"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, August 28, 2012

Rahsia Pas dan DAP masih satu selimut, tapi igau lain-lain

PAS masih degil untuk bertahan dengan DAP walaupun DAP khususnya Karpal Singh menghina Pas mengenai negara Islam dan hukuman hudud. Kalau isunya adalah prinsip dan kebenaran sudah lama sepatutnya Pas keluar dari pakatan pembangkang.
Tetapi Pas lebih mementingkan kerusi dan kuasa menyebabkan penghinaan itu boleh diserap dalam strategi tahhaluf siasinya.
DAP tidak ada pilihan lain. Dari segi strategi politik ia perlukan sokongan pengundi Cina. Menyokong negara Islam dan hudud Pas adalah bencana bagi DAP.
Dengan ghairahnya Pas bersama DAP walaupun dihina dan ditempelak kerana tanpa undi Cina, Pas tidak boleh memenangi banyak kerusi.
Bagi DAP dengan Pas bersama pakatan, undi orang Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) boleh pecah. Dengan bantuan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mereka harap mengambil alih kuasa.
Kalaulah mereka menang, hatta dengan majoriti mudah (minta dijauhkan Tuhan) akan timbul isu-isu dasar dalam pemerintahan. Pemimpin Pas terutamanya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kata perjuangan negara Islam dan hudud akan diteruskan.
Bagaimana ia hendak diteruskan sekiranya meneruskan hasrat itu terpaksa melangkah mayat Karpal Singh dulu.
Dalam bahasa mudah selagi Karpal Singh hidup tidak mungkin usaha Pas boleh berjaya. Pas hanya berangan-angan.
Buku Jingga sebagai manifesto pakatan pembangkang tidak langsung menyatakan negara Islam atau pun hudud. Kalau begitu manifesto apa yang ingin dicanangkan oleh Pas untuk memenangi kerusi majoriti?
Negara Berkebajikan belum tentu mendukung negara Islam. Lagi pun Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah memaklumkan dalam Muktamar Pas, negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Kalau begitu setelah sekian lama Pas memperjuangkan negara Islam dari sumber mana?
Pas dan PKR menginginkan Putrajaya. DAP nampaknya tidak seghairah itu. DAP punya strategi sendiri. Kekalkan Pulau Pinang, dapatkan Perak, Selangor dan Negeri Sembilan memadai untuk Pilihan Raya Umum Ke-13.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti kuasai Sabah dan Sarawak. Lengkaplah strategi untuk menguasai Malaysia. DAP dengan sokongan pihak-pihak lain tentu mampu untuk mentadbir.
Negeri-negeri yang disebutkan tadi adalah negeri yang mempunyai sumber ekonomi yang tinggi. Dengan upaya penglibatan pendukung-pendukung DAP dalam bisnes, binaan rumah kediaman, peluasan industri, memajukan pelancongan ekuiti atau pegangan mereka akan terus meningkat. Ia bakal meninggalkan Pas dan PKR terkulat-kulat memerhati.
Hendak keluar dari Pakatan, Pas malu. Dengan krisis imej dalam PKR antara kem Wan Azizah dengan kem Azmin Ali dan kes Anwar Ibrahim mengenai liwat belum selesai lagi, ia meletakkan DAP lebih dominan.
Pemimpin Pas sekian lama tahu integriti Anwar. Tak mungkin lujnah penyelidikan Pas tidak melakukan apa-apa kajian. Tetapi mengapa harapkan dia jadi Perdana Menteri Malaysia. Karpal Singh juga dalam Parlimen pernah menyebut Anwar ialah 'peliwat' tetapi mengapa DAP juga mahukan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Inilah kong-kalikung politik yang penuh muslihat, mementingkan kerusi dan kuasa lebih daripada kebenaran dan integriti.
Bagi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri bergantung kepada kes Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Untuk Pas mencadangkan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri kalau terjadi apa-apa pada Anwar tentu DAP tidak akan membiarkan.
Apakah ini petanda impian Karpal Singh untuk menjadikan pemimpin DAP sebagai Perdana Menteri akan terkabul.
Maka, pilihan yang ada bagi Pas adalah bekerjasama dengan UMNO untuk menguatkan kembali barisan umat Melayu. Pas semacam berkerat rotan berpatah arang dengan UMNO. Mahukah ludah dijilat kembali.
Kalau begitu bagaimana mencari kecerdikan bagi umat Melayu lantaran kemungkinannya nanti adalah menang sorak kampung tergadai.
Penulis yakin dengan analisis yang diberi BN boleh memenangi pilihan raya umum nanti. Malah, kalau strategi memenangi kerusi dibuat dengan bijak dan bersungguh-sungguh dengan menampilkan calon boleh menang yang berwibawa dan calon yang telah menang dan berjasa, penulis amat yakin bahawa pembangkang bakal tersungkur.
Kecuali Pas mengubah pendirian untuk bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan umat Melayu. Ia tidak mustahil sekiranya orang Pas berjiwa besar kembali dan mampu membaca senario politik yang ada.
Jangan jadikan rasa dendam kesumat dan kebencian sebagai penghalang terhadap kerjasama ini. Isu-isu UMNO memperjuangkan Melayu dikatakan asabiah kaumiyyah, isu faham kebangsaan sebagai rasis, isu UMNO tolak Islam adalah retorik politik emosional tanpa asas ilmiah dan kontang pemahaman tentang sejarah dan budaya bangsa Melayu.
Sesat di hujung jalan kembalilah ke pangkal jalan. Masanya masih belum terlewat.

