku | 
| Selamat Datang daripada Persatuan Muka Buku Pulau Pinang | 
| Kehadiran orang ramai semakin bertambah sesak | 
| Anak muda mahu Melayu Pulau Pinang sedar!! | 
| Orang Melayu perlu bersatu untuk menentang yahudi zionis! | 
| Pemimpin DAP menghina Islam! | 
| Umat Islam wajib bersatu tanpa mengira parti! | 
| DAP hina Islam sedangkan Islam tidak menghina agama lain! | 
| Yahudi, Malaysiakini, Suaram dan Youtube agen Yahudi Zionis! | 
| Agen Yahudi Zionis perlu dihapuskan! | 
| Islam jangan takut, terus mara ke hadapan | 
| Pantang kami berundur selagi darah muda mengalir! | 
| Melayu mesti berani, Islam perlu dipertahankan.. | 
| Teruskan perjuangan, kami bersama NGO dan kerajaan BN! | 
| Kami akan datang lagi jika khidmat kami diperlukan! | 
Monday, September 17, 2012
Tok Guru Nik Aziz akan meletak jawatan sebagai Mursyidul Am dan MB Kelantan
| Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad | 
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik 
Mat harus berundur dari kedudukannya selaku pemimpin tertinggi parti itu
 jika beliau gagal bertindak secara mursyid sehingga terikut-terikut 
dengan rentak dan percaturan politik golongan 'Anwarinas'.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia 
(Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, sejak kebelakangan ini Nik Abdul 
Aziz dilihat lebih mementingkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar 
Ibrahim berbanding suara akar umbi Pas.
Katanya, paling terbaru sikap Nik Abdul Aziz terhadap bekas Timbalan 
Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang terpaksa dihadapkan ke Majlis 
Syura Ulama semata-mata kerana mengkritik Pengerusi DAP, Karpal Singh, 
demi mempertahankan maruah parti dan Islam.
"Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin Pas yang dikenali sebagai 
golongan Anwarinas tidak dipanggil mengadap meskipun turut sama membuat 
kenyataan. Pada hal, kenyataan mereka bertentangan dengan dasar dan 
perjuangan Pas tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan.
"Di mana peranan Nik Abdul Aziz sebagai Mursyidul Am? Beliau 
sepatutnya menjalankan tanggungjawab secara mursyid, kalau Nasharudin 
dipanggil, golongan Anwarinas juga harus dipanggil mengadap," katanya 
ketika dihubungi Mingguan Malaysia, di sini hari ini.
Baru-baru ini, ketika Nik Abdul Aziz memilih untuk membuat kenyataan 
berbaur kecaman ke atas Nasharudin berhubung isu tersebut, timbalannya, 
Datuk Dr. Haron Din mengambil jalan berbeza apabila konsisten 
mempertahan tindakan bekas Timbalan Presiden Pas itu.
Dalam perkembangan yang sama, Ismail Mina percaya hayat politik 
Nasharudin tidak akan kekal lama walaupun terlepas daripada sebarang 
hukuman kerana golongan Anwarinas akan berusaha sedaya-upaya untuk 
menendang Ahli Parlimen Bachok itu keluar daripada Pas.
"Beliau bakal berdepan serangan politik yang tidak terduga selepas 
ini kerana golongan Anwarinas ini sudah menguasai hampir keseluruhan 
organ penting dalam parti Pas sehingga menyebabkan pemimpin yang tegas 
memperjuang Islam seperti Nasharudin tiada tempat," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia 17 Sept 2012 
Sunday, September 16, 2012
Kelulusan sebagai penganjur Pasar Malam di Teluk Kumbar akan ditarik balik oleh MPPP!
