"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, March 31, 2013

Susahnya memilih calon DUN dan Parlimen di Pulau Pinang



Masalah calon BN di negeri-negeri yang diperintah oleh PR tidak sepatutnya berlaku. Bila ada masalah pemilihan calon untuk kerusi DUN atau Parlimen tertentu sudah pasti sedikit sebanyak akan menjejaskan usaha BN menawan semula negeri-negeri pembangkang. Kenapa jadi begitu?
Semua pihak tentu sekali akur dengan keputusan pucuk pimpinan untuk memilih 'winnable candidate'. Hakikatnya, calon yang boleh menang ditentukan oleh pengundi-pengundi sama ada pengundi-pengundi itu penyokong BN, penyokong PR atau atas pagar. 

Pihak pengurusan parti peringkat bahagian boleh membuat keputusan terbaik dalam pemilihan calon. Memanglah pihak bahagian boleh menghantar nama 3 calon untuk dipilih oleh PM sendiri. Realitinya bakal-bakal calon mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing untuk dipilih. Kadang-kadang kita ahli-ahli UMNO dan penyokong-penyokong BN menjadi begitu bimbang dengan pendirian bakal-bakal calon ini.

Apakah bakal-bakal calon bersedia untuk menerima keputusan pucuk pimpinan parti jika tidak dipilih? Sudah pasti perasaan kecewa tidak boleh disembunyikan lagi. Kesetiaan kepada parti mesti didahulukan. Bakal-bakal calon yang tidak dipilih mesti menerima keputusan dengan fikiran terbuka walaupun terlalu pahit untuk menerimanya. Kita sangat berharap pucuk pimpinan parti membuat pemilihan yang paling tepat. Cuba meminimumkan masalah dalaman dan luar parti jika seseorang calon itu dipilih. 

Calon yang dipilih itu hendaknya yang terbaik untuk pengundi-pengundi kawasan DUN mahupun parlimen. Calon yang disegani lagi dihormati kawan dan lawan. Calon yang disenangi oleh pengundi-pengundi. Bukan calon yang sibuk berjumpa rakyat bila tiba musim pilihanraya. Kata lainnya, calon yang dipilih adalah calon yang boleh menang.
Sebenarnya bakal-bakal calon yang dikehendaki pengundi telah ada. Cuma menunggu keputusan pucuk pimpinan parti yang akan mengumumkannya tidak lama lagi. Kita berharap keputusan calon tidak memeranjatkan semua pihak dalam parti komponen mahupun di luar parti komponen. Pemilihan calon yang tepat boleh menaikkan semangat jentera parti untuk bekerja. Kesilapan pemilihan calon sudah pasti memerlukan suatu usaha yang luar biasa untuk memenangkan calon berkenaan. 
Sebaik-baiknya secara jujur dan ikhlas, bakal-bakal calon boleh berunding sesama sendiri. Utamakan kepentingan parti daripada kepentingan diri. Tanyalah pandangan pimpinan parti-parti komponen dan tanyalah pengundi-pengundi atas pagar. Jadikan pengalaman pemilihan calon dalam PRU yang lalu sebagai pengajaran yang berguna. Jangan pisang berbuah banyak kali. Cukup hanya sekali sebab jentera kerja pilihanraya BN amat serik untuk bekerja. Kita tunggu dan lihat! Masa begitu hampir. Pastikan calon BN yang terbaik untuk pengundi. BN pasti menang. Hidup BN untuk kesejahteraan rakyat.

Saturday, March 30, 2013

BN mampu selesaikan masalah rakyat Pulau Pinang!

Barisan Nasional (BN) mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas dan rumah mampu milik di Pulau Pinang dalam jangka waktu singkat jika diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRU-13.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata pentadbiran tidak cekap DAP menyebabkan isu perumahan mampu milik dan kesesakan lalu lintas tidak dapat diatasi dengan baik hingga menyusahkan rakyat.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Pulau Pinang berkata, Kerajaan Pusat menerusi agenda transformasi negara akan berusaha meningkatkan taraf hidup rakyat termasuk di Pulau Pinang dengan membina kira-kira 20,000 rumah mampu milik bagi memberi peluang kepada rakyat negeri ini memiliki kediaman sendiri.


“Isu kesesakan lalu lintas juga akan diatasi dengan mewujudkan mekanisme berkesan untuk mengatasi masalah kepadatan trafik yang sekian lama membelenggu rakyat negeri ini.

