Kupasan yang begitu baik oleh Zulkifli Noordin mengenai dua buku yang ditulis oleh Cikgu Zainon Ismail @ CN Al-Afghani, ahli seumur hidup PAS dan bekas
mujahidin Afghanistan dan Kashmir, bekas ketua Kumpulan Mujahidin
Malaysia dan bekas tahanan ISA. Sila klik [di sini] untuk membaca selanjutnya..
Saturday, December 21, 2013
Friday, December 13, 2013
Gerai Melayu diroboh, gerai Cina terus tertegak megah. Kenapa?
Kedai bukan Melayu tidak pula dirobohkan! |
DAP sudah memang sah sebagai parti rasis. Oleh kerana lakonan pemimpin DAP cukup hebat maka ramai orang Melayu masih menyokong kepimpinan DAP. Tiada pihak yang berani bangkit menentang mereka. Yang ada dua tiga kerat pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang pula bagaikan 'tokong hidup' tidak mampu berbuat sesuatu untuk membela nasib orang Melayu dari dalam.
Sikap pilih kasih kerajaan DAP Pulau Pinang
terhadap peniaga bukan Melayu yang terus dibiarkan berniaga walaupun
secara 'haram' sedangkan gerai milik penjaja Melayu yang telah
beroperasi kira-kira 20 tahun dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT)
amat dikesali.
Sebagai contoh di Pantai Bersih, Bagan Ajam, beberapa buah
restoran makanan laut diusahakan peniaga bukan Melayu yang didakwa
didirikan di atas tanah rizab milik Jabatan Pengairan Saliran (JPS)
sejak lima tahun lalu tidak dikenakan tindakan tegas termasuk
dirobohkan.
Difahamkan peniaga terbabit hanya dikenakan kompaun bagi kesalahan yang mereka lakukan dan terus dibenarkan beroperasi. Manakal kebanyakan gerai Melayu di negeri ini dirobohkan oleh
PBT dengan alasan menjalankan perniagaan di atas tapak haram sepertimana yang berlaku kepada
dua gerai milik peniaga Melayu di Persiaran Gurney baru-baru ini.
Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang jadi hangat apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) telah mengasak kerajaan negeri yang merobohkan gerai peniaga Melayu. Tindakan Jahara membuatkan penyokong kerajaan negeri tidak berpuas hati sehingga Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) bangun dan menuduhnya mempunyai niat tertentu.
Jahara kemudiannya membidas Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa
Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri
supaya tidak membuat tuduhan melulu. Tegasnya, Kon Yeow tidak sepatutnya membuat tuduhan sedemikian kerana
apa yang dibangkitkan merupakan masalah rakyat dan tindakan pihak
berkuasa tempatan merobohkan gerai penjaja Melayu benar-benar berlaku.
"Salah ke apa yang saya cakap? Saya tidak mempunyai niat lain kerana
gerai peniaga Melayu dirobohkan sedangkan yang satu lagi (peniaga kaum
lain) hanya dikenakan kompaun secara tahunan. "Tahun depan kompaun lagi sedangkan gerai Melayu terus dirobohkan," kata Jahara.
Cubalah rakyat fikir tidak kira Melayu, Cina ataupun India patutkah selaku pemerintah negeri ini melakukan diskriminasi terhadap rakyatnya yang berbilang kaum. Orang-orang Melayu yang masih menyokong ketuanan DAP sebaliknya menolak ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO perlu fikir banyak kali. Sokong Melayu ertinya kita menyokong memperkasakan agama Islam di negeri ini. Apakah syiar Islam yang berkembang pesat di negara kita selama ini hingga dilabelkan sebagai negara Islam kerana dasar perjuangan PAS, DAP dan PKR? Fikirlah "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak bergunalah lagi".
Wednesday, December 11, 2013
Bagaimana Lim Guan Eng memuji negaranya sendiri, lihat sini!
Hebat Ketua Menteri Pulau Pinang memerintah negeri Pulau Pinang. Aku hidup sudah lebih 30 tahun di Pulau Pinang ini, aku tak pernah lihat ketua-ketua menteri Pulau Pinang berperangai dan bertindak sebegini rupa. Tuan Lim Guan Eng merupakan orang No.1 di Pulau Pinang. Macam mana seorang Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan yang merugikan negara dan rakyat umumnya. Itu sebabnya pelaburan sebanyak RM40bil seperti diberitahu oleh PM telah ditarik balik.
Video di bawah sebagai bukti: Klik di sini
Tuesday, December 10, 2013
Persidangan DUN Pulau Pinang: Siapa yang jadi kucing kurap?
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan slogan CAT (Cekap , Akauntibiliti & Telus). CAT dalam bahasa Melayu itu maksudnya KUCING. Jika dilihat dalam perbahasan DUN Pulau Pinang itu sudah ada yang jadi seperti 'kucing kurap'. Manakah tidaknya?
Itu sebabnya aku cukup-cukup meluat dengan sikap wakil kerajaan negeri dalam dewan itu. Mereka ini ada kelebihan. Mereka parti yang memerintah dan dalam dewan itu pula wakil mereka juga yang jadi speaker. Hebat macam mana pun pembahas dari pembangkang (BN), wakil-wakil dari kerajaan negeri itu akan mengganggu supaya menggagalkan wakil pembangkang terus mendedahkan kelemahan dan kesilapan demi kesilapan kerajaan negeri. Ini perancangan dan strategi jahat mereka dalam dewan. Jahat mereka rakyat tak nampak, mereka sembunyikan secara kotor dan jijik. Malahan mereka cari kesalahan pihak pembangkang yang bukan memerintah kerajaan negeri. Macam inikah kerajaan negeri yang mengamalkan slogan CAT? Siapakah yang kucing kurap?
Kita nak tanya wakil rakyat kerajaan negeri yang berbangsa Melayu itu. Kebanyakan mereka ini dari PKR. Apa yang diperjuangkan oleh PKR pun kita tak tahu. Di mana pemimpin utama mereka Anwar Ibrahim ketika rakyat beberapa negeri ditimpa bencana banjir besar? Di mana Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain ketika rakyat negeri-negeri itu yang juga pengundi2 mereka dalam kepayahan dengan banjir besar?
Manakala Dato' Haji Mohd Salleh Man dari PAS. Rata-rata rakyat kata PAS itu hampeh, apa pun tarak. Pemimpin berfahaman Syiah telah dipilih oleh perwakilan PAS sebagai Timbalan Presiden PAS manakala calon ulama mereka tolak. Inilah PAS yang dikatakan membawa slogan "Kepimpinan bersama ulama"? Cakap tak serupa bikin.
Apakah pemimpin-pemimpin Melayu ini lakukan? Masing-masing diam tak berani bersuara? Apakah diarahkan tutup mulut oleh Guan Eng biarpun terkena kepada anak bangsa sendiri? Apa guna hampa duduk dalam kerajaan negeri tapi nasib orang Melayu semakin tertekan. Mana rumah2 murah untuk orang-orang Melayu? Apa hampa buat bila gerai2 peniaga orang Melayu diroboh. Kenapa pula gerai-gerai bangsa Cina tidak diroboh? Kenapa peniaga-peniaga Cina diberi ruang dan peluang berniaga hingga jalan-jalan ditutup? Bila pemimpin Melayu UMNO bercakap seumpama ini, mereka ini dituduh rasis. Jika Cina DAP bercakap pasal hak orang Cina tidak pula dituduh rasis. Siapakah yang jadi kucing kurap?
Jika dahulu hampa kata UMNO teruk, UMNO perasuah, perosak bangsa dan seribu macam lagi. Tapi sah sekarang, pemimpin Melayu PKR dan PAS yang ada dalam kerajaan negeri DAP Pulau Pinang lebih teruk lagi. Pengampu dan pembodek tidak kena tempat. Baru kita tahu bila dapat duduk atas kerusi empuk, dapat elaun wakil rakyat beribu-ribu RM, mereka dah lupa janji mereka kepada pengundi-pengundi mereka. Hidup orang Melayu Pulau Pinang semakin tertekan dan terhimpit oleh pembangunan yang semakin menggila. Sikit demi sikit secara kasar mahupun secara halus nasib orang Melayu di Pulau Pinang semakin disisih dan disingkir secara pelan-pelan. Namun begitu, masih ada lagi orang Melayu, orang Islam, pemimpin Melayu dan pemimpin Islam di kampung2 dan bandar yang masih buta hati dan mata, pekak telinga dan membisu. Mereka inilah yang masih kekal berada dalam Pakatan Haram (belum daftar lagi).
Monday, December 9, 2013
Maki Raja Melayu: NGO dan anak Johor sila buat laporan polis!
Masih ada lagi manusia yang tidak tahu menghormati Raja Melayu. Bukti di sini. Sila buat laporan polis terutama NGO dan anak Johor. Tindakan sewajarnya perlu diambil ke atas mereka yang menghina institusi raja.
Sunday, December 8, 2013
KPI dalam UMNO bolehkah direalisasikan?
Persidangan Agung UMNO telah selesai dengan pelbagai cadangan yang baru dan menakjubkan semua pihak yang berkepentingan. Secara umumnya ramai juga para pembentang dan pembahas masih mengulangi isu-isu lama yang berkaitan dengan kepimpinan UMNO, PRU13, kebajikan rakyat terutama golongan luar bandar, pendidikan, agama, ekonomi dan sebagainya.
Dalam banyak isu yang dibangkitkan dan diutarakan, cadangan Presiden UMNO untuk mengwujudkan KPI (Key Performance Indicators) merupakan sesuatu cadangan yang amat wajar dan perlu disokong oleh semua pihak terutama para pemimpin dan ahli-ahli UMNO. Secara tidak langsung ini menunjukkan betapa tegas dan kesungguhan Presiden UMNO kita hendak melihat UMNO sentiasa berubah di semua peringkat termasuklah bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan.
Bagi ketua-ketua jabatan kerajaan sama ada di peringkat Kementerian dan Jabatan sudah tidak asing lagi dengan KPI ini. Sama ada suka atau tidak suka, tujuan PM melaksanakan KPI dalam perkhidmatan kerajaan adalah amat baik. Yang tidak suka kepada KPI adalah mereka ketua jabatan dan kakitangan kerajaan yang tidak berminat bekerja, pemalas atau 'makan gaji buta'.
Sebenarnya cadangan Presiden UMNO untuk melaksanakan KPI bukanlah sesuatu yang menggerunkan kepada keseluruhan pemimpin UMNO. Mereka ini sebenarnya telah menawarkan diri untuk bertanding, mereka berkempen untuk diri sendiri dan mereka berjanji kepada penyokong-penyokong mereka dan para perwakilan serta ahli-ahli UMNO untuk meraih sokongan dan undi menjadi seorang pemimpin atau ketua.
