"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, November 13, 2011

BN semakin gelabah, ribuan hadir ceramah PAS di Gertak Sanggul Pulau Pinang semalam.

Tahniah kepada pasukan hoki negara yang berjaya mengalahkan pasukan Australia dalam final Hoki Sultan Johor semalam. Selepas itu aku dengan seorang kawan segera ke Gertak Sanggul, Pulau Pinang. Kira-kira jam 11.00 malam kami tiba di situ. Semasa melalui pekan Bayan Lepas, kereta sudah bertali arus, pelan-pelan melalui jalan pekan Bayan Lepas yang begitu sempit. Sekali lagi nak masuk simpang ke Gertak Sanggul di pekan Teluk Kumbar lagi sekali lagi kereta pelan-pelan memasuki simpang. Kereta cukup banyak di Bayan Lepas dan Teluk Kumbar, begitulah banyaknya kenderaan menuju ke Gertak Sanggul. Kawan saya kata, sudah pasti ribuan penonton yang hadir lihatlah hampir jam 11.00 malam kenderaan masih banyak melalui pekan Bayan Lepas dan Teluk Kumbar. Lagi pun ceramah malam ini katanya pula dijemput khas dari Kelantan, Setiausaha Akhbar kepada MB Kelantan.
Kira-kira 15 minit dari Pekan Teluk Kumbar kami pun sampai di Gertak Sanggul. Kami terkejut, macam tak percaya, tak sampai 100 orang yang hadir. Kebanyakannya berada di luar khemah yang disediakan oleh pihak penganjur. Yang ada di bawah khemah hanya beberapa orang sahaja. Itu pun sudah tentu ahli Pas totok. Di luar sana bersandar di kenderaan, di bawah pokok, duduk atas motor, berdiri di tepi jalan sudah tentu sekadar datang nak dengar apa yang penceramah2 malam itu nak kelentong rakyat di situ. Memang kelentong pun.
Aku sempat dengar ceramah oleh SU Akhbar MB Kelantan kelentong rakyat di situ. Dia kata kerajaan Malaysia beli kapal selam tak boleh selam menggambarkan begitu bodoh kerajaan Malaysia. Dia puji kerajaan Kelantan diperintah PAS tidak kena teguran oleh Audit Negara. Tidak ada rasuah dalam pentadbiran kerajaan Kelantan. Ada pula dua tiga orang mungkin ahli Pas totok tepuk tangan suka rupanya bila SU Akhbar itu memuji kerajaan Kelantan. Tapi yang pelik kali ini, tak pula disambut dengan teriakan takbir pada malam itu. Mungkin sambutan terlalu dingin malam itu hilang semangat sebab tak seberapa orang pula yang akan sambut takbir. Tapi aku yakin puak2 ini menghormati kehadiran beberapa penonton Cina yang hadir tetapi berdiri di tepi jalan. Mungkin teriakan takbir itu 'diharamkan' sebab venue ceramah tersebut berhampiran penduduk padat Cina di Gertak Sanggul. Kira-kira 20 minit kami di situ, kami pun angkat kaki.

Saturday, November 12, 2011

Sanggupkah Muslimat PAS mencontohi Ketua Wanita UMNO dalam tragedi kemalangan di Slim River?

Difahamkan berita semalam. Seorang Ketua Wanita UMNO turut terkorban dalam kemalangan jalan raya yang melibatkan pelajar dan seorang guru. Ketua Wanita itu tanpa menghiraukan keselamatan dirinya telah bergegas turun daripada bas rombongannya untuk menyelamat pelajar-pelajar dari sebuah bas lain yang terbabas. Semasa suasana kelam kabut membantu pelajar-pelajar dan guru-guru yang tercedera dalam kemalangan itu, difahamkan sebuah lori pasir telah melanggar bas yang berkenaan. Ekoran kemalangan berikutnya menyebabkan beberapa pelajar, guru dan Ketua Wanita UMNO tersebut turut terkorban.
Sungguh tragis kemalangan tersebut. Marilah semua umat Islam kita mendoakan agar semua roh allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di sisi orang yang beriman dan bertakwa.  Semua keluarga mangsa diharap banyak bersabar dan terimalah dugaan ini.dengan hati yang tabah dan bertenang. Ahli-ahli UMNO perlu mencontohi keberanian Allahyarhamah Ketua Wanita UMNO yang sanggup turun pada waktu gelap membantu mangsa-mangsa kemalangan yang menjerit-jerit dan berteriak meminta bantuan. Tapi adakah muslimat PAS sanggup melakukan demikian?