“Perkara ini perlu dilaksanakan segera kerana kesesakan lalu lintas juga memberi kesan terhadap produktiviti pekerja,” katanya berucap pada Majlis Santai Bersama Kakitangan Penang Port Sdn Bhd (PPSB), di sini, semalam. Hadir sama, Pengarah Urusan PPSB, Datuk Ahmad Ibni Hajar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam lawatan kerjanya ke Pulau Pinang, baru-baru ini berjanji memberi dua ‘hadiah’ besar kepada rakyat Pulau Pinang iaitu pembinaan 20,000 unit rumah mampu milik dan perkhidmatan monorel jika BN diberi mandat semula.

Wednesday, March 27, 2013

Isu Terowong Pulau Pinang: Cerita pelik tapi benar!

Suatu masa dahulu, sebelum Jambatan Pulau Pinang yang pertama dibina, puak-puak pembangkang terutama DAP menentang keras pembinaan jambatan berkenaan. Tun Mahathir, PM semasa itu menghadapi bantahan dan cabaran dengan tenang. Akhirnya Jambatan Pulau Pinang dapat dibina dengan kos asalnya RM800 juta. Peliknya, tiada sebuah pun jambatan yang menghubungi bahagian pulau dengan tanah besar pada masa itu. Feri merupakan pengangkutan utama pada masa itu. Kenderaan beratur panjang, berjam-jam menunggu jika musim perayaan dan musim cuti sekolah. Walaupun begitu, pembangkang tetap membantah pembinaan jambatan dengan alasan pembaziran wang rakyat. Inilah yang dikatakan pelik tapi benar. Yang benar kerana pembangkang pada masa itu diterajui oleh DAP yang membantah pembinaan jambatan itu. Jambatan pertama itu pun tak cukup besar, ditambahkan lagi 4 lorong. Masih tak cukup satu jambatan ditambahkan lagi jambatan kedua yang masih dalam pembinaan.

Yang peliknya, kenapa Guan Eng selaku KM Pulau Pinang begitu nampak tergesa-gesa nak bina terowong dasar laut? Peliknya jambatan kedua belum siap digunakan, terowong pula nak dibina. Apakah terowong itu merupakan suatu yang amat perlu untuk mengatasi kesesakan yang berlaku setiap hari di atas jambatan Pulau Pinang? Tidak sabarkah Guan Eng untuk menunggu sehingga Jambatan Kedua Pulau Pinang digunakan sebulan dua, kemudian buat kajian aliran trafik kedua-dua jambatan tersebut.

Yang benarnya, konsotium telah dilantik. Harganya bukan murah. Harga satu terowong melebihi harga kedua-dua jambatan Pulau Pinang. Bantahan banyak pihak tidak dilayan. Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan pelbagai NGOs telah membantah dan mengadakan demontrasi. Guan Eng tetap bertegas akan meneruskan projek berkenaan.
Ramai lagi yang tinggal di rumah seperti ini
Peliknya, kenapa Guan Eng begitu cepat nak bina terowong? Apakah Jambatan Kedua Pulau Pinang belum cukup mengatasi kesesakan dan pergerakan kenderaan dari Pulau ke tanah besar atau sebaliknya? Jika jambatan kedua digunakan, kemungkinan besar tiada lagi kesesakan di atas kedua-dua jambatan itu, bolehlah kita dakwa kerajaan negeri dipimpin oleh Guan Eng telah membazirkan wang rakyat sebanyak RM6.5 bilion.
Yang peliknya lagi, Guan Eng tidak sensitif dengan permasalah rakyat mengenai rumah kos rendah. Apakah kerajaan negeri telah membina puluhan ribu unit rumah kos rendah? Dalam isu ini, yang mana merupakan suatu keperluan kepada rakyat Pulau Pinang? Rumah kos rendahkah atau terowong dasar laut? Inilah isu yang sangat pelik, Guan Eng kena jawab kepada rakyat Pulau Pinang.  Rakyat perlu tempat tinggal. Rakyat tidak perlu terowong dasar laut kerana sudah ada feri dan dua jambatan Pulau Pinang.
Mengapa PAS Pulau Pinang sunyi sepi. Dulu PAS turut membantah pembinaan jambatan Pulau Pinang kononya membazir wang rakyat. Apakah terowong dasar laut yang begitu mahal harganya tidak membazir wang rakyat? Harga keseluruhan projek RM6.5 bilion. Oleh kerana kerajaan PR ditubuhkan atas dasar kepentingan rakyat, cuba alihkan sebahagian kos projek itu kira-kira RM3 bilion untuk bina rumah-rumah kos rendah keperluan rakyat. Kerajaan PR dapat bina sebanyak 85,714 buah rumah kos rendah yang berharga RM35,000 sebuah. Oleh itu selesailah masalah rakyat hari ini yang terbelenggu dengan masalah rumah kos rendah.
Rumah Kos Rendah dibina oleh Kerajaan BN
 Sebenarnya, terowong dasar laut itu bukan suatu yang 'perlu'. Sebaliknya kehendak Guan Eng sendiri. Masalah utama rakyat tidak diselesaikan seperti kesesakan jalan raya di bandaraya Georgetown, masalah banjir, rumah kos rendah dan banyak lagi, tiba-tiba wujud terowong bawah tanah! Pelik kerana projek itu bukan suatu yang sangat perlu pada masa ini mungkin 10 tahun lagi. Apakah ada tujuan yang tersirat yang tersembunyi, cuma Guan Eng dan konco-konconya kepimpinan PAS dan PKR yang tahu! Rakyat Pulau Pinang sudah sedar. Kerajaan yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat bukan kerajaan PR sebaliknya kerajaan BN yang dipimpin oleh DS Najib Abdul Razak. Rakyat Pulau Pinang tidak mudah diperbodohkan. Semua sudah sedar. Sebahagian pemimpin PAS yang tiada kepentingan mulai sedar. Kita mengalu-alukan mereka bersama UMNO, MCA, Gerakan dan PPP dalam PRU13 untuk memastikan rakyat Pulau Pinang yang berbilang kaum hidup lebih sejahtera dan harmoni di bawah kerajaan BN dengan gagasan 1 Malaysia, " Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Tuesday, March 26, 2013

