"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, July 6, 2013

Mantan YB ADUN Bayan Lepas dalam kenangan!

Mantan ADUN Bayan Lepas, Syed Amerruddin Dato' Syed Ahmad telah tidak dipilih
Syed Amerruddin
sebagai calon MP Balik Pulau. Kata orang 'tiada rezeki', beliau pun memang tidak berhasrat untuk kekal sebagai calon DUN Bayan Lepas dengan alasan beliau sudah lama berkhidmat sebagai ADUN dan ingin menawarkan diri sebagai calon MP Balik Pulau.

Hakikatnya, dia tidak dipilih walaupun rekod perkhidmatannya sebagai ADUN dan Exco semasa Pulau Pinang di bawah kerajaan BN mendapat pujian semua pihak. Dalam kerjaya politik, beliua bermula sebagai Pemangku Ketua Pemuda UMNO, beliau naik selangkah demi selangkah hingga dipilih sebagai Timbalan Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau. Sejarah beliau dalam politik amat jauh berbeza dengan rakan-rakan politik yang lain. Beliau tidak suka mencabar untuk menjatuhkan sesiapa. Sikap beliau yang sederhana, ramah dan begitu rendah diri menyebabkan beliau sentiasa di senangi oleh kawan-kawan dan pemimpin dalam UMNO Bahagian Balik Pulau. Beliau ditawarkan memangku jawatan Naib Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian kerana pemimpin-pemimpin yang menarik diri mempunyai masalah kesihatan. Beliau sangat setia kepada Ketuanya, DS Dr. Hilmi Hj. Yahya. Walaupun suatu ketika beliau berada dalam keadaan cukup selesa untuk menang dan menjadi Ketua Bahagian tapi sikap setia kepada Ketua dan menghormati kawan, mengutamakan kepentingan parti mengatasi segalanya. 
Rasanya tidak perlu lagi memperincikan bagaimana sayangnya pengundi-pengundi dan rakyat di Balik Pulau amnya dan kawasan Bayan Lepas khususnya terhadap beliau. Khidmat dan jasa beliau hanya tinggal kenangan. Kini pengundi-pengundi begitu terasa, rasa rindu bagaimana lemah lembutnya bila berbicara dan berbincang. Kesungguhan beliau yang cuba membantu rakyat amat dikagumi walaupun rakyat sedar kadang-kadang beliau sendiri menghadapi masalah kewangan. Beliau sanggup berkorban wang ringgit sendiri untuk membantu rakyat.

Namun begitu, setakat ini belum ada pemimpin atasan yang mahu melihat untung nasibnya selepas PRU13. Mungkin pemimpin atasan tidak kisah akan nasib dirinya kerana beliau bukan jenis manusia meminta-minta, mengampu-ampu, memaksa, mengugut dan sebagainya. Sebenarnya beliau merupakan mantan YB yang 'sangat miskin'. Tiada kereta mewah dan tiada rumah bunglow. Mungkin beliau akan lebih senang dan lebih mewah jika beliau tidak menjadi wakil rakyat. Tapi siapakah pemimpin UMNO/BN yang sedar dan tahu tentang nasib dirinya?

Sebenarnya kita begitu kagum dengan hati beliau yang cekal dan sabar. Walaupun beliau tidak dipilih sebagai calon MP Balik Pulau tapi beliau tetap bekerja dan menjalankan tugas di sepanjang kempen PRU13 berlangsung. Beliau mahukan setiap calon BN di kawasan Parlimen Balik Pulau akan menang. Tiada langsung kedengaran suara-suara sumbang daripada beliau hendak boikot PRU13. Tapi siapakah pemimpin yang akan mengenangkan jasanya selepas mereka menang dalam PRU13 yag lalu? Mungkinkah mereka beranggapan beliau bukan lagi orang penting dalam UMNO Bahagian, orang yang sudah tidak ada jawatan dan orang sudah tidak ada kuasa atau orang yang sudah tersisih dan mungkin disisihkan. Oleh itu beliau tidak penting lagi kepada UMNO?

