Hari ini lega sikit, pekerja gomen dan swasta diberi cuti. Adalah sedikit masa untuk berehat sambil menulis blog. Tapi kebanyakan sektor swasta enggan beri cuti. Kawan-kawan bagi tau Pulau Pinang dah terlebih cuti. Tak apalah itu depa punya pasal. Pak Tam nak komen sikit pasal Persidangan Agung UMNO Bahagian BP baru-baru ini. Bagus ada perwakilan yang sanggup tunggu hingga tubuh badan kesejukan, terpaksa tangan disimpan dalam poket seluar, punyalah sejuk. Tapi ucapan penangguhan tak sejuk rupanya. Yang kena hentam atau kena taruh rasa panas sampai ke telinga. Pedih hati pun ada. Tapi apa boleh buat, nak jadi pemimpin memanglah kena hadapi itu semua. Tapi janganlah tahu nak hentam saja, adab dan maruah sebagai orang Melayu yang mengakui diri sebagai beragama Islam kenalah jaga juga. Jangan kata orang, "Kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih". Berilah komen yang membina secara yang bersopan dan berhemah. Cara ini pemimpin atau sapa saja yang kena kritik pun boleh terima. Pak Tam pun kena taruh tapi Pak Tam tak ada pada masa itu. Nasib baiklah Pak Tam tak jadi perwakilan hari itu. Kalau tidak, Pak Tam pun panas sampai ke lubang telinga.Yang menghentam janganlah suka sangat kerana berpeluang mengata orang. Apatah lagi yang boleh mengaibkan orang. Kebanyakan perwakilan tidak suka sebenarnya cara yang boleh menjatuhkan maruah orang terutama sekali jika maruah seorang pemimpin. Banyak jasa pemimpin kita, yang perlu juga kita hargai. Oleh itu jika nak komen atau kritik biarlah secara bersopan dan berhemah. Insyaallah, kritikan begitu pemimpin boleh terima dan semua perwakilan akan puji.
Ada satu cerita benar. Selepas persidangan yang tamatnya agak lewat petang, malam itu juga seorang kawan Pak Tam dinamakan sebagai 'Si A' menemui Pak Tam. Dia meluahkan rasa terkejutnya dan rasa herannya. Dia rasa macam itu kerana dia tak pernah jadi perwakilan sebelum ini. Dia tak sangka persidangan agung Umno jadi seperti itu. Rupa-rupanya persidangan agung Umno jadi tempat melepas geram kepada pemimpin Umno. Kalau macam ni katanya, dia tak mau lagi jadi perwakilan pada masa akan datang. Yang dia rasa sangat kecewa katanya, "Nak hentam-hentamlah tapi mengaibkan pula orang. Kemudian selepas hentam, dia dan rakan-rakannya bangun dan meninggalkan dewan. Kenapa jadi macam itu? Kemudian si A sambung lagi. Dia dengar, berulang-ulang dia sebut nama "Pak Tam" dan "Busu" yang buat fitnah dalam blog. Oleh kerana Si A kenal Pak Tam, jadi malam itu juga si A jumpa dan cerita kepada Pak Tam. Dia luahkan rasa tak puas hatinya terhadap pemimpin-pemimpin Umno kita. Si A tak puas hati sebab tak ada pun seorang pemimpin Umno yang berucap membela Pak Tam malahan sebut pun tidak. Dia kasihan Pak Tam bersendirian tatkala Pak Tam diserang. Kenapa jadi macam ini? Tanyanya lagi kepada Pak Tam.
Pak Tam tidak kecewa tapi bersyukur kerana ada yang bersimpati. Pak Tam menjelaskan kepada si A bahawa Pak Tam tidak kecil hati. Apa yang Pak Tam usahakan bukan untuk mereka semata-mata tetapi lebih penting untuk UMNO, bangsa Melayu dan agama Islam. Pak Tam faham sangat dengan pemimpin Umno di bahagian ini. Tapi Pak Tam pun ada kelemahan sendiri. Pak Tam tak reti bodek dan mengampu depa. Pak Tam juga tak reti nak minta-minta. Tapi Pak Tam tak segan kalau nak minta peruntukan untuk program-program. Dah banyak program yang Pak Tam terlibat sama, depa yang bagi peruntukan itu. Jadi bersyukurlah walaupun depa tak bela nasib Pak Tam bila kena serang, depa tak bantu Pak Tam kerana banyak masa dan duit Pak Tam sendiri habis kerana blog tapi depa tak pernah hentam Pak Tam seperti kawan kita. Depa tak bela blog Pak Tam, mungkin juga depa tak suka blog Pak Tam sebab depa juga tidak terlepas daripada kritikan dari Pak Tam. Oleh itu kepada kawan-kawan kita yang tak berpuas hati, Pak Tam mintalah sepertimana harapan bekas Ketua Pemuda UMNO, Sdr Shah Headan dalam ucapannya hari itu telah meminta agar Umno Bahagian buatlah sesuatu untuk merapatkan kembali silaturahim di kalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno. Cadangan itu bagus dan itulah yang menjadi harapan utama Pak Tam menulis blog selama ini. Tema pada blog Pak Tam pun tertulis, "Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh". Jadi tunggu apa lagi, siapa pun boleh mulakan. Walaupun Pak Tam masih dapati ada unsur ketidakikhlasan tapi mahu berprasangka baik supaya semua pemimpin UMNO yang kalah mahupun menang kembali bersatu dan menguatkan UMNO BP. Tunggu dan lihat..