Surat Anwar Ibrahim kepada golongan muda di seluruh negara!

Surat tanpa tarikh daripada Anwar Ibrahim telah sampai kepada golongan muda di seluruh negara. Surat itu mungkin ditujukan kepada golongan muda Islam. Anwar Ibrahim mengakui negara sentosa dan merdeka berkat perjuangan bapa-bapa dan ibu-ibu pendiri negara ini. Pengakuan yang jujur oleh Ketua Pemimpin Pembangkang kepada anak-anak muda. 
DSAI juga mengingatkan anak-anak muda tentang pengorbanan para wira negara. Maklumlah pemimpin pembangkang juga yang menjatuhkan maruah pasukan keselamatan di Lahad Datu dengan menganggapkan pencerobohan itu sebagai sandiwara kerajaan. Ketua Pemimpin Pembangkang juga menyanyikan lagu 'Sabah akan hilang' dan Sabah dah hilang' sebelum dan selepas peristiwa pencerobohan itu. 
 Sebenarnya kandungan surat itu gagal mempengaruhi jiwa anak muda. Sekadar menyebut rakyat dibelenggu prejudis dan masalah desakan keperluan hidup sementara golongan berkuasa mengaut khazanah negara. Pihak manakah sebenarnya menjadikan rakyat terbelenggu prejudis. Bukankah DSAI sendiri terlibat dengan isu liwat I dan II, video seks, pengakuan baru bapa Saiful, penolakan Anwar untuk sumpah laknat, menyokong LGBT, menyokong penggunaan kalimah Allah oleh gereja dan banyak lagi telah benar-benar mengelirukan rakyat dan seterusnya menyebabkan rakyat sudah faham siapa yang sebenarnya punca rakyat terbelenggu prejudis. 
Begitu juga Anwar Ibrahim menyebut golongan berkuasa mengaut khazanah negara. Dia nak beritahu kepada orang-orang muda bahawa pemimpin kerajaan BN ini pencuri harta rakyat dan pengamal rasuah. Bolehkah Anwar Ibrahim ketengahkan dengan fakta atau setidak-tidaknya laporkan kepada SPRM? Rakyat Malaysia umumnya sudah pun mengetahui bahawa Anwar Ibrahim sendiri yang menjadi bapa kepada rasuah di negara ini semasa dia berada dalam kerajaan BN suatu masa dahulu.  Sejak jadi Ketua Pembangkang, Anwar bijak bersandiwara. Anwar merupakan pelakon paling hebat mengatasi kehandalan pelakon Bollywood. Anwar boleh menyanyi, boleh berkhutbah, boleh jadi imam, boleh menari, boleh...boleh...boleh...semua boleh!
Akhirnya Anwar mengajak anak-anak muda memberi peluang dan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat tidak akan menkhianati amanah dan mandat yang diberikan oleh rakyat. Boleh percayakah kita? Siapa mereka yang akan jadi pemimpin kita jika PR memerintah? Bolehkah seorang pemimpin yang begitu banyak isu moral diangkat sebagai PM?  Bolehkah kita menerima Kit Siang penasihat DAP sebuah parti anti Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri? Bolehkah Haji Hadi Awang, Presiden PAS memastikan Islam dimertabatkan bersama PKR dan DAP? Sedangkan Buku Jingga, Haji Hadi bersetuju bahawa tiada negara Islam dan hukum hudud dilaksanakan jika PR memerintah.
Jika begitulah keadaannya, kita merayu golongan muda hari ini celik dan lihat dengan fikiran yang matang dan rasional. Jangan terpengaruh dengan pujuk rayu dan hamburan fitnah pembangkang. PR sudah tidak ada modal atau isu untuk diketengahkan. Kerajaan PR di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor tidak sunyi dengan pelbagai masalah rakyat. Hampir setiap minggu atau mungkin setiap hari ada saja laporan polis dibuat terhadap kerajaan negeri PR dan pemimpin PR sendiri. Rakyat Malaysia hari ini sudah bosan dengan politik kotor yang dimainkan oleh pembangkang. Rakyat Malaysia terutama golongan muda sudah tidak sabar lagi untuk mengembalikan kerajaan PR kepada kerajaan BN. Kerajaan BN memang terbukti berjasa kepada rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan latar belakang. 
Golongan muda yang menerima surat cinta dari Anwar Ibrahim tolong baca dan faham betul-betul. Jangan rosakkan negara dan masa depan anda sendiri dengan hanya sekeping surat daripada Anwar Ibrahim.

