Sudah tidak dinafikan bahawa rata-rata pengundi Cina di bandar mahupun luar bandar telah menyebelahi kepada calon pembangkang. Ini terbukti melalui beberapa PRK dan pilihanraya Sarawak yang baru lalu. Apakah pengundi Cina tebal dengan semangat perkaumannya kerana parti DAP merupakan sebuah parti yang bijak memainkan isu perkauman. Presiden MCA, Datuk Chua Sok Lek sendiri telah mengeluarkan kata-kata amaran kepada orang-orang Cina bahawa MCA tidak akan menerima sebarang jawatan dalam kabinet jika tiada calon MCA yang menang dalam pilihanraya umum yang akan datang.
Gerakan dan MCA sepatutnya sudah dapat menelah kekuatan calon mereka dalam PRU yang akan datang. Jika calon-calon mereka akan kalah terutama di kawasan-kawasan majoriti Melayu adalah lebih baik kerusi tersebut diserahkan kepada UMNO. Berdasarkan beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini, prestasi calon BN dari UMNO amat memberangsangkan. Oleh itu calon BN dari UMNO wajar diberi peluang bagi kawasan-kawasan majoriti Melayu. Kuota untuk parti-parti komponen BN dalam PRU13 perlu disemak semula supaya BN kembali kuat dan memenangi PRU13 akan datang. Pemimpin-pemimpin parti komponen BN perlu lebih rasional dan bijak membuat perhitungan bagi memastikan setiap kerusi DUN dan parlimen dimenangi oleh calon BN. Itulah antara persetujuan yang wajar diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin parti komponen BN bagi menghadapi PRU13 tidak lama lagi.



