"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, February 24, 2013

Ahli-ahli PAS kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu bila lagi?

Di sana sini ahli-ahli PAS berpusu-pusu meninggalkan PAS dan sebaliknya menyertai UMNO. Baru-baru ini seramai 78 ahli dan penyokong tegar Pas menyertai UMNO selepas kecewa dengan kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan penerima bantuan Kerajaan Pusat dengan `haiwan.'
Kesemua mereka yang berasal dari Kampung Tasek Bakong, Padang Licin dan Tok Pelanduk di sini turut menyatakan kecewa terhadap pemimpin-pemimpin Pas yang didakwa gagal mempertahankan kesucian agama Islam di negara ini terutama dalam isu kalimah Allah.
Borang keahlian mereka telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Tasek Bakong di sini malam tadi.
Rahmah Che Noh, 53, ketika ditemui berkata, dia telah lama menjadi ahli Pas namun kenyataan Nik Abdul Aziz itu membuatkannya kecewa dan merasa sangat terhina.
"Saya sudah 15 tahun dalam Pas, sepanjang masa itu tiada apa-apa pun bantuan yang diberikan, apabila Kerajaan Pusat beri bantuan beliau pula menghina kami.
"Saya rasa kecewa, kesal dan sangat marah apabila tok guru menghina sesama Islam dia seperti tidak tahu kita adalah sesama manusia," katanya.
Penyokong tegar Pas, Noh Awang, 78, yang telah menjadi ahli parti itu sejak 1950-an turut menyatakan rasa marah dengan sikap pemimpin Pas yang dakwanya semakin melupakan perjuangan agama parti itu.
"Sudah begitu lama saya menyokong Pas. Banyak isu yang timbul tetapi sokongan saya kepada Pas dari muda sampai tua tetapi sejak isu kalimah Allah baru-baru ini, bahu saya terasa sudah senget ke arah UMNO.
"Sekarang timbul pula kata macam haiwan, kenapakah tok guru bandingkan sebagai haiwan, tidak patut dia cakap begitu, sepatutnya dia lebih merendah diri dan tunjuk teladan baik kepada penyokong di bawahnya," jelasnya.
Noraini Dollah, 25, berkata, Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan itu lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyatnya.
"Saya ini orang muda pun terkejut dengan kenyataan itu. Tidak sepatutnya sesama Islam dihina sebagai haiwan lebih-lebih lagi beliau sendiri tidak buat apa-apa,". 
Manakala ahli-ahli PAS kawasan Teluk Kumbar dan Sungai Batu bila lagi nak ikut jejak Ustaz Nasaruddin Mat Isa, mantan Timbalan Presiden PAS, YB Dato Hassan Mohd Ali, mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor merangkap bekas Naib Presiden PAS Pusat, Cikgu Non bekas aktivis PAS (C.N.  Al-Afghani), Tok Guru Lah, Wan Ismail Wan Ahmad (bekas SU Dewan Ulama Kelantan), Dato' Hj. Nakhaei Ahmad (bekasNaib Presiden PAS Pusat), Allahyarham Ustaz Omar Khalid  dan ramai-ramai lagi yang telah mengisytiharkan meninggalkan perjuangan PAS yang palsu. PT bersedia menemui teman-teman daripada PAS untuk mengurus kemasukan beramai-ramai ahli-ahli PAS di Teluk Kumbar dan Sungai Batu. PT sudah ada teman-teman dari PAS yang mulai mengisytiharkan meninggalkan PAS. Bersatulah kita untuk Islam, Melayu dan Raja seperti kata Dato' Hassan Ali, Presiden JATI Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.