KUALA LUMPUR 12 Julai - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)  menempelak dua Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub  yang mempersoalkan tindakan polis menahan mereka di KL Sentral Sabtu  lepas.
 Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan  mereka yang menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan  Adil (Bersih) itu dengan jelas telah melanggar undang-undang.
 Menurutnya, adalah menjadi tugas polis untuk menahan mereka yang  terlibat dalam perhimpunan haram itu yang pada masa sama mengingkari  titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultan  Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang  perhimpunantersebut.
 ''Soalnya siapa yang langgar undang-undang ketika ini? Penahanan  mereka ibarat tindakan polis mena han mereka yang tidak mempunyai lesen  memandu.
 ''Justeru, adalah menjadi harapan kita supaya rakyat tidak mudah  terpengaruh dengan dakwaan pihak pem bangkang ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
 Syed Hassan dalam pada itu mendakwa tindakan pembangkang berselindung  di sebalik Bersih adalah bagi mengelak parti itu dibatalkan  pendaftarannya oleh Pendaftar Pertu buhan (ROS). 
 Katanya, ini kerana perbuatan beberapa pemimpin parti itu dengan  jelas tidak mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk titah Yang  di-Pertuan Agong.
 ''Pada masa sama yang sama, perbuatan mereka mengadakan perhimpunan  Bersih itu adalah bagi memalukan dan mensabotaj ekonomi negara,''  katanya.
 Sementara itu, Pengerusi Majlis Perundingan Melayu Malaysia, Datuk  Dr. Kamarudin Kachar meminta pihak media antarabangsa supaya melakukan  siasatan dan mencari bukti terlebih dahulu sebelum menjatuhkan hukuman  terhadap tindakan polis negara ini terhadap perhimpunan haram Bersih.
 Katanya, polis telah bertindak secara profesional dan tidak sesekali  menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan tersebut.
Sumber: Utusan Malaysia 14/7/2011 
 
 
ehh diam la perkasa!!cakap je bergegar buat malu je...setakat lepak titiwangsa buat ape?...pegidahhhh
ReplyDelete