Sumber: Utusan Malaysia 28/8/2012

Sunday, August 26, 2012

UMNO ada kuasa kenapa tak laksanakan hudud?

UMNO ADA KUASA TAPI TAK MAU BUAT HUDUD LEPAS TU NAK SALAHKAN PAS PULAK.
Komen:
Harap sdr lebih rasional dgn geopolitik Msia pada hari ini. UMNO dlm perlembagaannya jelas memperjuangkan agama (Islam), bangsa (Melayu) dan negara (Malaysia).
Pemimpin UMNO adalah berbangsa Melayu. Ikut perlembagaan persekutuan, Melayu itu beragama Islam. Suatu kekuatan dan kelebihan yg istimewa dlm perlembagaan Msia yg tidak ada di mana2 perlembagaan negara lain yg menyatakan dgn tegas dan jelas, Melayu itu beragama Islam. Dari sudut agama dan akidah, perlembagaan persekutuan secara tidak langsung dapat menyelamatkan umat Melayu dari menjadi penganut kristian, buddha dll.
Walau bagaimanapun perlembagaan Msia juga membenarkan penganut agama2 lain bebas mengamalkan amalan agama masing2.
Dalam konteks Msia sebuah negara majmuk, setiap pelaksanaan perlu mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum dan bangsa di Msia ini. UMNO/BN telah melaksanakan dasar2 Islam dalam pentadbiran kerajaan secara perlahan iaitu memahamkan rakyat pelbagai kaum tentang Islam lebih penting daripada memaksa secara kekerasan tetapi gagal.
Dasar penerapan nilai2 Islam yg diperkenalkan oleh Tun Mahathir akhirnya banyak perubahan telah berlaku tanpa disedari parti2 komponen MCA, MIC, Gerakan dll menerima Msia sebuah negara Islam. Malangnya PAS dan DAP tidak mengikhtiraf Msia sebuah negara Islam. DAP ada agenda menskularkan negara Msia dan PAS ada agenda politiknya tetapi kedua2nya mempunyai agenda tersendiri yg tidak sealiran. Ini adalah halangan2 kerajaan pimpinan UMNO/BN hadapi dari parti pro komunisme dan parti Islam yg tidak konsisten dlm perjuangan. Islam hadhari diperkenalkan oleh Pak Lah dimomokkan sbg agama baru yg diperkenalkan oleh UMNO/BN.
Sdr perlu lihat secara rasional. Islam di Msia berkembang pesat baik dari sudut pendidikan rendah hingga kolej dan universiti, ekonomi, sistem perbankan Islam, insurans takaful, sistem pajakan islam, undang2 syariah, pengurusan zakat dan haji dan pelbagai lagi. Suatu perkembangan yg perlu disokong dan dilihat secara positif. Tanpa disedari kaum lain sudah menerima sistem kewangan, insurans secara Islam di Msia dan untuk maklumat sdr kaum bukan Islam pula yang lebih ramai enggunakan siste kewangan Islam di Msia.
