"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, January 19, 2014

Rakyat tak nampak kecelaruan kerajaan pembangkang!

Politik negara semakin hari semakin kalut. Kerajaan BN tidak diberi peluang oleh pembangkang mentadbir negara secara mudah. Ada sahaja yang tak kena. Pengurangan cukai melalui pengenalan GST pun salah, apatah lagi pengurangan subsidi menyebabkan harga petrol naik. Ada pula mengajar kerajaan BN supaya tidak diberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kerana BR1M kata mereka tidak mengatasi masalah rakyat dalam jangkapanjang.

Cuba kita perhatikan sebenarnya apa yang pembangkang mahu? Isu kalimah Allah tidak ada pun pemuda PAS yang sanggup berhimpun beramai-ramai membantah kedegilan pihak gereja di Selangor mahu menggunakan kalimah Allah. Malahan tiada pemimpin PAS yang berani tampil menyatakan pendirian tegas dan keras tentang isu kalimah Allah. Kenapa puak-puak ini bisu seribu bahasa? Kerana nak jaga dan memelihara pakatan politik pembangkang! Sebaliknya puak-puak PAS yang mengakui memperjuangkan Islam ini lebih sanggup berpanas dan berjalan berbatu-batu kerana hanya mahu menjatuhkan kerajaan. Bukan ada isu besar pun, hanya kenaikan harga minyak dan pelaksanaan GST dijangka dalam tahun 2015.

Tiada pun puak-puak PKR, PAS dan DAP yang berani mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang menghabiskan kira-kira setengah juta ringgit wang rakyat membeli kereta mewah mercedez sedangkan baru 2 bulan menggunakan kereta Toyota Camry baru. Tiada pun ada pihak yang membantah pelaksanaan sistem kopon tempat letakereta di Pulau Pinang. Tidak sampai 3 minggu, pelaksanaan sistem berkopon ditarik balik. Apakah ini yang dikatakan kerajaan negeri yang cekap, akauntabiliti dan telus? Tapi rakyat tak nampak kelemahan kerajaan DAP. Rakyat lebih percaya DAP daripada orang Melayu UMNO.

Rakyat tak nampak sikit demi sikit orang Melayu akan dipinggir di bahagian pulau, Pulau Pinang. Di manakah rumah kos rendah atau mampu milik yang dibina oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang? Yang ada di kawasan Balik Pulau ke semuanya rumah mewah harga tidak kurang dari RM500k. Siapa yang mampu membeli? Ahmad mungkin mampu beli rumah kos rendah yang berharga sekitar RM50k hingga RM65k sahaja. Kata lain kawasan Balik Pulau yang menjadi kawasan orang Melayu bertahan sebelum ini, tidak mustahil dalam tempoh 5 hingga 10 tahun lagi kaum lain terutama Cina akan menjadi penduduk majoriti. 

Orang Melayu PAS dan orang Melayu PKR bukan tak nampak semua permainan DAP ini. Cuma mereka malu nak mengakui kelemahan mereka sendiri. Mereka lebih sanggup bermusuh dengan orang Melayu UMNO asalkan mereka hati mereka puas. Puashati kerana dapat menunduk musuh tradisi mereka. Mereka sudah tak kisah lagi dengan ayat-ayat suci al-Quran yang mengajak umat Islam bersatu dan bersaudara. Tapi mereka lebih selesa dan yakin dengan amanat Haji Hadi yang mengatakan orang UMNO itu kafir.

Memang jelas dan nyata bahawa PAS dalam keadaan amat bercelaru. PAS sedar pendirian tegas DAP dalam isu kalimah Allah dan negara Islam. PAS amat sedar pendirian Anwar Ibrahim mengenai LGBT, Comango dan kalimah Allah. Tapi PAS sanggup menipu pengikut-pengikutnya kerana undi untuk dunia (kuasa). PAS tidak kisah lagi dalam isu kalimah Allah dan negara Islam. PAS lebih pentingkan politik daripada isu agama Islam. Ada tokoh agama bertanya,"Kenapa pemuda PAS sanggup turun beramai-ramai kerana membantah harga naik tapi kenapa tidak pula sanggup turun beramai-ramai kerana membantah isu kalimah Allah?". Tepuk dada tanyalah diri anda! 