Jika begitulah kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemimpin UMNO ini untuk menjadi ketua sudah pasti KPI kepada mereka bukanlah sesuatu yang menggerunkan mereka. Ahli-ahli UMNO umumnya akan menjadi pemantau dan penilai sejauh manakah KPI ini telah berjaya dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin ini? Oleh itu ketua-ketua Bahagian, ketua-ketua Cawangan, ketua-ketua wanita, pemuda dan puteri UMNO yang berada dalam keadaan 'zon selesa' yang lama dan baru perlu bangkit untuk memastikan KPI UMNO bahagian, cawangan, wanita, pemuda dan puteri dapat dilaksanakan setiap tahun/penggal.
Untuk mencapai tujuan itu, setiap pemimpin UMNO yang berada di atas sana perlu memperhalusi maksud KPI dan apakah petunjuk-petunjuk yang boleh digunapakai yang relevan dengan visi dan misi UMNO yang merupakan parti besar kepada orang Melayu dan Islam serta parti tulang belakang kepada kerajaan Barisan Nasional. Pelaksanaan KPI dalam UMNO memberi interpretasi yang cukup jelas bahawa kepimpinan UMNO di semua peringkat sangat serius untuk melihat UMNO sentiasa di hati rakyat. Rakyat suka kepada UMNO kerana pemimpin-pemimpin UMNO sungguh kuat bekerja dan sentiasa turun padang.
Untuk tujuan itu, pemimpin-pemimpin UMNO perlu sentiasa bersama rakyat. Bukan kerana turun padang hanya ketika ada program atau majlis, bukan turun padang hanya pada waktu kejadian banjir dan bencana alam, kenduri kendara dan kematian malahan yang paling mudah terlekat dan melekat di hati rakyat bila pemimpin-pemimpin UMNO ini sering solat berjemaah dengan rakyat di masjid dan surau di kariah masing-masing.
Jika kita masih ingat, tidak kurang dua sesi ucapan, Presiden UMNO telah menasihatkan agar pemimpin-pemimpin UMNO sama-sama mengimarahkan masjid dan surau. Kita yang bina masjid dan surau kenapa pula kita biarkan orang lain yang datang mengimarahkan masjid dan surau malah kuasa pentadbiran masjid/surau juga kita lepaskan begitu sahaja kepada pihak yang lain? Siapakah yang patut dipersalahkan? Bolehkah kekerapan pemimpin UMNO ke masjid dan surau dijadikan salah satu petunjuk utama dalam KPI UMNO?
Jika kita masih ingat, tidak kurang dua sesi ucapan, Presiden UMNO telah menasihatkan agar pemimpin-pemimpin UMNO sama-sama mengimarahkan masjid dan surau. Kita yang bina masjid dan surau kenapa pula kita biarkan orang lain yang datang mengimarahkan masjid dan surau malah kuasa pentadbiran masjid/surau juga kita lepaskan begitu sahaja kepada pihak yang lain? Siapakah yang patut dipersalahkan? Bolehkah kekerapan pemimpin UMNO ke masjid dan surau dijadikan salah satu petunjuk utama dalam KPI UMNO?
Mungkin cadangan itu menjadi bahan jenaka kepada golongan dan pihak tertentu. Terutamanya PAS mungkin menjadikan ini sebagai bahan ceramah untuk menghentam UMNO dan secara tidak langsung menghina pemimpin UMNO yang menjadikan kekerapan ke masjid/surau sebagai KPI. Kita tidak menafikan selama ini mungkin pemimpin UMNO bersolat di rumah, berjemaah sesama ahli keluarga dan dengan adanya KPI, pemimpin UMNO perlu lebih kerap berjemaah di masjid/surau dalam kariah masing-masing.
Bagi wakil rakyat DUN ataupun ahli parlimen pula di samping sentiasa berjemaah di masjid kariah sendiri, mungkin wakil rakyat ini perlu mengadakan KPI bilangan masjid/surau yang dilawati dalam tempoh sebulan/setahun. Jika KPI dapat dilakukan, kita yakin UMNO akan berubah selari dengan perjuangan menegakkan syiar Islam, mempetahankan maruah bangsa dan memelihara perlembagaan Raja Berperlembagaan.
Bagi wakil rakyat DUN ataupun ahli parlimen pula di samping sentiasa berjemaah di masjid kariah sendiri, mungkin wakil rakyat ini perlu mengadakan KPI bilangan masjid/surau yang dilawati dalam tempoh sebulan/setahun. Jika KPI dapat dilakukan, kita yakin UMNO akan berubah selari dengan perjuangan menegakkan syiar Islam, mempetahankan maruah bangsa dan memelihara perlembagaan Raja Berperlembagaan.
Sebaik-baiknya Perhubungan UMNO Negeri, Bahagian-Bahagian, Cawangan-cawangan dan sayap-sayap UMNO sudah pun mengadakan KPI masing-masing. Mungkin bagi sesetengah pihak, sesuatu petunjuk KPI itu sudah pun terlaksana dengan jayanya. Contohnya Ketua UMNO Cawangan yang menjadi imam masjid sudah tentulah petunjuk kekerapan bersolat jemaah di masjid tidak ada masalah lagi. Inilah prestasi pemimpin UMNO yang diperhatikan oleh rakyat.
Jika hari ini orang ramai bercakap pemimpin UMNO kurang ke masjid tapi selepas ini, insyaAllah orang ramai akan bercakap pemimpin UMNO amat sayangkan kepada agamanya, bangsanya dan negaranya. Cuba kita bayangkan jika semakin ramai pemimpin-pemimpin UMNO terdiri daripada imam-imam masjid dan surau, penceramah-penceramah UMNO adalah ustaz-ustaz dan cendiakawan Islam. Sudah pasti suatu hari nanti, entah bila UMNO akan sentiasa didekati dan menjadi parti milik rakyat .
Jika hari ini orang ramai bercakap pemimpin UMNO kurang ke masjid tapi selepas ini, insyaAllah orang ramai akan bercakap pemimpin UMNO amat sayangkan kepada agamanya, bangsanya dan negaranya. Cuba kita bayangkan jika semakin ramai pemimpin-pemimpin UMNO terdiri daripada imam-imam masjid dan surau, penceramah-penceramah UMNO adalah ustaz-ustaz dan cendiakawan Islam. Sudah pasti suatu hari nanti, entah bila UMNO akan sentiasa didekati dan menjadi parti milik rakyat .
Sebenarnya banyak lagi petunjuk-petunjuk yang boleh dijadikan KPI. Antaranya kekerapan mesyuarat, bilangan program setahun, peratus peningkatan daftar pemilih dan peratus pertambahan bilangan keahlian UMNO boleh dijadikan KPI UMNO. Walau bagaimanapun boleh atau tidak, berjaya atau tidak, sangat bergantung kepada komitmen Ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin UMNO yang ada.
Kita sarankan KPI dijadikan agenda wajib dalam mesyuarat semua peringkat UMNO termasuklah dalam mesyuarat sayap-sayap UMNO. Kepimpinan UMNO akan disemak, diukur dan dinilai setiap dua bulan (setiap kali mesyuarat)/tahun/penggal berdasarkan prestasi mereka melalui KPI yang ditetapkan. Pemimpin UMNO yang jelas gagal mencapai KPI yang ditetapkan eloklah berundur diri dari arena politik. Tidak perlu lagi menawar diri sebagai ketua/pemimpin UMNO. Pasukan pemantau dan penilai KPI UMNO yang bebas perlu diwujudkan bagi memastikan ketelusan pelaksanaan KPI UMNO dapat direalisasikan seperti yang dihasratkan oleh YAB Presiden UMNO. Kita yakin setiap pemimpin UMNO tahu bahawa menjadi ketua/ pemimpin UMNO hari ini tidak semudah dahulu.
Ingatlah sesungguhnya setiap ucapan dan janji pemimpin UMNO hari ini diikuti oleh ahli-ahli UMNO dan para perwakilan. Oleh itu tunaikanlah janji-janji semasa berkempen untuk menjadi Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan Ketua sayap-sayap UMNO. Secara tidak langsung itu juga merupakan sebahagian KPI individu pemimpin UMNO. Jangan jadikan jawatan itu dan kedudukan itu hanya semata-mata untuk platform 'menjual diri' di pasaran gelap. Mencari kedudukan yang lebih baik untuk kepentingan diri sendiri. Sedangkan rakyat dan ahli-ahli UMNO di bawah sini sudah dilupai, janji tinggal janji. Itulah sebabnya KPI diwujudkan dan sudah pasti kita yang sayangkan UMNO menyokong 200% KPI dilaksanakan dalam UMNO dengan secepat yang mungkin.
Kita sarankan KPI dijadikan agenda wajib dalam mesyuarat semua peringkat UMNO termasuklah dalam mesyuarat sayap-sayap UMNO. Kepimpinan UMNO akan disemak, diukur dan dinilai setiap dua bulan (setiap kali mesyuarat)/tahun/penggal berdasarkan prestasi mereka melalui KPI yang ditetapkan. Pemimpin UMNO yang jelas gagal mencapai KPI yang ditetapkan eloklah berundur diri dari arena politik. Tidak perlu lagi menawar diri sebagai ketua/pemimpin UMNO. Pasukan pemantau dan penilai KPI UMNO yang bebas perlu diwujudkan bagi memastikan ketelusan pelaksanaan KPI UMNO dapat direalisasikan seperti yang dihasratkan oleh YAB Presiden UMNO. Kita yakin setiap pemimpin UMNO tahu bahawa menjadi ketua/ pemimpin UMNO hari ini tidak semudah dahulu.
Ingatlah sesungguhnya setiap ucapan dan janji pemimpin UMNO hari ini diikuti oleh ahli-ahli UMNO dan para perwakilan. Oleh itu tunaikanlah janji-janji semasa berkempen untuk menjadi Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian dan Ketua sayap-sayap UMNO. Secara tidak langsung itu juga merupakan sebahagian KPI individu pemimpin UMNO. Jangan jadikan jawatan itu dan kedudukan itu hanya semata-mata untuk platform 'menjual diri' di pasaran gelap. Mencari kedudukan yang lebih baik untuk kepentingan diri sendiri. Sedangkan rakyat dan ahli-ahli UMNO di bawah sini sudah dilupai, janji tinggal janji. Itulah sebabnya KPI diwujudkan dan sudah pasti kita yang sayangkan UMNO menyokong 200% KPI dilaksanakan dalam UMNO dengan secepat yang mungkin.
Wednesday, December 4, 2013
Inikah perempuan yang menggelarkan Ustaz Ginzir?
Baca sini perempuan bertudung labuh menghina ustaz Kazim sebagai ustaz khinzir........http://khairulryezal.blogspot.com/2013/12/inikah-perempuan-yang-memanggil-ustaz.html
Friday, November 29, 2013
Ahli Parlimen Jelutong menyesal dan meminta maaf kepada kakitangan MPPP
Kucing kurap dipanggil kepada kakitangan MPPP. Maksudnya setiap kakitangan itu amat hina-dina. Mungkin kakitangan MPPP itu terlalu miskin, bodoh, hodoh, malas, kotor dan seumpamanya. Oleh kerana itukah maka Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong merupakan pemimpin kanan DAP Pulau Pinang mengeluarkan kata kesat itu?