Oleh itu kenapa UMNO dipersalahkan dlm pelaksanaan hudud di Msia. UMNO tidak menolak hudud. Cuba sdr ikuti penjelasan oleh pemimpin UMNO. Jgn dengar penceramah2 PAS yang ahu mencari keuntungan poltik sempit mereka. PAS pun faham tapi sengaja buat2 tak faham bahawa hudud belum dapat dilaksanakn di negar ini sehingga rakyat pelbagai kaum faham hudud dan bersedia utk menerimanya. Selaku umat Islam kita harus matang berpolitik. Dalam perjuangan kita tidak mahu bangsa Melayu terkebelakang dan Islam pula ke hadapan selari kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu dalam perlembagaan. Kenapa TG Haji Hadi semasa mnjadi MB terengganu menyatakan hukum hudud cuma 0.0001% dalam syariaat Islam setelah didesak oleh penyokong2 PAS. Kenapa itu tidak dijadikan isu oleh PAS.
Itu sebabnya PAS semakin matang dlm politik Msia yg berbilang kaum. Dulu mengkafirkan UMNO kerana bersubahat dgn MCA dan MIC sebaliknya apa dah jadi bila PAS pula bersama DAP yg jelas menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud. Jelas PAS terpaksa ikut rentak DAP sanggup menidakkan perjuangan negara Islam dn hukum hudud dalm Buku Jingga.
Masalahnya, bila PAS berhadapan dgn penyokong2 umat Islam berdegar2 atas pentas menyakinkan umat Islam bhw PAS tetap memperjuangkan negara Islam dan hukum hudud ketika menjelangnya PRU13. Cuba ingat, selepas PRU12 dulu, PAS pun diam bercakap pasal hukum hudud. UMNO juga tidak berbuat apa2 kerana perubahan perlembagaan persekutuan utk melaksankan hukum hudud perlu sokongan 2/3 ahli parlimen. Drp sdr hentam UMNO lebih baik sdr tanya PAS kenapa PAS gugurkan negara Islam. Walupun UMNO/BN belum dpt melksanakan hukum hudud tapi sudah berjaya mendapt pengiktirafan dunia sbg sebuah negera Islam contoh.
InsyaAllah, sya juga orag Islam cinta dan sayangkan negara memang berhasrat mahu melihat negara Msia secara total mengamalkan perlembagaan Islam. cuma perpecahan UMNO dan PAS dan kedegila PAS bergabung dgn UMNO mnjadi penghalang ke arah itu. PAS dalm PR pun tak dpt berbruat apa2. PAS bukan parti dominan dlm PR. Ahli2 PAS yg menyokong DAP/PR seolah-olah membantu memperkuatkan kuasa DAP yg menyokong polisi kesamarataan, LGBT dan anti Islam dan hukum hudud. Semakin ramai golongan ulama dlm PAS bersikap membisu akhir-akhir ini krn melihat perjuangan PAS sudah tersasar. Sy merayu dan mengajak umat Islam bersatu, tak kiralah PAS mahunpun PKR dan UMNO. Jika umat Islam kuat, insyaAllah apa yang dirancang akan mudah dilaksanakan tanpa banyak bantahan. Sy bukan pemimpin UMNO sekadar rakyat biasa mahu melihat umat Islam di Msia bersatu. Elakkan tuduh menududh antara satu sama lain. Melayu akan lemah kerana perpevahan sesama sendiri. Kaum lain bersatu dan kuat walaupun bukan rakyat majoriti. Wassalam.

