"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, April 8, 2010

Luahan hati YB Zul dalam flite ke London!

Alhmadulillah saya selamat sampai ke Heathrow International Airport, London sebentar tadi. Punyalah letih travel sorang-sorang ni dengan flite sampai 13 jam ni. Saya sedang dalam perjalanan ke Washington untuk menghadiri majlis pelancaran Kaukus Parlimen US-Malaysia dan beberapa program lagi di Washington dan New York mulai hari ini sehingga 25 April 2010. Insyallah saya akan kembali ke Malaysia pada 26.04.2010
Sekarang di London jam 08.50am, maknanya di Malaysia sekarang jam 03.50 petang. Cuaca di London agak okay, cerah tanpa hujan. Dah masuk spring katakan. Kebetulan dalam flite MAS MH002 KL-London tadi saya duduk berdekatan dengan YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Dato' Seri Rais Yatim dan isteri Datin Seri Masnah Rais. Rupanya dema ni rajin juga bersembang. Macam-macam story. Saya baru tahu rupanya Datin Seri Masnah mengadakan kelas pengajian tafsir dan tajwid di rumahnya di Ampang Jaya tiap minggu Isnin dan Rabu.
Rupa-rupanya Datin Seri Masnah ni pengetahuan beliau tentang Islam agak mengagumkan. Dan cinta Datin Seri kepada majlis ilmu sehingga sanggup buat dewan khas dirumahnya untuk program kuliah dan pengajian. Dan yang hadir pun boleh tahan, kekadang sehingga seratus lebih jemaah.
Tu lah, kekadang kita tak patut mengukur seseorang daripada luaran sahaja, apatah lagi mendengar fitnah orang. Macam saya tengok YB Tengku Adnan Mansor dan banyak lagi Ahli Parlimen lain. Dulu kita selalu mendengar macam-macam fitnah dan kutukan terhadap mereka. Saya dulu pun mempunyai persepsi agak negatif dengan beliau ni hasil fitnah tak berhenti sesetengah orang. Tapi sejak jadi Ahli Parlimen, saya selalu tengok YB Tengku Adnan ni antara orang yang paling rajin solat jemaah disurau Parlimen, kekadang siap ajak kami lagi ke surau untuk berjemaah!
Sebab itu saya sekarang mengambil pendekatan lebih baik kita berbaik sangka dengan semua saudara seIslam. Kalau terdengar cerita pelik-pelik pasal seseorang, saya akan check dahulu dengan tanya orang tu sendiri. Kadang-kadang apa yang kita dengar sendiri dari orang itu jauh berbeza daripada apa yang orang kata. Tapi namanya mulut manusia, kita tak boleh nak katup yop. Jadi macam kata orang Kedah, biaq pi kat depa lah.



Tak tumbuh tak melata, tak sungguh Nalla tak kata

Kenyataan Datuk S Nallakarupan yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menuntut kemerdekaan Sarawak sekiranya menang pada pilihan raya negeri sebagai mengarut dan tidak memahami sejarah. Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution berkata, kenyataan yang dibuat Nallakarupan dalam sebuah akhbar semalam amat tidak masuk akal kerana PKR selama ini tidak pernah memikirkan rancangan yang melampaui batas seperti itu. “Saya anggap kenyataan Nallakarupan sebagai ‘tidak betul’, tidak mungkin Anwar pernah berfikir mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia. 
Nallakarupan dipetik sebuah akhbar semalam berkata, Anwar berkemungkinan merancang menuntut kemerdekaan Sarawak jika PKR menang pada pilihan raya negeri pada bila-bila masa sekarang. Nallakarupan turut mendakwa Anwar akan ‘berhijrah’ ke Sarawak untuk membuat persiapan dan memantapkan jentera pilihan raya parti di sana. 
Komen:
Tidak mustahil Anwar akan atau pernah berkata demikian jika PKR memenangi pilihanraya Sarawak. Anwar pernah berusaha untuk menjadi PM pada 16 Sept 2008. Anwar pernah lari ke Kedutaan Turki dengan melaporkan dia akan dibunuh. Dia minta YB Zulkifli Nordin membuat akuan bersumpah mengaitkan PM dengan kes pembunuhan Attantunya. Wahai Saifuddin Nasution! Tembelang Anwar sudah pun terbongkar, dibongkar oleh bekas-bekas Setiausaha Politik Anwar dan sahabat-sahabat Anwar sendiri cuma Presiden PKR, Wan Azizah sahaja yang kelihatan masih setia dengan Anwar, suaminya.