Setiap
 hari Selasa, peniaga-peniaga pasar malam di Bandar Baru Teluk Kumbar 
tidak pernah berhutang bayar sewa tapak kepada penganjur aktiviti Pasar 
Malam. Setiap minggu juga jumlah peniaga pasar malam tidak pernah 
berkurangan. Boleh kata hampir semua lorong atau jalan sentiasa dipenuhi
 oleh peniaga-peniaga. Sudah tentu kutipan sewa tapak-tapak niaga telah 
masuk poket penganjur begitu banyak. Yang menghairankan kita, kemana 
duit kutipan itu? Kenapa pihak penganjur tidak membayar tunggakan 
beberapa bulan kepada MPPP? 
Melalui
 sumber yang boleh dipercayai, penganjur Pasar Malam di Teluk Kumbar 
telah diberi amaran terakhir oleh MPPP kerana penganjur Pasar Malam itu,
 JKKK BG tidak membayar bayaran bulanan kepada MPPP. Difahamkan MPPP 
telah memberi tempoh tujuh (7) hari kepada pihak penganjur Pasar Malam 
berkenaan untuk menjelaskan bayaran tertunggak beberapa bulan kepada 
MPPP. Tak banyak pun tapi kenapa tak boleh bayar dan kemana pula duit 
kutipan itu pergi?
Mengikut
 Ilmu Hisab, bayaran tertunggak hanya RM480 untuk tempoh 3 bulan. 
Ertinya satu bulan JKKK BG perlu membayar sebanyak RM160 sahaja. Setiap 
minggu pula JKKK BG kena bayar sebanyak RM40 sahaja. Munasabahkah JKKK 
BG tidak mampu membayar sebanyak RM40 sekali seminggu selepas ditolak 
upah kepada kontrak kebersihan? Kita hairan,,,,hairan!
Satu
 persoalan lagi, macam mana pasar malam Bandar Baru Teluk Kumbar di 
anjurkan oleh JKKK BG sedangkan kawasan pasar malam tersebut berada 
dalam kawasan JKKK Teluk Kumbar?
Thursday, September 13, 2012
Soros turut biayai PKR, Malaysiakini, IKD?
"Saya mempertikaikan bagaimana Presiden PKR boleh memohon dana daripada seorang Yahudi yang telah memanipulasikan mata wang Malaysia pada 1997 tanpa merujuk Majlis Pimpinan Tertinggi PKR terlebih dahulu," katanya.
Beliau mengulas pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa Open Society Institute yang diasaskan Soros telah menyalurkan dana lebih RM558,000 kepada Suaram seperti dipetik daripada laman UMNO-Online hari ini.
Lokman yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO menambah, dalam satu mesyuarat pilihan raya PKR, beliau mendapat tahu parti itu telah menggunakan RM3 juta pertama daripada Soros untuk menempah bahan kempen pilihan raya seperti kemeja-T, topi dan bendera dari China.
Menurut rakan-rakannya di dalam PKR katanya, parti itu sehingga kini masih berterusan menerima dana daripada Soros.
"Sehubungan itu, saya menyokong penuh sebarang usaha untuk mewujudkan undang-undang bagi menghalang penyaluran dana asing bagi membiayai parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atas tujuan menghuru-harakan negara ini.
"Sekiranya dana asing dibiarkan masuk mencaturkan politik negara, sudah pasti sekiranya pakatan pembangkang memerintah negara mereka terpaksa akur dengan segala kehendak dan dasar luar Amerika serta Yahudi," katanya.
Sumber: Utusan Malaysia 13 Sept 2012
Sunday, September 9, 2012
DAP hot sama akhbar Sin Chew Daily!
Setelah
 PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan 
masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana 
Menteri 1 dan 2.  
Pada
 suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, 
mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS 
mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana
 ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan 
pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi 
dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.  
Hadi
 Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan 
kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil 
tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul 
mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya 
kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.  
Dengan
 semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan 
talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan 
bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar 
Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, 
Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga
 komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN
 pun berkubur.    
Di
 masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak 
asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak 
LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan
 mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi 
manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.  
Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.  
Dan
 secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi 
gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua 
bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam 
jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi 
tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar 
dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.    
Pada
 ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah
 pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan 
lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan 
pelancongan.  
Tanpa
 pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap 
untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku 
Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.  
