"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, May 8, 2010

Penggulungan Guan Eng penuh dengan provokasi dan penghinaan!

Guan Eng suka menghina, pembohong dan bijak memenipulasi isu yang dikemukakan oleh wakil rakyat BN. Bila Guan Eng tidak boleh jawab, Itu stail KM menggelarkan wakil rakyat 'kutu rayau' , 'buta sejarah' dan suatu ketika GE tidak memberi peluang kepada wakil rakyat BN mengemukakan soalan. GE juga kurang ajar atau tidak beradab, GE patut menjadi model kepada semua ahli YB dalam menjaga kualiti perbahasan. Sebaliknya GE sentiasa bangun mencelah tanpa memohon izin speaker terlebih dahulu. 
Bila GE tidak boleh menjawab soalan, dia akan mengatakan Kerajaan Pusat juga buat. Adakah jawapan itu merupakan jawapan yang baik daripada Guan Eng, selaku Ketua Menteri Pulau Pinang sedangkan beliau juga  sebelum ini kuat mengkritik Kerajaan Pusat, ibarat kata pepatah Melayu, "Meludah ke langit, timpa di batang hidung sendiri". GE sanggup berbohong dalam dewan tapi mungkin wakil rakyat BN mahupun PR tidak sedar di mana GE mengatakan bahawa Program Pembasmian Miskin Tegar dilaksanakan semasa kerajaan PR memerintah Pulau Pinang. Sebenarnya program tersebut telah mulai dilaksanakan semasa kerajaan BN, Tun Abdullah jadi Perdana Menteri.
Soalan YB Arif Shah yg bertanya tentang apakah perancangan kerajaan negeri untuk mengatasi pertambahan penghidap penyakit diabetes yang melebihi 40,000 di Pulau Pinang. Juga stail yang sama, GE sambil menyindir dia mengembalikan soalan itu kepada YB Ariff untuk menjalankan kempen berceramah kepada orang ramai kerana YB Ariff bebas dari diabetes. GE langsung tidak menjelaskan sedikit pun tentang perancangan kerajaan negeri.
Dalam isu pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Guan Eng menafikan bahawa beliau yang menyamai pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Guan Eng hanya mahu belajar sahaja dan kemudian menyindir wakil rakyat dengan mengatakan "adakah saya mahu belajar dari pemimpin UMNO yang berumah besar". Tapi Dato' Seri Dr. Hilmi bangun mencelah mengapa kerajaan negeri menambahkan pengeluaran lesen judi sedangkan 10 tahun tidak dikeluarkan. Begitu jugalah keadaannya bila YB Zaharah menjelaskan kepada Dewan tentang aturan bertaubat. Tapi Guan Eng dengan kata sindiran GE meminta YB Jahara menasihatkan kawan-kawan YB dari UMNO sahaja. Begitulah jawapan Ketua Menteri Pakatan Rakyat dalam penggulungannya penuh dengan penghinaan dan sindiran. Ini adalah cara Guan Eng mematikan mode wakil rakyat BN untuk mencelah dan memohon penjelasan.
Berkaitan dengan persoalan YB Jasmin, GE menyindir YB Jasmin sebagai mimpi dan tidur serta tak faham. Sedangkan soalan yang dikemukan oleh YB Jasmin sangat mudah difahami oleh ahli dewan. Untuk tidak menjawab soalan tersebut, GE mengatakan YB Jasmin tidur dan tak faham, hingga YB Jasmin marah dengan perkataan 'tidur' itu beliau bangun dan mengatakan GE sebagai 'cakap pusing'.
Rumusan dari penggulungan Ketua Menteri Pulau Pinang adalah penuh dengan kata-kata sindiran dan penghinaan kepada kerajaan BN dan juga UMNO. Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. Koh Tsu Koon semasa BN memerintah tidak pernah berhujjah begitu buruk sekali. Patutlah jumlah penonton siaran langsung Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga DUN yang kedua belas ini semakin berkurangan jumlah dengan begitu ketara. Suatu ketika Ketua Pembangkang, YB Azhar hampir hilang kesabaran akibat provokasi GE.  
GE adalah Ketua Menteri Pulau Pinang yang kurang ajar dan tidak beradab semasa berhujjah. Dari raut wajah wakil-wakil rakyat Melayu termasuk sebahagian wakil rakyat Melayu PKR juga tidak senang sikap GE itu. Dan suatu ketika, ADUN Sg. Acheh (BN) YB Dato' Mahmud Zakaria cuba bangun tetapi tidak dibenarkan oleh GE dengan senyum sinis dan sindiran dilemparkan kepada wakil rakyat berkenaan. Begitulah keadaan persidangan DUN Pulau Pinang yang penuh dengan perbuatan provokasi, penghinaan dan sinsiran yang bertali arus daripada seorang Ketua Menteri hinggalah penggulungan yang boleh dianggap yang paling kotor dalam sejarah DUN Pulau Pinang.
Oleh kerana sikapnya yang begitu kurang ajar mungkin GE telah dididik sekian lama dalam pembangkang sebagai pemimpin kurang adab, GE tidak senang jika membaca teks dalam ucapan penggulungannya secara 'straight to the point'. Tapi akan ada sahaja GE dengan sengaja melencung dari teks untuk menghangat suasana dengan membuat sindiran, tuduhan serta penghinaan yang membangkitkan rasa marah dan geram ahli-ahli YB dari BN/UMNO. Walau bagaimanapun suatu pujian patut diberikan kepada ADUN BN/UMNO yang terus mencelah dan mengemukakan soalan kepada GE walaupun soalan-soalan yang dikemukakan itu baik tetapi dianggap sebagai 'bola tanggung' oleh GE. Sebenarnya GE mahu menutup kelemahan dirinya selaku KM Pulau Pinang dan menyifatkan soalan-soalan itu sebagai 'bola tanggung'.
Saya pernah mengikuti persidangan DUN sejak sepuluh tahun yang lalu. Inilah yang saya saksikan sendiri suatu penggulungan yang tidak bermutu penuh sindiran, penghinaan, provokasi oleh seorang Ketua Menteri yang tidak bermutu. Bercakap tak serupa bikin. Bila sebut perkataan sahaja 'taubat' dan Khalifah Umar Abdul Aziz oleh wakil rakyat BN/UMNO maka bisinglah wakil-wakil rakyat PR kebanyakannya bukan Islam seolah-olah mereka yang lebih tahu apa itu 'taubat' dan 'Khalifah Umar Abdul Aziz'. Sedih dan sungguh kecewa saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam bila menyaksikan persidangan DUN semasa pemerintahan DAP ini. Saya rasa malu dan terhina sekali bila UMNO dipermainkan sebahagian besar wakil-wakil rakyat bukan Melayu dalam DUN itu. Syabas kepada wakil-wakil rakyat BN/UMNO terutama Ketua Pembangkang, YB Dato Azhar yang hampir hilang kesabaran. Teruskan perjuangan kita hingga ke titisan darah yang terakhir.