Jeff Ooi kelihatan tegas dengan pendiriannya. Sehingga hari ini belum nampak dia menyesali dengan kata-kata kesat itu. Seolah-olah dia dapati kata-kata itu wajar dilemparkan kepada kakitangan MPPP. Pelbagai pihak mendesak permohonan maaf daripada Jeff Ooi. Tapi dia masih tidak mengendahkan desakan itu. Itulah sikap pemimpin-pemimpin DAP yang tidak semua tapi kebanyakannya sombong dan angkuh. Apa yang mereka tidak kata kepada pemimpin kerajaan persekutuan? Anggota polis antara mangsa utama yang sering jadi mangsa makian dan omokan oleh pemimpin-pemimpin PR. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga menjadi mangsa tohmahan dan fitnah oleh pemimpin pembangkang secara keterlaluan hanya kerana mahu menaikkan kemarahan rakyat terhadap SPR.
Tapi Jeff Ooi kurang bernasib baik kerana dia tersilap langkah. Jika Jeff Ooi melemparkan kata-kata 'kucing kurap' itu kepada pihak polis mungkin Jeff Ooi akan mendapat sokongan baik daripada rakan-rakan pemimpin pembangkang. Sebelum ini ada pihak menyatakan PDRM adalah anjing kepada kerajaan pun masih ada rakyat Malaysia yang menyokong tanpa ada rasa malu dan hormat terhadap PDRM. Inilah sikap keterlaluan yang dihasilkan oleh pemimpin pembangkang yang sering melakukan provokasi terhadap agensi-agensi kerajaan persekutuan.
MPPP bukan agensi kerajaan persekutuan. MPPP merupakan pihak berkuasa kerajaan tempatan yang berada di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang. Kata kesat yang dilemparkan oleh Jeff Ooi kepada kakitangan MPPP disambut dengan tindakbalas yang ternyata berlainan. Maklumlah mungkin kebanyakan pegawai dan kakitangan MPPP itu adalah penyokong tegar kepada parti DAP, PAS dan PKR. Selama ini mereka merasakan bekerja kuat untuk kerajaan DAP memastikan tindakan atas arahan pemimpin kerajaan DAP dilaksanakan dengan baik.
Diminta gerai-gerai Melayu diroboh, mereka robohkan walaupun yang meroboh orang Melayu kebanyakan pekerja MPPP dan pemilik gerai yang kena roboh juga orang Melayu. Tanpa belas kasihan mereka setia atas perintah kerajaan DAP mereka melaksanakan usaha-usaha meroboh itu walaupun didapati begitu zalim dan kejam. Bagaimana pula gerai-gerai milikan orang Cina di bandar-bandar besar, masih boleh berniaga secara bebas tanpa gangguan mana-mana pihak. Tiada tindakan diambil kononnya tidak ada aduan. Pekerja-pekerja MPPP kebanyakan Melayu pejam mata sebelah walaupun sedih melihat gerai-gerai Melayu diroboh manakala premis-premis perniagaan milik orang Cina dibiar meneruskan perniagaan.
Kerja-kerja mereka selama ini langsung tidak dihargai. Sebaliknya kata-kata kesat dilemparkan kepada mereka. Mereka adalah pekerja-pekerja bawahan disuruh buat, mereka buat tak disuruh buat mereka tak buat. Biarpun longkang busuk mereka sanggup turun membersihkannya kerana sesuap nasi. Mereka juga tangan memangkah atau memilih calon-calon DAP, PKR dan PAS dalam PRU yang lalu. Mereka jugalah yang memenangkan calon-calon itu. Hari ini calon itu jugalah yang menghina mereka. Calon itulah yang memaksa mereka meroboh gerai-gerai orang Melayu dan sebagainya. Kita akan lihat Jeff Ooi tidak akan menyesal, tidak akan meminta maaf kerana itulah sikap sebenarnya pemimpin pembangkang.
Wednesday, November 27, 2013
Kakitangan MPPP kucing kurap, kata pemimpin DAP
Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi dilaporkan mendesak Yang Dipertua MPPP, Datuk Patahiyah Ismail
meletak jawatan kerana didakwa tidak mampu menjalankan tugas dengan
baik.
Desakan itu dibuat Jeff berikutan kegagalan pegawai MPPP membuktikan
kepadanya terdapat peniaga haram di Pasar Awam Jelutong dan menggunakan
perkataan kucing kurap bagi merujuk kepada kakitangan pihak berkuasa
tempatan terbabit.
Macam inikah kakitangan MPPP? |
Ekoran kenyataan biadabnya itu, Jeff pada Ahad lalu turut diserang
oleh seorang kakitangan MPPP, Mohd. Rofi Osman ketika melawat Pasar Awam
Jelutong dan mendesak Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu menarik
balik kenyataannya dan memohon maaf. (Sumber Utusan Malaysia 27/11/2013)
Hingga di saat dan ketika ini, Guan Eng selaku Ketua Menteri membisu seribu bahasa. Kerana apa membisu? Mungkin yang kena caci dan maki itu orang Melayu kebanyakannya pekerja MPPP dan yang maki itu pula pemimpin DAP, kawan baik seperjuangan dengannya. Sudah lebih 30 tahun kita bermastautin di Pulau Pinang, belum pernah kita dengar wakil rakyat BN/UMNO memaki orang lain sebegitu rupa, begitu hinanya kakitangan MPPP hingga di panggil 'kucing kurap'.
Ini jelas panggilan YB Tuan...diperkenalkan oleh kerajaan DAP telah membuatkan pemimpin DAP dan PR merasakan mereka adalah tuan besar di bumi ini. Mereka sudah lupa, yang mengundi mereka juga adalah orang-orang Melayu PKR dan PAS. Hingga hari ini pun kita dapat lihat orang-orang Melayu ini masih setia menyokong DAP malahan masih memuji-muji dan memuja pemimpin DAP sebagai terbaik.
Jika pemimpin2 DAP ini baik kenapa Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak sanggup meletak jawatan dan mengisytiharkan dirinya meninggalkan DAP. Jika mereka baik kenapa Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor turut meletak semua jawatannya dalam kerajaan negeri Pulau Pinang dan kerajaan tempatan.
Wahai orang-orang Melayu Pulau Pinang fikirlah sedalam-dalamnya. Sudah sampai masanya, kita orang Melayu/Islam perlu bersatu antara satu sama lain. Walaupun kita merupakan penduduk yang ramai di Pulau Pinang tapi kita kalah kerana kita berpecah sesama sendiri. Fikirlah masa depan agama, bangsa dan negara kita. Jika kita bersatu, kita akan kuat, syiar Islam dapat berkembang tanpa ada halangan.
Thursday, November 21, 2013
PAS berpecah sesama sendiri angkara diri sendiri!
PAS sebenar berpecah sesama sendiri. Tidak dapat disangkal lagi, tidak mampu ditutup dengan tudung saji mahupun kain selimut, semua rakyat tahu PAS mempunyai pemimpin-pemimpinnya dan ahli-ahlinya yang mempunyai pelbagai pandangan dan fahaman baik dalam hal siasah mahupun bukan siasah. Mungkin ini merupakan bala yang diturunkan oleh Allah SWT kepada PAS yang sering menghina dan memfitnah sesama Islam sehingga umat Islam berpecah belah.
PAS hari ini bukan PAS di zaman Ustaz Fadzil Noor sebagai Presiden PAS. PAS hari ini sudah lupa asal usul perjuangan partinya. PAS hari ini lebih mengutamakan politik daripada mempertahankan agama Islam. PAS hari ini sering memperalatkan Islam untuk kepentingan politiknya. Perjuangan PAS semakin tersasar jauh. Perjuangan menegakkan negara Islam sudah dikuburkan oleh PAS sendiri dengan hanya untuk mendekatkan PAS dengan DAP dan PKR. Pelawaan UMNO untuk membentuk negara perpaduan ditolak kerana menjaga pakatan yang jelas menolak Islam.
Apakah perjuangan DAP? DAP secara tegas dan berani menentang penubuhan sebuah negara Islam. Apa yang PAS boleh lakukan sejak berada dalam Pakatan Rakyat? Hancur! Tapi PAS masih mempertahankan 'tahaluf siyasi' kononnya PAS semakin kuat dengan pakatan itu. Ya betul, PAS semakin kuat dengan pakatan itu tapi kepentingan orang Melayu dan Islam semakin dihimpit dan mungkin punah suatu masa nanti. Itu sebabnya kebanyakan ulama bukan politik menyatakan tahaluf siyasi yang dipertahankan oleh PAS adalah haram kerana pakatan itu tidak menguntungkan Islam. Namun demikian Muktamar Muslimah PAS hari ini telah mengambil keputusan untuk meneruskan 'tahaluf siyasi' kerana terbukti menguatkan PAS.
Dewan Ulama PAS dan ulama-ulama PAS yang tidak ada kepentingan politik semakin jadi bingung. Walaupun ada yang mendesak PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tahaluf siyasi itu merugikan Islam sebaliknya kumpulan muslimah PAS berpendirian yang amat berlainan. Kumpulan Anwarinas dalam PAS pula 200% akan mempertahankan 'tahaluf siyasi' dengan alasan pakatan seumpama ini boleh menumbangkan kerajaan Islam yang diperintah oleh UMNO/BN. Sudah tentu TG Haji Hadi tak rugi, mantan MB Kelantan TG Nik Aziz juga tak rugi dan Mat Sabu juga tak akan rugi malahan gaji dan elaun beribu-ribu ringgit masih boleh memasuki poket setiap bulan. PAS juga tak rugi tapi yang rugi adalah rakyat yang beragama Islam dan kebanyakannya orang Melayu. Orang Melayu dan Islam jadi lemah kerana ada pihak yang mahu menjatuhkan negara Islam. Tapi apakah PAS boleh menjadi tunjang kepada parti Pakatan Rakyat jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia? Tepuk dada tanya minda.....jangan menyesal kemudian hari.
Wednesday, November 20, 2013
PAS tarik diri dan meletak semua jawatan dalam kerajaan Pulau Pinang!!!
Pas Pulau Pinang cuba ugut kerajaan DAP Pulau Pinang! PAS kononnya akan menarik diri dan melepaskan semua jawatan
dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekiranya terdapat campur tangan
tertentu dalam hal ehwal Islam di sini.
Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Muhammad Fauzi Yusoff berkata, pihaknya menuntut supaya Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Salleh Man diberikan kuasa penuh dalam bidang tugas beliau.
Selain itu, PAS mahu bilangan ahli majlis yang dilantik dalam Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ditambah kuotanya dari dua kepada empat orang.
“Jika tuntutan yang dibuat tidak diambil serius maka kami akan menarik
diri dan meletak jawatan atau posisi jawatan malah akan kedudukan dalam
pakatan pembangkang akan dikaji semula demi menjaga maruah dan prinsip
parti,” katanya.
Muhammad Fauzi berkata, permintaan yang disuarakan itu mewakili akar umbi ahli Pas negeri ini.
“Kami mahu Pas negeri diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di dua Parlimen dan enam Dun yang ditandingi Pas.
