"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, June 28, 2011

AHLI PAS SENDIRI PERTIKAI KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN!


ARTIKEL saudara Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia 23 Jun berhubung konsep negara berkebajikan menarik untuk diberi perhatian. Dengan membuat perbandingan sedemikian, kita percaya ia akan memudahkan kefahaman mengenai konsep dan definisi negara berkebajikan sebagaimana yang ingin dilakukan oleh Pas.

Baru-baru ini, sewaktu pulang ke Kelantan, saya sempat meninjau pandangan beberapa rakan lama yang walaupun berbeza haluan dan ideologi masing-masing tetapi masih akrab berhubung.

Selepas berbincang dengan mereka yang juga ahli Pas, ramai beranggapan isi kandungan negara berkebajikan itu sendiri bukanlah sesuatu yang begitu penting berbanding kesan yang diingini oleh kepimpinan parti tersebut setelah menilai perjalanan parti itu selepas bekerjasama dalam satu pakatan. Walaupun pandangan tersebut bukanlah mewakili pandangan majoriti dalam Pas, ia signifikan dan menarik untuk diteliti.

Perubahan strategi Pas itu bermakna mereka melakukan pengorbanan yang terlalu besar dengan meminggirkan perkara-perkara yang begitu sentimental kepada para pengikutnya.

Misalnya, sebahagian pengikut Pas di Pasir Puteh menyatakan kekesalan mereka dengan menggelarnya sebagai 'strategi mempermainkan keimanan'.

Apa tidaknya, kata mereka, setelah berhempas pulas berjuang selama 30 tahun memperjuangkan penubuhan Daulah Islamiyah, tiba-tiba bertukar kepada negara berkebajikan.

Menurut mereka lagi, mendengar sebutannya sahaja pun sudah berbunyi sekular sepertimana negara kebajikan di Eropah.

Pengikut Pas ini mungkin tidak faham bagaimana perubahan itu dibuat berasaskan strategi yang dicanai hasil perbincangan ketiga-tiga parti komponen dalam Pakatan Rakyat.

Kepada mereka, Pas ialah Pas asal yang sepenuhnya komited terhadap perjuangan penubuhan negara Islam dengan segala komponennya, termasuklah pelaksanaan hukum hudud sebagai simbol utama keislaman sesebuah negara menggantikan perlembagaan dan undang-undang tinggalan penjajah.

Lebih dikesalkan, apabila mereka membandingkan dengan dua lagi parti komponen pakatan, iaitu DAP dan PKR tidak perlu pun melakukan sebarang penyesuaian terhadap dasar mahupun strategi parti.

DAP tetap berkeras sejak dulu dengan perjuangan meritokrasi Malaysian Malaysianya manakala PKR berterusan dengan dasar sekular. Mengapakah cuma Pas sahaja yang perlu berkorban dan berkompromi sehingga menghampiri perubahan perlembagaan parti tersebut?

Rakan Pas ini juga berhujah bahawa Pas pernah dibuktikan sejarah sebagai king maker kerana kekuatan jenteranya, sehingga mampu memberi tumpang kepada PKR malah DAP dalam membawa kemenangan di sesetengah kawasan Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semasa itu, mereka tidak pun berkompromi mahupun merasa rendah diri terhadap dasar dan prinsip, mahupun strategi yang diatur oleh pemimpin parti mereka.

Mereka turut bimbang bahawa konsep negara berkebajikan ini suatu strategi yang gopoh, yang tidak dicerna dalam perbincangan dengan semasak-masaknya.

Pengikut tidak dimaklumkan sebarang perubahan, sehinggalah tiba-tiba diumumkan dalam ucapan dasar presiden dalam muktamar berkenaan.

Paling membimbangkan ialah apa yang dibuat akan kelihatan kepada rakyat Malaysia, Pas bukan lagi parti yang sepenuhnya memperjuangkan Islam.

Pas hanya memperjuangkan parti, bukan Islam itu sendiri. Perjuangan Islam telah terpisah sama sekali dari parti Pas.

Sunday, June 26, 2011

AMBIGA, MAJLIS PEGUAM DAN KHALID SAMAD YANG BERMASALAH!