Friday, May 7, 2010

Apakah Guan Eng mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz?

Seorang wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) Abdul Malik Abul Kassim (PKR-Batu Maung) menyeru orang Islam khususnya di negeri ini memuji pendekatan Ketua Menteri Lim Guan Eng. Walaupun padamasa yang sama Lim Guan Eng dikritik pelbagai pihak kerana ciri pemerintahannya tidak sama dengan Khalifah Umar Abdul Aziz seperti yang dilaung-laungkan. Abdul Malik, Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri berkata, tindakan Guan Eng itu seharusnya dibanggakan kerana menjadikan pemimpin Islam (Khalifah Umar) sebagai contoh dalam pentadbirannya.
Shabudin Yahaya (BN-Permatang Berangan) yang dilihat kurang senang dengan kata-kata Abdul Malik kemudiannya mencelah memberitahu, beliau tidak melarang Guan Eng menjadikan Khalifah Umar sebagai contoh sekiranya Ketua Menteri itu mengikuti segala sifat dan kredibiliti yang ditunjukkan tokoh Islam tersebut. Tambah Shabudin lagi, tindakan itu juga perlu dibuat secara menyeluruh dan bukan hanya menyebutnya (mencontohi pentadbiran Khalifah Umar) apabila berjumpa dan melakukan aktiviti bersama dengan orang-orang Islam. Kalau nak ikut, ikut betul-betul. Jangan ada 'dwi standard'. Kena hormati tokoh itu dan bukannya hanya kata jadikan dia (Khalifah Umar) contoh bila jumpa orang Islam.
Sedangkan semasa pentadbiran Guan Eng, sebanyak 253 lesen baru pusat hiburan yang hidang minuman keras telah diluluskan pada tahun lalu jelas amat bertentangan dengan pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Kalau mahu jadikan Khalifah Umar sebagai ikon, hormati kredibiliti dan ikut semuanya dan bukan sesetengah saja. Ini satu persepsi yang tidak baik untuk tokoh tersebut," katanya dalam nada tegas.
Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Usul Terima Kasih Ucapan Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

CAT: Indah khabar dari rupa, cakap tak serupa bikin!