“Permintaan ini bersesuaian dengan sumbangan yang kami berikan kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya.
Beliau berkata, surat-surat permohonan yang dihantar kepada kerajaan negeri tidak dijawab menyebabkan Badan Perhubungan Pas Negeri terpaksa menyuarakan permintaan itu menerusi sidang media.
“Kerajaan negeri mungkin terlalu sibuk bertemu rakyat sehingga tiada masa untuk memberi jawapan namun diharapkan menerusi cara ini (sidang media), mereka akan sedar akan permintaan yang disuarakan.
“Tuntutan ini selaras dengan slogan yang dilaungkan walaupun ia tidak dipraktikkan kerajaan negeri buat masa ini,” katanya.
Muhammad Fauzi berkata, permintaan yang disuarakan itu mewakili akar umbi ahli Pas negeri ini.
“Kami mahu Pas negeri diberi kuasa penuh untuk memilih dan melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di dua Parlimen dan enam Dun yang ditandingi Pas.
“Permintaan ini bersesuaian dengan sumbangan yang kami berikan kepada kerajaan negeri selama ini,” katanya.
Beliau berkata, surat-surat permohonan yang dihantar kepada kerajaan negeri tidak dijawab menyebabkan Badan Perhubungan Pas Negeri terpaksa menyuarakan permintaan itu menerusi sidang media.
“Kerajaan negeri mungkin terlalu sibuk bertemu rakyat sehingga tiada masa untuk memberi jawapan namun diharapkan menerusi cara ini (sidang media), mereka akan sedar akan permintaan yang disuarakan.
“Tuntutan ini selaras dengan slogan yang dilaungkan walaupun ia tidak dipraktikkan kerajaan negeri buat masa ini,” katanya.
Komen:
Boleh percayakah PAS nak tarik diri? Pengalaman yang lalu telah banyak meninggalkan bukti bahawa PAS akan kekal sebagai pak turut dalam Pakatan Rakyat. Baru hari ini PAS nak tunjuk berani sebabnya muktamar PAS semakin hampir. Boleh dijadikan modal politik dalam muktamar. Modal untuk berucap di hadapan perwakilan bahawa PAS merupakan sebuah parti yang tegas memperjuangkan Islam. Kononnya begitulah!! Tapi selepas muktamarnya semuanya diam. Hudud pun lenyap. Nak tarik diri dan letak jawatan pun diam. Rakyat tidak sebodoh itu! Rakyat ini sudah celik. Kita akan lihat sandiwara PAS...tunggu selepas muktamar nanti semuanya senyap. Itulah PAS yang kita tahu!!!
Sunday, November 10, 2013
UMNO Balik Pulau mula berubah hadapi cabaran PRU14
Mungkin ada yang terkejut hairan. Mungkin ada yang musykil dan mungkin ada yang mahu tahu. Berapa banyak mungkin sedang bermain di kepala kawan-kawan yang dekat dan yang jauh. Macam mana PT boleh dilantik sebagai AJK Bahagian? Dan mengapa pula PT boleh bersetuju dengan perlantikan itu? Ada kawan-kawan secara gentlemen bertanya terus kepada PT. Tak kurang pula ada yang membantah jika PT menerima perlantikan itu. Semua itu PT boleh jawab dengan mudah dengan satu nawaitu untuk membantu UMNO supaya lebih kuat bagi menghadapi PRU14 yang akan datang. Untuk kuatkan UMNO semua peringkat kepimpinan dalam Bahagian terlebih dahulu mesti tunjuk komitmen untuk bersatu dan bekerjasama sebagai satu pasukan.
Kehadiran PT dalam Bahagian samalah juga seperti rakan2 lain yang dipilih oleh para perwakilan UMNO semata-mata untuk mencurahkan bakti kepada UMNO. Tiada niat untuk menjatuh dan menaikkan sapa2, tiada niat untuk menjual nama, tiada niat untuk jadi wakil rakyat melainkan hanya untuk berbakti kepada UMNO Bahagian Balik Pulau. Begitulah harapan PT kepada rakan2 kita yang lain. Marilah kita bekerja untuk UMNO. Erti kata lain kita bekerja untuk Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian serta semua sayap-sayap UMNO dalam bahagian. Bukan masa kita menuding jari mencari kesalahan orang lain. Bukan masanya kita mendabik dada mengatakan kita yang kuat dan berkuasa. PT yakin jika kita bersatu, UMNO/BN akan dapat mempertahankan kerusi yang ada.
Ya betul, betul....PT dahulu mengkritik UMNO BP melalui blog 'suara1umno'. Tapi kenapa PT boleh dilantik dan kenapa pula PT tidak menolaknya? PT tidak boleh menjawab bagi pihak Ketua Bahagian kenapa beliau memilih PT tetapi PT menerima pelawaan Ketua Bahagian dengan nawaitu untuk berbakti kepada UMNO. Apakah selama ini PT tidak pernah berbakti? Samalah dengan rakan2 PT dalam Bahagian, sebenarnya kita telah lama berbakti sejak dari muda dahulu. Cuma PT sedikit berbeda dengan rakan2 yang lain. PT tidak suka memegang jawatan dalam parti. PT mempunyai jawapan tersendiri.
Selaku blogger dan AJK Bahagian, kini PT kena melakukan 'transform' terhadap diri sendiri. Kini PT telah diberi peluang dan ruang seluas-luasnya untuk memberi pandangan dan mengkritik di samping itu PT juga kena bersedia untuk menerima teguran/kritikan melalui meja bulat UMNO Bahagian. Ini bermakna bodohlah PT jika masih mengkritik kepimpinan UMNO Bahagian melalui media sosial sedangkan PT sudah berada dalam kepimpinan itu. Begitu juga rakan2 kita yang lain, yang ada dalam Bahagian tidak sepatutnya mengkritik di luar sana atau dalam Persidangan Agung sedangkan kita semua berada dalam Bahagian. Maklumlah kadang-kadang kita terlupa dalam keghairahan bercakap menghentam kepimpinan Bahagian sedangkan kita sekian lama berada dalam Bahagian umpama kita meludah ke langit akan tertimpa ke batang hidung sendiri.
Marilah kita bekerja untuk UMNO. Kurangkan bercakap dan lebih banyak bekerja. Naib Ketua Bahagian UMNO BP telah memberi cadangan yang cukup baik untuk kita akur dan laksanakan. PT harap semua AJK yang mempunyai portfolio atau tidak, perlu faham dan jadikan cadangan itu sebagai KPI (Key Performance Indicator). Dalam tempoh 6 bulan (Indicator) jika tidak ada kemajuan (Performance) Naib KB dengan tegasnya mencadangkan AJK Bahagian yang memegang portfolio itu perlu digantikan dengan AJK yang lain.
Ini menunjukkan Naib KB UMNO BP begitu serius untuk melihat setiap AJK Bahagian yang diberi portfolio masing-masing memberi sumbangan bermakna untuk memperkasakan UMNO BP. PT berharap cadangan itu diterima dengan baik oleh semua pihak demi untuk UMNO BP. Bagi mencapai hasrat murni itu, kita semua kena berubah ke arah yang lebih baik ibarat kata pepatah Melayu " Bulat air kerana pembetungnya dan bulat masyarakat kerana muafakatnya". InsyaAllah UMNO Balik Pulau akan lebih disegani dan dihormati jika setiap AJK Bahagian dan sayap-sayap UMNO bekerja secara jujur dan ikhlas, tanpa mengira waktu, tenaga dan upah turun ke padang menemui rakyat dari masa ke semasa. Kita semua sangat yakin jika kita kuat dan bersatu, UMNO mampu menangani setiap masalah dari dalam dan luar, terutama cabaran PRU14 yang lebih getir. Wallahu alam.
Sunday, November 3, 2013
Kenapa pengundi-pengundi DUN Sg. Limau wajib pilih calon BN esok?
Setiap kali pilihanraya PAS akan mengulangi Hukum Hudud, Negara Islam dan pelbagai fitnah dan pembohongan hanya untuk memenangi calonnya. Paling sedih puak-puak ini sanggup melakukan apa sahaja biarpun perbuatan mereka sah bertentangan dengan ajaran Islam.
Terkini patung potong kaki telah digunakan oleh puak-puak ini untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan penduduk Sg. Limau. Mungkin itu taktik terkotor mereka gunakan sebagai usaha terakhir mereka untuk memastikan calon PAS tidak kalah [Baca selanjutnya]. Puak-puak ini kelihatan semakin panik, ekoran gelombang hijrah mulai melanda pengundi-pengundi Sungai Limau.
Pengundi-pengundi DUN Sungai Limau seharusnya dapat memilih parti yang benar-benar ikhlas dalam perjuangan untuk membela orang-orang Melayu, Islam kedaulatan Raja dan Negara. Parti manakah sebenarnya yang terlalu banyak beretorik dan menabur janji palsu melainkan parti yang mengakui parti Islam? Parti manakah yang menggadaikan kalimah Allah melainkan parti PAS jua? Parti mana yang menguburkan perjuangan sebuah negara Islam melainkan parti PAS jua? Parti mana yang selalu memainkan hukum hudud ketika musim pilihanraya maka tidak lain dan tidak bukan adalah parti PAS?
Calon manakah yang akan menjadi pilihan yang paling tepat dan terbaik kepada pengundi-pengundi Sungai Limau? Yang mentadbir dan menguasai Kerajaan Persekutuan bukan parti PAS. Dan juga bukan parti PAS yang memerintah kerajaan Negeri Kedah. Pengundi-pengundi Sungai Limau terutama pengundi-pengundi muda jangan tolak tuah dan jangan tolak rezeki. Pilihlah calon parti yang dapat memberi kesejahteraan hidup kepada pengundi-pengundi Sungai Limau. Pilihlah calon yang mewakili kerajaan yang sentiasa sensitiviti terhadap nasib orang-orang Melayu dan Islam. Jangan terpengaruh dengan politik fitnah oleh parti PAS. Fitnah dan memaki hamun sudah jadi darah daging mereka. Politik air liur adalah politik PAS.
Kenapa Dato' Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dipecat? Kenapa cikgu Non, bekas aktivis PAS dan ahli seumur hidup PAS dipecat oleh PAS? Kenapa Dato' Hj. Nakhaie Ahmad bekas Naib Presiden PAS suatu masa dahulu meninggalkan PAS? Kenapa ulama-ulama besar bekas Dewan Ulama PAS seperti Ustaz Khalid Omar mengisytiharkan meninggalkan PAS?
Dan lagi kenapa DS Hadi tidak melaksanakan hukum hudud semasa jadi MB Terengganu? Kenapa negara Islam dikuburkan dan sebaliknya digantikan dengan Negera Berkebajikan? Kenapa PAS sanggup bersekongkol dengan DAP dan PKR yang jelas menentang penubuhan sebuah negara Islam? Kenapa pula PAS terus kekal dengan persetujuan bahawa kalimah Allah boleh digunapakai oleh gereja sedangkan Dewan Ulama PAS menentang dan sebaliknya menyokong keputusan Mahkamah Rayuan? PAS bersekongkol dengan parti PKR yang memperjuangkan LGBT. Kenapa? Kenapa?