Menyedari
 ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka
 kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun 
dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan
 mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai 
cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika 
pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang 
melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang 
‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.  
Media
 asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan
 PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai
 diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.    
Rakyat
 yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu
 yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi 
dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.
  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.  
Akhirnya,
 pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan 
hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.  
Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.  
Jika
 kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang 
dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi 
undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?  
Di
 bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi 
Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan 
umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.  
Pendek
 kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka 
peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN 
tidak pernah menghalang mereka merebutnya.  
Hidup
 kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan 
BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari 
keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   
Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak 
kenal?’ Sinchew Daily 28 Ogos 2012.
Sumber: GAP 
Monday, September 3, 2012
Kes Memali: Kasihan Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya
Setakat yang saya tahu, perjuangan Assyahid Ustaz Ibrahim adalah untuk 
mendaulatkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang melaksanakan 
syariat Islam termasuk hudud, qisas dan ta'zir. Itu yang beliau selalu 
ucapkan. Malahan itu adalah antara sebab 
utama Assyahid menentang UMNO pada masa itu. Beliau malah beranggapan 
berjuang menubuhkan sebuah negara Islam yang melaksanakan hudud, qisas 
& ta'zir adalah satu jihad! Sebab itu Assyahid menyertai PAS, kerana
 pada masa itu perjuangan PAS untuk menegakkan negara Islam dan 
melaksanakan syariat hudud, qisas & ta'zir cukup jelas.
Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!
Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang. PAS yang sedia bersekongkol dengan kafir harbi DAP. PAS yang sanggup mengadakan perjanjian persefahaman penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP/PKR yang tidak menerima undang-undang Islam dan menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. PAS yang membenarkan nama ALLAH digunakan secara syirik oleh kumpulan Kristian. PAS yang membenarkan tempat sujud ruku' umat Islam dicemari oleh kaki kafir harbi yang tidak menghormati hukum berpakaian Islam. PAS yang menghalalkan penggunaan hasil arak untuk pembangunan. PAS yang membenarkan anak isteri dijadikan bahan gadai politik dengan bai'ah talaq tiga. PAS yang membenarkan kuil hindu dibina dikawasan perumahan orang Islam. PAS yang bersedia meletakkan calun kafir bertanding atas tiket PAS. PAS yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim!!
Malah saya terkejut apabila diberitahu Anwar adalah salah seorang jemputan khas perayaan anjuran PAS untuk sambutan jubli perak 25 tahun memperingati peristiwa Memali. Mungkin PAS lupa bahawa Anwar pada masa kejadian adalah Ketua Pemuda UMNO, parti yang dituduh menjadi "pembunuh syuhada' Memali". Mungkin PAS lupa Anwar adalah anggota kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh merancang pembunuhan Memali. Mungkin PAS lupa Anwar bukan sahaja tidak berbuat apa-apa, malahan bersekongkol dengan Kerajaan UMNO pada masa itu. Hari ini manusia bernama Anwar itu dijulang sebagai hero oleh PAS dan dijemput sebagai tetamu mengenang peristiwa Memali. Pada saya ini satu penghinaan besar kepada para syuhada dan mangsa Memali!!
Sumber: Sebahagian dari FB YB Zulkifli Noordin
Malahan baru beberapa tahun sebelum itu Amanat Haji Hadi disampaikan di Terengganu, amanat yang cukup jelas dan matlamat dan perjuangannya. Matlamat yang menarik perhatian ramai anak muda Islam memilih untuk menyertai PAS, termasuk saya. Matlamat yang tumbuh subur searus dengan gelombang kebangkitan Islam yang divetuskan oleh revolusi Iran pada masa itu. Tapi itu PAS pada masa itu, PAS yang disokong dan didokong oleh ramai anak muda yang dahagakan pengembalian pemerintahan Islam!
