Hari ini sudah terbongkar tidak perlu bersembunyi lagi, sudah terang lagi bersuluh. Orang yang selama ini dikatakan orang UMNO rupa-rupanya bekerja kuat untuk Tuan Lim Guan Eng. YB Dato' Seri Dr. Hilmi selaku Ketua UMNO Bahagian BP jangan terkejut. Rupa-rupanya tembok UMNO Bahagian Balik Pulau tidak begitu kukuh untuk diruntuhkan oleh pujukan Tuan Lim Guan Eng. AJK Bahagian UMNO Balik Pulau tidak semuanya begitu kental berdepan dengan ledakan roket DAP di Pulau Pinang. Mungkin ada lagi orang kuat dalam UMNO Bahagian Balik Pulau akan kecundang? Individu yang tersenarai antara yang terpilih dalam Persidangan Agung UMNO Bahagian Balik Pulau yang lalu telah tersungkur hanya dengan percikan terjahan roket DAP. Ketua UMNO Cawangan berkenaan yang mencalonkan individu berkenaan untuk berada dalam senarai itu perlu lebih berhati-hati pada masa yang akan datang. Tidak syak lagi, kehadiran insan berkenaan pada Majlis Penghargaan Warga Emas di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 21 Mac 2010 bukan sebagai warga emas sebaliknya orang penting memastikan orang-orangnya hadir untuk menerima wang rasuah RM100 dari Lim Guan Eng. Sudah lama individu berkenaan telah bekerja kuat di sebalik tabir untuk menguatkan PKR di kampung-kampung. Individu yang sama juga mengedarkan borang-borang bantuan warga emas dan bantuan lain-lain seperti bantuan pakaian sekolah untuk pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PKR. Tidak perlu berselindung lagi, bagi penduduk sama ada golongan warga emas, orang muda, orang masjid, orang surau, orang Umno, orang PAS, atau PKR akan menganggap individu berkenaan seperti 'sesumpah' boleh bertukar warna demi untuk mendapat jawatan tertentu dalam parti mahupun pun qaryah. Pemimpin yang seumpama ini tidak akan dihormati oleh orang ramai kerana tidak ada pendirian dan prinsip dalam perjuangannya.
Dari
Busu BP 22/3/2010 9.19am
Dari
Busu BP 22/3/2010 9.19am
Masa untuk rakyat berubah. Mari kita bersama menyokong PAS utk menguatkan perjuangan Islam. Takbir! 3x.
ReplyDeleteKepada yang di atas talqinkan dulu pemimpin PAS yang nampak ketidakjantanan dalam situasi sekarang,hangpa takut dekat DAP dan PKR dok kutuk sesama islam baguihka,jangan dok tunjuk bagusla PAS pun serabut la ni,PAKTAM sapadia insan yang dimaksudkan tu.apala dia ni la pengkhianat UMNO yang dicari.kepada KC terbabit mau dok buat laporan kepada Bahagian,yang bahagian pun dok nganga ,perwakilan pilih lagi orang macam ni jadi AJK Bahagian
ReplyDeleteMaaf Busu BP telah emelkan saya setakat ini Busu BP tidak mendedahkan siapa tapi boleh siasat melalui veteran2 yang menerima sumbangan rasuah dari LGE pada ahad yang lalu. Orang yang berkenaan dilaporkan tinggal di Teluk Kumbar. Tk.
ReplyDelete