Melalui live Persidangan DUN Pulau Pinang kali ini, Ketua Pembangkang dan ahli-ahli DUN dari BN/UMNO telah banyak mendedahkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri Lim Guan Eng. Rakyat Pulau Pinang khususnya orang Islam amat gembira bila Guan Eng berulang-ulang kali bercakap bahawa kerajaannya mengamalkan konsep "amal makruf, nahi mungkar". Apakah itu benar?
Satu dunia heboh mengatakan bahawa pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan konsep CAT dalam pentadbirannya. Apakah itu juga benar? Banyak cerita yang disembunyikan oleh Lim Guan Eng bersama-sama dengan rakan-rakannya dari PAS dan PKR. Wakil rakyat PAS turut membahas sambil menyindir barisan pembangkang (BN) dalam dewan tanpa rasa malu bahawa PAS hanya wakil tunggal ibarat 'melukut di tepi gantang' dalam kerajaan negeri. Ahli-ahli DUN yang lain dari PKR seperti Timbalan Ketua Menteri 1, Dr. Mansor Othman dan ADUN Batu Maung, Abdul Malik Abul Kassim hanya sebagai 'pak turut' kata wakil BN dalam perbahasan tersebut. Ada beberapa isu ditimbulkan oleh wakil rakyat BN yang tidak dijawab dengan baik oleh oleh Guan Eng, iaitu:
Pertama:
Ketua Pembangkang, Dato' Azhar mendedahkan bagaimana tender terbuka oleh kerajaan negeri tidak telus (Transparent). Selepas tender ditutup, ada perundingan untuk memiliha pembida yang dikehendaki oleh kerajaan negeri. Jika BN buat seperti itu, DAP, PAS dan PKR heboh satu dunia mengatakan BN mengamalkan 'kronisme'. Sebanyak 3 projek melalui tender terbuka yang tidak telus dan kemudian diminta komisyen untuk tabung kerajaan negeri. Tabung apakah itu?
Kedua:
Bagi tujuan lawatan tapak sesuatu projek, selain disertai agensi-agensi kerajaan, wakil rakyat kawasan dikehendaki turut serta. Ulasan wakil rakyat kawasan diperlukan disamping ulasan ketua-ketua jabatan kerajaan yang berkaitan. Apakah makna (ulasan wakil rakyat) ini semua? Tidak cukupkah dengan ulasan ketua-ketua jabatan/agensi kerajaan kerana mereka ini lebih arif tentang urusan kelulusan sesuatu projek. Inilah dikatakan 'akauntabiliti' atau ada 'udang di sebalik batu'. Semasa pentadbiran BN, wakil-wakil rakyat BN tidak pernah diarah untuk terlibat dalam memberi ulasan bagi sesuatu projek. Jika beginilah pentadbiran Guan Eng, keberangkalian wakil-wakil rakyat DAP/PAS/PKR secara langsung terlibat dengan rasuah korporat adalah lebih besar.  Jangan ambil kesempatan ketika rakyat Pulau Pinang sedang lena dengan ngiauan CAT Lim Guan Eng.
Ketiga:
Gerai-gerai Melayu diroboh di Batu Feringghi dan Bukit Dumbar kerana ada aduan oleh orang ramai. Tapi Guan Eng tak menjawab pula ada jalan-jalan terpaksa ditutup di kawasan Georgetown kerana membenarkan peniaga-peniaga Cina berniaga. Mungkin ini tidak ada yang buat aduan? Ingatlah Guan Eng, golongan Melayu yang berniaga tidak ramai seperti peniaga-peniaga Cina ibarat antara bumi dengan langit beza jumlahnya. Kami orang-orang Melayu rasa tersangat sedih jika gerai Melayu dirobohkan kerana golongan kami tak ramai yang berniaga. Jika dirobohkan sudah pasti pengusaha gerai itu akan tutup berniaga untuk selama-lamanya. Tapi jika gerai anak saudara Guan Eng yang ditutup, sepuluh buah gerai yang baru akan naik. Itulah kekuatan yang ada pada anak-anak saudara Guan Eng di Pulau Pinang.
Keempat:
Isu tanah pembinaan masjid baru di Teluk Kumbar juga dibangkitkan dalam dewan oleh wakil rakyat BN. Kenapa tanah yang dibeli oleh kerajaan negeri tidak lagi diwakafkan kepada MAIPP supaya membolehkan kerajaan persekutuan memberi peruntukan pembinaan masjid? Sebaliknya tanah itu telah diletak di bawah CMI (Chief Minister Incorporated) untuk rumah-rumah ibadat. Dasar Guan Eng yang telah merugikan umat Islam di Pulau Pinang. Tapi masih ramai lagi Melayu Pulau Pinang memuji pentadbiran Guan Eng kerana mengamalkan 'amal makruf nahi mungkar'. Tidurlah dan lenalah Melayu Pulau Pinang mungkin suatu hari nanti baru kita sedar bahawa kita sudah tidak ada apa-apa lagi di tanah air sendiri.
Nah, inilah CAT yang dilaung-laungkan oleh Guan Eng dan kuncu-kuncu rapatnya dari PAS dan PKR.  Apa boleh buat, kelebihan Guan Eng dan kuncu-kuncunya terutama yang loyar buruk pandai bercakap, pandai berhujah, pandai provok, dan pandai memutar belitkan fakta. Mereka tahu undang-undang tapi mereka  juga yang melanggar peraturan persidangan DUN. Oleh kerana speaker adalah kawan sepakatan, terpaksalah speaker pejam kedua-dua belah mata. Itulah kisah benar untuk difahami oleh rakyat Pulau Pinang yang masih sayangkan pemerintahan DAP bersama PAS dan PKR yang hanya jadi 'pak turut'. Sudah 2 tahun memerintah sudah terasa terhimpit, kita semakin kehilangan hak keistimewaan orang Melayu, pembangunan naik tanpa kawalan, perniagaan lebih bebas hingga lewat pagi, maksiat semakin bertambah, jalan-jalan raya masih berlaku kesesakan, tanah bukit banyak digondolkan tapi kerajaan negeri Pulau Pinang masih belum ada perancangan 'blue print' pembangunan untuk rakyatnya sendiri. Pemimpin-pemimpin kerajaan negeri masih syok berpolitik, banyak program lebih merupakan program bermotifkan politik. Lihatlah sendiri, tepuk dada tanyalah minda!