Saya tidak tahu apa agaknya tanggapan Assyahid jika melihat keadaan PAS sekarang. PAS yang sedia bersekongkol dengan kafir harbi DAP. PAS yang sanggup mengadakan perjanjian persefahaman penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat bersama DAP/PKR yang tidak menerima undang-undang Islam dan menolak perlaksanaan hudud, qisas & ta'zir. PAS yang membenarkan nama ALLAH digunakan secara syirik oleh kumpulan Kristian. PAS yang membenarkan tempat sujud ruku' umat Islam dicemari oleh kaki kafir harbi yang tidak menghormati hukum berpakaian Islam. PAS yang menghalalkan penggunaan hasil arak untuk pembangunan. PAS yang membenarkan anak isteri dijadikan bahan gadai politik dengan bai'ah talaq tiga. PAS yang membenarkan kuil hindu dibina dikawasan perumahan orang Islam. PAS yang bersedia meletakkan calun kafir bertanding atas tiket PAS. PAS yang bersekongkol dengan Anwar Ibrahim!!
Malah saya terkejut apabila diberitahu Anwar adalah salah seorang jemputan khas perayaan anjuran PAS untuk sambutan jubli perak 25 tahun memperingati peristiwa Memali. Mungkin PAS lupa bahawa Anwar pada masa kejadian adalah Ketua Pemuda UMNO, parti yang dituduh menjadi "pembunuh syuhada' Memali". Mungkin PAS lupa Anwar adalah anggota kabinet Kerajaan Barisan Nasional yang dituduh merancang pembunuhan Memali. Mungkin PAS lupa Anwar bukan sahaja tidak berbuat apa-apa, malahan bersekongkol dengan Kerajaan UMNO pada masa itu. Hari ini manusia bernama Anwar itu dijulang sebagai hero oleh PAS dan dijemput sebagai tetamu mengenang peristiwa Memali. Pada saya ini satu penghinaan besar kepada para syuhada dan mangsa Memali!!
Sumber: Sebahagian dari FB YB Zulkifli Noordin
Sokong Kit Siang jadi TPM bercanggah dengan matlamat PAS
HAKIKAT
 yang tidak boleh ditolak oleh catatan  sejarah politik negara adalah 
Pas merupakan sebuah parti serpihan UMNO  yang dilahirkan oleh mereka 
yang berpendidikan agama, terutama ahli yang  menerima pendidikan di 
Asia Barat.
Parti
 itu lahir hasil daripada pertemuan pertama alim ulama pada 24  November
 1951 iaitu pertemuan yang diinisiatifkan oleh Mudir Madrasah  
ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim.  
Penubuhannya bertujuan membangkang dan membetulkan UMNO dari sudut  
keagamaan.
Haji
 Ahmad Badawi yang merupakan pengasas Madrasah ad-Daeratul Maarif  
al-Wathaniyah adalah ayahanda kepada bekas Perdana Menteri Malaysia  
yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah merupakan antara  
pelajar madrasah berkenaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama yang  
mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Islam.
Selain
 itu, matlamat Pas diasaskan adalah untuk menjadi pembangkang  dan 
menegur UMNO dari sudut keislaman, mengekalkan kuasa Melayu dan  
menegaskan pemimpin negara sebagai pemerintah utama negara mestilah  
beragama Islam. Itu adalah antara matlamat Pas kerana secara umumnya  
setiap orang berbangsa Melayu di negara ini adalah beragama Islam.
Tetapi
 apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai  tokoh 
paling berpengaruh dan paling dipakai buah fikirannya oleh Pas  pada 
waktu ini boleh bersetuju dengan janji Penasihat Parti Keadilan  Rakyat 
(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik Penasihat DAP,  Lim 
Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang  
diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan  
berjaya menubuhkan kerajaan, ia secara terang lagi bersuluh bahawa janji
  itu jelas bercanggah dengan matlamat, tujuan dan fungsi Pas 
ditubuhkan.
Malah
 pada perhatian saya, Pas pada era 'Nikazizsme' telah menjadikan  Nik 
Aziz bersikap umpama tikus membaiki labu dan tupai membaiki buah  
manggis, menjadikan Pas semakin kehilangan identiti sebagai sebuah parti
  politik yang konon perjuangannya berteraskan Islam.