Pengundi-pengundi Sungai Limau jangan sama-sama bergelumang tahi dengan pengundi-pengundi tegar PAS, DAP dan PKR. Berhijrahlah demi untuk masa depan agama bangsa dan negara kita yang tercinta. Tidak apa-apa dosa pengundi memilih calon UMNO/BN malahan hukum fardu kifayah pula kata sesetengah pendapat ulama. Sebaliknya kata sesetengah ulama dan bekas ahli PAS ada mengatakan sokong PAS adalah hukumnya haram jika kemenangan calon PAS itu boleh merugikan orang Islam sendiri. Lihatlah, apa yang PAS dapat lakukan sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR di Pulau Pinang? Maksiat bertambah, harga rumah murah dan sederhana rendah sudah tidak dibina lagi oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Bacaan al Quran sebelum subuh melalui pembesar suara tidak dibenarkan lagi. Hidup umat Islam/Melayu di Pulau Pinang semakin terhimpit dan dihimpit dengan strategi halus Guan Eng menyingkir dan menyisih orang Melayu di Pulau Pinang.
Dengan sebab itulah, pemimpin-pemimpin utama orang Melayu dalam DAP telah mengisytiharkan keluar DAP. Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mengatakan DAP sarkas politik. Disusuli oleh Rahmat Isahak, Pengerusi Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) juga ahli DAP dan NGO kuat yang menyokong DAP sebelum ini telah mengisytihar meninggalkan DAP. Hari ini beliau meminta pengundi-pengundi Sungai Limau menyokong calon BN. Terkini Bekas Naib Pengerusi DAP, Zulkifli Mohd. Noor menyifatkan kepimpinan
parti DAP hanya melihat penyertaan orang Melayu di dalam parti
berkenaan sebagai "ahli 50 sen" yang tidak mendatangkan kepentingan
kepada parti. Akhirnya beliau mengisytiharkan meletak semua jawatan beliau dalam parti dan kerajaan negeri Pulau Pinang.
Oleh itu pengundi-pengundi DUN Sungai Limau jangan ragu-ragu lagi untuk memilih calon BN. Tidak ada apa-apa dosa sedikit pun untuk menolak calon PAS. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dan fitnah oleh penyokong tegar PAS. Berhijrahlah untuk masa depan anak cucu, agama dan bangsa kita.
Wednesday, October 30, 2013
UMNO Balik Pulau: Memantapkan parti perlu diutamakan
Kempen Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau sedang berlangsung. Pada 4 November 2013, Isnin ini merupakan hari penentuan sama ada BN dapat menambat hati pengundi-pengundi DUN Sungai Limau atau sebaliknya. Jentera parti merupakan elemen penting memastikan kempen pilihanraya BN/UMNO berjalan lancar. Namun begitu belum pasti kemenangan milik BN/UMNO meskipun bendera BN hampir menenggelambirukan setiap kampung dan desa, batas bendang dan tambak di kebanyakan kawasan Sungai Limau. Dengar-dengar cerita, pemuda UMNO tempatan tidak ada. Ada yang kata sibuk bekerja. Pelik juga jika siang bekerja, wajah pemuda sebelah malamnya pun tidak nampak. Mungkin UMNO Cawangan di kawasan Sungai Limau tidak sempat bangkit selepas PRK DUN Sungai Limau diwartakan. Mungkin UMNO Cawangan sudah sekian lama 'tidur dan lena' akibat kekuatan dan pengaruh PAS tak sangga di kawasan itu. Namun begitu kita tetap mendoakan pengundi-pengundi kawasan itu membuat 'hijrah' pada kali ini dan calon BN akan menang dalam PRK itu.
Itu cerita di Sungai Limau. Kita tidak mahu apa yang berlaku di sana akan berlaku di Balik Pulau. Kita tidak mahu PRU13, semua calon BN menang tapi dalam PRU14 nanti semua atau sebahagian calon BN di parlimen Balik Pulau akan kalah. Nak menang mesti ada kekuatan, nak kuat mesti bersatu. Jangan cakap nak bersatu, tapi tindakan dan perbuatan tampak di sebaliknya. Semua orang tahu, UMNO Balik Pulau telah berlaku kejutan dari sebelum PRU13 sehinggalah kejutan terus berlaku selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau. Bagi sesetengah pihak pula beranggapan kejutan itu sebagai suatu takdir. Apa pun anggapan, semua pihak perlu menerimanya dengan hati yang terbuka. Bukan masanya lagi kita melihat kelemahan dan keburukan masing-masing pihak. Apa tah lagi mendedahkan keburukan dan kepincangan yang berlaku. Ibarat kata pepatah "meludah ke langit akan timpa batang hidung sendiri".
Kita menyeru setiap pemimpin utama dalam UMNO Balik Pulau dapat duduk dan berbincang tentang permasalahan dalaman UMNO terlebih dahulu. Orang Melayu Balik Pulau akan lari jika UMNO lemah. Orang Melayu tidak akan menghormati UMNO jika di sana sini ada pihak bercakap pasal kepincangan UMNO. Jika orang UMNO berpecah atau tidak bersatu bagaimana UMNO/BN boleh menghadapi PRU14 yang lebih getir. Tanggungjawab menguatkan UMNO sebenarnya tidak terletak di atas bahu Ketua UMNO Bahagian semata-mata. Sebenarnya Ketua Bahagian memerlukan sokongan yang padu dari semua peringkat kepimpinan termasuklah AJK bahagian, sayap-sayap UMNO dan ketua-ketua cawangan.
Dari setiap ucapan penangguhan oleh pemimpin-pemimpin utama dalam Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian baru-baru ini nampak masing-masing mengharapkan UMNO Balik Pulau lebih kuat untuk memenangi PRU14 akan datang [Baca sini]. Tunaikan apa yang telah diucapkan. Jangan kita beretorik sesama kita. Biarlah kita bercakap serupa bikin. Ramai pemerhati dari dalam dan luar melihat perjalanan setiap pemimpin kita. Keikhlasan dan kejujuran pemimpin boleh dilihat melalui tindakan dan percakapan. Persoalannya, apakah kehadiran wakil-wakil rakyat baru ke dalam UMNO Bahagian dapat memantapkan UMNO Bahagian Balik Pulau atau sebaliknya menghancurkan UMNO? Kita tunggu dan lihat, apa yang dapat dilakukan oleh pemimpin kita.
Sunday, October 20, 2013
UMNO Balik Pulau: Satu hati dan satu matlamat
Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Balik Pulau 2013 telah berakhir pada jam 6.00 petang tadi. Tahniah kepada Ketua Bahagian, DS Dr. Hilmi, Timbalan Ketua Bahagian YB Hj. Muhammad Farid, YB Datuk Shah Headan Naib Ketua Bahagian dan YB Hj. Nordin Ahmad, Ketua Penerangan serta Hjh Faridah, Ketua Wanita UMNO Balik Pulau kerana masing-masing telah diisytiharkan menang tanpa bertanding Tahniah juga kepada 20 calon Ahli Jawatankuasa Bahagian yang telah dipilih daripada 40 calon yang layak bertanding. Antara AJK Bahagian yang berjaya mengekalkan jawatan masing-masing ialah Mohd Radzi Embee, Rozhan Che Din, Salleh Hassan, Hjh Raftah Itam Ahmad dan Hj. Sabuddin Shaari. Ini bermakna 20 calon lagi merupakan muka baru dalam AJK Bahagian pada penggal ini.
Tidak perlulah kita mengkaji dan menganalisis keputusan yang diperolehi kerana ini boleh menimbulkan persepsi yang kurang sihat terhadap kepimpinan baru UMNO Bahagian. Suka atau tidak suka setiap ahli UMNO khususnya para perwakilan mesti menghormati keputusan itu. Berilah peluang kepada kepimpinan baru ini melakukan transformasi politik yang memerlukan komitmen semua pihak bagi menghadapi PRU14 yang lebih mencabar.
Dalam ucapan penangguhan para perwakilan dan ucapan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Naib Ketua Bahagian serta Ketua Penerangan jelas masing-masing menyatakan hasrat mahu melihat ahli-ahli UMNO bersatu. Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, Sdr Hisham dengan ucapan yang bersemangat telah berjanji tidak berbelah bahagi untuk berkhidmat kepada DS Hilmi sebagai Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau. Sebenarnya inilah yang kita hendak dengar dan lihat pemimpin-pemimpin muda UMNO pada hari ini. Di bawah serba ringkas petikan ucapan para pemimpin yang memberi ucapan penangguhan masing-masing pada siang tadi. Baca, fahami dan hayatilah intipati ucapan mereka.
Petikan ucapan Ketua Pemuda Sdr Hisham Hamid;
...beliau memuji
perwakilan pemuda kerana menunjukkan kematangan dalam pemilihan seorang
pemimpin yang boleh memimpin dan dipimpin. Beliau mengucapkan terima
kasih dan meminta para perwakilan memberi tepukan paling gemuroh kepada
pesaingnya Sdr Rizal. Beliau menghargai nilai seorang sahabat sebagai
kawan terpaksa mencari (berkempen) untuk menjadi pemimpin. Beliau tidak
mahu perbalahan (semasa berkempen) sebagai satu sengketa yang boleh
memburuk UMNO kerana katanya kita sayangkan parti. Beliau melahirkan
keyakinan jika pemuda, puteri, wanita dan UMNO Bahagian bersatu,
insyaAllah PRU14 UMNO/BN boleh memperolehi majoriti yang lebih besar.
Janji pemuda katanya akan terus memberi kerjasama dan terus berkhidmat
24 jam demi parti yang kita agung-agungkan..
Petikan Ucapan Naib Ketua Bahagian, YB Datuk Shah Headan;
...beliau mengingatkan para perwakilan agar mendekatkan diri kita dengan Tuhan, insyaAllah katanya Allah akan berikan kita kuasa dan memerintah. Bagi menghormati orang lama UMNO pula, beliau turut mencadangkan agar orang lama dijemput dalam persidangan UMNO dengan diberi tempat pemerhati khas. Akhir sekali beliau mengucapkan tahniah kepada ketua puteri yang berjaya mempertahankan jawatan dengan pelbagai cabaran yang boleh mematangkan parti. Begitu juga beliau menasihatkan Ketua Pemuda supaya merapatkan kembali dengan rakan-rakan pemuda supaya parti UMNO lebih mantap.
Petikan ucapan YB Hj. Nordin Ahmad;
...beliau mengingatkan para perwakilan tentang perlunya penyatuan UMNO dalam mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negara. Mengambil contoh peperangan zaman Rasulullah SAW di mana tentera Islam pernah kalah dalam peperangan dengan kaum Quraish bukan kerana kekuatan bala tentera sebaliknya kerana kita tidak bersatu. Katanya lagi tumbangnya sesuatu bangsa dan tamaddunnya bukan kerana orang lain sebaliknya kerana kegagalan bangsa itu mengurus masalahnya.
