"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, July 18, 2012

PAS dan UMNO mahu bersatu di Balik Pulau menentang kerajaan DAP

Kerajaan DAP Pulau Pinang yang disokong kuat oleh PAS dan PKR dibidas kerana terlalu rakus melaksanakan projek pembangunan sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga berpendapatan rendah di kawasan parlimen Balik Pulau. Di sana sini rumah-rumah kos berharga ratus ribu ringgit diluluskan pembinaan oleh kerajaan DAP. Secara halus dalam tempoh 10 tahun sahaja penduduk Melayu di Pulau Pinang akan tersepit oleh asakkan rumah-rumah mewah di sekitar kampung. Dalam kampung-kampung Melayu sudah ada rumah-rumah kos mahal untuk siapa? Tidak lain dan tidak bukan rumah-rumah mewah itu dibina untuk orang-orang Cina. Orang-orang Melayu hanya mampu melihat sahaja kerana tiada kos rendah yang dibina oleh kerajaan DAP.
Walaubagaimana pun pemimpin PAS tetap akan mempertahankan dasar kerajaan DAP sebagai kerajaan yang telus, amanah dan bertanggungjawab berbanding dengan kerajaan BN. PAS tetap percaya kepimpinan DAP sebagai yang terbaik kerana Guan Eng meluluskan pembinaan surau-surau baru dan sekolah agama rakyat.
Pemimpin DAP sebenarnya tersenyum kerana pemimpin PAS begitu percaya dan yakin kepada mereka. Pemimpin DAP rasa lega dan gembira kerana pemimpin PAS boleh diperbodohkan dengan kaedah yang begitu mudah.
Sebenarnya kepimpinan PAS hari ini sudah jauh tersasar. Pemimpin PAS lebih nampak Putrajaya daripada dakwah Islamiah yang menjadi asas perjuangan mereka. Pemimpin PAS begitu ghairah untuk menumbangkan kerajaan BN yang diterajui oleh UMNO bukan kerana Islamnya tetapi kerana kuasanya untuk menjadi pemerintah berkongsi dengan DAP keparat. PAS tahu jika PAS menang PAS bukan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS tahu jika Pakatan Rakyat menang yang menjadi suara dominan dalam pentadbiran baru kerajaan PR adalah bukan Melayu atau bukan Islam. 
Dalam DAP bukan Melayu begitu besar, didominasikan oleh hampir 100% kaum Cina. Dalam PKR pula, suara kaum Melayu dan bukan Melayu hampir sama kuat. Cuma dalam PAS hampir 100% berbangsa Melayu dan beragama Islam.
Tapi PAS hanya bertanding 60 kerusi parlimen sahaja. Jika menang sekalipun PAS tidak dapat menjadi suara majoriti dalam PR. PAS sebenarnya tidak dapat menggantikan UMNO. Rakyat bimbang jika UMNO/BN tumbang, kerajaan PR yang dibentuk adalah kerajaan yang ditunjangi oleh parti DAP. Penyokong-penyokong PAS terutama orang-orang Islam perlu jawab kepada Allah SWT di akhirat nanti, kenapa mereka menumbangkan kerajaan Melayu/Islam sebaliknya digantikan dengan kerajaan DAP kafir harbi?
Ketika itu tak guna lagi PAS mahu bersatu dengan UMNO. Tak guna lagi PAS menyatakan kekesalan kerana menumbangkan kerajaan UMNO. Ketika UMNO kalah dan PAS hanya menjadi parti tunggangan DAP, penyatuan orang Melayu/Islam pada masa itu boleh dikatakan sudah pun terlambat. Tidak mustahil orang Cina boleh memerintah Malaysia. Politik orang Cina untuk bangsa mereka. Mereka bijak dan cerdik dalam politik. Sebab itulah mereka maju dan berjaya dalam perniagaan. Mereka boleh pilih calon MCA dan mereka boleh pilih calon DAP.    
Orang Melayu berpecah sesama sendiri kerana fahaman politik yang berbeza. Pemimpin PAS sendiri sanggup menggunakan mimbar mesjid untuk memecah-belahkan umat Islam. Pemimpin Melayu/Islam dimaki dan dicaci tanpa batas. Sanggup pula memfitnah malahan menyokong pemimpin yang tidak bermoral, rasuah, peliwat, penyokong LGBT dan sebagainya.
Itulah PAS yang kita tahu hari ini sudah jauh tersasar. Sebenarnya sudah ramai penyokong PAS telah mengundur diri secara senyap-senyap. Yang ada hanyalah pemimpin2 PAS dan penyokong2 PAS yang ada jawatan dalam parti dan kerajaan sahaja. Kawan-kawan dulunya pro PAS sudah tidak mahu berbicara pasal politik kerana terkena pada batang hidung sendiri. Sebaliknya mereka pula melahirkan kebimbangan jika Putrajaya benar-benar ditawan oleh Pakatan Rakyat. Kenapa mereka perlu bimbang jika mereka yakin dengan DAP, PAS dan PKR dalam Pakatan Rakyat? Tepuk dada tanyalah minda anda!