Karpal Singh masih besar kepala!

Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh tidak serik lagi masih menyentuh hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Karpal Singh memang pun kepala besar sebab itu dia besar kepala. Menggunakan kekebalannya selaku ahli parlimen ikut suka dia nak bercakap biarpun sensitif kepada bangsa Melayu yang beragama Islam. 
Bila isu hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera itu adalah sangat sensitif maka fahamlah wahai si Karpal. Tak payahlah sentuh apatah lagi jika si Karpal hentam (pukul) lagilah menaikkan kemarahan orang Melayu. Jangan sampai Melayu hilang sabar. Sabar ada had batasannya.
Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) telah membuat laporan polis ekoran kenyataan Karpal pada satu sidang akhbar di Pulau Pinang kelmarin. NGO berkenaan berkata, laporan polis itu dibuat kerana kenyataan Karpal itu boleh menimbulkan huru-hara dan boleh menyebabkan perpecahan kaum di negara ini.

Wang zakat Wilayah Persekutuan dihabiskan takut DS Najib ambil!

Terkaku dan kelu aku bila mendengar seorang sahabat berkata, " Wang zakat bagi Wilayah Persekutuan dah dihabiskan takut Datuk Najib minta". Mula-mula aku percaya juga, sebab yang berkata itu, bukan calang-calang orang. Seorang pegawai kerajaan yang 'warak' juga orangnya. Tak mungkin dia nak bawa cerita itu yang benar-benar menggambarkan betapa buruknya perangai seorang Perdana Menteri Malaysia. Sedarkah atau tidak sahabat aku itu, keadaan politik hari ini penuh dengan fitnah dan pelbagai tipu daya! Jika itu merupakan fitnah, apakah sanggup sahabat aku itu menerima hukuman dari Allah swt bagi mereka yang menabur fitnah. Dosa fitnah lebih besar dari dosa seorang pembunuh. Mungkin cerita ini sama agenda dengan akuan bersumpah yang diminta dilakukan oleh YB Zulkifli Nordin supaya mengaitkan DS Najib dengan pembunuhan Attantunya. Begitulah juga foto superimpose DS Najib bersama dengan Perempuan Monggolia itu yang dibuat oleh Tian Chua tapi tidak diambil tindakan hingga hari ini. Semua pihak perlu berhati-hati, jangan menyesal kemudian hari. Membawa cerita biar pasti supaya tidak merana diri.

