Sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri, Guan Eng berkuasa dan bermaharaja lela. PKR dan PAS tak terkata apa-apa. Gerai orang Melayu dirobohkan kerana ada aduan. Gerai-gerai Cina yang memenuhi sebahagian jalan-jalan di Georgetown tidak dirobohkan kerana ada permintaan dan keperluan. Statistik menunjukkan jumlah gerai orang Melayu yang diroboh tak banyak berbanding dengan kaum Cina. Pemimpin PAS dan PKR mengangguk betul. Merobohkan gerai-gerai Melayu itu tindakan betul oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tapi orang Melayu semua mahu ingat dan mahu fahamlah! Berapa ramai pula orang Melayu yang dapat berniaga berbanding dengan orang Cina? Satu gerai Melayu diroboh mungkin pengusaha gerai itu jadi papa kedana tapi satu gerai Cina diroboh 100 gerai baru lagi akan naik. Ini mesti kena tahu, jangan kena tipu dengan Guan Eng. Kita tulis bukan mahu Melayu sama Cina bergaduh. Kita mahu Melayu berdiri sama tinggi sama orang Cina dan duduk pun sama rendah dengan orang Cina. Tapi sekarang apa sudah jadi. Mahu berdiri pun tak boleh tinggi, sebab Guan Eng punya pasal, PKR dan PAS punya angkara, orang Melayu semakin terhimpit. Di kawasan Teluk Kumbar sahaja tidak kurang dari 7 buah projek perumahan yang sedang dalam proses pembinaan di beberapa buah kampung di Teluk Kumbar. Harga rumah antara RM500 ribu hingga RM850 ribu sebuah, cukup tinggi tapi apakah orang Melayu PP mampu membelinya? Begitu banyak projek dan begitu cepat projek diluluskan oleh kerajaan negeri DAP, kenapa? Apakah permintaan untuk rumah harga semahal itu untuk orang Melayu? Inilah akibatnya yang akan ditanggung oleh orang Melayu tempatan sendiri akibat orang Melayu sendiri terutama pemimpin PAS dan PKR yang banyak membuat fitnah terhadap kepimpinan UMNO/BN semasa kempen PRU12 dulu. Jawablah wahai pemimpin PKR dan PAS! Kenapa anda biarkan projek-projek perumahan naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan? Kampung tradisi India di Kampung Buah Pala telah lenyap, Kampung Jalan Pokok Asam akan berkubur, Kampung Binjai menunggu masa dan kampung Teluk Kumbar sedang berperang untuk keadilan! Kampung Genting dan Pondok Upeh telah dibuat pengambilan oleh kerajaan negeri untuk membina sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang berpusat di Singapura. Kenapa ini tidak berlaku semasa BN memerintah dulu? Tarik balik tuduhan yang mengatakan BN merampas tanah rakyat, merobohkan rumah rakyat, merampas harta rakyat dan banyak lagi rakyat..rakyat dan rakyat. Ini bermakna pemimpin DAP yang disokong kuat oleh PAS dan PKR telah berjaya membohongi rakyat, menipu rakyat dengan kaedah memfitnah UMNO/BN. Akan datang blog ini akan paparkan gambar-gambar menunjukkan projek-projek perumahan yang sedang dalam proses pembinaan. Bukan fitnah, UMNO/BN tidak menipu rakyat. Tunggulah entri yang akan datang!
Tuesday, November 30, 2010
Monday, November 29, 2010
Kerajaan Pakatan Rakyat Main Wayang di Teluk Kumbar Pulau Pinang!
Antaranya pemimpin kanan PAS menyertai UMNO di Pasir Puteh Kelantan!
UMNO Bahagian Pasir Puteh sedang memproses lebih 2,000 borang keahlian baru yang turut melibatkan pemimpin kanan Pas di peringkat cawangan bersama pengikutnya selepas hampa dengan parti itu yang gagal membawa sebarang perubahan biarpun memerintah negeri ini selama 20 tahun.
Terbaru, seramai 103 ahli Pas dari cawangan Wakaf Bunut menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dalam majlis rasmi di Kampung Tualang.
Bekas Ketua Pas Cawangan Wakaf Bunut, Mohd. Soleh Hassan, 66, berkata, beliau menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari hanya parti itu yang mampu memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.
Katanya, kesedaran itu timbul selepas mengikuti kempen dan perkembangan politik sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas baru-baru ini yang mana banyak penyelewengan Pas terbongkar.
"Ini termasuk projek Ladang Rakyat yang mana ahli-ahli Pas yang beragama Islam dan rata-rata miskin hanya diberikan habuan yang sedikit sedangkan projek besar.
"Pemilikan keuntungan yang banyak dinikmati oleh orang bukan Melayu termasuk bukan pemastautin di negeri ini mengusahakan projek berkenaan," katanya ketika ditemui di majlis tersebut.
