| DS Dr. Hilmi Hj. Yahaya | 
Ketua Menteri, Lim Guan Eng diselar kerana 
disifatkan tidak mengamalkan contoh pengurusan dan pentadbiran negeri 
yang baik dalam mempertahan pembelian kereta mewah jenis Mercedes-Benz 
S300L untuk kegunaan rasminya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. 
Hilmi Yahaya berkata, Guan Eng menunjukkan contoh bertentangan dengan 
dasar perbelanjaan berhemah yang sering dicanang dalam setiap ceramah 
politiknya.
"Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu lantang menghentam pelbagai pihak 
termasuk Kerajaan Negeri Terengganu yang membeli kereta berkenaan dengan
 dakwaan membazir dan sebagainya.
"Walau bagaimanapun, sekarang Guan Eng pula berbuat demikian 
sedangkan dalam tempoh dua bulan lalu, beliau telah diberikan sebuah 
kereta baharu jenis Camry untuk urusan rasminya. Dalam tempoh yang cukup
 singkat, beli pula sebuah lagi kereta baharu," katanya dalam sidang 
akhbar di sini hari ini.
 
 
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.