Saya lampirkan dibawah tulisan oleh 
saudara Azril Mohd Amin, ketua delegasi Muslim-UPRo ke Geneva menentang 
Comango yang mengupas tentang cadangan pemansuhan Akta Hasutan dan 
penggantiannya dengan beberapa undang-undang baru. Tulisan beliau adalah
 satu pembuka mata dan jiwa, dan wajib dibaca oleh semua pencinta 
keamanan dan keharmonian.
Pada saya, cadangan penggubalan Rang Undang-Undang Harmoni Nasional (National Harmony Bill), Rang Undang-Undang Perpaduan Nasional (National Unity Bill) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Perpaduan dan  Integrasi Nasinal (National Integration and Unity Commission Bill) adalah satu cubaan menghidupkan semula Malayan Union! Malah ianya lebih serius dan parah daripada Malayan Union!
RUU ini adalah piagam Malayan Union 2.0!
RUU ini satu perisytiharan "perang" terhadap umat Melayu-Islam!
RUU ini adalah satu pengkhianatan kepada umat Melayu-Islam!
Didalam PRU-12 pada 08.03.2008, parti 
BN dibawah kepimpinan Pak Lah hanya mendapat 140 kerusi. Walaupun masih 
dapat membentuk Kerajaan Persekutuan, namun buat pertama kalinya BN 
hilang majoriti dua pertiga. Pak Lah 'dinasihatkan' supaya meletak 
jawatan pada 04.04.2009.
Dibawah kepimpinan Dato' Sri Najib 
dengan slogan 1-Malaysia, BN memasuki PRU-13 dengan keyakinan akan dapat
 mengambil semula Selangor, Perak dan Kedah, dan mungkin mendapat semula
 majoriti dua pertiga. Begitu keyakinan Bilik Perang BN dalam PRU-13.
Sebaliknya bukan sahaja tidak mendapat
 dua pertiga, BN hilang 7 lagi kerusi dengan mendapat 133 kerusi. 
Walaupun masih dapat membentuk Kerajaan, buat pertama kalinya BN tidak 
mendapat undi popular. Sebaliknya pembangkang DAP-PKR-PAS mendapat 52% 
undi popular.
BN bernasib baik kerana Malaysia mengamalkan sistem pilihanraya first-past-the-post, iaitu parti yang mendapat kerusi paling banyak melebihi 112 kerusi berhak membentuk Kerajaan.
Walaupun BN kehilangan lagi beberapa 
kerusi, tidak berlaku gelombang penentangan dalaman UMNO. Ini adalah 
kerana UMNO sendiri mendapat penambahahan kerusi daripada 81 (dalam 
PRU-12) ke 88 bagi PRU-13.
Kehilangan tambahan 7 kerusi dan kehilangan undi popular dituding kepada tsunami cina, iaitu penolakan hampir total oleh pengundi Cina terhadap BN. 
Sekali lagi umat Melayu-Islam telah menyelamatkan UMNO-BN dengan memberi sokongan sekaligus menambahkan kerusi UMNO.
Dalam senario itu, kita sudah pasti 
meletakkan harapan Kerajaan UMNO-BN akan membalas jasa umat Melayu-Islam
 dengan penggubalan dasar yang akan memperkasa dan memartabat institusi 
Melayu-Islam.
Jadi apabila beberapa kerat pelampau 
perkauman dan cauvinis agama yang menduduki kerusi Majlis Konsultansi 
Perpaduan Nasional mengemukakan deraf Rang Undang-Undang ini kepada 
Kerajaan, timbul keresahan dikalangan umat Melayu-Islam.
Ini adalah kerana setelah diteliti, 
deraf tersebut tidak ada bezanya dari segi semangat, implikasi dan 
kesannya sebagaimana piagam Malayan Union yang di usulkan oleh penjajah 
British pada tahun 1946. Malah kesannya lebih parah dan serius daripada 
piagam Malayan Union!
Ini kerana deraf RUU ini memberi kesan
 negatif secara langsung dan tidak langsung kepada institusi Raja-Raja 
Melayu, kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu.
Dan bila terbongkar dalang deraf RUU 
tersebut adalah ciptaan dan rekaan Bar Council, persoalan besar timbul 
dikalangan umat Melayu-Islam ialah, adakah pemimpin Melayu sedang tidur 
lena?
Adakah budi umat Melayu-Islam dalam PRU-13 dibalas dengan tuba? Adakah umat Melayu-Islam sedang dikhianati?
Kita tidak mahu timbul persepsi bahawa
 pemimpin Melayu begitu kemaruk mahukan undi daripada kumpulan extremis 
agama, pelampau perkauman dan cauvinis dikalangan neo-Melayu,  
non-Melayu dan non-Muslim sehingga membelakangkan maruah, kepentingan 
dan warisan pusaka umat Melayu-Islam sendiri?
Adakah
 pemimpin Melayu tidak sedar bahawa mereka duduk dikerusi empuk 
Putrajaya atas keringat, airmata dan darah umat Melayu-Islam?
Sebab itu umat Melayu-Islam 
memberi ultimatum - SILA TOLAK RANG UNDANG-UNDANG INI DENGAN SERTA MERTA
 TANPA SEBARANG DOLAK-DALIK LAGI!
Jika tidak, saya cukup yakin dan pasti, sebagaimana berlakunya penentangan terhadap piagam Malayan Union pada
 tahun 1946, umat Melayu-Islam akan bangkit menentang RUU ini dengan 
menggunakan apa juga cara yang perlu menurut lunas undang-undang untuk 
memastikan ianya tidak berjaya.
Tidak Melayu hilang didunia
begitu pesan Laksamana Hang Tuah
bila maruah pusaka dihina nista
akan ditentang walau dengan nyawa & darah 
Wallahua'lam dan wassalam
Adios amigos, grasias senor.
Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
15 Sya'ban 1435
13 Jun 2014
 
 
As'salam Pak Tam! Sedih sangat sepatutnya pemimpin-2 UMNO bangun menentang tetapi diam seribu bahasa! Jati diri melayu dalam UMNO dah mula pudar and rasanya dah semangkin Liberal....Sayang seribu kali sayang Presiden UMNO dah mula ikut rentak Liberal macam KP UMNO....
ReplyDeleteJOM sebagai ahli UMNO kita sedarkan mereka ...mungkin dgn buat memorandum dan submit...walau yg buat adalah pemimpin UMNO...kita sbg ahli tak boleh memekak telinga n pejamkan mata....kita kena buat sebelum TERLAMBAT...depa sedang LEKA di ulit mimpi yg konon INDAH....akibat BURUK menanti MELAYU dan ISLAM di TANAH MELAYU ini...siapa berani kedepan pasti ada yg akan mengikut d BELAKANG...ini tugas mencabar bagi UMNO ...
ReplyDeleteSalam Pak Tam! Perhati dan kaji PM kita dengan minda yang terbuka, apabila ada saja agenda untuk memperkasakan melayu (Sekadar tambah dana saja untuk menafikan PM tak bantu melayu..tolong kaji sama apa adik PM kata tentang DEB) sekadar games untuk menutup pengumuman sebelum atau selepas yang mengancam keistimewaan Islam dan Melayu. Kalau nak test market kita tunggulah pengumuman baru PM kita seminggu dua lagi..Kalau PM kita boleh hapuskan ISA...tak mustahil PM kita boleh buat keputusan lain..untuk terus popular dan liberal...politik barulah katakan....
ReplyDelete