Berita Benar 1: 
"Memang benar, tepat, beri undi kepada Pas adalah haram."
Demikian ditegaskan bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan 
Ismail Wan Ahmad, ketika mengulas laporan beberapa pertubuhan bukan 
kerajaan (NGO) di negeri ini yang mengisytiharkan memberi undi kepada 
Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 adalah haram.
Wan Ismail berkata, beliau beranggapan sedemikian kerana Pas 
sepatutnya menentang DAP yang semakin berani menyentuh sensitiviti agama
 Islam terutama membabitkan perkara akidah dan bukannya terus bersekutu 
dengan parti tersebut.
"Walaupun dia (Pas) tidak buat perkara itu tetapi masih bersekutu, ini bererti dia telah bersubahat.
"Yang sangat jelas sekarang adalah isu penggunaan kalimah Allah. 
Ibarat memang kamu tidak mencuri, tapi yang kamu ikut sama pergi mencuri
 dengan kumpulan pencuri itu kenapa, bukankah itu maknanya kamu 
menyokongnya. Inilah subahat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Berita Benar 2:
Pas terus didesak menyatakan pendirian sebenar 
mereka sama ada selari dengan keputusan Majlis Syura Ulama parti atau 
majlis kepemimpinan tertinggi pakatan pembangkang berhubung isu 
penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam.
Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah
 berkata, sekiranya Pas mempunyai pendirian yang sama dengan Majlis 
Syura Ulama parti itu, mereka sewajarnya meninggalkan pakatan 
pembangkang.
Bagaimanapun katanya, jika Pas sependapat dengan majlis tertinggi 
pakatan pembangkang yang terdiri daripada pemimpin Parti Keadilan Rakyat
 (PKR) dan DAP, parti itu jelas telah menggadai prinsip asal perjuangan 
mereka
Berita Benar 3: 
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terus 
didesak menarik balik pendiriannya bersama pakatan pembangkang sebelum 
ini yang bersetuju kalimah Allah digunakan orang bukan Islam.
Aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz
 berkata, pembangkang khususnya DAP jelas masih merujuk persetujuan 
Abdul Hadi seperti dinyatakan beliau dalam mesyuarat pakatan pembangkang
 8 Januari lalu.
Katanya, Abdul Hadi perlu menyatakan pendiriannya secara tegas 
berhubung isu itu kerana masih wujud keraguan dalam kalangan umat Islam 
walaupun Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan kalimah Allah adalah 
hak eksklusif orang Islam.
"Kegagalan Haji Hadi (Abdul Hadi) berbuat demikian (menyatakan 
pendiriannya) bererti masih ada unsur-unsur kompromi antara Pas dan DAP 
khususnya dalam isu tersebut. 
Berita Benar 4: 
Di sana sini sudah ada cawangan-cawangan PAS dibubarkan dan saf kepimpinan PAS itu mengisytihar menyokong UMNO. Pas cawangan Taman Equine telah melakukan pembubaran itu semalam. 
Sudah ada pun penyokong PAS dan aktivis PAS dalam PRU12 sudah menarik diri dari membantu PAS dalam PRU13. Mereka ini terus terang membantu UMNO/BN dalam PRU13.
Sebuah bilik gerakan PKR di Pulau Pinang akan diambil tindakan undang-undang oleh tuan punya tanah kerana pihak kepimpinan PKR telah mendirikan bilik gerakan PKR tanpa kebenaran. Ini jelas menunjukkan sokongan rakyat kepada PR terutama PAS dan PKR semakin berkurangan. Lagi lama PRU13 ditangguhkan, kita lihat semakin cacamerba dan jadi haru biru puak-puak pembangkang.
Isu amanat Haji Hadi belum selesai, isu kalimah Allah pula sedang hangat dipersoalkan oleh ahli PAS sendiri.
Ahli-ahli DAP pula mendesak SU Agungnya, Guan Eng meletak jawatan dan ada yang meminta pemilihan CEC dibuat semula. Sudah ada kepimpinan DAP membuat laporan polis dan sudah ada yang mengisytiharkan keluar DAP.
Lu fikirlah sendiri wahai penyokong-penyokong PAS, PKR dan DAP!!!!!!