Petikan: Dari FB.

Thursday, August 23, 2012

Dr. Asri, bekas mufti Perlis tolak hukum hudud?

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.
Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.
“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.
Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.
“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.
Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Komen:
Jangan ada pula pengikut PAS yang fanatik ataupun taksub dengan PAS mendakwa Dr. Mohd Asri, bekas Mufti Perlis itu tolak hukum hudud. Bila menolak hukum hudud, tolak perintah Allah maka tempatnya di neraka. Begitulah dakwaan oleh pemimpin PAS kepada Tun Mahathir bila beliau mengkritik hukum hudud PAS suatu masa dahulu.
Tun Mahathir dan begitu jua Dr. Mohd Asri tidak menolak hukum hudud Allah sebaliknya mereka mengkritik hukum hudud PAS, kata Dr. Mohd Asri enakmen hukum hudud yang dibuat PAS adalah tidak lengkap. Tidak lengkap bererti tidak tepat atau tidak sempurna. Hukum Allah tidak boleh sewenang-wenangnya dilaksanakan tanpa kajian yang mendalam mengenainya. Seluruh umat Islam akan kecewa bila ada pihak mempermainkan pula hukum Allah akibat kelemahan pelaksanaan hukum itu. 
PAS tidak memikirkan tentang kesempurnaan pelaksanaan hukum hudud Allah. PAS mahukan hukum hudud dijadikan modal politik untuk memancing undi orang Melayu/Islam. Kesempurnaan atau tidak, bukan perkara penting bagi PAS. Yang penting bagi mereka ialah memenangi pilihanraya dengan apa cara sekalipun. Malahan PAS sanggup menggugurkan negara Islam digantikan dengan negara berkebajikan asalkan bukan Islam, Cina dan India menyokong calon-calon PAS dalam pilihanraya umum akan datang.
PAS menggunakan taktik paling kotor. Mengikut pandangan Ustaz Kamal Saidin, katanya "PAS mungkin sengaja mengemukakan enakmen hukum hudud Kelantan yang tidak tepat untuk dikritik dan sekaligus ditolak oleh PM". Atas nasihat penasihat agama PM maka hukum hudud PAS ditegur dan ditolak oleh Tun Mahathir.
Selepas itu, penolakan Tun Mahathir dijadikan modal politik PAS sehinggalah hari ini bahawa PAS mendakwa UMNO merupakan parti sekular yang menolak hukum Allah dan menolak Islam. Inilah yang diheboh-hebohkan oleh penceramah-penceramah PAS sehingga seluruh pelusuk negara, dari Perlis hingga ke Sabah mencanangkan bahawa UMNO tolak hukum Islam sehingga ada pengikut fanatik menghukumkan orang UMNO adalah kafir.
Hari ini, bekas Mufti Perlis Dr. Mohd Asri Zainal Abidin telah menyokong teguran Tun Mahathir terhadap hukum hudud PAS. Pengikut-pengikut PAS perlu faham Dr. Asri bukan ahli UMNO, beliau merupakan pendakwah bebas yang tegas dan berani mengkritik demi untuk memelihara akidah umat Islam. Janganlah tuduh menuduh antara satu sama lain. Sepatutnya PAS tidak memperalatkan hal agama untuk tujuan politik sempit mereka. Eloklah mereka yang masih menyebarkan fitnah bahawa UMNO tolak hukum hudud bertaubat. Tuduhan itu amat berat hingga boleh tergelincir akidah umat Islam itu sendiri. Nauzubillahi min zalik!

