Sudah
 sampai masanya, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memainkan peranan 
yang lebih agresif dan telus dalam menangani masalah kegiatan judi 
haram. Kegiatan judi haram ada di mana-mana sehingga di kawasan 
pekan-pekan kecil dan malahan dilaporkan terdapat juga di kawasan 
perumahan. Laporan polis mungkin sudah berpuluh kali tapi kegiatan judi 
haram tetap wujud di premis yang sama. Hari ini mesin judi dirampas 
selang beberapa hari atau minggu kegiatan judi wujud dan beroperasi 
kembali. Kenapa pengusaha-pengusaha mesin judi haram begitu kebal dan 
tindakan undang-undang seolah-olah sedikit pun tidak memberi apa-apa 
kesan kepada mereka.
Nampaknya
 Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad
 Zahid Hamidi menunjukkan ketegasan dan keseriusan kementerian tersebut 
untuk memerangi kegiatan judi haram apabila menegaskan pasukan elit khas
 yang akan ditubuhkan memiliki keanggotaan dua kali ganda berbanding 
Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (STING).
Selain
 itu kata Ahmad Zahid, pasukan itu juga akan mempunyai kuasa dan peranan
 seperti pasukan polis dan cekap serta terlatih dari segi operasi. Dari 
satu segi, polis melalui KDN sudah membuktikan kesungguhan bagi 
memerangi kegiatan itu yang dianggap kini berada pada tahap luar biasa.
Malah polis juga mempertingkatkan operasi dengan menyerbu premis-premis yang disyaki terlibat dalam kegiatan tersebut.
Usaha
 KDN tidak akan ke mana jika PBT khususnya MPPP dan MPSP di Pulau Pinang
 tidak memberi kerjasama untuk membenteras judi haram. MPPP dan MPSP 
perlu bertindak lebih berani dan telus seperti mana PBT itu lakukan 
kepada peniaga-peniaga kecil. Jika gerai peniaga kecil diroboh dan 
alatan perniagaan dirampas oleh PBT kenapa PBT tidak boleh lakukan 
perkara yang sama kepada pengusaha-pengusaha judi haram.
PBT
 perlu berani dan telus kepada semua pihak. Jangan beri banyak alasan, 
"Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih". Gunakan kuasa yang ada 
pada PBT. Jika kuasa tidak mencukupi untuk tangani isu ini, kerajaan 
negeri boleh meluluskannya dalam sidang DUN. Jika denda yang dikenakan 
begitu kecil, tidak memberi pengajaran kepada pengusaha-pengusaha judi 
haram, cadangkan denda itu dinaikkan supaya usaha membenteras judi haram
 berjaya.
Yang
 jadi mangsa kepada judi haram adalah orang Melayu. Yang menjadi mangsa 
kepada pengedaran dadah adalah orang Melayu. Orang Melayu yang mudah 
terpengaruh dengan gejala dadah dan perbuatan yang tidak bermoral, 
kenapa? Sebelum terlambat eloklah semua pihak terutama NGO Islam dan NGO
 Melayu bangkit untuk menyedarkan rakan-rakan yang masih leka dan alpa. 
Pada masa yang sama, NGOs perlu membantu pihak berkuasa memberi maklumat
 dan bertindak sebagai pemantau kepada usaha membenteras judi haram oleh
 pihak berkuasa. Selepas ini kita akan lihat PBT akan turun ke padang 
bersama Polis untuk membenteras judi haram. Difahamkan rasuah kepada 
pihak berkuasa merupakan sebab utama kegiatan judi haram tidak dapat 
dibenteras dan sebaliknya kegiatan judi haram bebas menjalankan operasi 
tanpa gangguan.
 
 
Kdn mana boleh harap bro .. kelulusan khas bawa masuk pekerja asing Dp10 bertimbun yang keluar ..Menteri sendiri yang calit .. Ejen bantai harga dari 5k-12k .. Jahanam lagi sekali Malaysia !!'
ReplyDelete