Sebenarnya rakyat sedang menilai bagaimana pemimpin UMNO kini sedang bekerja. Ada calon BN yang kalah diberi jawatan tertentu dalam agensi-agensi kerajaan dan GLC. Ada pemimpin UMNO yang sumbangannya tak sebesar manapun, tapi mungkin ada 'kuasa ajaib'  mudah pula diberikan jawatan tertentu. Begitulah yang sedang dan mungkin akan berlaku?

Jasa baik mantan ADUN Bayan Lepas kepada kami penduduk DUN Bayan Lepas tidak terkira banyaknya. Cuma kami kecewa melihat beliau tidak diberi perhatian sepatutnya oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN sendiri. Beliau merupakan pemimpin yang berjiwa rakyat, bersih dari sebarang rasuah, tidak gila pangkat dan darjat, murah hati, mesra rakyat, senang didekati malahan dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. Tidak layakkah beliau dengan jasanya, sumbangannya dan kesetiaannya kepada parti UMNO selama ini, diberikan sedikit keadilan sepertimana pemimpin lain perolehi?

Wednesday, June 19, 2013

“Buang yang keruh, ambil yang jernih”.....



Tahniah kepada calon parlimen Balik Pulau, DS Dr. Hilmi Hj. Yahya kerana berjaya merampas kembali kerusi Parlimen dari PKR. Walaupun majoriti undi yang dimenangi  tidak banyak tapi kemenangan itu telah melonjak pencapaian baik keseluruhan calon-calon parlimen dari UMNO.  Umumnya berpendapat pengundi Melayu telah banyak membantu memenangi calon-calon BN/UMNO dalam PRU13 ini.
Calon BN DUN Pulau Betong, YB Sr. Muhd Farid Mohd Saad pula kekal mempertahankan kerusi DUN Pulau Betong.  Selaku wakil rakyat yang bekerja kuat dan turun padang, majoriti sebanyak 395 undi yang diperolehi oleh YB Farid hanya agak mengejutkan kita. Mungkin YB Farid sudah mengkaji dan mengetahui sebab-sebabnya.
Manakala dua calon baru yang mewakili BN/UMNO boleh dianggap suatu kejayaan membanggakan kerana dapat mempertahankan kerusi masing-masing dari dirampas oleh pembangkang. YB Tn Hj. Nordin Ahmad, berjaya mempertahankan kerusi DUN Bayan Lepas dengan majority 458 undi melalui cubaan kedua calon PAS, Cikgu Asnah. Manakala YB Datuk Shah Headan pula berjaya mengalahkan calon PKR yang merupakan Speaker DUN Pulau Pinang, Dato’ Halim Hussin dengan mencatat majoriti sebanyak 801 undi.
Walau bagaimanapun pencapaian BN/UMNO di negeri Pulau Pinang agak merosot dengan kehilangan lagi satu kerusi dalam PRU13 yang lalu. Dengan 10 wakil rakyat BN/UMNO akan menjadi wakil pembangkang diharap dapat membawa suara rakyat khususnya memperjuangkan nasib dan kepentingan orang Melayu yang semakin terhimpit dalam era pemerintahan kerajaan DAP.  
Dalam kegembiraan kita meraikan kemenangan calon-calon BN/UMNO dalam PRU13 yang lalu, ada kawan rakan yang berduka. Walaupun begitu, satu penghargaan terima kasih wajar diberikan kepada kawan rakan yang tidak tersenarai sebagai calon kerana mereka terus bekerja untuk memastikan calon BN/UMNO menang dalam PRU13. Tidak ada unsur sabotaj berlaku di semua kawasan DUN. Nampaknya semua pemimpin UMNO bersatu kali ini untuk memastikan setiap calon BN/UMNO tidak kalah.  
Sebenarnya tanggungjawab UMNO untuk mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi dalam PRU14 semakin bertambah berat. Majoriti yang begitu kecil yang diperolehi oleh semua calon BN/UMNO bukan suatu jaminan yang mantap. Selaku wakil rakyat dan pemimpin parti, langkah memperkukuhkan parti perlu diberi keutamaan. Untuk memastikan UMNO Bahagian lebih kuat, pemimpin UMNO lama dan baru perlu duduk semeja. Ibarat kata pepatah Melayu, “Buang yang keruh, ambil yang jernih”.  Bersambung….

Saturday, June 8, 2013

Pemimpin dan orang Melayu yang menyokong DAP mesti baca artikel ini!

SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada Bicara Eksekutif Budaya 2013 Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi Dan Penulisan Mutakhir di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan, semalam

Masyarakat Cina khususnya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) perlu sedar tidak ada negara lain di dunia yang membenarkan kaum Cina terus hidup sebagai 'Cina' kecuali di Malaysia.
Sehubungan itu, Felo Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datuk Dr. Teo Kok Seong mahu pertubuhan itu berhenti membuat tuntutan melampau sebaliknya menggunakan pendekatan mengambil kira resam 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung'.
Menurut beliau, realiti masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dengan orang Melayu merupakan pemilik kuasa dominan perlu diakui semua pihak termasuk masyarakat Cina.
Sehubungan itu, tambahnya, pelantikan menteri tidak fasih berbahasa Mandarin yang dibangkitkan Dong Zong baru-baru ini bukan isu besar.
"Perkara ini melampau sedangkan orang Cina yang tidak fasih bahasa Melayu langsung tidak diungkit. Orang Cina pun tidak pernah baiki keadaan ini. Ini sesuatu yang tidak baik, saya kira sudah waktunya perkara ini dibincangkan betul-betul sebab saya kira apa matlamat orang Cina hidup di Malaysia ini.
"Kalau pergi Indonesia, orang Cina kena tukar nama dan sekolah Cina tidak ada, Thailand pun sama. Di Malaysia kita boleh jadi orang Cina, pergi ke sekolah Cina dan merayakan apa-apa sahaja perayaan," katanya.
Beliau berucap dalam Program Bicara Eksekutif Budaya 2013 bertajuk Kesantunan Bahasa Melayu Dalam Komunikasi dan Penulisan Mutakhir di Kompleks Dagangan Mahkota, di sini hari ini.
Sementara itu, Kok Seong berkata, pelantikan dua anggota Kabinet, Senator Datuk Paul Low dan Datuk Mary Yap Kain Ching hanya kerana tidak fasih bahasa Mandarin tidak wajar dipertikai kerana bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu.
"Masyarakat Cina cakap mereka ini tidak layak jadi pemimpin mereka, sampai tahap itu sekali. Malah, masyarakat Cina walaupun setelah 55 tahun merdeka, ada yang tidak boleh memahami bahasa Melayu.
"Apakah ceramah perlu disampaikan dalam bahasa Cina (Mandarin). Kita ada bahasa sendiri (kebangsaan). Sepatutnya perkara ini tidak timbul kerana pemimpin tidak perlu fasih dalam bahasa Cina hanya kerana hendak berkomunikasi dengan mereka," katanya.
Sementara itu, katanya, penyatuan nasional yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini bertepatan dengan keadaan masa kini.

Tambah beliau, kaedah terbaik menyelesaikan masalah perpaduan itu ialah dengan mewujudkan Sekolah Wawasan.
"Sistem persekolahan sekarang telah memecah-belahkan anak-anak bangsa pada usia muda. Jadi kita kena fikirkan cara selesaikan masalah ini.
"Saya rasa Sekolah Wawasan adalah jalan terbaik. Kita bina sekolah tiga aliran ini sebelah menyebelah supaya akhirnya akan mempertingkat integrasi antara pelajar," katanya.

Thursday, May 30, 2013

UMNO pasti lenyap dari lipatan sejarah!

Ekoran kemerosotan BN dalam PRU13 telah ada cadangan BN dijadikan sebagai sebuah parti tunggal. Kata lainnya, sudah tak wujud lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lain. Ada yang menyokong dan kira-kira lebih ramai di kalangan pemimpin UMNO dan ahli-ahli UMNO tidak menyokong cadangan itu.Kenapa?

Jikalau diteliti, prestasi UMNO dalam PRU13 agak baik berbanding dengan parti-parti komponen lain. Selain calon BN dari UMNO menunjukkan peningkatan jumlah calon yang menang di peringkat Parlimen malahan banyak calon-calon UMNO yang menang di DUN hingga kerajaan negeri Kedah PAS dapat ditumbangkan dalam PRU13. Oleh itu tidak ada sebab UMNO dipadamkan dan digantikan dengan BN sebagai parti tunggal.