Seandainya
 majoriti rakyat, terutama majoriti pendukung dan penyokong  Pas boleh 
terpedaya dengan pendekatan berpolitik gaya Nik Aziz pada era  Pas 
dibayangi sindrom dan wabak Nikazizsme ini, maka negara ini pasti  akan 
mengalami bencana besar.
Kalangan
 bukan Melayu bukan sahaja akan terus menguasai bidang  ekonomi tetapi 
juga akan menguasai politik dan juga kuasa pemerintahan  dan pentadbiran
 negara sebagaimana pada waktu ini sedang berlaku di  Pulau Pinang.
Sehubungan
 itu, rakyat tidak boleh terikut-ikut dengan pendekatan  berpolitik PKR 
dan Pas yang cuba bermain api untuk membakar peluang dan  keistimewaan 
Melayu sebagai bangsa pertuanan negara ini sebagaimana yang  telah 
termaktub dalam Perlembagaan negara.
Janganlah
 bak seperti kata pepatah, 'sudah terhantuk baru tengadah'.  Ini kerana 
apabila nasi sudah menjadi bubur dan menangis keluar air mata  darah 
sekali pun, bubur tidak akan bertukar menjadi nasi kembali. 
Biarlah
 pemimpin, pendukung dan penyokong PKR dan Pas terjun dengan  
labu-labunya. Kita rakyat jelata jangan ikut terjun sama. Sayangilah  
negara dan bangsa kita, di samping pada waktu yang sama kita menghormati
  dan mengekalkan persefahaman serta keharmonian dengan kaum-kaum lain  
sebagai rakan senegara tanpa perlu mengorbankan ketuanan, semata-mata  
kerana mahu menunjukkan sifat dan sikap setiakawan yang melampau. 
Ingin saya tegaskan iaitu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali. 
RAMLI ABDUL HALIM 
Kota Bharu, Kelantan.
Saturday, September 1, 2012
Dilema memilih pemimpin dalam parti politik
Dalam politik macam-macam boleh berlaku. Musuh jadi kawan, dan kawan boleh jadi musuh. Banyak prasangka buruk dan lebih dahsyat fitnah berleluasa dalam kawan-kawan politik. Seolah-olah mereka yang terlalu jujur dan baik tidak wajar terlibat dalam politik. Apakah politik hanya kepada mereka yang tidak segan dan malu mengakui dirinya layak menjadi pemimpin. Mungkin sesetengah ahli politik yang ghairah menjadi ketua memberi tafsiran 'pemimpin' yang salah atau terlalu mudah. Kadang-kadang tertanya-tanya di kalangan anggota masyarakat, bagaimana si anu ini boleh diangkat atau dipilih sebagai pemimpin?
Menjadi pemimpin kepada sebuah parti politik bukan perkara mudah. Kadang-kadang merebut-rebut hendak jadi pemimpin, bertumbuk dan bergaduh, sabotaj mensabotaj, fitnah menfitnah, politik wang turut berlaku dan sebagainya.
Sabda Rasulullah SAW ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:
“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).
 Begitulah pesanan atau peringatan Rasulullah SAW kepada umatnya yang begitu ghairah hendak menjadi pemimpin. Oleh itu isu menjadi pemimpin bukan sesuatu yang boleh dianggap remeh temeh. Mempunyai tugas dan tanggungjawab yang besar memikul amanah yang diberikan oleh ahli-ahli organisasinya. Namun begitu jika kena caranya nampak pula begitu mudah. Tidak perlu pun ada bergulung-gulung diploma atau ijazah dan tidak perlu pun ada title depannya Dr., Ir atau Dato'. Definisi mudah seorang pemimpin ialah seseorang yang ada pengikut-pengikutnya atau pengaruhnya. Jika definisi ini digunakan maka ramailah pemimpin di kalangan anggota masyarakat termasuklah seorang bapa, guru, ketua jabatan, ketua NGO dan pertubuhan politik.