Monday, July 16, 2012

Ahli UMNO Balik Pulau pakat ramai-ramai menyertai PAS!


Gelombang biru nampaknya boleh mengembalikan semula kekuatan BN di Balik Pulau. Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau merangkap Pengerusi BN Parlimen Balik Pulau, DS Dr Hilmi Yahaya dengan begitu yakin sekali dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Parlimen Balik Pulau pada petang tadi mengatakan bahawa BN akan menang dalam pilihanraya umum adalah amat cerah. Lantaran itu, para hadirin menepuk tangan dengan gembira.
Jika dilihat kepada perubahan sokongan rakyat kepada BN memang ada kebenarannya. Setiap kali  PM atau TPM turun padang menemui rakyat rata-rata kita dapati puluh ribuan rakyat umum datang menyambut mereka. Jika dari sudut itu dijadikan asas perbandingan untuk mengatakan calon BN akan menang mudah adalah tidak tepat. Begitu juga kajian sikap di kalangan pengundi-pengundi sesuatu kawasan juga belum pasti memberi suatu keputusan yang tepat.
Orang UMNO/BN di Pulau Pinang atau di Balik Pulau khususnya perlu memahami bahawa UMNO/BN sekarang bukan lagi parti pemerintah seperti dahulu. Yang memerintah, yang berkuasa, yang ada kelebihan dan keistimewaan bukan lagi pemimpin Melayu daripada UMNO atau pemimpin Cina daripada Gerakan atau MCA ataupun bukan lagi pemimpin India daripada MIC. Sebaliknya yang lebih berkuasa, yang ada kelebihan dan keistimewaan adalah pemimpin DAP yang disokong oleh PAS dan PKR. Politik hari ini begitu canggih dan sukar diramalkan. Kehebatan media baru dan kemudahan sms menyebabkan sekelip mata keputusan boleh berubah-ubah.
Oleh itu pemimpin UMNO/BN dan penyokong UMNO/BN jangan begitu yakin akan menang dengan mudah. Melainkan jika ada maksud tersurat dan tersirat di sebalik kata-kata itu.  Realitinya faktor calon akan menjadi penentu utama. Beberapa PRK yang lalu telah membuktikan faktor calon memainkan peranan yang sangat penting. Jika calon BN yang diletakkan adalah sangat tepat maka kerja-kerja jentera pilihanraya menjadi lebih mudah sekali.
Pengalaman PRU12, calon BN kerusi parlimen Balik Pulau telah kalah kepada calon PKR sedangkan calon BN bagi ketiga-tiga kerusi DUN dimenangi oleh calon BN. Ini membuktikan faktor calon menjadi penentu utama untuk menang atau kalah. Apakah BN Balik Pulau sanggup mengulangi sejarah kekalahan kerusi Parlimen Balik Pulau untuk dua penggal berturut-turut? Yang paling membimbangi kita, "Yang dikejar tak dapat dan yang dikendung pula keciciran". Jika ini berlaku dalam PRU13 akan datang, UMNO eloklah dibubarkan sahaja dan mai pakat ramai-ramai ahli-ahli UMNO menyertai PAS pula.

Saturday, July 14, 2012

Penyokong PAS semakin bercelaru!