Petikan ucapan YB Hj. Muhammad Farid;
... biduk berlalu, kiambang bertaut. Beliau mahukan pertautan bukan hanya dari segi fizikal malahan pertautan dari segi roh UMNO atas landasan perjuangan 'alif ba ta'. Dengan penuh keikhlasan beliau telah melafazkan kalimah Bismillah menghulurkan tangan kepada Ketua Wanita dan AJKnya, Ketua Pemuda dan AJKnya, Ketua Puteri dan AJKnya serta seluruh ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Balik Pulau untuk bersama-sama berjuang memperkasakan orang-orang Melayu di Balik Pulau ini.
Ucapan YB DS Hilmi, Ketua UMNO Bahagian;
...YB DS Hilmi melihatkan perhimpunan kali ini lebih kepada mod perpaduan. Tidak ada lagi hentam menghentam. Buang yang keruh ambil yang jernih..Selaku Ketua Bahagian beliau tidak mahu lagi ada team. Yang ada hanya team untuk UMNO Bahagian Balik Pulau. Beberapa kali Ketua Bahagian mengulangi "we are one" dalam ucapan penggulungannya.
Harap pemimpin-pemimpin kita ikhlas menyatakan harapan dan tunaikan janji-janji itu. PRU14 adalah matlamat kita menambahkan majoriti dan menambahkan lagi bilangan kerusi UMNO/BN dalam DUN Pulau Pinang. Percayalah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Marilah kita bersatu dan menguatkan parti untuk satu matlamat meneruskan agenda besar parti menang dalam PRU14 dengan majoriti yang lebih besar.
Harap pemimpin-pemimpin kita ikhlas menyatakan harapan dan tunaikan janji-janji itu. PRU14 adalah matlamat kita menambahkan majoriti dan menambahkan lagi bilangan kerusi UMNO/BN dalam DUN Pulau Pinang. Percayalah "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Marilah kita bersatu dan menguatkan parti untuk satu matlamat meneruskan agenda besar parti menang dalam PRU14 dengan majoriti yang lebih besar.
Tuesday, October 15, 2013
Pemuda dan Puteri UMNO Balik Pulau: Laksanakan janji dan buktikan kemampuan
Kelmarin dulu semua orang sibuk dengan masalah banjir yang teruk melanda kawasan Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Pulau Betong. Hari ini pula sibuk dengan sambutan hari raya korban. Terlupa pula nak ucapkan tahniah kepada yang menang dalam persaingan jawatan Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Balik Pulau.
Kesempatan ini diucapkan tahniah kepada Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO Balik Pulau serta AJK yang telah dipilih oleh para perwakilan pada kali ini. Sudah tentu kemenangan itu memberi kegembiraan dan kepuasan kepada mereka yang menang. Berbaloilah kata orang kampung kerana siang malam berkempen dan hampir setiap malam tidak tidur akhirnya membuahkan hasil. Tidak rugilah walaupun banyak tenaga yang dikerah dan banyak juga duit ringgit yang dibelanjakan.
Jika dahulu, orang takut nak jadi pemimpin atau ketua. Mungkin kerana dia takut akan tanggungjawab yang amat berat. Mungkin juga dia tidak mampu menjadi seorang pemimpin yang baik, disegani lagi dihormati. Sebaliknya hari ini, ramai yang berlumba-lumba hendak jadi pemimpin. Masing-masing mengakui diri adalah yang terbaik sebagai pemimpin. Pada masa yang sama cuba menjatuhkan lawan dengan apa jua cara sekalipun asalkan matlamat tercapai. Keputusan pemilihan telah diperolehi. Semua pihak perlu menghormati keputusan. Yang menang diikhtiraf dan yang kalah perlu menerima dengan fikiran yang terbuka.
Kini masanya pemimpin yang dipilih perlu buktikan. Tunaikanlah janji-janji semasa berkempen. Jangan leka dengan jawatan yang disandang. Jawatan bukan untuk dijaja dan dijual beli. Jawatan merupakan satu amanah yang besar daripada seluruh ahli pemuda dan puteri UMNO kawasan parlimen Balik Pulau. Kata lainnya ketua pemuda dan ketua puteri yang dipilih bukan calang-calang orang. Kata orang yang terbaik di antara yang terbaik.
Satukan pemuda dan puteri. Pujuklah mereka kerana sudah pasti ada kawan yang berduka dan mungkin merajuk. Lemparkan jauh-jauh sifat-sifat dendam. Buangkan perasaan buruk sangka sesama sendiri. Dekatilah mereka supaya pemuda UMNO Balik Pulau lebih kuat. Puteri UMNO Balik Pulau lebih mantap. Bukan masanya lagi kita bersaing sesama sendiri. Kempen pemilihan sudah pun selesai. Kini masanya kita kembali bersatu. PRU14 yang akan datang lebih mencabar. Semua tenaga pemuda dan puteri perlu digembelingkan untuk pilihanraya yang pasti sangat sukar. Persoalannya bagaimana mungkin boleh kita hadapi asakkan pihak pembangkang jika kita sendiri dalam keadaan yang sangat lemah kerana tidak bersatu.
Marilah kita bersatu. Buang yang keruh ambil yag jernih. Berilah sokongan kepada semua ketua-ketua yang dipilih. Pemimpin-pemimpin UMNO Bahagian termasuklah pemimpin-pemimpin sayapnya pemuda, wanita dan puteri mesti tunjuk keikhlasan dan kejujuran. Utamakan kepentingan parti daripada kepentingan diri sendiri. Selalulah dekati ahli dan rakyat. Tidak ada musim untuk berkhidmat dan berbakti kepada rakyat. Jangan jadikan jawatan hanya sebagai batu loncatan, hilang manis sepah dibuang, dapat tanduk rotan ditinggalkan, dan mungkin ibarat kacang lupakan kulitnya. Harapan kita semua ahli, UMNO Balik Pulau semakin kuat selepas ini. Jangan ada yang cuba bertindak seperti musuh dalam selimut atau api dalam sekam. UMNO akan lemah dan hancur jika ada di kalangan pimpinan bahagian masih kukuh menjaga kepentingan politik daripada menjaga kepentingan parti.
Sunday, October 6, 2013
Kempen Pemuda UMNO: Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu
PT rasa begitu sekali bimbang dengan cerita-cerita kedua-dua belah pihak tentang cara berkempen. Keghairahan untuk menang menyebabkan kita terlupa atau sengaja buat-buat lupa. Jika benar apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh kedua-dua belah pihak, PT bimbang pemuda UMNO BP tidak boleh disatukan kembali selepas pemilihan nanti. Semalam PT sempat bertanya kepada 'orang kuat' kepada seorang calon, bolehkah pemuda kembali bersatu selepas pemilihan nanti? Beliau hanya berdiam, dari wajah mukanya dan sebek mulutnya sudah PT faham.
PT sangat berharap para perwakilan pemuda lebih matang dan bijak menilai dan membuat pilihan. Jangan begitu emosional tapi gunakan akal fikiran yang diberikan Allah secara yang rasional. Mudah-mudahan pemuda UMNO Balik Pulau dapat suburkan amalan demokrasi secara yang lebih beradab dan bersifat kesederhanaan. Berilah peluang calon-calon KP kita berjumpa dengan semua perwakilan di setiap cawangan supaya semua perwakilan pemuda tahu, dan yang tidak tahu akan tahu tentang kelebihan dan kekuatan setiap calon KP kita.
Dalam suatu majlis baru-baru ini, PT sempat berjumpa dan bercakap pasal kempen pemuda dengan Ketua Bahagian Balik Pulau. Sebenarnya beliau tahu apa yang sedang berlaku namun beliau bertegas tidak akan masuk campur dalam urusan pemuda. Selaku Ketua Bahagian kata beliau lagi, beliau mahu pemuda bersatu (tidak berpecah) dan kuat selepas pemilihan ini bagi menghadapi PRU14. Pendirian Ketua Bahagian dalam isu ini amat jelas dan mudah difahami. Erti kata lain, beliau boleh menerima siapa sahaja yang bakal dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau. Mungkin pengalaman lalu sedikit sebanyak telah membantu beliau menyatakan pendirian yang sesuai dan selari dengan usaha memantapkan perpaduan dalam UMNO terlebih dahulu.
Manakala Presiden UMNO, DS Najib dalam suatu majlis penyerahan watikah dan wakalah lembu korban sempena Aidiladha kepada
surau dan masjid di kawasan Parlimen Pekan, Perdana Menteri mengingatkan kita ahli-ahli UMNO katanya, hanya menerusi perpaduan, Umno akan terus
berjaya dalam perjuangannya bagi membela bangsa, agama dan negara. “Jaga perpaduan dalam pemilihan Umno…kalau kita bersatu, kita akan
berjaya dalam perjuangan kita”.
Beliau berkata calon yang bertanding perlulah menjaga kepentingan
parti dan tidak mengutamakan kepentingan diri atau kebendaan semata-mata
dalam perjuangan mereka. Dengan mengambil iktibar daripada peristiwa korban dalam Islam, Najib
berkata prinsip perjuangan Umno perlulah berlandaskan kepada dua
perkara iaitu ketaatan kepada Tuhan dan sanggup melakukan pergorbanan
demi perjuangan kepada bangsa dan negara.
Satu pesanan PT berkempenlah secara yang sederhana dan beradab. Kita bimbang "Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu". Semua orang khususnya parti UMNO, Melayu dan Islam yang akhirnya akan rugi.
Friday, October 4, 2013
Lagi bakal Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau?
Rizal Hassan @ Jan, Ketua Pemuda UMNO Sungai Korok turut menawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja kebajikan dan bersikap tawadduk. Beliau tidak mudah 'terbakar' bila dikritik. Jika ditakdirkan dirinya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau, beliau sudah ada perancangannya untuk memperkasakan pemuda UMNO Balik Pulau.
Sebenarnya beliau banyak melibatkan diri dengan NGOs dari 'grass root' lagi. Bermula sebagai Ketua Pemuda Qaryah Bagan Air Itam beberapa tahun dan kemudian menjadi YDP PIBG SK Sungai Korok. Pernah melibatkan diri dengan masyarakat nelayan Kuala Jalan Baru sebagai Naib Ketua Unit Nelayan. Akhirnya beliau juga merupakan AJK Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Pulau Pinang.
Kini beliau adalah Pengerusi Kelab Sukan Bagan Air Itam dan selaku Ketua Pemuda UMNO Sungai Korok, beliau merasakan perlu menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau. Beliau juga berhasrat mahu Pemuda UMNO lebih kuat bagi menghadapi PRU14 yang amat mencabar.
Secara jujur katanya beliau mahukan kempen Pemuda UMNO kali ini berjalan dengan baik dan lancar tanpa gangguan mana-mana pihak serta tidak menyentuh hal peribadi sesiapa pun. "Kita berusaha tapi Allah jua yang menentukan" katanya lagi.
Kini beliau adalah Pengerusi Kelab Sukan Bagan Air Itam dan selaku Ketua Pemuda UMNO Sungai Korok, beliau merasakan perlu menawarkan diri sebagai calon Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau. Beliau juga berhasrat mahu Pemuda UMNO lebih kuat bagi menghadapi PRU14 yang amat mencabar.