Sunday, March 24, 2013

BN akan kalah, jika ceramah PR berterusan begini!

Aku suka menyaksikan ceramah-ceramah PR. Paling hebat kehadiran TG Nik Aziz di Teluk Kumbar tahun lepas. Jika aku ada di tanah besar dalam perjalanan, aku akan singgah sebentar jika ada ceramah PR. Aku kagum dengan ceramah PR. Hampir setiap malam, PR dapat mengadakan ceramah.  Kesian pula aku lihat kerana di mana-mana tempat PAS juga yang mengadakan ceramah. Mana perginya PKR dan DAP?
Itu sebabnya, kebanyakan ahli-ahli PAS marah. Mereka marah kerana PAS sokong DAP dan PKR. PAS sokong PR ertinya sokong parti DAP yang jelas anti Islam. Oleh itu NGO-NGO Islam di Kelantan telah mengisytiharkan mengundi PAS dalam PRU13 sebagai haram. Antara NGOs itu ialah Minda Pondok, Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Ikatan Cendiakawn islam Kelantan (ICIK), Pendita dan Selamat Tinggal PAS (STP).
Mereka mengisytiharkan bahawa PRU13 merupakan jihad moden iaitu wajib mengundi BN dan haram sokong Pakatan Rakyat atas beberapa sebab yang bercanggah dengan Islam". Kata mereka lagi golongan ulama dan seluruh penduduk negeri Kelantan berpendidikan agama bersepakat bahawa wajib kita bersama UMNO dan BN, dan haram kita mengundi PAS.

 Oleh kerana itulah di mana-mana ceramah PAS sudah tidak lagi mendapat sambutan. TG Nik Aziz pernah datang ke Teluk Kumbar, kehadiran penyokong PAS kebanyakannya luar kawasan pun tidak melebihi 500 orang. Jika dulu senang-senang kehadiran penonton boleh mencecah 5000 atau pun 50000. 
Mat Sabu Timbalan Presiden PAS pernah 'lari' dari memberi ceramah PAS kerana jumlah kehadiran tidak ramai. Semalam pun sama ceramah berhampiran Bilik Gerakan Pilihanraya Pemuda PAS DUN Bayan Lepas langsung tidak mendapat sambutan orang ramai. Apa dah nak jadi dengan PAS? Orang ramai terutama orang Melayu termasuklah penyokong-penyokong PAS sendiri sudah sedar bahawa sokong PAS ertinya sokong DAP. Sokong DAP ertinya kita sendiri menguatkan sokongan DAP yang anti Islam.
Alhamdulillah umat Islam hari ini sudah semakin sedar. Menyokong PAS ertinya mengukuhkan kuasa DAP di Pulau Pinang. Semakin ramai ustaz-ustaz (bekas pemimpin PAS) sudah berani berceramah di atas pentas UMNO/BN. Mereka menyeru rakan-rakan mereka yang masih menyokong PAS agar segera meninggalkan PAS dan bersatu menyokong UMNO/BN. Kata salah seorang ustaz juga seorang imam masjid, "Sokong Pakatan Rakyat, yang kuat adalah DAP, yang tak pernah dengar cakap PAS, sebaliknya MCA atau MIC dengar juga cakap UMNO".  Oleh itu penyokong-penyokong PR apa tunggu lagi?

