"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, February 1, 2012

PAS akan ditalqinkan oleh parasit dalam partinya sendiri!

PAS tidak lagi didominasi oleh golongan ulama. Perjuangan PAS sudah tersasar jauh di tepi gelanggang perjuangan. Penubuhan sebuah negara Islam dikuburkan dan digantikan dengan negara berkebajikan. Ini disebabkan hala tuju perjuangan PAS yang asal sudah ditalqinkan oleh puak2 edrogan yang bercita-cita besar mahu menawan Putrajaya.
Mereka sanggup menggadaikan maruah bangsa dan agama asalkan niat dan matlamat mereka tercapai. Golongan ulama dalam PAS semakin tersisih dan ada yang diterajang ke ceruk dinding. Oleh itu suara ulama sudah tidak kedengaran lagi dalam PAS. Yang kuat dan lantang bersuara, Mat Sabu Timbalan Presiden PAS dan Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam dikatakan parasit dalam PAS oleh Datuk Hassan Ali.
Pemerhati-pemerhati politik, bekas-bekas pemimpin PAS dan bekas-bekas mufti sangat bersetuju jika perjuangan PAS dikatakan sudah tersasar jauh dari perjuangan asal. Kredibiliti PAS semakin lama semakin hilang bila semakin lama PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR. Banyak isu dan peristiwa menjatuhkan maruah kepimpinan PR dipertontonkan oleh Allah SWT kepada rakyat Malaysia. InsyaAllah jika pakatan PAS-DAP-PKR tdak diperkenankan oleh Allah, tidak lama lagi sudah pasti satu persatu, Allah SWT akan turun bala kecil kepada parti PAS sendiri satu persatu.
Namun sekarang pun rakyat sudah boleh lihat sendiri. Bagaimana jahatnya cara Datuk Hassan Ali dipecat oleh PAS? Lihatlah pula bagaimana ADUN PAS tidak dilantik oleh MB Selangor untuk menggantikan tempat Datuk Hassan Ali sebagai exco agama? Manakala MB Kelantan pula terus bercakap dan berdolak dalih untuk mempertahakan diri dan negerinya. Tunggulah akan berlaku satu demi satu masalah yang boleh menggugat kekuatan pakatan rakyat. DS Anwar Ibrahim dengan senang hati mengatakan bahawa negara Israel perlu dilindungi. Siapa yang suruh kata begitu? Apakah pemimpin seperti inikah yang mahu PAS perjuangkan untuk diangkat sebagai PM Malaysia? Baca sini (Selanjutnya...)

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.