Sunday, April 4, 2010

Melayu sewajarnya menyokong penubuhan Perkasa


Zaid Ibrahim antara pemimpin pembangkang Melayu yang membidas penubuhan Perkasa. Inilah pemimpin Melayu yang sudah lupa atau 'Melayu yang mudah lupa', kata Tun Mahathir suatu ketika dulu. Pemimpin-pemimpin Melayu ini yang hidup senang dan bermewah hari ini kerana dasar perjuangan UMNO dan pemimpin-pemimpin Melayu dahulu. Kini mereka sengaja lupa kerana gilakan kuasa. Mereka tidak segan dan malu mengkritik perjuangan UMNO dan Perkasa yang sebenarnya dasar itulah yang selama ini melahirkan ratusan ahli-ahli korporat Melayu, ahli-ahli akademik dan ahli-ahli profesional Melayu yang hebat dan ada yang terkenal di persada antarabangsa. 
Kenapa Zaid terlalu khuatir dengan kebangkitan NGO Melayu ini iaitu Perkasa walaupun dalam konteks mempertahankan Perlembagaan dan asas kenegaraan. Lebih-lebih lagi sokongan masyarakat Melayu terhadap Perkasa kian melonjak. Ada kajian mendapati hampir 70 peratus orang Melayu menyokong pendirian Perkasa dalam banyak isu kritikal. Awang ada bertanya Zaid, apa salahnya orang Melayu di tanah air ini menyokong Perkasa?
Sekali lagi Zaid buat-buat lupa tentang beberapa peristiwa menghina Sultan Perak tahun lalu, yang didalangi pembangkang. Kita masih ingat bagaimana rakyat orang Melayu baring atas jalanraya menghalang pergerakan kenderaan yang dinaiki oleh Raja Muda Perak. Tidak mungkin orang Melayu lupa  akan peristiwa ini melainkan Zaid dan rakan-rakan dalam PR yang buat-buat lupa.
Ketika institusi raja diasak teruk ketika itu, mengapa PKR berdiam dan tiada pendirian apatah lagi untuk mengeluarkan kenyataan keras mempertahankan institusi berkenaan?
Sebenarnya Zaid pun 'tidak laku' dalam UMNO bukan kerana kehebatannya tetapi kerana keegoaannya dia gagal merebut jawatan Ketua Bahagian.  Beliau adalah Melayu yang tidak sedar diri.
Berkaitan integriti, Zaid sudah hilang itu semua. Banyak kenyataan beliau mengundang kemarahan ramai. Salah satunya, Zaid pernah menggesa Yang di-Pertuan Agong campur tangan dengan tidak melantik Mohd. Najib Tun Razak (ketika itu Timbalan Perdana Menteri) sebagai Perdana Menteri. Sekiranya Zaid mendokong demokrasi seperti dilaung-laungkan, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.
Kini Zaid menjadi hulubalang kepada ketua pembangkang Anwar Ibrahim yang berdepan dengan satu lagi kes liwat, isu campur tangan asing dan pembohongan yang serius. Anwar diketahui ghairah mendapatkan sokongan bukan Melayu dengan cara menggugat struktur politik Melayu, yang menjadi tunjang selama ini. Jika Zaid hebat kenapa  dia tidak memperbetulkan banyak kepincangan dalam pembangkang terutama PKR. Mengapa beliau boleh menerima pemimpin bermasalah besar seperti Anwar sedangkan puluhan pemimpin PKR sudah meninggalkannya atas prinsip kebenaran? Tapi Zaid  masih bersama PKR dan menjadi 'hero' kepada pembangkang kerana sudah pasti beliau pemimpin yang bermasalah.

Friday, April 2, 2010

Lagi dan lagi sikap doubles standard pentadbiran LGE, Melayu jadi mangsa!

Dalam satu ceramah oleh pemimpin PAS di Teluk Kumbar, sungguh sayu hati dan sedih bila penceramah tersebut mempertahankan tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang meroboh premis peniagaan orang-orang Melayu. Alasannya peniaga-peniaga Melayu biasanya lakukan secara haram maka dengan itu katanya tindakan meroboh adalah tindakan betul. Dengan itu PAS menyokong tindakan kerajaan negeri terhadap sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang. Wahai penceramah PAS yang buta  hati! Awak tahu atau tidak bahawa ratusan malahan mungkin ribuan lagi peniaga-peniaga Cina yang berniaga secara haram di Pulau Pinang. Baca ini untuk mengetahui bahawa kerajaan DAP-PAS-PKR adalah tidak adil kepada orang-orang Melayu. Dan baca lagi apakah orang Melayu akan kekal di Pulau Pinang untuk sepuluh atau dua puluh tahun lagi? Mungkin kampung-kampung Melayu seperti Kg. Binjai, Kg. Sungai Rusa dan nama-nama jalan seperti Jalan Dato Ismail Hashim, Jalan Sultan Ahmad Shah dan lain-lain akan tinggal namanya sahaja untuk dikenang oleh anak cucu kita yang akan datang. Baca sini Dan baca lagi kenapa kita perlu bantu dan bela nasib peniaga-peniaga Melayu, jangan ikut sedap nak bercakap dan berceramah!

Thursday, April 1, 2010

Lagi berkaitan dengan isu tanah wakaf, MAIPP dan SSI!