Mohd. Soleh berkata, kepimpinan Pas hanya menggunakan slogan agama untuk memancing sokongan rakyat.
Sedangkan, katanya, hakikat sebenarnya mereka lebih mementingkan kedudukan dan jawatan berbanding usaha menjana ekonomi, membangunkan negeri serta membela kebajikan rakyat secara menyeluruh.
"Berikutan perbezaan pendapat kerana kesedaran saya terhadap perkembangan politik yang berlaku menyebabkan saya sentiasa didesak supaya berundur dan melepaskan jawatan yang disandang dalam Pas.
"Saya melihat UMNO adalah wadah perjuangan yang terbaik untuk membela Islam dan saya akan cuba untuk menyedarkan penduduk di kampung ini bahawa perjuangan Pas hanya palsu.
"Biarpun diejek atau ditolak oleh Pas saya terus bersemangat untuk berkempen bersama UMNO. Bukan kebendaan yang saya mahu tetapi sekadar ingin menyampaikan sesuatu yang 'hakikat' kepada orang ramai," katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Pas DUN Selising, Nordin Daud, 48, berkata, kesedarannya untuk menyertai UMNO berputik apabila mengkaji ketelusan parti tersebut di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, UMNO banyak memberi penekanan terhadap aspek kebajikan rakyat dan pelbagai agenda yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani di peringkat antarabangsa.
Sumber: Utusan Malaysia 29/11/2010
Wednesday, November 24, 2010
HARAKAH DIBERI TEMPOH 14 HARI KERANA FITNAH YB ADUN PULAU BETONG!
BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.
Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.
"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. - Bernama
Tuesday, November 23, 2010
Sikap double standard! PAS terhadap penyelewengan Tabung Memali
Penulis buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.
Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.
"Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.
Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.
Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.
Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.
''Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.
"Inilah sikap double standard dalam Pas yang cuba melindungi pemimpin berkepentingan,'' tegasnya.
Zainon juga mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan buku tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan.
Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan.
Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain. [Berita yang berkaitan] dan [Berita selanjutnya]
Saturday, November 20, 2010
Jom Turun Ramai-Ramai Membantah Perhimpunan anti- ISA di Komtar Walk!
SUARAM/DAP akan mengadakan satu program mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA pada hari Ahad 21 November 2010 (Ahad) jam 10 pagi di Komtar Walk.
Kita menyeru kepada rakyat Pulau Pinang yang cintakan keamanan dan ISA supaya turun beramai-ramai di Komtar Walk.
Kita counter balik ! Jangan biarkan SUARAM dan DAP sesuka hati mereka mengadakan program itu. Jom turun ramai-ramai esok pagi, jangan biar mereka bermaharaja lela.
Kita menyeru kepada rakyat Pulau Pinang yang cintakan keamanan dan ISA supaya turun beramai-ramai di Komtar Walk.
Kita counter balik ! Jangan biarkan SUARAM dan DAP sesuka hati mereka mengadakan program itu. Jom turun ramai-ramai esok pagi, jangan biar mereka bermaharaja lela.
Apa dah jadi dengan slogan "Amal Makruf, Nahi Mungkar" kerajaan DAP?
Berita ini diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai. Malaysiakini dan Harakah Daily kerap mengeluarkan berita-berita dari sumber yang dipercayai. Boleh jadi sumber itu dari sidang DUN ataupun dari orang dalam kerajaan negeri yang turut tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk kerajaan DAP-PAS-PKR. Diulangi lagi, dari sumber yang boleh dipercayai, kerajaan DAP dengan dokongan PAS dan PKR telah meluluskan 96 lesen Premis Rumah Urut dan 1,376 lesen Hiburan Awam sepanjang tahun 2009 sahaja. Difahamkan kerajaan DAP dokongan PAS dan PKR telah membuat kutipan hasil kira-kira RM1 juta.
Persoalannya sekarang, apa dah jadi dengan slogan rasmi kerajaan negeri DAP-PAS-PKR negeri Pulau Pinang, 'Amal Makruf, Nahi Mungkar'? Wahai wakil rakyat Pakatan Rakyat dua tiga kerat yang kononnya memperjuangkan Islam. Jika berita itu benar, apakah sekali lagi PAS kena mempertahankan dan membela kerajaan DAP yang langsung tidak sensitif tentang perasaan umat Islam di negeri ini. Lihatlah bandar Georgetown pada waktu lewat malam, huh! malam seperti siang. Bisnes malam lebih ceria dan menghiburkan para pengunjung-pengunjung Cina, India, Orang Putih atau orang Melayu. Itulah hasil perjuangan kerajaan DAP, tapi apa rakan2 baik DAP seperti PAS dan PKR buat? Di bandar lagu di bandar di kampung lagu di kampung. Entahlah apa yang nak berlaku dengan anak-anak Melayu pada masa akan datang. Semakin terhimpitlah dunia Melayu di bumi Melayu berkerajaankan DAP!
Subscribe to:
Posts (Atom)