Siapakah Ambiga sebenarnya yang mengetuai perhimpuanan BERSIH pada 9 Julai 2011? Wanita ini merupakan bekas Presiden Majlis Peguam adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam telah menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Dalam kes Lina Joy yang murtad, manusia inilah yang telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam.  Baca sini!
Majlis Peguam mempertikaikan tindakan Hakim Mahkamah Sesyen. Pihak mahkamah perlu melihat tindakan itu sebagai menghina mahkamah. Majlis Peguam eloklah didaftarkan semula sebagai sebuah parti politik berpakat dengan PKR, PAS dan DAP di bawah sebuah parti Pakatan Rakyat yang masih bergerak secara haram.  Dengan cara itu Majlis peguam dapat membantu banyak rakyat dengan tidak lagi mengenakan yuran khidmat guaman.   
Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad pun juga bermasalah. Hidup dan matinya dengan politik. Mimpi dia pun mimpi politik. Fikirannya jadi politik. Misi kemanusiaan ke Gaza pun katanya politik. Tengoklah dia akan mati dengan politik. Takut nak dapat pahala dapat bala! Nauzubillahi minzalik.

Monday, June 20, 2011

UMNO Bahagian tidak akan aman sampai bila-bila....

Dengar cerita semalam, ucapan penangguhan persidangan agung UMNO bahagian pada kali ini cukup hebat mungkin yang paling hangat dalam sejarah Umno di bahagian ini. Mungkinkah para perwakilan yang hadir kali ini rasa tidak begitu selesa kerana suasana dalam dewan yang tidak begitu sejuk? Atau mungkin para perwakilan yang datang kali ini membawa bersama-sama isu yang hangat menggeledak, menunggu waktu dan ketika untuk melepaskannya? Walau hangat mana pun isu atau masalah yang hendak dibawa, biarlah dapat disampaikan secara yang bersopan dan beradab. Utarakan dengan penuh rasa jujur dan ikhlas agar pemimpin-pemimpin yang dikritik dan perwakilan yang mendengarnya boleh menerimanya dengan rasa hormat.
Pemimpin bahagian telah dikritik kerana dikatakan tak boleh buat kerja termasuklah wakil-wakil rakyat yang ada. Mungkin ada yang benar dan mungkin tidak benar atau mungkin kurang tepat. Harap-harap ucapan para perwakilan itu lahir dari hati yang ikhlas dan jujur sebagai ahli UMNO yang mahu melihat UMNO semakin bertambah kuat dan dekat di hati rakyat. Jangan pula sebaliknya persidangan agung UMNO menjadi tempat melepaskan geram dan dendam oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Sepatutnya persidangan agung Umno tempat kita melontarkan idea dan pandangan yang membina khusus berkaitan dengan persiapan menghadapi pilihanraya umum. Mencari jalan dan usaha menguatkan parti, jentera pilihanraya, menambahkan pengundi-pengundi, mengadakan program-program ceramah, aktiviti-aktiviti dan sebagainya yang kita lihat parti pemerintah (Pakatan Rakyat) telah lama dan semakin giat jalankan dari masa ke semasa. Tapi UMNO masih bercakar sesama sendiri. UMNO akan lemah jika pemimpin-pemimpin UMNO sendiri tidak bersatu. Pemimpin-pemimpin UMNO yang lama dan yang baru, yang menang dan kalah perlu duduk semeja mencari jalan perdamaian dan penyatuan. Jangan kita berdendam sesama sendiri. Yang kalah tu, terimalah kekalahan itu seadanya. Mungkin pemilihan akan datang jika ada peluang dan rezeki, kita pula yang akan jadi pemimpin. Dan pihak yang kalah pula pada masa itu sudah tentu akan menerima keputusan kekalahan itu dengan hati yang terbuka dan ikhlas. Itulah yang sepatutnya berlaku. Jika pemimpin UMNO sentiasa berdendam, tunggu masa nak tibai dan balun maka akhirnya UMNO bahagian itu tidak akan aman sampai bila-bila.
Harus ingat, jika UMNO bahagian lemah, yang dipersalahkan bukan ahli-ahli UMNO. Kekuatan UMNO terletak sepenuhnya atas bahu pemimpin bahagian. Setelah mandat diberikan oleh para perwakilan, terpikullah tanggungjawab itu kepada pemimpin UMNO yang dipilih. Ahli-ahli UMNO hanya dapat melihat dari jauh dan dekat. Jika UMNO bahagian sekian lama masih tidak berubah, sudah tentu memberi ruang untuk pihak lain mengkritik kita. Jangan beri peluang pihak lain mengkritik kerana mereka ada hak mengkritik. Sikit-sikit kritik itu biasalah. Terimalah kritikan itu dengan hati yang terbuka, jangan mudah melenting. Ada kritikan mempunyai niat yang baik. Jangan masalah kecil jadikan masalah itu lebih besar. Akhirnya sakit yang sikit menjadi parah.
Pemimpin UMNO perlu mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah terutamanya masalah dalaman parti. Jangan pandang mudah sebab PRU yang akan datang, UMNO/BN akan berhadapan dengan parti pemerintah di Pulau Pinang. Demi kekuatan parti memastikan calon UMNO/BN menang, mana-mana pihak perlu korbankan kepentingan diri. Pandangan semua pihak perlu didengar dan diteliti mahupun ianya pahit. Paling penting, semua yang bertelagah dapat kembali bersatu, parti dapat diperkukuhkan, jentera pilihanraya dapat digerakkan dan akhirnya calon Pakatan Rakyat dapat dipatahkan dalam PRU13 yang kian hampir.