Tuesday, August 21, 2012

Betulkah dakwaan PAS, UMNO tolak hukum hudud?

Isu hukum hudud mula jadi hangat menjelang pilihanraya. Isu hukum hudud kembali senyap selepas pilihanraya. Hukum hudud dijadikan umpan untuk memancing pengundi-pengundi. Kerajaan Kelantan di bawah pimpinan TG Nik Aziz telah lama mewartakan "Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud)". Tapi atas alasan apa kita tidak ketahui sehingga ke hari ini ia tidak dapat dilaksanakan? Yang berdegar-degar, kerajaan pusat akan tolak atau UMNO akan saman jika dilaksanakan hukum hudud itu?
Tidak usahlah PAS beretorik dalam isu agama. Teruskan pelaksanaannya, biarlah rakyat melihat benarkah kerajaan pusat atau UMNO yang nak saman? Sama juga TG Haji Hadi semasa PAS memerintah Trengganu. Telah menggubal dan mewrtakan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu 2002. Tapi tidak dilaksanakan walaupun ada desakan rakyat Trengganu. TGHH secara mudah memberi alasan bahawa hukum hudud cuma 0.0001% daripada undang-undang syariah.
PAS tidak menunjukkan kesungguhan dan keseriusan mereka untuk melaksanakan hukum hudud. Bila isu hukum hudud dibangkitkan semula menjelang PRU13 ini, MB Kelantan telah menubuhkan suatu Jawatankuasa Pelaksanaan Hukum Hudud di Kelantan (lebih kurang begitulah, tak ingat dah) yang diketuai oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas (jika tak betul, sila betulkan). Tapi sehingga kini, Jawatankuasa tersebut difahamkan belum dapat berjumpa sekali pun (jika salah minta maaf). Begitulah yang sedang berlaku dalam pelaksanaan hukum hudud oleh kerajaan PAS.
Akhirnya UMNO yang jadi mangsa politik PAS. PAS sanggup menuduh UMNO tolak hukum hudud PAS kerana UMNO tidak melaksanakan hukum hudud peringkat kerajaan persekutuan. Memang benar pun Tun Mahathir ada mengulas tentang draf hukum hudud PAS semasa beliau memberi ucapan di Nilam Puri, 1994. Dari petikan ucapan beliau, Tun Mahathir hanya menolak hukum hudud mengikut tafsiran PAS, kata beliau "Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam." [Baca sini selanjutnya]
Wahai penyokong-penyokong PAS yang tegar dan taksub. Rasionalkan akal dan budi saudara sekelian.  Orang UMNO juga orang Islam. Mengucap dua kalimah syahadah. Berpaksikan  kepada rukun Iman dan rukun Islam. Percaya ada syurga dan neraka. Dalam UMNO juga ada ulama tapi digelar pula oleh PAS sebagai ulama upahan dan yang lebih dahsyat lagi ada yang sanggup menggelarkan ulama UMNO dan mufti-mufti sebagai anjing UMNO. 
Terimalah dengan hati yang terbuka. TGNA dan TGHH juga manusia biasa seperti insan yang lain. Ada sifat kekurangan dan kelemahannya. Tidak maksum. Tidak semua perkara dan pandangan mereka itu semuanya betul dan benar belaka.
Kenapakah puak-puak PAS yang taksub dan tegar menyokong hukum hudud tidak menghala persoalannya isu ini kepada TG Nik Aziz. Kenapa MB Kelantan tidak melaksanakan hukum hudud di Kelantan? Tahu atau tidak, kerana TGNA tidak mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan sebaik sahaja mengambil alih kerajaan Kelantan dari UMNO maka ustaz Omar Khalid mengisytiharkan meninggalkan perjuangan PAS setelah berjuang secara aktif lebih 35 tahun dalam PAS. 
Allahyarham Ustaz Omar Khalid pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Terengganu dan Ketua Penerangan Pas Terengganu. Juga pernah ditahan ISA semata-mata kerana perjuangan Pas yang konon katanya selari dengan Islam. Fasih bertutur dalam bahasa Arab dan bijak menghuraikan ayat suci al-Quran serta Hadis. Akhirnya beliau mengambil keputusan menegakkan kalimah ALLAH dan perjuangan Islam melalui UMNO pula.[Baca sedikit kisahnya di sini]
Apalah dengan kita yang cuma setahun dua jadi ahli PAS atau sepuluh tahun dua jadi penyokong PAS jika nak dibandingkan dengan Allahyarham Ustaz Omar Khalid. Aktivis PAS selama lebih 35 tahun merupakan anak emas TG Nik Aziz. Akhirnya membuat keputusan meninggalkan PAS setelah beliau melihat 'banyak pembohongan' yang berlaku dalam kepimpinan PAS.
Marilah kita semua umat Islam mendoakan roh allahyarham Ustaz Omar Khalid akan sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang beriman. Amin.

