Sesi penerangan untuk menjawab isu wang hasil judi kerajaan DAP di  P.Pinang telah  diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi pagi tadi. Ia  dikepalai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang  juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Saleh Man.
Ceramah juga disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.
Hampir 70 warga emas yang merupakan ahli PAS dan PKR hadir setelah dibawa ke Majlis itu oleh petugas-petugas parti tersebut.
Saya dimaklumkan bahawa warga-warga emas ini dikumpul dari lebih 10  kawasan Seberang Perai iaitu Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air  Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan  kawasan-kawasan lain. 
Saya juga diberitahu oleh pihak majlis, pada awalnya dianggarkan lebih  600 warga emas penerima wang ehsan telah dijemput ke majlis penerangan  ini. Tetapi akhirnya, hanya 70 sahaja yang hadir.., itupun setelah usaha  menyediakan pengangkutan dan urusan perjalanan disediakan.
Menariknya di Majlis Penerangan ini, Salleh Man telah mengaku bahawa  kerajaan pimpinan Lim Guan Eng telah menerima hasil judi dari kelab  lumba kuda. Tetapi Salleh Man segera manafikan duit tersebut digunakan  didalam pemberian wang ehsan RM100.
Duit itu kononnya digunakan untuk program yang lain. Terfikir juga saya,  adakah program lain yang dimaksudkan oleh Salleh Man ini ialah Program  berbuka puasa dan sumbangan kepada Masjid-masjid di sekitar P.Pinang  yang dilakukan kerajaan DAP sebelum Aidilfitri dulu?
Nampaknya, setelah exco agama Malik Kassim dari PKR tak mampu menangani  isu wang hasil judi yang diterima Lim Guan Eng untuk Program Basmi  Kemiskinan di P.Pinang, kini Salleh Man dari PAS pula menjadi lembu  tambatan kepada Lim Guan Eng dan DAP negeri.
Inilah bukti bahawa PAS dan PKR hanya menjadi barua talibarut mencuci najis kepada kafir harbi DAP di negeri P.Pinang ini!
Sumber: Media Permatang Pauh 
 

 
salam, blogg anda sudah lama di linkkan ke blogg PG. barangkali tidak kelihatan kerana list yng ada dalam blogg PG amat ramai..
ReplyDeletetq salam perjuangan