Dalam konteks kepemimpinan UMNO sebuah parti terbesar orang Melayu, perhatian yang serius diberikan dalam memilih pemimpin. Lebih serius lagi memilih 'winnable candidate' dalam PRU yang akan datang. Calon yang disukai oleh pengundi-pengundi bukan sahaja dari kalangan ahli-ahli UMNO malahan pengundi-pengundi atas pagar dan juga pro pembangkang tetapi menyukai calon BN. Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh kebanyakan semua parti. Semua nak jadi calon. Semua mengakui diri mereka layak menjadi calon. Pelbagai sebab dan alasan diberikan hingga mewajarkan seseorang itu menawarkan dirinya sebagai calon.
Dalam memilih calon untuk PRU13 perlu diteliti secara halusi. Semua parti yang bertanding akan berusaha menampilkan calon yang terhebat. Calon yang berwibawa, berkredibiliti, amanah, jujur, tiada masalah peribadi dan disenangi oleh semua pengundi dalam kawasan yang ditandingannya. Masing-masing parti akan cuba mencari kelemahan dan kekurangan calon lawan. Terpalit sedikit isu peribadi boleh membuka ruang secukup-cukupnya parti lawan memanipulasikan isu.
Dalam konteks kepemimpinan UMNO sebuah parti terbesar orang Melayu, perhatian yang serius diberikan dalam memilih pemimpin. Lebih serius lagi memilih 'winnable candidate' dalam PRU yang akan datang. Calon yang disukai oleh pengundi-pengundi bukan sahaja dari kalangan ahli-ahli UMNO malahan pengundi-pengundi atas pagar dan juga pro pembangkang tetapi menyukai calon BN. Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh kebanyakan semua parti. Semua nak jadi calon. Semua mengakui diri mereka layak menjadi calon. Pelbagai sebab dan alasan diberikan hingga mewajarkan seseorang itu menawarkan dirinya sebagai calon.
Dalam memilih calon untuk PRU13 perlu diteliti secara halusi. Semua parti yang bertanding akan berusaha menampilkan calon yang terhebat. Calon yang berwibawa, berkredibiliti, amanah, jujur, tiada masalah peribadi dan disenangi oleh semua pengundi dalam kawasan yang ditandingannya. Masing-masing parti akan cuba mencari kelemahan dan kekurangan calon lawan. Terpalit sedikit isu peribadi boleh membuka ruang secukup-cukupnya parti lawan memanipulasikan isu.
Pilihanraya akan datang menentukan hidup-matinya UMNO/BN dalam sejarah politik tanahair dewasa ini. Harus diingat, BN bukan lagi parti pemerintah di beberapa buah negeri. BN mesti mempunyai ubat yang mujarab atau memerlukan bantuan lampu Aladdin untuk menang bagi negeri-negeri tertentu. Bertambah parah lagi UMNO/BN dalam PRU ini, bila berlaku perebutan calon untuk kerusi DUN dan Parlimen di kalangan pemimpin UMNO/BN sendiri. Gejala ini boleh menjejaskan usaha PM untuk mempertahankan Putrajaya atau sekurang-kurangnya mempertahankan kerusi yang dimenangi.
Hakikatnya calon yang dipilih hanya satu setiap kerusi DUN atau Parlimen. Yang tidak terpilih anggapkan bukan rezekinya dan masih ada harapan untuk penggal yang akan datang untuk dipilih. Tindakan mensabotaj calon boleh meninggalkan titik hitam yang tidak boleh dilupakan oleh parti dan ahli-ahli parti. Terimalah keputusan pencalonan dengan hati yang terbuka. Pemimpin yang dihormati adalah mereka yang jujur dan patuh kepada keputusan pucuk pimpinan parti yang diterajui oleh PM sendiri. Kemungkinn UMNO/BN akan terus hidup atau mati sangat terletak kepada kejujuran dan keikhlasan pemimpin UMNO/BN untuk berbakti kepada bangsa, agama dan negara.
Subscribe to:
Comments (Atom)
 
 