Sunday, June 19, 2011

Blog UMNO Balik Pulau akan disaman kerana memfitnah?

Para perwakilan menyanyi lagu "Negaraku"

Blog UMNO Balik Pulau yang telah berhenti operasi pada 16 Mac 2011 akan disaman oleh bekas Ketua Pemuda Bahagian Balik Pulau. Tak tahu kenapa, semasa minum pagi sebelum persidangan agung UMNO bermula pagi ini, dia beritahu kawan-kawan yang seminum semeja bahawa "dia nak saman blog UMNO Balik Pulau". Tanpa melihat muka, dia bercakap kuat mahu kita mendengarnya. Kita faham kerana kita bukan budak tadika. Tapi kita dengar cerita ini (nak saman) sudah lama sejak dia kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Bahagian. Kira-kira 2 tahun yang lalu, tapi cerita itu akhirnya diam begitu sahaja.
Rupa-rupanya cerita itu tidak ke titik nokhtahnya. Beliau masih berdendam. Dua tahun berlalu masih dalam ingatan beliau. Hari ini dia nak saman pula blog tersebut. Siapalah kita sekadar ahli UMNO biasa. Sudah tentu tidak layak menasihati beliau, bekas ketua pemuda UMNO. Beliau yang berpengalaman dan berpengaruh tentu sekali telah pun memikir semasak-masaknya sebelum menimbangkan sesuatu tindakan yang akan diambil.
Selaku pemimpin NGO dan juga bekas pemimpin pemuda UMNO dan mungkin bakal pemimpin masa depan UMNO kita perlu sanggup  menerima kritikan. Adat pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Terimalah ketentuan Allah SWT. Jika Allah SWT menghendaki kita menang maka kita akan menang biarpun banyak dugaan dan cabaran yang kita tempuhi. Jika kita asyik menyalahi orang lain, sampai bila pun kita tidak akan berjaya.
Ucapan Perasmian oleh DS Shafie Afdal
UMNO/BN akan jadi lemah dan kalah jika sesama ahli UMNO masih menyimpan sikap berdendam dan berpuak-puak atau tidak bersatu. Inilah antara sebab golongan profesional Melayu tidak berminat dengan politik UMNO. Ahli-ahli UMNO yang bercita-cita nak jadi pemimpin besar termasuklah nak jadi calon wakil rakyat tidak boleh sama sekali memiliki sifat-sifat dendam dan berpuak-puak sedangkan kita berada dalam satu parti dan satu dasar perjuangan. Sebenarnya kawan-kawan yang kita bencilah yang akan membantu kita. Kawan-kawan yang kita berdendamlah yang akan menolong kita suatu masa nanti. Apakah kita tidak terlintas nak jadi pemimpin parti suatu hari nanti? Adakah kita tidak terlintas untuk menjadi calon wakil rakyat suatu masa nanti? Ingatlah pesanan Timbalan Ketua Bahagian merangkap ADUN Bayan Lepas dalam pembentangan usulnya bahawa beliau akan pastikan calon BN di DUN Bayan Lepas akan menang walaupun beliau tidak lagi dicalonkan untuk bertanding dalam PRU yang akan datang. Begitu juga ucapan Ketua Bahagian yang meminta semua ahli UMNO bersatu untuk pastikan calon UMNO/BN berjaya di semua DUN dan merampas kembali parlimen Balik Pulau. Manakala DS Shafie Afdal, Naib Presiden UMNO Pusat dalam ucapan perasmiannya kira-kira jam 1.30 petang tadi pula melahirkan rasa bimbang akan kedudukan orang Melayu yang berpecah sesama sendiri. Sudahlah ada Melayu UMNO, Melayu PAS, Melayu PKR dan Melayu DAP. Dalam UMNO sendiri pun Melayu berpecah, dalam PAS juga Melayu berpecah dan dalam PKR pun Melayu berpecah.
Semua pemimpin UMNO/BN meminta semua ahli perwakilan berfikiran matang dan terimalah keputusan sesiapa sahaja yang bakal menjadi calon. Untuk kekuatan UMNO/BN semua ahli kena akur dengan keputusan Presiden parti. Gerakerja parti diperkuatkan di semua peringkat parti, keahlian ditambah, kepimpinan parti dimantapkan serta sentiasa turun ke bawah melihat masalah rakyat. Sebaliknya jika ada pihak yang berperanan umpama "duri dalam daging" atau "api dalam sekam", sudah pasti calon BN/UMNO akan menghadapi jalan yang sukar dalam PRU yang akan datang.