Tuesday, May 4, 2010

Perangai Guan Eng semasa berbahas dalam DUN Pulau Pinang masih tak berubah!

Guan Eng bijak bermain dengan kata-kata. Berdirinya dia dengan lagaknya seperti tuan besar. Samalah seperti persidangan DUN yang lalu, kali ini juga perangainya tak berubah. Dia bangun dengan memulakan kata-kata provokasi, menyindir dan kadang-kadang hingga ke tahap memperbodoh-bodohkan ahli-ahli wakil rakyat BN/Umno. Beberapa kali wakil rakyat BN/UMNO bangun hendak penjelasan, ditahannya kerana masa untuk dia berucap. Soalan yang sepatutnya dijawab tidak dijawab pun. Guan Eng lebih berminat dengan kata-kata yang menyakitkan hati wakil rakyat BN/UMNO. Seorang wakil rakyat BN telah diminta berdiri untuk memohon maaf kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada Guan Eng. Jika kita berada dalam dewan itu pun, akan terasa bahang penghinaan yang dibuat oleh kata-kata Guan Eng itu.  Syabaslah kepada setiap ahli Yang Berhormat dari BN/UMNO kerana masih boleh bertahan dan bersabar. Begitulah cara Guan Eng berbahas. Bila ada ahli Yang Berhormat bangun untuk mencelah, Guan Eng minta ahli Yang Berhormat itu duduk kerana dia sedang berucap.  Akhirnya Guan Eng tidak menjawab soalan yang dikemukakan dari ahli Yang Berhormat BN/UMNO. 

Umat Islam diperbodohkan lagi oleh Guan Eng di Pulau Pinang!

Pisau tidak mempertikaikan bantuan keatas rumah ibadat bukan Islam,malah sememangnya mereka turut sama berhak mendapat bantuan,tetapi Pisau mempersoalkan mengapa Guan Eng memperbodohkan umat Islam,malah menyorokkan fakta yang sebenar semata mata mahu memperolehi political mileage murahan.