Kemerosotan BN secara keseluruhannya dalam PRU13 perlu dilihat dan dikaji dari aspek yang lain. Cadangan BN sebagai parti tunggal nampaknya sebagai satu cadangan yang janggal dan pelik. Apakah kita yakin dengan BN sebagai satu parti tunggal boleh menarik lebih ramai pengundi menyokong BN? Atau sebaliknya akan menimbulkan lagi masalah lain yang terus menjejaskan peluang BN untuk kembali memerintah dalam PRU14 akan datang?

Selaku orang Melayu dan ahli UMNO, cadangan BN sebagai satu parti tunggal adalah tidak wajar. Sudah cukup, selama lama kita lihat orang Melayu semakin hilang identiti. Sebenarnya, kita orang-orang Melayu semakin lama semakin hilang identiti.  Lihatlah Bahasa Melayu digantikan dengan bahasa kebangsaan, tulisan jawi semakin pupus penggunaannya dan Keretapi Tanah Melayu sudah lenyap dengan perubahan masa yang memerlukan kita bertolakansur. Sudah pasti cadangan BN sebagai satu parti tunggal secara tidak langsung akan menghapuskan UMNO sebagai parti keramat orang Melayu yang akan lenyap dalam sejarah negara. Apakah cadangan UMNO dilenyapkan dalam arena politik negara moden ini boleh menjamin survival BN sebagai parti pemerintah untuk 100 tahun lagi? Fikir-fikirlah!

Wednesday, May 29, 2013

Marilah kita boikot produk2 Cina yang menyokong perhimpunan haram!



Menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, tindakan memboikot itu adalah isyarat kepada syarikat berkenaan agar berhenti memberikan sokongan kepada sebarang bentuk perhimpunan haram.
"Saya hairan kenapa gabungan NGO Islam ini dituduh kejam memboikot lapan produk terbabit sedangkan tentera siber DAP, Red Bean Army telah melancarkan serangan memboikot produk milik bumiputera sejak 2011 lagi.
"Ini jelas terbukti dalam laman sosial Facebook dan beberapa blog yang mengajak kaum tertentu memboikot produk roti Gardenia yang didakwa milik UMNO," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Pada 14 Mei lalu, Nadzim yang mewakili 85 NGO Islam menggesa rakyat memboikot beberapa produk keluaran syarikat milik kaum Cina yang dipercayai turut menyumbang dana bagi menjayakan perhimpunan haram.
Katanya, orang ramai boleh mengetahui senarai lapan produk itu dengan melayari laman web PPIM di http://ppim.org.my/.

Monday, May 27, 2013

Kenapa UMNO Pulau Pinang masih bertolak-tolak ansur lagi!

Sejak dulu lagi UMNO diperlekehkan oleh Melayu PAS dan Melayu PKR serta mereka-mereka atas pagar kerana UMNO asyik menyerahkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang kepada Gerakan meskipun ketika UMNO punya kerusi lebih banyak dalam DUN Pulau Pinang.  Sepatutnya sudah ada dan sudah lama wakil rakyat UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri dan Timbalan Ketua Menteri diberikan kepada Gerakan. Ini bukan rasis sebaliknya mengikut sistem demokrasi yang diamalkan maka itulah yang sewajarnya. 

Untuk jawab persoalan itu, UMNO Pulau Pinang dan UMNO Malaysia sudah ada skrip jawapan yang standard iaitu "Perlantikan KM Pulau Pinang di kalangan wakil rakyat Gerakan merupakan formula BN dalam mentadbir negara berkongsi kuasa antara kaum. UMNO tidak tamak kepada kuasa".  Sejak BN memenangi negeri Pulau Pinang, jangan terfikir suatu masa wakil rakyat UMNO akan jadi Ketua Menteri. Itulah pengorbanan yang amat besar dan tolak ansur yang begitu tinggi UMNO dengan parti-parti komponen dalam BN. UMNO sanggup mengalah asalkan rakyat berbangsa Cina dapat kembali menyokong BN.

Sejak BN kalah mulai PRU12 dalam tahun 2008, Pemimpin Gerakan, Teng Cheng Yeow telah diberi kepercayaan oleh DS Najib untuk menerajui Perhubungan BN Negeri dengan harapan rakyat Cina kembali menyokong BN. Jangkaan itu jauh meleset selepas PRU13 diketahui umum. Majoriti kaum Cina di bandar dan di luar bandar amat jelas menyokong pembangkang. Kawasan majoriti Cina, calon-calon BN dikalahkan dengan undi yang begitu besar.