Sunday, January 5, 2014

Guan Eng: Ketua Menteri PP dan Setiausaha Agung DAP, rakyat nilai sendirilah!!

Seribu macam cerita benar mengenai Ketua Menteri Pulau Pinang. Cuma 10 berita yang dapat dimuatkan untuk tatapan rakyat Pulau Pinang yang masih sayangkan Guan Eng.
  1. SPRM bidas kenyataan Guan Eng [baca sini]
  2. Guan Eng: Cakap tak serupa bikin [baca sini]
  3. Ekonomi Pulau Pinang terus merosot tapi Guan Eng tukar kereta baru mewah [baca sini]
  4. Beli kereta Mercedes Benz tidak sampai tiga bulan selepas kerajaan DAP Pulau Pinang menukar kereta rasmi kepada Toyota Camry 2.5. [baca sini]
  5. Status Guan Eng hari ini hanya sebagai ahli biasa DAP sahaja dan bukannya Setiausaha Agung [baca sini]
  6. Guan Eng hanya perlu buat penjelasan bukan buat tohmahan terhadap ROS [baca sini] 
  7. Bajet PP defisit, Ketua Menteri beli kereta mewah [baca sini] 
  8. Kenapa Guan Eng berdegil? [baca sini] 
  9. Guan Eng bukan lagi Setiausaha Agung DAP? [baca sini]
  10. Guan Eng dicabar bukti tidak rasis [baca sini]

Saturday, January 4, 2014

Guan Eng cakap tak serupa bikin

DS Dr. Hilmi Hj. Yahaya
Ketua Menteri, Lim Guan Eng diselar kerana disifatkan tidak mengamalkan contoh pengurusan dan pentadbiran negeri yang baik dalam mempertahan pembelian kereta mewah jenis Mercedes-Benz S300L untuk kegunaan rasminya.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, Guan Eng menunjukkan contoh bertentangan dengan dasar perbelanjaan berhemah yang sering dicanang dalam setiap ceramah politiknya.
"Kerajaan DAP Pulau Pinang begitu lantang menghentam pelbagai pihak termasuk Kerajaan Negeri Terengganu yang membeli kereta berkenaan dengan dakwaan membazir dan sebagainya.
"Walau bagaimanapun, sekarang Guan Eng pula berbuat demikian sedangkan dalam tempoh dua bulan lalu, beliau telah diberikan sebuah kereta baharu jenis Camry untuk urusan rasminya. Dalam tempoh yang cukup singkat, beli pula sebuah lagi kereta baharu," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia 5 Jan 2014

Saturday, December 21, 2013

Kafirkah Aku dan Khianatkah Aku?

Kupasan yang begitu baik oleh Zulkifli Noordin mengenai dua buku yang ditulis oleh Cikgu Zainon Ismail @ CN Al-Afghani, ahli seumur hidup PAS dan bekas mujahidin Afghanistan dan Kashmir, bekas ketua Kumpulan Mujahidin Malaysia dan bekas tahanan ISA. Sila klik [di sini] untuk membaca selanjutnya..

Friday, December 13, 2013

Gerai Melayu diroboh, gerai Cina terus tertegak megah. Kenapa?

Kedai bukan Melayu tidak pula dirobohkan!
DAP sudah memang sah sebagai parti rasis. Oleh kerana lakonan pemimpin DAP cukup hebat maka ramai orang Melayu masih menyokong kepimpinan DAP. Tiada pihak yang berani bangkit menentang mereka. Yang ada dua tiga kerat pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri Pulau Pinang pula bagaikan 'tokong hidup' tidak mampu berbuat sesuatu untuk membela nasib orang Melayu dari dalam.
 