Pemimpin PAS hari ini punca umat Islam berpecah. Isteri diceraikan. Kawan dulu seagama dan sebangsa, le ni dah jadi musuh. Cina dikatakan lebih baik daripada orang UMNO kerana nak dapat undi Cina, nak menang pilihanraya. DAP pula dikatakan lebih tahu Islam daripada orang UMNO. Orang UMNO hanya pergi masjid pada hari Jumaat sahaja. Lebih serius lagi orang UMNO didakwa tak solat dan kafir. Nauzubillahi min zalik!
Amanat Haji Hadi adalah buktinya. TG Haji Hadi masih hidup. Dia tak pernah tarik balik fatwanya. Pemimpin PAS juga mendakwa UMNO kafir kerana berkawan dengan bukan Islam seperti MCA dan MIC. Tapi PAS lebih teruk lagi bila PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang Islam. Jika DAP boleh dianggap sebagai kafir harbi apa pula hukumnya PAS berkawan dengan DAP?
Orang Melayu/Islam berpecah menjadi lemah kerana tidak bersatu. Tidak mustahil suatu hari nanti, orang Melayu/Islam akan diperintah oleh bangsa lain dalam negaranya sendiri. Inilah yang sangat membimbangkan kita orang Melayu/Islam di Malaysia hari ini. Oleh kerana pemimpin PAS mempunyai agendanya sendiri, yang selalu berubah-ubah ikut mode kawan dan lawan. Perjuangan asalnya untuk menegakkan sebuah negara Islam digugurkan demi untuk menjaga hati DAP dan PKR.
Penyokong-penyokong PAS di bawah sana sudah bingung dan keliru dengan dasar perjuangan PAS. Pemimpin PAS kelihatan seperti pak angguk atau pak turut. PAS lantang bila berdepan dengan UMNO tapi takut dan ketar menggigil bila berdepan dengan Guan Eng. Banyak dasar kerajaan PR merugikan orang Melayu/Islam. Jika ada pun hanya sebagai umpan.
Dengan itu semakin ramai ahli-ahli PAS secara terbuka mengisytiharkan diri meninggalkan PAS dan menyertai UMNO. Yang meninggalkan PAS secara senyap sudah tidak terkira lagi banyaknya. Sudah ada pun ahli-ahli PAS yang kuat suatu masa dulu kini cuba menjauhkan diri dengan sebarang aktiviti anjuran PAS. Nampaknya orang Melayu/Islam tiada pilihan lagi melainkan menyokong UMNO/BN untuk memastikan nasib agama, bangsa dan negara terbela. UMNO semakin kuat dan sokongan kepada BN semakin bertambah baik berbanding semasa PRU12 dahulu. Biarlah kita sesal dahulu tidak apa, tapi sesal kemudian sudah tidak berguna lagi!

