KUALA LUMPUR 3 Julai – Kenyataan Lim Guan Eng yang mengutuk  perhimpunan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) kelmarin jelas  membuktikan Ketua Menteri Pulau Pinang itu bersikap dwistandard dan  hipokrit.
 Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Ezam Mohd. Nor  berkata, ini kerana pada masa yang sama, Guan Eng bertindak menyokong  perhimpunan haram Bersih yang akan diadakan di ibu negara pada 9 Julai  ini.
 ‘‘Hari ini, beliau mengutuk protes di Pulau Pinang kelmarin, tetapi  boleh pula menyokong perhimpunan haram Bersih. Ini bukti beliau bersikap  hipokrit.
 ‘‘Sikap seperti ini dan kebanyakan pemimpin pembangkang adalah  berdasarkan kepentingan mereka dan bukan berasaskan prinsip moral.
 ‘‘Kes akhlak, liwat, zina, hak asasi manusia dan jenayah rasuah akan  ditutup dan dilindungi sekiranya membabitkan kepentingan parti atau  pemimpin mereka,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
 Ezam berkata, sikap Guan Eng yang mengutuk protes di negeri  pimpinannya adalah semata-mata untuk menutup ‘pekung di dadanya’ yang  dikatakan sebagai pemimpin rasis.
 Beliau menjelaskan, kehadirannya menyertai protes di Pulau Pinang  adalah untuk memberikan sokongan kepada rakyat di negeri itu dalam  menentang fahaman rasis di negara ini.
 ‘‘Kita punya cukup bukti Guan Eng adalah pemimpin rasis. Kita juga  mengulangi gesaan supaya beliau letak jawatan kerana rasis adalah  perbuatan khianat kepada asas negara. Justeru, protes di Pulau Pinang  perlu diteruskan,’’ katanya.
Sumber: Utusan Malaysia 4 Julai 2011 
 
 
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.