Berkenaan tanah wakaf di Pulau Pinang, kerajaan negeri DAP telah membuat beberapa sekatan didalam pemilikan tanah wakaf yang selama ini diurus tadbir oleh majlis agama islam negeri (MAIPP). Dasar ini tentunya dibuat oleh Lim Guan Eng yang merupakan exco menguruskan hal ehwal pentadbiran tanah di P.Pinang. Jika dibawah kerajaan BN dahulu, MAIPP memperolehi tanah wakaf melalui serah milik oleh pihak yang berniat untuk mewakafkan tanah dan juga beri milik tanah oleh kerajaan negeri setelah pembelian tanah untuk diwakafkan dibuat oleh MAIPP. Tanah-tanah wakaf yang diperolehi biasanya akan dinamakan dibawah agensi-agensi MAIPP dan digunakan untuk tujuan-tujuan wakaf seperti mendirikan sekolah-sekolah agama dan juga pembinaan masjid. Tetapi di bawah pemerintahan Lim Guan Eng, beri milik tanah oleh kerajaan negeri sudah tidak wujud lagi. Prosedur yang selama ini digunapakai didalam perolehan tanah wakaf juga diubah dan disekat supaya menyukarkan pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP.
Tanah wakaf yang sepatutnya dinamakan diatas MAIPP dahulunya, kini tidak lagi dibenarkan untuk berbuat demikian. Setiap tanah wakaf baru dibawah kerajaan negeri Lim Guan Eng pula diwajibkan daftar dibawah SSI ( State Secretary Incorporated). SSI ialah sebuah syarikat GLC yang ditubuhkan oleh Lim Guan Eng bertujuan untuk menghapuskan sedikit demi sedikit hak milik tanah wakaf melayu secara sistematik di Pulau Pinang.
Sepatutnya tanah wakaf di "transfer" keatas nama MAIPP terlebih dahulu dan seterusnya ia akan dikelaskan dibawah tanah wakaf. Tetapi kini semua tanah wakaf ingin diuruskan oleh kerajaan negeri DAP. Nampak tak agenda Lim Guan Eng untuk menyonglap semua tanah wakaf orang melayu?
Ada satu kes di Kampung Aman, Pokok Sena Pulau Pinang yang membabitkan tanah seluas lebih kurang 2 ekar. Semua pengambilan dan pembayaran telah dibuat oleh MAIPP untuk menjadikan tanah tersebut sebagai tanah wakaf. Apabila tiba masa untuk proses penukaran nama tanah kepada MAIPP, kerajaan negeri DAP tidak membenarkan. Tanah tersebut telah didaftarkan dibawah kerajaan negeri dan juga didalam daftar senarai SSI.
Jika keadaan ini berterusan, mungkin selepas ini tanah wakaf tidak akan wujud lagi di Pulau Pinang. Tanah wakaf adalah merupakan sebagai satu "security" kepada masyarakat melayu/islam di masa hadapan. Jika ini pun hendak dirampas oleh kerajaan negeri DAP, maka akan telanjang bulatlah melayu Pulau Pinang suatu hari nanti.
Bagi spy, fenomena ini amat merugikan masyarakat melayu/islam di Pulau Pinang. Dimanakah 4 orang exco melayu PKR yang ditugaskan untuk menjaga kepentingan orang melayu/islam di negeri ini? Inilah yang sepatutnya mereka perjuangkan ! Apakah 4 orang exco melayu/islam PKR ini telah dicucuk hidung oleh Lim Guan Eng dan juga dipicit telornya?
Jika selama ini Anwar dan PKR berkokok di Pulau Pinang bahawa mereka tidak mengetepikan soal hak melayu dan juga Islam, apakah tindakan mendiamkan diri 4 orang exco PKR ini melambangkan perjuangan mereka didalam mewakili melayu/islam Pulau Pinang?
Bagi yang selalu mempersoalkan apa yang jasa Umno Pulau Pinang kepada masyarakat melayu Pulau Pinang, sebahagian jawapannya ialah didalam pengurusan tanah wakaf oleh MAIPP inilah. Semua sekolah-sekolah agama dan juga masjid serta pusat-pusat kebajikan khas untuk melayu/islam Pulau Pinang, diurus selia secara tak langsung oleh Umno negeri dengan berkerjasama erat bersama MAIPP. Ramai yang tak sedar hakikat ini !
Itu kisah sebelum kerajaan negeri DAP mengambil alih negeri Pulau Pinang. Kini semua benefit ini bakal terhapus. Apa yang masyarakat melayu/islam pernah dapat dibawah pentadbiran kerajaan BN/Umno, tak mungkin lagi akan dikecapi dibawah pentadbiran Lim Guan Eng.
Inilah nasib tanah wakaf melayu di Pulau Pinang. Kini lebih kurang 1'600 hektar tanah wakaf di Pulau Pinang berdepan dengan ancaman bahaya di bawah kerajaan negeri DAP dan Lim Guan Eng. Renung-renungkan lah.

Sumber: Spy Leman
dari serambi Sekolah Agama Rakyat ar-Ridwaniyah, Padang Lalang, Bukit Mertajam.