Sikap pilih kasih kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap peniaga bukan Melayu yang terus dibiarkan berniaga walaupun secara 'haram' sedangkan gerai milik penjaja Melayu yang telah beroperasi kira-kira 20 tahun dirobohkan pihak berkuasa tempatan (PBT) amat dikesali.
 
Sebagai contoh di Pantai Bersih, Bagan Ajam, beberapa buah restoran makanan laut diusahakan peniaga bukan Melayu yang didakwa didirikan di atas tanah rizab milik Jabatan Pengairan Saliran (JPS) sejak lima tahun lalu tidak dikenakan tindakan tegas termasuk dirobohkan.

Difahamkan peniaga terbabit hanya dikenakan kompaun bagi kesalahan yang mereka lakukan dan terus dibenarkan beroperasi. Manakal kebanyakan gerai Melayu di negeri ini dirobohkan oleh PBT dengan alasan menjalankan perniagaan di atas tapak haram sepertimana yang berlaku kepada dua gerai milik peniaga Melayu di Persiaran Gurney baru-baru ini.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang jadi hangat  apabila Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Teluk Ayer Tawar) telah mengasak kerajaan negeri yang merobohkan gerai peniaga Melayu. Tindakan Jahara membuatkan penyokong kerajaan negeri tidak berpuas hati sehingga Chow Kon Yeow (DAP-Padang Kota) bangun dan menuduhnya mempunyai niat tertentu. 

Jahara kemudiannya membidas Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri supaya tidak membuat tuduhan melulu. Tegasnya, Kon Yeow tidak sepatutnya membuat tuduhan sedemikian kerana apa yang dibangkitkan merupakan masalah rakyat dan tindakan pihak berkuasa tempatan merobohkan gerai penjaja Melayu benar-benar berlaku.

"Salah ke apa yang saya cakap? Saya tidak mempunyai niat lain kerana gerai peniaga Melayu dirobohkan sedangkan yang satu lagi (peniaga kaum lain) hanya dikenakan kompaun secara tahunan. "Tahun depan kompaun lagi sedangkan gerai Melayu terus dirobohkan," kata Jahara.

Cubalah rakyat fikir tidak kira Melayu, Cina ataupun India patutkah selaku pemerintah negeri ini melakukan diskriminasi terhadap rakyatnya yang berbilang kaum. Orang-orang Melayu yang masih menyokong ketuanan DAP sebaliknya menolak ketuanan Melayu yang ditaja oleh UMNO perlu fikir banyak kali. Sokong Melayu ertinya kita menyokong memperkasakan agama Islam di negeri ini. Apakah syiar Islam yang berkembang pesat di negara kita selama ini hingga dilabelkan sebagai negara Islam kerana dasar perjuangan PAS, DAP dan PKR? Fikirlah "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak bergunalah lagi".

Wednesday, December 11, 2013

Bagaimana Lim Guan Eng memuji negaranya sendiri, lihat sini!

Hebat Ketua Menteri Pulau Pinang memerintah negeri Pulau Pinang. Aku hidup sudah lebih 30 tahun di Pulau Pinang ini, aku tak pernah lihat ketua-ketua menteri Pulau Pinang berperangai dan bertindak sebegini rupa. Tuan Lim Guan Eng merupakan orang No.1 di Pulau Pinang. Macam mana seorang Ketua Menteri mengeluarkan kenyataan yang merugikan negara dan rakyat umumnya. Itu sebabnya pelaburan sebanyak RM40bil seperti diberitahu oleh PM telah ditarik balik. Video di bawah sebagai bukti: Klik di sini

Tuesday, December 10, 2013

Persidangan DUN Pulau Pinang: Siapa yang jadi kucing kurap?

Kerajaan negeri Pulau Pinang mengamalkan slogan CAT (Cekap , Akauntibiliti & Telus). CAT dalam bahasa Melayu itu maksudnya KUCING. Jika dilihat dalam perbahasan DUN Pulau Pinang itu sudah ada yang jadi seperti 'kucing kurap'. Manakah tidaknya?