Tuesday, November 8, 2011

Logo Pakatan Rakyat dah siap sedia untuk hadapi dacing!



BARISAN NASIONAL
Lambang Pakatan Rakyat
Apakah ini lambang PR?
DAP bantah jika ini lambang PR
Sudah lebih 3 tahun DAP, PAS dan PKR bersama dalam perjuangan hanya untuk menjatuhkan kerajaan BN. Sudah lebih 3 tahun juga Pakatan Rakyat belum mampu mencipta logo pakatannya sendiri. Pelbagai jenis logo telah dicipta oleh penyokong2 setia mereka tapi sehingga hari ini, logo Pakatan Rakyat tak dapat dimuktamadkan oleh pemimpin2 PR. Itu baru soal logo, belum ada jalan penyelesaian.
PAS akan mempertahankan simbol bulan penuhnya seperti buah ping pong. PAS takut kehilangan pengundi terutama pengundi2 tua/lama yang sudah sebati dengan lambang bulannya. Warna hijau melambangkan perjuangan Islamnya tak mungkin dikorbankan dengan warna lain sama ada merah atau pun biru. Manakala DAP pula sudah pasti akan mempertahankan roketnya yang tidak pernah menjunam ke bumi. Lambang tradisi penuh simbolik hampir menyamai lambang saudaranya PAP di Singapura. Karpal Singh akan memberi amaran keras dan sekeras-kerasnya kepasa sesiapa sahaja yang berani menukar roketnya, "Langkah mayat aku dulu" kata Karpal. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berlambangkan satu mata yang terbuka. Ada pihak mengaitkan lambang itu dengan isu mata lebam Anwar Ibrahim. Walau bagaimanapun Kewujudan PKR selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO disebabkan kes liwat yang dihadapinya. Presiden PKR selaku isteri kepada Anwar Ibrahim akan mempertahankan lambang itu sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Membuktikan ada persefahaman antara parti-parti yang berpakat, hanya lambang dapat menceritakannya kepada rakyat. Tapi setakat ini, parti-parti dalam PR tidak dapat menunjukkan sikap toleransi mereka untuk mewujudkan satu lambang bagi menghadapi BN yang menggunakan dacing. Belum memerintah negara, baru mengurus parti, sudah tidak ada persefahaman antara mereka.
Persoalannya yang perlu difikirkan bersama. Apakah DAP, PKR dan PAS mempunyai persefahaman yang jujur antara satu sama lain? Yang jelas pada pandangan kita, masing-masing cuba menjauhkan dari timbul konflik persefahaman. Mereka tidak rela bertikam lidah membincangkan isu logo dan dasar perjuangan pakatan secara terbuka. Mereka lebih gemar bercakap pasal perjuangan untuk menjatuh atau merampas Putrajaya dalam PRU yang akan datang. Itu sahaja matlamat terdekat mereka.
Sebenarnya mereka tidak bersedia untuk bersatu dan bersama dalam perjuangan. PAS dan DAP yang jelas kepada kita merupakan dua buah parti yang begitu ekstrim dalam dasar perjuangan mereka. PAS memperjuangkan Islam manakala DAP menentang Islam. Peranan PKR yang boleh menjadi orang tengah dalam pakatan tersebut. Pakatan parti-parti ini begitu longgar sekali. Mudah meletus masalah dan timbul isu. Jika beginilah kerajaan PR yang akan dibentuk, sudah pasti akan mengundang kecelakaan kepada rakyat jelata. Pemimpin2 parti berkenaan asyik bercakaran sesama sendiri untuk memenangi dan mengenengahkan  dasar parti masing-masing dalam pentadbiran kerajaan. Kerajaan begini akan jadi lemah, perkhidmatan kerajaan tidak produktif, pelabur akan lari, pengangguran akan meningkat, masalah sosial akan bertambah parah akhirnya rakyat yang merana dan sengsara.
Rakyat tidak yakin bahawa PAS dapat bersama dengan DAP. Lihat sekeliling kita sudah banyak yang berlaku. Melayu dan Islam dihina. Manakala DAP lebih rasis mengutamakan kaum Cina, manakala kaum India dan Melayu dianaktirikan. Cuma yang menyokong DAP hanya Melayu DAP dan Melayu PAS yang diberi jawatan dalam agensi kerajaan negeri, pihak berkuasa kerajaan tempatan dan yang masih memegang jawatan di peringkat JKKKN dan parti. Kita tunggu DAP, PAS dan PKR akan dapat mencipta satu logo parti Pakatan Rakyat bagi menghadapi Barisan Nasional yang masih mengekalkan lambang dacingnya.