"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, November 17, 2012

Penyokong PR ganggu ceramah Ustaz Md. Nor Deris semalam!

Semalam penyokong-penyokong PR khususnya penyokong fanatik PAS telah mengganggu ceramah Ustaz Md. Nor Deris di hadapan Dewan Perda Teluk Kumbar. Mereka menjerit dengan kata-kata kesat seperti mencarut di luar pagar kira-kira 20 meter daripada lokasi ceramah.

Sedikit sebanyak menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai yang sedang mengikuti ceramah tersebut. Sikap buruk mereka (memaki dan mencarut) pada malam itu telah mengiyakan hujah Ustaz Md. Nor Deris yang merupakan bekas pimpinan PAS Pusat sebagai puak parti ajaran sesat (PAS).

Tanpa rasa malu mereka mencabar Prof Madya Md. Nor Deris dari seberang jalan seperti orang tidak siuman. Kenapa majlis orang diganggu? Bukankah PAS, DAP dan PKR sentiasa melaung-laungkan hak demokrasi dan kebebasan bersuara? Begitukah caranya PR maksudkan kebebasan bersuara hingga tidak beradab dan 'kurang ajar' seperti yang dilakukan oleh penyokong-penyokong PR semalam.

Tahap kesabaran penyokong BN/UMNO semalam patut dipuji. Walaupun ada pemuda UMNO/BN yang kelihatan marah tetapi tahap kesabaran yang tinggi menyebabkan tiada sebarang kejadian buruk berlaku.

Salah seorang pemuda UMNO tempatan pada malam itu cukup tidak berpuas hati terhadap puak ajaran sesat semalam.. Katanya, PAS atau PR selalu mengadakan ceramah mereka di Dataran Teluk Kumbar tapi pernahkah ceramah mereka diganggu? Pemuda UMNO tidak pernah pun mengganggu ceramah mereka. Katanya, kita kerap juga ikuti ceramah puak mereka, tapi kita tidak pernah meneriak dan menjerit seperti orang yang tidak siuman. 

Alhamdulillah, ceramah semalam sedikit sebanyak telah membuka mata penyokong-penyokong PAS. Ada yang malu, duduk jauh di seberang jalan, sanggup tunggu hingga ceramah tamat kira-kira 11.30 malam. Kata Ustaz Md. Nor semalam, kawan-kawan dia dulunya bersama PAS ramai telah keluar PAS dan akhirnya menyertai UMNO. Bekas Presiden PAS, Datuk Asri menyertai UMNO, Datuk Hj. Nakhaie Ahmad, bekas Naib Presiden PAS, Ustaz Ghazali Zakaria, Allahyarham Ustaz Omar Khalid adalah antara tokoh-tokoh pimpinan PAS yang menyertai UMNO.

Sebaliknya siapakah yang menyertai PAS? Tidak ada Presiden UMNO menyertai PAS, dan tidak ada menteri UMNO yang menyertai PAS dan berapa kerat ustaz-ustaz UMNO menyertai PAS? Yang kita tahu yang menyertai PAS adalah mereka yang kecewa kerana tak dapat projek dan gagal merebut jawatan semasa dalam UMNO dan mereka yang mahu dapat keuntungan melalui publisiti sebagai penceramah seperti pelawak Bob Lokman, pelakon Abby Abadi dan Ali Setan yang diarak atau diusung oleh puak-puak PAS ke seluruh negara sebagai ustaz dan ustazah 'segera' sebaik menyertai PAS. 

Itulah PAS hari ini kata Ustaz Md. Nor Deris. PAS katanya tidak lagi memperjuangkan Islam sebaliknya tamakkan kuasa hingga sanggup menumbangkan kerajaan Islam hari ini. Itu sebabnya kebanyakan ulamak-ulamak, mufti-mufti, qadzi-qadzi, para cendiakawan dan inlektual, pensyarah-pensyarah, guru-guru agama telah memberi sokongan kepada UMNO demi untuk survival bangsa Melayu dan Islam sebagai agama persekutuan negara ini.

1 comment:

  1. Mana budak2 yg ganggu tu. Nak penampar muka jadi hijau...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.