Sunday, May 2, 2010

Apa dah jadi dengan Program Menongkah Arus?

Program Menongkah Arus merupakan suatu program yang boleh berjaya jika semua pihak memberi kerjasama dan sokongan yang jitu. Semalam program tersebut telah sempat diadakan di sebuah taman perumahan yang kehadiran kira-kira 60 peserta. Lebih 50% dari jumlah itu adalah pengundi-pengundi atas pagar atau pro pembangkang. Peluang kehadiran mereka ke majlis atau perjumpaan ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pemimpin-pemimpin UMNO di peringkat Bahagian.
Tapi difahamkan oleh seorang AJK Biro Penerangan Bahagian, tiada seorang pun pemimpin UMNO Bahagian termasuklah AJK Bahagian yang turun ke program tersebut. Kemanakah perginya pemimpin-pemimpin UMNO ketika itu? Bukan ada dua atau tiga program politik pada malam itu sebaliknya itulah sahaja program yang diadakan oleh bahagian pada malam itu. Ada yang dihubungi melalui panggilan telefon bimbit beberapa kali tetapi tiada respon diberi. Betapa kecewanya peserta-peserta yang tertunggu-tunggu ketibaan pemimpin-pemimpin Umno. Peserta-peserta telah siap dimaklumkan kehadiran Yang Berhormat-Yang Berhormat tetapi tak siapa pun turun untuk menjenguk walaupun seminit dua. Program diatur rapi, siap dengan skrin layar dan LCD dan alat siaraya serta makanan dan minuman tetapi kenapa pemimpin yang ditunggu-tunggu tak kunjung tiba? Peserta-peserta yang hadir mulai pandang serong kepada kepimpinan UMNO, mereka keluar seorang demi seorang meninggalkan majlis/program.
Ini bermakna program semalam secara tidak langsung telah mendedahkan kelemahan kepimpinan UMNO sendiri di peringkat bahagian kepada peserta-peserta yang hadir. Bagi peserta-peserta yang bijak, mereka dapat mengesan kekalutan urusetia program tersebut dengan ketidakhadiran seorang pun pemimpin UMNO Bahagian sendiri. Mungkin UMNO Bahagian ini belum mampu berubah. Jika beginilah sikap pemimpin yang ada, bermakna PRU13 UMNO/BN akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar lagi. Program yang dilaksanakan itu sebenarnya untuk menyakinkan orang ramai khususnya orang-orang Melayu bahawa UMNO/BN adalah satu-satunya parti yang mampu membela nasib mereka. Sepatutnya Program Menongkah Arus perlu disokong 100% oleh setiap pemimpin tertinggi UMNO dan AJK Bahagian. Tapi tiada seorang pun pemimpin yang hadir. Kenapa dan dimana silapnya? Yang berjanji pun tidak hadir. Pemimpin perlu diingat, "Jangan berjanji jika tahu tidak dapat hadir dan jika tidak dapat hadir jangan berjanji untuk hadir". Program itu tidak akan berjalan dengan baik tanpa sokongan dan kerjasama dari pemimpin UMNO sendiri. Jika beginilah jadinya, program itu lebih baik tak buat daripada buat. Suatu 'post-mortem' perlu segera dilakukan agar program yang cukup baik seperti ini dapat diteruskan kerana PRU13 kian hampir.

Saturday, May 1, 2010

Kafe Do Re Mi di Tanjung Bungah dan Three N Ikan Bakar di Bukit Dumbar akan diroboh!