Friday, June 17, 2011

YB Zulkifli Noordin komen pasal 'Ulamak Kartun'!


 ULAMAK KARTUN
Salam 2 all.

Semasa Presiden PAS membuat kenyataan didalam ucapan penggulungan Muktamar PAS ke 57 beliau menyatakan videoklip yang membabitkan manusia yang ditabal bininya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana "dia tidak ade telinga, takde mata, macam besi". Ucapan itu disambut dengan takbeer dan laungan menyokong oleh kaum yang menyokong. Langusng tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan "Amanat Baru Haji Hadi" itu!

Tetiba bila saudara Miko melakar kenyataan itu dalam bentuk kartun dan disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, tetiba muncul jaguh-jaguh kampung bertempik menuntut kartun itu ditarik balik, ianya menghina Islam kata mereka. Malah ada yang mintak supaya Miko dan Utusan bertaubat. Yang DiPertua Persatuan Ulama', yang juga rakan baik Anwar Ibrahim, turut tumpang sekaki mendesak pelukis kartun dan akhbar Utusan dikenakan pertuduhan jenayah kerana menghina Islam kononnya!

Padanlah ALLAH swt mengingatkan kita didalam suraf Al A'raf:175-176, akan ada dikalangan mereka yang diberikan 'ilmu dan pengetahuan kitab (saperti para 'ilmuan dan agamawan), namun mereka bermati-matian cenderong kepada dunia dan menurut hawa nafsunya, maka ALLAH swt umpamakan mereka saperti "Al-Kalb - Anjing-Anjing"!!! Dan ALLAH swt menutup ayat tersebut dengan "sampaikanlah kepada mereka supaya mereka berfikir"!!! Dan inilah yang teman lakukan, teman nak sampaikan kepada mike semua yop akan peringatan ALLAH swt itu!!! Supaya nanti depan ALLAH swt teman tidak ditanya adakah kamu telah menyampaikan, dan supaya mike besok depan ALLAH swt tidak boleh menjawab "kami tak tau!!!".

Khusus kepada para agamawan dan ustadwan yang memekik ini, teman nasihatkan janganlah kerana ketaksuban kepada Anwar menyebabkan pertimbangan 'ilmu yang dianugerah ALLAH menjadi celaru, kelabu dan mengubah kita menjadi kalkatu. Jadilah agamawan, ustadwan dan 'ilmuan yang benar, berdasarkan Al Quran dan Sunnah. Kalau kartun lakaran Miko itu menyentuh qalbu, sepatutnya kenyataan Ustadz Hadi juga lebih-lebih lagi; kerana Miko tak pakai serban, Ustadz Hadi pemimpin sebuah parti yang berpentaskan Islam! [selanjutnya Klik sini]

PILIHANRAYA MASJID DI PULAU PINANG

Berita terkini, Mesyuarat Majlis Raja-Raja memutuskan Pilihanraya Masjid di Pulau Pinang ditangguh  hingga Disember 2012. Apakah benar?