Monday, August 20, 2012

Anwar Ibrahim pejuang Islam yang tulin!


Tulis sajalah buku bantai kerajaan, hentam DS Najib, puja Nik Aziz, puji Anwar Ibrahim, buku, akhbar atau majalah macam ini pasti laris. Kenapa? Tak percaya ke? Inilah yang dikehendaki oleh pembaca yang telah disogokkan oleh budaya membenci pemimpin dan membenci kerajaan.

Ianya telah menjadi satu trend, trend suka pada cerita 'half truth', 'zero truth' dan fitnah. Yang penting bukannya kebenaran tetapi rakyat yang benci pada Barisan Nasional (BN) pasti seronok baca.

Berapa banyak buku-buku yang semacam ini yang terus terang menjadi penyebar fitnah dan ditulis oleh penulis-penulis yang tidak memikirkan implikasi terhadap majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kestabilan negara menjadi sangat popular. [Baca selanjutnya di sini]

Sunday, August 19, 2012

Haram Sokong DAP!

SAYA amat tertarik hati dengan berita Haram Sokong DAP seperti yang pihak Utusan Malaysia siarkan.
Pandangan ulama dari Kelantan telah disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia. Saya berpendapat, tindakan Utusan Malaysia menyiarkan pandangan ulama terhadap DAP adalah berikutan kerjasama Pas dengan parti tersebut adalah amat wajar.
Saya berpendapat, sebagai akhbar utama kaum Melayu, pandangan ulama terhadap kerjasama Pas dengan DAP memang wajar sekali.
Syabas terhadap ulama yang memberikan pandangan tersebut. Memang kerjasama tersebut amat janggal sekali dalam konteks menubuhkan negara Islam!
Saya berpendapat ulama yang memberikan pandangan haram sokong DAP tentulah dibuat bertitik tolak daripada kerjasama Pas dengan DAP. DAP adalah parti yang rasis kaum Cina.
Mereka tidak menyokong Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara jika berdasarkan sokongan mereka terhadap kumpulan Dong Zhong pelampau Cina dalam pendidikan Cina. Saya berpendapat, DAP tidak berjuang dengan ikhlas untuk memartabatkan Bahasa Melayu dalam konteks negara ini. Kenapa mereka mengabaikan Bahasa Melayu dalam sosio ekonomi mereka? Saya berasa amat sedih dengan hala tuju DAP terhadap masa hadapan Bahasa Melayu di negara ini. Mereka memandang rendah Bahasa Melayu.
Sehingga saya difahamkan, untuk mendapat kerja di kilang atau syarikat kaum mereka, ada puak mereka mengutamakan bahasa Cina? Kenapa mereka tidak tegur tindakan tersebut?
DAP juga amat lantang menyokong golongan murtad. Begitu juga mereka amat lantang berjuang untuk golongan LGBT yang amat ditegah oleh Islam. Apabila umat Islam cuba membetulkan kembali golongan tersebut, DAP masuk campur tanpa segan silu.
Begitu juga ketika di atas pentas Pas. Pemimpin DAP menghina seorang Menteri Besar Perak dari UMNO sebagai Hitam Metalik. Bahkan disambut laungan takbir oleh puak Pas.
Justeru, tidak salah ulama dari Kelantan menyatakan adalah haram menyokong DAP kerana Pas sendiri telah terpesong daripada ajaran politik Islam yang sebenar.
Pas terpaksa melutut kepada DAP untuk mendapatkan perkenan melaksanakan hudud. Sedangkan Islam adalah agama rasmi negara ini. DAP sepatutnya membiarkan sahaja hudud dilaksanakan. Apa salahnya mereka sokong hudud? Bukankah hudud boleh membantu rakyat hidup lebih aman?
Tetapi tindakan DAP menentang hudud amat bercanggah dengan agama rasmi negara. Justeru, DAP memang wajar haram disokong oleh umat Islam. Ertinya Pas juga termasuk dalam hukuman tersebut kerana melutut kepada DAP untuk hudud.
Ini amat memalukan umat Islam.