Itu sebabnya aku cukup-cukup meluat dengan sikap wakil kerajaan negeri dalam dewan itu. Mereka ini ada kelebihan. Mereka parti yang memerintah dan dalam dewan itu pula wakil mereka juga yang jadi speaker. Hebat macam mana pun pembahas dari pembangkang (BN), wakil-wakil dari kerajaan negeri itu akan mengganggu supaya menggagalkan wakil pembangkang terus mendedahkan kelemahan dan kesilapan demi kesilapan kerajaan negeri. Ini perancangan dan strategi jahat mereka dalam dewan. Jahat mereka rakyat tak nampak, mereka sembunyikan secara kotor dan jijik. Malahan mereka cari kesalahan pihak pembangkang yang bukan memerintah kerajaan negeri. Macam inikah kerajaan negeri yang mengamalkan slogan CAT? Siapakah yang kucing kurap?

Kita nak tanya wakil rakyat kerajaan negeri yang berbangsa Melayu itu. Kebanyakan mereka ini dari PKR. Apa yang diperjuangkan oleh PKR pun kita tak tahu. Di mana pemimpin utama mereka Anwar Ibrahim ketika rakyat beberapa negeri ditimpa bencana banjir besar? Di mana Lim Kit Siang, Karpal Singh dan lain-lain ketika rakyat negeri-negeri itu yang juga pengundi2 mereka dalam kepayahan dengan banjir besar? 

Manakala Dato' Haji Mohd Salleh Man dari PAS. Rata-rata rakyat kata PAS itu hampeh, apa pun tarak. Pemimpin berfahaman Syiah telah dipilih oleh perwakilan PAS sebagai Timbalan Presiden PAS manakala calon ulama mereka tolak. Inilah PAS yang dikatakan membawa slogan "Kepimpinan bersama ulama"? Cakap tak serupa bikin.

Apakah pemimpin-pemimpin Melayu ini lakukan? Masing-masing diam tak berani bersuara? Apakah diarahkan tutup mulut oleh Guan Eng biarpun terkena kepada anak bangsa sendiri? Apa guna hampa duduk dalam kerajaan negeri tapi nasib orang Melayu semakin tertekan. Mana rumah2 murah untuk orang-orang Melayu? Apa hampa buat bila gerai2 peniaga orang Melayu diroboh. Kenapa pula gerai-gerai bangsa Cina tidak diroboh? Kenapa peniaga-peniaga Cina diberi ruang dan peluang berniaga hingga jalan-jalan ditutup? Bila pemimpin Melayu UMNO bercakap seumpama ini, mereka ini dituduh rasis. Jika Cina DAP bercakap pasal hak orang Cina tidak pula dituduh rasis. Siapakah yang jadi kucing kurap?

Jika dahulu hampa kata UMNO teruk, UMNO perasuah, perosak bangsa dan seribu macam lagi. Tapi sah sekarang, pemimpin Melayu PKR dan PAS yang ada dalam kerajaan negeri DAP Pulau Pinang lebih teruk lagi. Pengampu dan pembodek tidak kena tempat. Baru kita tahu bila dapat duduk atas kerusi empuk, dapat elaun wakil rakyat beribu-ribu RM, mereka dah lupa janji mereka kepada pengundi-pengundi mereka. Hidup orang Melayu Pulau Pinang semakin tertekan dan terhimpit oleh pembangunan yang semakin menggila. Sikit demi sikit secara kasar mahupun secara halus nasib orang Melayu di Pulau Pinang semakin disisih dan disingkir secara pelan-pelan. Namun begitu, masih ada lagi orang Melayu, orang Islam, pemimpin Melayu dan pemimpin Islam di kampung2 dan bandar yang masih buta hati dan mata, pekak telinga dan membisu. Mereka inilah yang masih kekal berada dalam Pakatan Haram (belum daftar lagi).