Thursday, July 12, 2012

Pengerusi JKKK(N) di PP guna taktik kotor tipu penduduk Taman Perda Teluk Kumbar

Pengerusi JKKK Taman Perda, Zailan Zainon telah menggunakan taktik terkotor untuk menipu penduduk Taman Perda, Teluk Kumbar. Pada 23 Jun 2012, Sabtu yang baru lalu, Zailan selaku tuan rumah telah mengadakan Latihan Pengenalan Kepada Gender & Tadbir Urus Baik anjuran Penang Women's Development Corporation (PWDC) Sdn. Bhd. di Dewan Taman Teluk, Bandar Perda, Teluk Kumbar mulai jam 8.30 pagi hingga 1.30 petang.
Dalam aturcara program nama ADUN Bayan Lepas, YB Syed Amerrudddin Dato' Syed Ahmad telah digunakan sebagai taktik kotor menarik orang ramai untuk hadir. YB Syed Amerruddin kononnya turut dijemput dan menyampaikan ucapan kata-kata aluan sebelum Exco Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat dan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang, YB Lydia Ong Kok Fooi memberi ucapan.
Cerita sebenarnya, YB Syed tidak pernah pun dihubungi dan dimaklumkan tentang majlis berkenaan. Ertinya Pengerusi JKKK Taman Perda, Zailan Zainon telah menggunakan nama YB Syed untuk dua tujuan yang paling kotor dalam politik PR hari ini.
Pertama, penganjur mengharapkan dengan adanya nama YB Syed Amerruddin tertera pada kertas aturcara maka lebih ramai penyokong-penyokong UMNO/BN akan turut hadir dalam program tersebut. Keduanya, penganjur mungkin cuba menunjukkan betapa buruknya wakil rakyat BN iaitu YB Syed Amerruddin yang sanggup memungkiri janji untuk hadir dalam majlis berkenaan.
Kedua-dua tujuan itu merupakan taktik kotor Pakatan Rakyat yang mahu memenangi hati orang ramai untuk hadir ke majlis tersebut. Sedangkan YB Syed Amerruddin selaku wakil rakyat kawasan Bayan Lepas yang kita sangat kenali tidak pernah memungkiri janji malahan sentiasa menepati masa setiap program yang memerlukan kehadirannya.
Dari peristiwa di atas, rakyat perlu faham bahawa Pakatan Rakyat tidak malu lagi menggunakan taktik kotor untuk memenangi pilihanraya. Mereka akan menggunakan setiap peluang dan kesempatan yang ada. Malahan atas mimbar masjid pun, khutbah berunsur politik perpecahan dan dendam sesama umat Islam telah dibenarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Suatu masa tidak hairanlah jika kita akan lihat di setiap masjid dan surau akan dihiasi dengan bendera DAP, PKR dan PAS.
Begitulah situasi politik Malaysia hari ini yang kita tampak semakin bercelaru yang dibawa oleh kepimpinan PR. Yang jadi mangsa bukan  bangsa Cina dan India sebaliknya orang Melayu juga yang akan berpecah dari majoriti menjadi kumpulan minoriti. Dari melayu yang boleh memerintah akan jadi Melayu yang diperintah. Tak percaya, tunggu dan lihat jika rakyat berdegil mahu beri peluang kepada PR memerintah Malaysia. 

Tuesday, July 10, 2012

PKR akan dibubarkan tak lama lagi

Majlis Konvensyen PKR Pulau Pinang dua tiga hari lalu diadakan di Bayan Baru lengang. Ketua Pembangkang juga Penasihat Umum PKR turut hadir ke majlis tersebut.
Jika diperhatikan dan dianalisiskan foto tersebut, amat jelas penyokong-penyokong PR sudah beralih haluan.
Ini bermakna, pemimpin PR semakin panik kerana masa untuk mengembalikan imej PR sudah tidak ada lagi. Sebaliknya rakyat memberi sambutan yang luar biasa setiap lokasi kehadiran YAB DS Najib Abdul Razak, PM Malaysia. Anwar sepatutnya berundur dan PKR eloklah dibubarkan!

Sunday, July 8, 2012

Orang Melayu majoriti jadi minoriti akibat berpecah sesama sendiri!

Tun Mahathir bekas PM kita melahirkan kebimbangan beliau tentang nasib masa depan orang Melayu. Katanya, " Kalau di Singapura takpelah sebab orang Melayu adalah minoriti tetapi di negara ini orang Melayu adalah majoriti tetapi berpecah belah kerana apa, sebabnya ada orang nak jadi Perdana Menteri. Ini adalah tabiat orang Melayu lama yang mana bila ada orang tawar duit je, dia akan jual negerinya seperti di Pulau Pinang dan Singapura.
Tun Mahathir percaya bahawa AS memang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini. Ini mereka kata secara terang-terangan. Jadi walaupun DS Najib Tun Razak mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan AS berbandinga saya namun ia tidak bermakna AS tidak menyokong Anwar. Katanya lagi, AS mahu satu dunia memeihak kepada mereka. Mereka akan campur tangan malahan memberi duit supaya pihak yang menyokong AS diangkat menjadi pemimpin.
Bacalah selanjutnya
[di sini] 

Sunday, July 1, 2012

Masjid jadi medan berpolitik bukan tempat penyatuan ummah!