CHEREDZA
Sik, Kedah 13/8/2012

Friday, August 17, 2012

Ustaz Nasaruddin pemimpin Islam yang wajar dicontohi

Ustaz Nasaruddin Mat Isa, bekas Timbalan Presiden PAS mempunyai pendirian yang begitu berlainan sekali sejak PAS di bawah pengaruh edrogan dan Anwarisme. Beliau juga merupakan pelopor kepada kerajaan perpaduan UMNO-PAS yang dicadangkan suatu ketika dulu. Selepas Dato' Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS dipecat ekoran isu kristianisasi di sebuah gereja Shah Alam, sikap beliau memencilkan diri dengan arus perjuangan PAS semakin tampak jelas. Kata Dato' Hassan Ali "Kepimpinan PAS hari ini telah dikuasai oleh kumpulan parasit". Beliau tidak akan kembali kepada PAS selagi kumpulan parasit masih menguasai PAS. Sebenarnya lebih ramai lagi golongan ulama dalam PAS menyepikan diri mereka. Mereka masih ahli PAS cuma sikap mereka terhadap PAS semakin dingin, tidak seperti zaman PAS di bawah pentadbiran Dato' Fadzil Noor.
Allahyarham Ustaz Khalid Omar (bekas aktivis PAS) berucap
PAS hari ini jauh berubah. Jika dulu PAS juara bercakap tentang negara Islam dan hukum hudud tapi PAS hari ini juara bercakap pasal negara berkebajikan. Pemimpin PAS masa itu memng cukup hebat hingga berjaya meniup api kebencian terhadap sesama sebangsa dan seagama. Wujudlah isu kafir mengkafir dimana puak-puak PAS mengkafir puak-puak UMNO. Tidak pernah kita dengar masa itu puak UMNO mengkafirkan puak PAS.
Ustaz Nakhaie dan Ustaz Asri (bekas pemimpin utama PAS)
Oleh kerana puak UMNO dianggap kafir lantaran itu berlaku solat waktu dua imam di kalangan umat Islam satu kariah satu masjid. Sembelihan orang UMNO haram dimakan, jurunikah orang UMNO tidak sah dan kematian serta kenduri rumah orang UMNO diboikot. Tidak dinafikan umat Islam pada masa itu berpecah sesama sendiri di kampung-kampung dan taman-taman perumahan. PAS memang berjaya menanamkan rasa benci orang PAS terhadap orang UMNO melalui pendekatan yang amat berbahaya dari sudut akidah.
Dato' Hassan Ali, bekas Naib Presiden PAS Pusat