Thursday, March 21, 2013

Beginikah wajah Perdana Menteri kita?

Cuba anda bayangkan, jika dia jadi Perdana Menteri kita. Takut rakyat nak bersapa dengan dia, apa tah lagi jika nak tegur atau kritik dia. Wartawan tidak akan rasa selesa lagi jika selalu diberi amaran "  Jika you ulang, I saman you".
Fikirlah tuan-tuan sebelum buat keputusan dalam PRU13 nanti. Dalami kisah hidup bakal PM kesayangan Pakatan Rakyat. Sesal dahulu pendapatan dan sesal kemudian tak berguna lagi.

Tuesday, March 19, 2013

Tabung Memali hanyut, tabung ceramah lesap!

 
Kejayaan PAS menagih simpati orang ramai. Nak tunjuk kepada orang ramai, PAS sebuah parti yang paling miskin. Menagih simpati derma orang ramai atas nama jihad.
Kutipan derma entah ratus ribuan mungkin berjuta-juta ringgit tidak pernah diisytiharkan oleh pemimpin PAS. Maklumlah pemimpin PAS semuanya tak pandai menipu, tidak pandai rasuah, tidak pandai kelentong. Tapi tabung Memali berjuta ringgit lesap! Lesap! Lesap!

Cikgu Non dipecat dan diugut bunuh oleh penyokong tegar PAS kerana mendedahkan penyelewengan tabung Memali. Cikgu Non merupakan bekas aktivis PAS dipecat kerana takut rahsia penyelewengan tabung Memali terbongkar.
Ingatlah, PAS hari ini tidak seperti PAS zaman Allahyarham Dato' Fadzil Noor jadi Presiden PAS. PAS hari ini dah pandai bilang kerusi DUN dan Parlimen. PAS hari ini gila untuk ke Putrajaya. PAS hari ini sudah berkereta besar dan mewah. Beristeri dua dan lebih.
Jika dahulu PAS tak boleh bersubahat dengan orang kafir. Tapi PAS hari ini boleh bersubahat dengan orang kafir. PAS dahulu mempertahankan kalimah Allah tapi PAS hari ini membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah. Malahan jika ada pemimpin DAP membaca ayat suci al-Quran secara lintang pukang, penyokong-penyokong PAS bertepuk sorak gembira disusuli dengan takbir. 

Perjuangan PAS menubuhkan negara Islam digugurkan kerana hendak jaga hati rakan2 DAP dan PKR. Penyokong2 PAS yang terkorban di Memali kerana memperjuangkan negara Islam pula bagaimana dengan status kematian mereka? Syahidkah mereka? Kerana negara Islamlah, mereka sanggup mati berhadapan dengan pasukan keselamatan.
Tapi PAS hari ini tidak mahu lagi negara Islam. PAS hari ini hendaklah Malaysia sebuah negara berkebajikan. PAS kata dalam al-Quran tidak sebut pun negara Islam? Oleh itu semakin ramai pemimpin PAS sendiri jadi bingung. Penyokong2 PAS di bawah sana pula sepuluh kali bingung dengan pendirian PAS yang berputar dan berbelit2. Oleh itu di sana sini, atas pentas UMNO/BN akan ada ustadz-ustadz berani menentang PAS dan PR dalam ceramah-ceramah mereka. 

Perjuangan PAS hari ini semakin terpesong jauh kata mereka sejak bersama DAP dan PKR. Kata mereka lagi, PAS sanggup menggadaikan maruah agama hanya untuk ke Putrajaya. Oleh kerana itu, mereka sendiri sanggup bersama UMNO/BN kata mereka, UMNO terbukti konsisten dan relevan dalam perjuangan menegakkan Islam sejak dahulu hingga sekarang. Mereka menyeru kepada ahli-ahli PAS dan penyokong2 PAS supaya tinggalkan perjuangan PAS. Mereka sudah lama lebih 25 tahun dalam PAS, telah memegang berbelas jawatan dalam PAS hingga peringkat PAS Pusat dan pada hari ini sanggup meninggalkan PAS kerana PAS sudah terpesong jauh.
Marilah kita bersatu untuk agama, bangsa dan negara di bawah satu parti iaitu UMNO/BN yang terbukti amat berjasa kepada semua.