Kasihan! Kasihan! Kasihan! Inilah nasib pengusaha-pengusaha gerai makan orang Melayu di Pulau Pinang. Ada Timbalan Ketua Menteri (Melayu) pun tak boleh buat apa. Nak lawan pun kena fikir juga. Kena ingat  pemerintahan Lim Guan Eng berlandaskan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. PAS dan PKR Melayu tidak berani sentuh sebab Lim Guan Eng tak kering gusi mengatakan dia mengamalkan pemerintahan Islam iaitu "Amal Makruf Nahi Mungkar". Oleh sebab itu pemimpin-pemimpin PAS dan PKR Melayu kena taat setia kepada Tuan Lim Guan Eng. Yang menentang pemerintahan LGE samalah menentang sebuah kerajaan Islam. MB Kelantan, TG Nik Aziz akan menangis nanti jika dapat tahu pemimpin PAS menentang dasar kerajaan DAP di Pulau Pinang.
Johar, pemilik kedai makan Kafe Do Re Mi berkata, "Kami telah sokong dia (Guan Eng) sehingga boleh menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Sepatutnya dia membalas budi kami dengan memberi sokongan dan bantuan, tetapi apa yang berlaku sebaliknya apabila kerajaan negeri bertindak rakus dan zalim sebegini. Mereka (pemimpin negeri) juga seolah-olah tidak tahu langsung bagaimana mahu menyelesaikan masalah seperti ini. Jadi bantulah kami supaya nasib kami terbela".
Apa yang Guan Eng nak hairan sangat satu dua undi orang Melayu. Sebelum ini, betul, setiap undi orang Melayu sangat bermakna. Tapi selepas Guan Eng berkuasa, tak perlu lagi undi orang Melayu di Pulau Pinang. Guan Eng dari Melaka telah dapat menipu orang Melayu Pulau Pinang. Orang Melayu tertipu! Apa yang orang Melayu dapat semasa pemerintahan Guan Eng, DAP? Rakan pimpinan kerajaan negeri PP dari PAS sangat marah jika orang Melayu mempertikaikan kerajaan negeri Pulau Pinang. Baru 2 tahun kerajaan Pakatan Rakyat sedangkan BN sudah 50 tahun. Berilah peluang! Peluang apa nak diberikan lagi.
Selama 50 tahun kerajaan BN memerintah telah menyediakan pelbagai prasarana di Pulau Pinang. Tak cukup Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Pulau Pinang yang kedua sedang dibina oleh kerajaan persekutuan untuk rakyat Pulau Pinang. Lapangan terbang antarabangsa Bayan Lepas dibesarkan, jalinan jalanraya dan lebuhraya, kemudahan pelabuhan, kawasan perindustrian di bina di bahagian Pulau dan tanah besar untuk menyediakan ratus ribuan pekerjaan untuk rakyat Pulau Pinang dan dari luar Pulau Pinang. Pulau Pinang boleh dianggap negeri yang termaju di sebelah utara Malaysia di bawah pemerintahan BN. Itulah 50 tahun yang dilaksanakan oleh kerajaan BN dulu.
Pimpinan kerajaan campuran DAP-PAS-PKR cuma masuk dengan zero masalah. Yang ada hanya masalah kecil yang tidak sempat dilaksanakan semasa pemerintahan BN dahulu. Itu sahaja. Oleh kerana pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR yang bijak mengkritik kepimpinan BN semasa kempen pilihanraya dulu, maka sekarang adalah masa untuk rakyat pula melihat dan mengkritik. Baru 2 tahun, pelbagai masalah yang tidak dapat ditangani oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Dalam tempoh dua tahun, pengusaha-pengusaha gerai Melayu dirobohkan yang cuma beberapa kerat orang Melayu yang boleh berniaga di Pulau Pinang jika nak bandingkan dengan kaum Cina, ibarat langit dengan bumi. Baru 2 tahun dasar kerajaan negeri telah berubah secara drastik tanpa pembelaan oleh pimpinan PAS dan PKR Melayu dalam kerajaan negeri. Tanah untuk masjid dan surau yang dibeli oleh kerajaan negeri tidak lagi diwakafkan kepada MAIPP malahan diletakkan di bawah CMI yang dipengerusikan oleh Tuan Lim Guan Eng. Kerajaan Persekutuan tidak lagi boleh menyalurkan bantuan pembinaan masjid kerana tanah itu bukan milik MAIPP. Bila kerajaan Persekutuan tak beri bantuan (bina masjid), pimpinan Guan Eng akan menyalahkan pula kerajaan Persektuan yang tidak mahu bina masjid, tak mahu tolong orang Melayu-orang Islam. Penceramah-penceramah PAS pula ambil beluang menganyang kerajaan persekutuan pimpinan BN yang sekular dalam ceramah-ceramah mereka mengatakan kerajaan BN adalah kerajaan zalim warisan penjajah barat, sekular boleh bina gelanggang futsal tapi menolak pembinaan masjid. Itulah politik pembangkang gabungan mantap DAP, PAS dan PKR di Pulau Pinang mengajar orang Melayu Pulau Pinang supaya lebih sedar. Mungkin, mungkin, mungkin nasi sudah jadi bubur untuk orang Melayu di Pulau Pinang.