Secara jujur katanya beliau mahukan kempen Pemuda UMNO kali ini berjalan dengan baik dan lancar tanpa gangguan mana-mana pihak serta tidak menyentuh hal peribadi sesiapa pun. "Kita berusaha tapi Allah jua yang menentukan" katanya lagi.
Thursday, October 3, 2013
Ulama dalam UMNO akan terus dipinggirkan?
Pandangan supaya Majlis Ulama diwujudkan dalam UMNO wajar disokong tanpa banyak karenah. Jika UMNO masih banyak mempersoalkan kewujudan Majlis Ulama UMNO selagi itulah kita memberi peluang pembangkang terus mengatakan UMNO tidak menghormati ulama atau ulama dalam UMNO akan dipinggirkan.
Dalam politik ulama sebaik-baiknya diletakkan di tempat yang selayak dan sewajar dengan mereka. Ulama tidak sepatutnya dikelompokan sama seperti pemimpin-pemimpin lain yang perlu berkempen untuk menduduki sesuatu jawatan dalam parti. Jika ini dikehendaki UMNO, kita pasti ulama tidak mampu 'hidup' dalam UMNO lebih lama. Inilah yang dikatakan UMNO menolak ulama.
Apa salahnya yang baik dari PAS kita ambil? Begitulah sebaliknya yang tak baik dalam PAS kita ketepikan. Jika begitu, Dewan Ulama PAS boleh dijadikan contoh yang terbaik. Cuma ulama dalam PAS tidak begitu konsisten dalam perjuangan Islam mereka sebab sentiasa dibayangi oleh ulama politik yang lebih berpengaruh seperti Murshidul Am PAS, Tok Guru Nik Ajis dan Tok Guru Hj Hadi Awang.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (Mediu), Dr. Fadlan Mohd. Othman berkata, UMNO perlu melibat cadangan itu dengan serius kerana yakin penubuhannya bakal membawa manfaat. Katanya, jika Majlis Ulama UMNO menjadi kenyataan, badan
itu bukan sahaja mesti berperanan seperti sayap tetapi perlu dipastikan
bebas untuk memberi pandangan berdasarkan ilmu agama yang ada pada
ahlinya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Pengerusi
Badan Bertindak Agama Minda Pondok Kelantan, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff
agar sebuah Majlis Ulama UMNO ditubuhkan.
Sebelum ini, Penasihat Eksekutif Pertubuhan Ilmuwan Malaysia, Dr.
Fathul Bari Mat Jahya menyokong penuh cadangan agar UMNO diberi lebih
ruang serta peluang kepada golongan agama untuk bersama-sama parti itu
demi masa depan Islam dan Melayu.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim), Prof. Madya Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
berkata, UMNO perlu memberi fokus untuk memperkasakan biro agama yang
sudah wujud dalam parti itu agar menjadi tempat rujukan utama pucuk
pimpinan tertinggi parti. Beliau yang juga Ketua Hubungan Kajian, Akademi Kajian Syariah
Antarabangsa untuk Kewangan Islam (ISRA) berkata, perkara itu seiring
dengan peruntukan perlembagaan parti yang menegakkan syiar Islam melalui
semangat yang dibawa sejak awal penubuhannya.
Untuk memenangi hati umat Melayu yang beragama Islam, UMNO perlu berubah. Parti UMNO perlu melakukan transformasi secara yang lebih jelas, telus dan tegas. Ulama dalam UMNO perlu diperkasakan dengan meletakkan golongan ini di tempat yang sesuai dan sewajarnya. Jika Majlis Ulama UMNO dapat ditubuhkan, kita yakin lebih ramai lagi umat Islam yang berada dalam PAS akan berpindah parti. Sekali gus dapat menolak tohmahan pembangkang selama ini yang mengatakan UMNO parti sekular yang menolak Islam. Tapi apakah UMNO mahu berubah dan menubuhkan Majlis Ulama UMNO? Tunggu dan lihat!
Tuesday, October 1, 2013
Orang Melayu dalam DAP, PKR dan PAS patut sedarlah!
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak merupakan pemimpin Melayu yang mempunyai hubungan rapat dengan DAP telah mengumumkan keluar daripada
parti itu berkuatkuasa serta-merta. Keputusan itu diambil kerana beliau hilang kepercayaan
terhadap DAP yang sebenarnya bukan parti bagi orang Melayu berlindung
tetapi diperalatkan secara halus dan senyap dalam memuaskan hawa nafsu
kepimpinan parti dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang
kaum.'
"Slogan berbilang kaum yang dicanang parti itu selama ini bukan
bermaksud untuk orang Melayu tetapi didominasi oleh majoriti orang Cina
dan segelintir kecil orang India," dakwanya dalam sidang akhbar di sini
hari ini.
Itu bukan cerita bohong. Sebelum ini Rahmad Isahak adalah orang Melayu DAP. Presiden KMPP yang merupakan penyokong kuat kepada kerajaan DAP. Hari ini beliau telah sedar bahawa orang Melayu hanya alat untuk mencapai cita-cita DAP untuk berkuasa. Pemimpin DAP war-warkan parti DAP merupakan parti pelbagai kaum hanya pembohong yang nyata dan jelas. Guan Eng merupakan kaki penipu atau kaki pembohong yang tak tahu malu. Pemimpin yang sombong dan bongkak. Masih ada lagi orang Melayu menganggap dirinya bagaikan Khalifah Umar Abdul Aziz.
Ketua Dewan Ulama PAS telah minta PAS kaji semula tahaluf siyasi dengan DAP dan PKR. Kenapa perlu kaji jika tidak kerana PAS semakin hilang sokongan daripada orang Melayu/Islam sendiri. Kerajaan PAS Kedah hanya mampu bertahan selama sepenggal sebelum kembali kepada BN. Apakah PAS masih menyatakan bahawa pengaruh PAS masih kuat?
Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin turut mendesak PAS supaya keluar daripada Pakatan Rakyat. Hampir kebanyakan ahli-ahli PAS akar umbi mahukan PAS keluar daripada pakatan pembangkang.
Oleh itu orang Melayu PAS dan PKR celiklah! Janganlah membuta-hatikan kamu. Sebelum nasi jadi bubur, sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tidak berguna lagi. Jika kau orang sudah sesat di hujung jalan, baliklah kita ke pangkal jalan. Wallahu alam.
Calon Ketua Pemuda UMNO Balik Pulau
Kempen pemuda Balik Pulau semakin hangat. Amalan demokrasi dalam pemilihan pemuda bahagian setakat ini berjalan dengan baik. Calon Ketua Pemuda UMNO, Sdr Hisham @ Chaq sempat berjumpa dan bersembang dengan PT beberapa hari yang lalu.
Dalam perbualan itu, beliau sempat menyatakan beberapa pandangan dan harapan beliau tentang pemuda, UMNO Balik Pulau dan PRU14. Beliau mempunyai visi yang jelas untuk menguatkan UMNO di Balik Pulau. Bersedia untuk membina kekuatan pemuda untuk membantu UMNO Balik Pulau khasnya dan Barisan Nasional amnya dalam menghadapi cabaran PRU14 yang akan datang. Beliau berjanji akan turun padang ke setiap cawangan pemuda di Balik Pulau.
Beliau sudah pun berusaha dan katanya akan terus berusaha untuk melihat kepimpinan tertinggi UMNO bahagian dapat bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan. Jika ditakdirkan beliau dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau, beliau berjanji akan bekerja untuk DS Hilmi sebagai Ketua Bahagian biarpun ada pihak ada yang mengatakan bahawa beliau hanya akan bekerja untuk Datuk SH.
Pengalaman lampau sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO dan penglibatan beliau dalam beberapa NGO menambahkan lagi keyakinan beliau untuk menerajui pemuda UMNO Balik Pulau pada masa akan datang.
Beliau mempunyai pandangan yang begitu kritis dan konstruktif terhadap isu-isu semasa seperti dasar merasionalisasikan subsidi, masa depan pendidikan anak Melayu serta peranan media baru di kalangan pemuda/remaja.
PT berhasrat untuk berjumpa dengan seorang lagi calon Ketua Pemuda UMNO yang juga tidak kurang hebatnya.....
Saturday, September 28, 2013
Kempen pemuda boleh mengundang perpecahan dalam UMNO!
Rupa-rupanya dalam UMNO tak boleh dikritik? Pemimpin UMNO tak boleh ditegur. Jumpa pemimpin kena mengampu. Kita selalu kena kata OK kepada pemimpin. Pemimpin buat yang tak betul pun kena kata OK. Kita kena selalu 'puji dan puja' pemimpin barulah dikatakan orang kuat? Begitukah ahli-ahli UMNO terutama golongan muda UMNO dididik dalam politik? PT jadi hairan kenapa pula nama PT tiba-tiba jadi sebutan dalam kem pemuda UMNO Balik Pulau? Ada pemuda UMNO beritahu PT sendiri bahawa nama PT jadi rujukan dalam kempen pemuda? Yang peliknya, PT kini dikatakan orang kuat Datuk Shah Headan (Datuk SH), ADUN Teluk Bahang. Macam mana PT dikatakan orang kuat Datuk SH sedangkan beliau tidak pernah sekalipun berjumpa dengan PT secara peribadi atau berkumpulan? Sepertimana yang sering PT katakan "Dalam politik macam-macam boleh berlaku". Dalam posting ini PT nak buat pencerahan supaya semua pihak memahami pendirian PT dalam berpolitik.
Sebenarnya PT sudah lama dalam politik UMNO di Balik Pulau. Semasa mula mengajar di sebuah sekolah Felda Lakum Pahang, PT sudah pun dilantik sebagai Timbalan Ketua Pemuda Cawangan dalam usia yang begitu muda. Erti kata lain, sejak muda lagi PT dah buat kerja untuk UMNO. Semasa balik bertugas di Pulau Pinang, tahun 1980an Ketua UMNO Bahagian kita, DS Hilmi masa itu pada masa itu mungkin sebagai AJK UMNO Bahagian dan bekerja sebagai doktor di kliniknya sendiri di pekan Kongsi Balik Pulau. Di belakang kliniknya, suatu ketika dijadikan bilik gerakan pemuda UMNO semasa zaman Allahyarham Abd. Malek Anuar jadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Balik Pulau. Manakala YB Muhammad Farid, Naib Ketua Bahagian sekarang entah di mana dia ketika itu. Mantan YB Syed pula pada masa itu sudah pun aktif dan sudah dikenali baik dalam pemuda UMNO mahupun dalam pertubuhan belia.