Sejak masjid diambil alih oleh puak-puak pembangkang, kebanyakan khutbah sedikit sebanyak cenderung ke arah memperkatakan tentang isu politik semasa. Selaku parti pemerintah, PAS dan PKR mengambil peluang ini menjadikan mimbar masjid sebagai alat untuk menyebarkan ideologi dan memantapkan sokongan ahli-ahli qariah menyokong parti pemerintah. Selaku Exco Agama Negeri Pulau Pinang dan merangkap YDP MAIPP, YB Malek Kassim sendiri faham bahawa bukan semua ahli qariah menyokong PAS atau PKR. Kebanyakan orang-orang Melayu masih kuat menyokong UMNO dan sebahagiannya pula tidak memihak mana-mana parti politik. Pernahkah UMNO semasa BN memerintah telah menggunakan mimbar masjid untuk menghentam atau mengkritik parti-parti pembangkang? Imam-imam masjid sama ada imam itu dari PAS mahupun UMNO diminta hanya membaca teks khutbah yang disediakan oleh pihak MAIPP.
Sebaliknya apa yang berlaku sekarang sejak PR memerintah Pulau Pinang, umat Islam berpecah belah sesama sendiri. Bermula dengan cadangan pemilihan AJK Qariah melalui suatu pilihanraya yang dicadangkan oleh kerajaan PR Pulau Pinang. Setelah mendapat bantahan keras oleh kebanyakan ahli-ahli qariah dan NGOs maka perancangan pilihanraya peringkat qariah itu dibatalkan atau ditangguhkan buat sementara waktu.
Orang-orang Melayu/Islam perlu ingat, perancangan memecah-belahkan bangsa Melayu atau umat Islam seperti ini tidak berlaku di kalangan bangsa lain. Tiada perebutan jawatan dalam pertubuhan-pertubuhan agama Buddha, Kristian dan Hindu. Tiada campur tangan politik dalam pemilihan AJK pengurusan gereja, tokong dan kuil bagi penganut-penganut agama lain. Pertubuhan-pertubuhan ini bergerak melalui suatu NGOs yang bebas daripada fahaman politik. Itu sebabnya kita lihat penganut-penganut agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu mempunyai kekuatan dan perpaduan yang cukup mantap.
Paling malang adalah orang-orang Melayu/Islam sejak PR memerintah Pulau Pinang, pemimpin-pemimpin Melayu/Islam terutama pemimpin PAS dan PKR memikirkan pasal cenkaman kuasa politik hingga melupai perpaduan ummah. Itu sebabnya penceramah-penceramah politik PAS/PKR bebas berada di atas mimbar masjid memberi khutbah dengan berbaur politik. Tidak hairanlah imam Hj Zakaria b Hj Ahmad seorang totok PAS menghina Yang DIpertuan Agong & TYT Gabenor sebaliknya mendoakan kesejahteraan Khalifah sosialis Ketua Menteri Paling Celaka Dalam Sejarah Negeri. Doa disampaikan oleh imam ini seperti berikut secara terang dan jelas "Ya Allah,Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami YAB Tuan Lim Guan Eng dan rakan-rakan kepimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang"
Kebanyakan masjid-masjid dikuasai pembangkang tidak mendoakan kesejahteraan untuk Yang Di Pertuan Agong dan TYT Gabenor. Jika orang Melayu sendiri tidak menghormati pemimpin utama negara dan negeri masakan pula kita rakyat Malaysia mahu melihat bangsa lain seperti kaum Cina, India dan lain-lain menghormati Agong dan TYT Gabenor.
Beginilah situasi yang membimbangkan rakyat hari ini sejak PR mengambil alih kerajaan negeri Pulau Pinang. Orang Melayu/Islam semakin berpecah belah sedangkan Allah ada berfirman " Berpeganglah kamu dengan tali Allah (agama) dan janganlah kamu bercerai berai". Jika masing-masing benar-benar berpegang kukuh kepada ajaran Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW, kita yakin umat Islam di Malaysia akan lebih kuat daripada bangsa lain di Malaysia. Oleh itu umat Islam hari ini perlu sedar, siapakah sebenarnya angkara yang membawa umat Islam/Melayu hari ini berpecah belah? Fikirlah sendiri...