"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, February 14, 2011

Katalah apa pun tapi kami Melayu Pulau Pinang tetap menyokong Guan Eng!

Betapa sayangnya kami anak-anak muda Melayu Pulau Pinang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Tuan Lim Guan Eng tak dapat kami gambarkan lagi. Dalam sejarah Pulau Pinang belum ada seorang KM yang mahu mengikut jejak Khalifah Umar Abdul Aziz dalam pemerintahan negeri. Dalam sejarah Pulau Pinang jugalah seorang KM bukan Islam yang sanggup turun berarak dalam sambutan Maulidur Rasul? Beliau turun ke masjid-masjid pada waktu bulan Ramadan, berjumpa dan bermesra dengan rakyat. Semasa beliau melawat kampung Melayu kelihatan berpuluh dan mungkin beratus-ratus motorsikal berbaju 'Unit Amal'  mengiringi beliau umpama Khalifah Umar Abdul Aziz. Begitu kasih dan sayangnya umat Islam, terhadapnya kerana  beliau telah menaikkan sebanyak RM50 untuk elaun guru Kafa. Beliau jugalah meluluskan peruntukan kepada sekolah-sekolah agama rakyat di negeri Pulau Pinang.
Inilah yang menyebabkan kebanyakan umat Melayu Pulau Pinang hari ini menyayangi Tuan Lim Guan Eng bagaikan Tok Guru di Pulau Mutiara. Malahan jasa Tun Mahathir tidak sehebat Tuan Guan Eng. Jika Tun Mahathir melawat Pulau Pinang, Unit Amal akan sambut Tun Mahathir dengan maki hamun. Masih ingat kita, bila Guan Eng melawat kampung maka berduyun-duyunlah pemuda-pemuda Unit Amal mengiringi beliau dengan bangga dan gembiranya. Kita masih ingat lagi peristiwa itu. Begitulah sayangnya anak-anak muda Melayu hari ini kepada pemimpin Cina yang bukan segama dan sebangsa dengan mereka. Mereka tetap sayangkan Tuan Lim Guan Eng walaupun  dia berjaya merobohkan kampung tradisonal India di Kampung Buah Pala dan Pokok Assam di Jelutong. Mereka tetap sayangkan dia walaupun dia berjaya merobohkan banyak gerai-gerai orang Melayu. Mereka tetap kasih dan sayangkan dia walaupun dia menipu dan memutar belitkan fakta sejarah Balik Pulau melalui risalah "My Balik Pulau'. Bagaimana zalim sekalipun pihak berkuasa tempatan sama ada MPPP ataupun MPSP meroboh restauran dan gerai-gerai orang Islam, mereka tetap sukakan Tuan Lim Guan Eng. Kita boleh saksikan melalui kaca TV bagaimana orang Melayu sendiri yang merobohkan gerai-gerai Melayu tanpa belas kasihan. Begitulah hebatnya pemerintahan Tuan Lim Guan Eng hingga mampu melututkan pekerja-pekerja Melayu kepadanya. Orang Melayu Pulau Pinang sudah lupa jasa Pak Lah, jasa Tun Mahathir dan jasa pemimpin-pemimpin Melayu terdahulu dengan bangkitnya pemimpin kesayangan mereka ini. Mereka tak kisah pun pasal agamanya Islam atau pun tidak, tapi mereka kagum kerana dia mahu mencontohi pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Setahun pun tak habis, pemimpin-pemimpin Islam bercerita pasal hebatnya Ketua Menteri kesayangan mereka mahu mengikuti jejak pentadbiran Khalifah Umar Abdul Aziz. Malangnya pusat-pusat maksiat bertambah dan aktiviti malam di bandaraya Georgetown bagaikan syurga dunia. Malam bagaikan siang dan siang bagaikan malam. Begitulah hebatnya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz ala DAP yang disokong PAS dan PKR Pulau Pinang. Pemuda PAS akan melenting jika orang UMNO tegur pemimpin kesayangan mereka, Tuan Lim Guan Eng. Pengetahuan Tuan Lim Guan Eng tentang Islam lebih baik daripada pemimpin UMNO sendiri, kata pemimpin PAS. Pemuda PAS sanggup bergadai nyawa dengan orang UMNO demi menjaga maruah Tuan Lim Guan Eng. Kenapa? Kerana UMNO zalim kepada orang-orang Melayu, UMNO menindas orang-orang Islam, UMNO merobohkan surau dan masjid, UMNO menghidupkan sistem kewangan dan insurans konvensional yang mengamalkan riba, UMNO tidak beri elaun guru-guru Kafa dan Imam-imam masjid, UMNO menghalang penubuhan Pusat-Pusat Pengajian Islam dan mahkamah Syariah dan sebagainya. Lihatlah apa yang ada sekarang sejak Pulau Pinang diperintah oleh DAP, sebuah makamah syariah telah dibina di Balik Pulau, pusat-pusat pengajian Islam diwujudkan, Bank Islam ada di Pulau Pinang, elaun Imam dan bilal masjid ditambah, perarakan Maulidur Rasul tidak diharamkan lagi. Itulah kelebihan kerajaan DAP yang menjadi kebanggaan orang-orang Melayu Pulau Pinang. 


4 comments:

  1. Tuan,
    Apa nak dikata hati dah buta dek kerana terminum air tangan LGE. Kafir DAP memang pandai perpura-pura sama seperti yahudi. Kalau tak Israil takkan dapat negara sendiri jika tidak pandai perpura-pura dan DAP tak akan menang di Pulau Pinang jika tak pandai berpura pura. Bila dah menang dia kata "Penang Gua Punya" semasa pilihanraya Permatang Pauh dulu. Apa orang PAS kata? Diam seribu bahasa. Dah jadi pecacai DAP. Mereka nak bersubahat dengan kafir DAP? terpulanglah. Jika melayu/islam, bila makan tetap baca BISMILLAH. Fikir-fikirkanlah.

    ReplyDelete
  2. memang dasar melayu pp tak sedar diri.cina kapiag disembah macam tuhan.parti anak sial buat apa.harap serban besag macam anjing bakui..otak kosong.melalak takebeer macam orang mabuk.macamla islam sangat.sembahla cina kapiag tu.lelongla bangsa sendiri...baru puas hati hampa.mana parti..puki kurang rasa..punggung kuat rasa

    ReplyDelete
  3. bukan ker sebelum ni GERAKAN sekutu kuat UMNO yg berdekad2 perintah PP?Parti kapiaq jugak kan??sama jek 2 kali 5..kahkahkah..

    ReplyDelete
  4. DAP 10 x lebih teruk drp Gerakan. DAP langsung tak hormat pemimpin PAS. Tapi Gerakan ada juga dengar nasihat PM drp UMNO. Cuba lihat apa yg PAS dapat dlm pemerintahan DAP melalui semangat Pakatan Rakyat? Habaq mai.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.