Teng Cheng Yeow dan rakan2 lain dalam Gerakan dan MCA dikalahkan dengan teruk di kawasan masing-masing. Nampaknya pengundi-pengundi Cina tanpa rasa segan dan malu, tanpa rasa simpati seolah-olah mereka sudah buat keputusan menyokong pembangkang dalam apa jua keadaan pun yang berlaku. Walaupun kebanyakan calon-calon BN dari Gerakan dan MCA telah lama turun ke padang, berjumpa rakyat dan membuka bilik gerakan tapi kerja keras mereka langsung tidak pandang oleh majoriti pengundi-pengundi Cina. Begitu juga nasib yang menimpa MB Johor, Datuk Ghani Othman yang begitu banyak jasanya kepada rakyatnya tapi ditolak dengan begitu mudah oleh Lim Kit Siang yang nyata dan jelas belum ada sekelumit jasanya kepada orang-orang Cina kawasan Gelang Patah.

Akibat kekalahan itu, MCA mengarahkan semua pemimpin-pemimpinnya yang ada dalam kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan JKKK meletakkan jawatan. Manakala Teng Cheng Yeow selaku Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang dan Setiausaha Gerakan turut meletakkan jawatan menunjukkan rasa tanggungjawab terhadap prestasi buruk Gerakan dalam PRU13. Ini bermakna, jawatan Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang masih jadi tanda tanya dan Pengerusi UMNO Pulau Pinang, Dato' Non masih mahu 'memujuk' agar Teng Cheng Yeow kembali menerajui BN Pulau Pinang.

Wahai Pengerusi UMNO Negeri Pulau Pinang, bukan masanya lagi kita bertolak-tolak ansur. Disebabkan UMNO selalu bertolak ansurlah maka hari ini orang Melayu Pulau Pinang telah ditolak secara beransur-ansur oleh kaum Cina. Ini bukan rasis, jika rasis pun tidak mengapa kerana PRU13 jelas menunjukkan kaum Cina lebih rasis. Jika mereka lebih rasis salahkah jika kita hari ini orang-orang Melayu tunjuk lebih rasis daripada orang-orang Cina pada hari ini.

Sikap Pengerusi UMNO Pulau Pinang masih mahu memujuk bekas Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang suatu yang kurang bijak dalam situasi politik pada hari ini. Sahut cabaran itu, jangan ada lagi tolak ansur. Biar pemimpin UMNO pula menerajui BN Negeri Pulau Pinang dan sebagai pembangkang dalam DUN Pulau Pinang. Dengan peranan itu, kami yakin lebih ramai orang Melayu/Islam terutama mereka atas pagar akan menyokong UMNO/BN. Rakyat Melayu/Islam Pulau Pinang sudah tidak bergantung harap lagi dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. Ada pemimpin Melayu/Islam dalam kerajaan negeri Pulau Pinang hanya dibikin hiasan atau boneka. Sudah lima tahun berlalu, LGE telah menipu orang Melayu dan orang India. Itu pun masih ada tak sedar lagi!

Kita bimbang jika UMNO tidak sanggup hadapi cabaran dan perubahan, rakyat akan menghukum lebih dahsyat lagi dalam PRU14 akan datang. Perlu ingat dalam PRU13, UMNO telah hilang lagi satu kerusi dari 11 kerusi kepada 10 kerusi. Untuk menjaga dan menyakinkan hati keseluruhan orang-orang Melayu/Islam maka UMNO kena berani menghadapi cabaran dan rintangan. Memanglah tanggungjawab yang amat berat bila memikul tugas sebagai Pengerusi BN Negeri Pulau Pinang. Persoalannya apakah Pengerusi UMNO Negeri masih nak jaga hati orang Cina atau nak jaga hati orang Melayu/Islam? Kami dan banyak NGOs Melayu dan Islam berpendapat UMNO perlu menerajui BN Pulau Pinang. Jika UMNO masih bertolak ansur kita bimbang takut " Yang dikejar tak dapat dan yang dikendung keciciran" dalam PRU14 akan datang.