Pendakwah Bebas (bekas ahli PAS)
Ustaz Nasaruddin, bekas Timb. Presiden PAS
Hari ini pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan UMNO secara terbuka. Di kalangan penyokong PAS yang taksub masih berlaku melalui tulisan dalam FB dan blog-blog pembangkang. Tidak dinafikan ajaran tok guru PAS (mengkafirkan orang UMNO) sudah tertanam kuat dalam fikiran puak-puak PAS yang taksub. Sehingga ke hari ini belum kita dengar Tok Guru haji Hadi Awang atau mana-mana pemimpin PAS menarik balik tuduhan UMNO itu kafir. Jika ditanya kepada Tok Guru PAS, mereka akan kata bahawa mereka tak tuduh orang UMNO itu kafir.  Ustaz Asri Zainal Abidin, bekas mufti Perlis ada mengulas bahawa pemimpin PAS tidak lagi mengkafirkan orang UMNO dan beliau mengkritik orang UMNO yang masih membangkitkan isu tersebut. Ustaz Asri mengambil jalan yang terlalu mudah untuk perkara yang berat. Mudahnya kerana diminta berdiam begitu sahaja. Beratnya kerana tuduhan kafir mempunyai implikasi akidah umat Islam itu sendiri, baik yang menuduh dan yang kena tuduh. 
Walau bagaimanapun sebahagian pimpinan PAS dan bekas pemimpin serta ulama PAS bukan edrogan dan Anwarisme telah pun mengakui bahawa orang UMNO juga mereka sebangsa dan seagama. Terkini, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dalam sidang akhbar di KLIA sekembalinya dari menunaikan umrah, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan.
Itulah satu-satunya pandangan yang ikhlas, jujur dan berani oleh seorang pemimpin PAS hari ini. Walaupun pandangan itu agak lewat setelah Ustaz Nasaruddin bukan lagi pemimpin no. 2 dalam PAS tapi sekurang-kurangnya ahli-ahli PAS yang masih taksub itu perlu sedar bahawa orang UMNO yang dikafirkan itu sebenarnya juga umat Islam. 
Tapi bagaimana dengan Amanat Tuan Guru Haji Abdul Hadi? Amanat TG Haji Hadi, Presiden PAS yang disampaikan melalui ceramahnya di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 07 April 1981.  Akibat daripada fatwa lawan UMNO dan BN mati syahid itu bertambah yakinlah pengikut PAS bahawa orang-orang UMNO adalah kafir.  Maka tentulah orang kafir tidak sah menjadi imam sembahyang, imam nikah dan sebagainya.   
Musibah Peristiwa Memali pada 19.11.1985 adalah berupa suatu trajedi yang sungguh menyayat hati. Beginilah yang berlaku seterusnya nanti apabila umat Islam sudah FANATIK syahid, hilang pertimbangan kerana terpukau dengan fatwa agama oleh guru-guru agama yang menjamin mereka masuk syurga. Setakat hari ini, TG Haji Hadi Awang tidak pernah menarik balik amanat tersebut dan  apakah Haji Hadi masih mahu orang UMNO terus dikafirkan untuk kepentingan politik sempitnya.
Selaku umat Islam, kita rasa terpanggil mengucapkan syabas dan terima kasih kepada Ustaz Nazaruddin, bekas Naib Presiden PAS, Allahyarham Ustaz Hj. Omar Khalid (bekas aktivis PAS yang meninggalkan PAS), Dato Hj. Nakhaei Hj. Ahmad (bekas naib Presiden PAS yang menyertai UMNO), Tan Sri Mohd Asri Hj Muda (bekas Presiden PAS dan MB Kelantan akhirnya menyertai UMNO), Ustaz Kazim Elias (bekas ahli PAS), Dato' Hassan Ali (bekas Naib Presiden PAS dipecat oleh PAS memimpin Jati) dan banyak lagi. Mudahan-mudah umat Islam dapat bersatu kukuh setelah terhapusnya golongan edrogan, Anwarisme dan parasit dalam kepimpinan PAS hari ini.