PT sudah aktif sejak dari pemuda lagi. Cuma PT tak suka menunjuk-nunjuk kerana PT tak berminat jadi pemimpin politik. Jika PT berminat jadi pemimpin politik rasaya PT sudah lama jadi ketua cawangan UMNO dan AJK UMNO Bahagian. Bukan nak cakap besar, rasanya nak jadi pemimpin yang lebih besar daripada itu pun boleh. Tapi PT tidak berminat untuk jadi pemimpin UMNO. Bukan PT benci UMNO sebaliknya PT sangat sayangi UMNO. Oleh itu PT buat kerja untuk UMNO secara sukarela dan tidak pernah meminta habuan daripada UMNO mahupun daripada pemimpin UMNO atau wakil rakyat UMNO. Walau bagaimanapun PT kena ucapkan terima kasih kerana Ketua Bahagian sekarang ini dan mantan YB Timbalan KB kerana mereka berdua masih ingat dan menghargai jasa PT kepada UMNO. Mungkin kerana PT tidak pernah meminta habuan secara peribadi maka setiap kali PT minta peruntukan dari mereka untuk sekolah dan NGO begitu mudah dapat dan tak pernah ditolak oleh mereka. Itulah keistimewaan yang PT perolehi daripada kedua-dua mereka sejak mereka menjadi wakil rakyat.
Terus terang PT katakan bahawa PT pernah menegur dan mengkritik kepimpinan mereka. Ada yang PT tulis surat sendiri kepada mereka secara peribadi dan ada pula yang PT sampaikan secara lisan. Cara penyampaian PT secara berhemah, tidak berkasar dan maki-maki mereka. Itu sikap yang ada pada PT, suka berterus terang tentang perkara-perkara atau isu-isu yang boleh menjatuhkan imej pemimpin kita dan parti UMNO.
PT tahu sangat mainan orang politik. Bahana politik yang PT terima kadang-kadang lebih teruk daripada orang politik sendiri. PT tak ada musuh dalam masyarakat umum tapi dalam masyarakat politik PT dianggap musuh oleh sesetengah pihak. Belum PT bercadang nak merebut jawatan dalam UMNO Bahagian sudah pun ada musuh politik. Inilah yang menyebabkan PT tidak berminat dalam politik.
PT tahu sangat mainan orang politik. Bahana politik yang PT terima kadang-kadang lebih teruk daripada orang politik sendiri. PT tak ada musuh dalam masyarakat umum tapi dalam masyarakat politik PT dianggap musuh oleh sesetengah pihak. Belum PT bercadang nak merebut jawatan dalam UMNO Bahagian sudah pun ada musuh politik. Inilah yang menyebabkan PT tidak berminat dalam politik.
Dalam politik kena sedikit belajar ilmu putar dan belit. Jika kita terlalu jujur, terlalu baik dan terlalu bertolak ansur akhirnya politik kita tak akan ke mana. Kerjaya politik hanya di separuh jalan. PT tidak mahu jadi orang politik sebab jiwa PT tidak sesuai. Namun demikian selaku ahli UMNO yang sayangkan parti UMNO, PT tidak boleh berdiam diri. PT akan terus bersuara isu-isu yang boleh melemahkan UMNO. Kebanyakan pemimpin UMNO yang PT tahu, tak boleh ditegur. Inilah masalah utama yang PT hadapi. DS Hilmi sendiri pernah suatu masa dahulu tidak selesa dengan PT kerana PT masuk campur urusannya mentadbir UMNO, JKKK dan qaryah. Manakala Datuk Shah Headan(Datuk SH) sendiri juga menganggap PT sebagai musuh politik yang tidak boleh dimaafkan kerana mewujudkan blog politik yang dikatakan menyebelahi DS Hilmi. Mantan Penghulu Idris pernah tidak bercakap sekian lama dengan PT kerana PT menegur kepimpinan beliau dalam suatu mesyuarat agung UMNO cawangan sehingga beliau akhirnya mengundur diri dan tidak lagi mempertahankan jawatan sebagai Ketua Cawangan. Allahyarham Pak Chat pernah menjemput PT untuk berjumpa dengan Dato' Mohd Zain Hj. Omar (semasa jadi ahli Parlimen Balik Pulau) kerana PT dikatakan cuba menjatuhkan Dato' Zin. Setelah penjelasan diberikan panjang lebar oleh PT, Allahyarham Pak Chat faham dan perjumpaan itu tidak berlaku.
Jika dilihat sejarah ringkas itu, bahana politik kepada PT begitu dahsyat. Musuh PT dalam politik bukan orang-orang sebarangan. Tapi PT tetap yakin apa yang PT lakukan itu hanya dengan niat untuk kebaikan pemimpin kita dan parti UMNO. Cuma ada pemimpin yang boleh menerima teguran dan ada yang tidak boleh. Bukan semua orang politik atau pemimpin politik boleh menerima teguran daripada orang bawah seperti PT. Seolah-olah PT tidak layak menegur pemimpin UMNO sedangkan PT adalah ahli UMNO yang sah dan layak menghadiri mesyuarat serta mempunyai hak untuk bersuara menjaga kepentingan parti. PT akan terus bersuara, yang baik PT akan kata baik dan yang tidak baik PT mesti akan katakan tidak, walaupun pahit.
PT amat faham kenapa PT di akhir-akhir ini dilabelkan sebagai 'orang kuat Datuk SH'. Dari sembang-sembang nama PT sudah gah di Balik Pulau sebagai orang kuat Datuk SH. Terima kasih banyak kepada pemuda UMNO yang menyampaikan maklumat itu.
Sebenarnya PT tidak begitu selesa bila nama PT dilabelkan sebagai 'orang kuat' mana-mana pemimpin UMNO. Tapi PT cukup bangga jika mereka katakan PT adalah orang kuat kepada UMNO di Balik Pulau. Dahulu pernah ada orang mengatakan PT orang kuat kepada mantan YB Syed Amer. Biasanya PT akan jawab "Saya bekerja untuk semua orang yang memerlukan bantuan saya. Dan saya bukan orang kuat".
Sebenarnya PT mahu UMNO Balik Pulau itu kuat. Untuk membina kekuatan, kita perlu bersatu daripada pimpinan bahagian hinggalah ke sayap-sayapnya. Sudah tentu akan terdapat kelemahan dan kesilapan yang berlaku di sana sini. Sekali lagi PT berterus terang bahawa keluhan dan luahan tidak puas hati kepada pimpinan UMNO datang daripada semua peringkat termasuk di kalangan AJK Bahagian sendiri. Selaku blogger yang bebas (tidak terikat dengan mana-mana individu politik/UMNO), PT berhak untuk bersuara melalui blog politik secara yang berhemah. PT tidak pernah memaki dan menghina pemimpin UMNO sendiri dengan kata-kata kasar dan tidak beradab. Cuma harapan PT agar pemimpin UMNO dan 'orang-orang kuat mereka' bersedia mendengar dengan baik suara rakyat, suara akar umbi dan suara ahli yang mahukan UMNO itu kuat.
Mungkin kritikan PT terhadap pimpinan bahagian kebelakangan ini memberi tafsiran bahawa PT sudah jadi orang kuat Datuk SH. Sebenarnya rata-rata orang bercakap pasal kepimpinan bahagian. Bukan di kalangan ahli-ahli biasa UMNO malahan tokoh-tokoh penting dalam barisan kepimpinan bahagian sendiri. Mungkin mereka ini terlalu segan atau 'takut' dengan ketua bahagian mereka cuma luah suara tidak puas hati mereka di tepi-tepi longkang gerai makan. Cerita-cerita itu PT kutip di tepi-tepi longkang dan kemudian mengesahkan dengan orang-orang tertentu yang boleh dipercayai. Melalui beberapa posting dalam blog ini PT melahirkan kebimbangan PT terhadap masalah politik dalaman UMNO bahagian. Sudah pasti sama ada secara langsung atau pun tidak langsung maka ketua bahagian akan jadi sasaran kritikan atau teguran PT. Sudah tentu akan ada pihak yang mengambil kesempatan di atas kritikan PT itu untuk tujuan kempen pemuda kali ini.
PT masih ingat suatu masa dahulu, PT pernah mengkritikan keputusan Datuk SH mencabar DS Hilmi bagi merebut jawatan Ketua Bahagian tetapi pada masa itu pun PT tidak pernah jadi orang kuat kepada DS Hilmi. Dalam persidangan agung UMNO kali ini juga, PT mengharapkan DS Hilmi tidak dicabar oleh mana-mana pihak bagi memastikan UMNO semakin kuat bagi persiapan menghadapi PRU14 yang lebih mencabar. Ini tidak bermakna kepimpinan bahagian kita tidak hadapi masalah. Tidak bermakna juga bahawa PT jadi orang kuat kepada Datuk SH. Macama mana PT boleh jadi orang kuat dengan sekelip mata kepada Datuk SH sedangkan PT tidak pernah berjumpa dengannya. PT tidak pernah pun dihubungi Datuk SH dan tidak pernah bersembang dengan Datuk SH pasal politik UMNO.
Memang benar, PT mengakui bahawa PT tidak mengkritik Datuk SH. Kenapa perlu mengkritik jika beliau tidak menimbulkan masalah dalam kepimpinan bahagian setakat yang saya tahu. Beliau tidak mencabar DS Hilmi untuk jawatan Ketua Bahagian. Beliau mementingkan kepentingan parti daripada mengejar cita-cita peribadinya. Sebenarnya beliau mempunyai kekuatan dan kelebihan untuk menjadi Ketua Bahagian dalam persidangan agung kali ini. Nampaknya beliau tidak terburu-buru mengejar jawatan seperti yang beliau lakukan sebelum ini. Beliau lebih berhati-hati. PT menghormati keputusan beliau yang tidak menentang DS Hilmi. Memang PT sendiri tidak suka beliau mencabar DS Hilmi [Baca sini UMNO Balik Pulau: Jangan sampai nasi jadi bubur!]. Dan PT berharap keputusan Datuk SH tidak mencabar DS Hilmi adalah keputusan terbaik untuk DS Hilmi, terbaik untuk Datuk SH sendiri dan paling penting terbaik untuk UMNO Bahagian Balik Pulau.
PT tidak berminat dengan pihak yang menggunakan nama PT dalam kempen pemuda. Memang kurang baik dalam kempen pemuda mengaitkan PT atau sesiapa sahaja dikatakan sudah jadi orang kuat Datuk SH ataupun orang kuat DS Hilmi. Seolah-olah kita masih mahu mengwujudkan dua kem dalam pemuda dan dalam bahagian. Sepatutnya kita perlu berusaha mencari jalan menyatukan ahli-ahli UMNO untuk berada dalam satu saf kepimpinan. Tidak ada lagi orang kuat Datuk SH atau orang kuat DS Hilmi atau pun orang kuat YB Farid dan sebagainya. Bersatulah kita menguatkan UMNO. Jika ada kem, biarlah kem itu kem untuk UMNO Balik Pulau, bukan kem Shah Headan atau kem DS Hilmi ataupun kem YB Farid. Ingatlah PT tidak suka perpecahan berlaku dalam UMNO Bahagian Balik Pulau. PT akan terus mengkritik jika ada usaha mewujudkan perpecahan dalam UMNO Balik Pulau. Sepertimana dahulu, PT lebih selesa tidak menjadi orang kuat mana-mana pihak. Wallahu alam.
Subscribe to:
Posts (Atom)