Sunday, May 26, 2013

Tanpa menunggu perintah mahkamah, syarikat Melayu diarah tutup di Pulau Pinang

Sungai Nibong Express Bus Terminal
Terminal Bas Ekpress Sungai Nibong

Satu lagi isu, MPPP cuba menghalau pihak pengurusan Terminal Bus Sungai Nibong secara tidak sah. Tanpa menunggu keputusan mahkamah, atas desakan ketua mereka yang anti Melayu/Islam, pihak berkuasa MPPP mahu pihak pengurusan Aspirasi Utara Engineering (AUE) meninggalkan kompleks tersebut.
Sungai Nibong Express Bus Terminal confrontation
Tindakan pihak berkuasa tempatan MPPP

Menurut Penasihat Undang-Undang AUE, Mohd Noor Sirajajudeen Mohd Abdul Kader bahawa mereka menentang tindakan pihak berkuasa MPPP kerana mereka datang tanpa membawa perintah mahkamah. Katanya lagi, tindakan MPPP tidak ikut undang-undang. Anggota MPPP kerja seperti robot tidak ada hati perut. Kita pernah lihat kejadian, bagaimana mereka anggota Melayu MPPP  merobohkan gerai-gerai orang Melayu. Mereka kata mereka kena ikut arahan. Arahan zalim tutup periuk nasi orang lain.  Beginilah zalimnya kerajaan DAP yang baru dipilih oleh rakyat termasuklah Melayu PKR dan PAS yang sanggup bersekongkol dengan DAP.
Mohd Rashid Hasnon
TKM1: Dilantik untuk membela nasib orang Melayu!
Timbalan Ketua Menteri 1 yang baru dilantik, Mohd Rashid Hasnon nampaknya sama juga dengan bekas TKM1 yang dahulu. Semuanya layu bila berdepan dengan isu orang Melayu. Semasa kempen bukan main lagi janji itu dan janji ini. Tapi bila berada di atas singgahsana, elaun TKM pun lumayan, tugas menjaga kebajikan orang Melayu mulai dilupakan. 

Maklumlah dia menang di DUN Batu Uban kawasan majoritinya orang Cina. Jadi dia tak kisahlah tentang nasib AUE, nak kena halau kah, nak kena runtuhkah. Sebab AUE adalah syarikat milik orang Melayu.  Yang memenangi dia dalam PRU13 baru-baru ini bukan orang Melayu. Perlantikannya sebagai TKM1 cuma sekadar nak ambil hati orang-orang Melayu yang masih 'kurang cerdik' di Pulau Pinang ini. 

Semua pemimpin politik Melayu termasuk UMNO dan NGOs Melayu dan Islam perlu bangkit dan menentang pihak berkuasa tempatan yang begitu zalim. Tak guna memegang jawatan sekadar memanas kerusi jika nasib syarikat Melayu dan nasib orang-orang Melayu di Pulau Pinang tidak dapat dibantu. Pemimpin Melayu dari PKR dan PAS yang sudah jelas lebih selesa bersekongkol dengan kerajaan DAP tak boleh diharapkan lagi! Mereka ini boleh diibaratkan lembu yang sudah dicucuk hidungnya.

Kami melihat UMNO sebagai satu pertubuhan besar orang Melayu perlu melakukan sesuatu. Bukan sekadar membaca dan tanpa berbuat apa-apa. Jangan lupa dan alpa, undi orang-orang Melayu bertambah kepada calon-calon UMNO/BN kerana orang Melayu sudah bosan dengan sikap anti Melayu/Islam di kalangan pemimpin DAP terutama Ketua Menterinya. Inilah masanya pemimpin UMNO/BN terutama wakil-wakil rakyat UMNO membuktikan kesungguhan dan keikhlasan UMNO dan kerajaan BN membantu nasib Melayu/Islam. Begitu juga nasib orang-orang India dan pelbagai suku kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak yang setia dengan BN. Mohon Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang, Dato' Rizal Marican bekerja lebih kuat lagi selepas PRU13 membela nasib orang Melayu/Islam di Pulau Pinang yang semakin terhimpit dan lemas! [Cerita selanjutnya di sini]