Begitulah sikap sombong pemimpin utama pembangkang setiap kali kalah PRK. Mereka seperti berpakat tidak akan menerima hakikat kekalahan berpunca kelemahan parti atau kelemahan calon dan sebagainya. Mereka senada dalam mengulas keputusan pilihanraya kecil. Mereka lebih cenderung mengkritik BN yang menang. Mereka akan mencari dan tonjolkan point-point yang boleh menutup kelemahan parti mereka. Contohnya kritikan mereka mengenai keputusan PRK DUN Tenang.
Ada pemimpin utama PAS mengatakan bahawa PAS walaupun kalah tapi berjaya menafikan sasaran BN untuk memperolehi majoriti melebihi 5000 undi. Inilah komen seperti orang yang tak cerdik. Komen orang yang tak mahu mengakui kelemahan sendiri. Masih nak tunjuk bahawa PAS itu lebih kuat daripada BN. Nak tunjuk bahawa Pakatan Rakyat masih ampuh dalam pilihanraya. Malahan mereka memuji pula jentera pilihanraya Pakatan Rakyat kali ini kerana berjaya memenangi hati bukan Melayu di bandar. Mereka sengaja menutup kejayaan BN yang mana berjaya menawan dua daripada tiga kawasan bandar. Cuma entah sebab apa (BN perlu lakukan post mortem), calon PAS memperolehi majoriti begitu besar di sebuah bandar? Majoriti besar itulah yang menyebabkan keseluruhan undi bukan Melayu (undi kaum Cina) memihak kepada pembangkang. Tapi dua bandar lagi sebaliknya memihak kepada BN dengan majoriti yang tidak begitu besar. Kejayaan BN memperolehi majoriti dua bandar daripada tiga merupakan suatu kejayaan. Oleh kerana faktor hujan yang sangat lebat dan kejadian banjir merupakan faktor utama majoriti BN tidak mencapai sasaran. Tapi bukanlah faktor kekuatan Pakatan Rakyat.
Hampir semua pemimpin Pakatan Rakyat tidak mengakui kelemahan sendiri. Sifat sombong mereka ini samalah seperti beberapa keputusan pilihanraya kecil dahulu. Sebenarnya mereka tahu mereka tidak mampu lagi menyekat kebangkitan rakyat yang mulai memilih BN. Mereka sedar bahawa PKR sudah jadi parti koyak rabak. Mereka tahu faktwa-fatwa TG Nik Ajis dan TG Nizar telah memakan diri sendiri. Rata-rata umat Islam/Melayu tahu perjuangan PAS semakin tersasar jauh. Mereka tahu PAS menjadi parti hamPas dalam Pakatan Rakyat. Mereka tahu pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat selama ini "bercakap tak serupa bikin".
Biarlah mereka menyembunyikan rahsia kekurangan dan kelemahan mereka. Biarlah mereka sombong dengan kekalahan mereka di beberapa PRK yang lalu. Biarlah mereka hanyut dengan angan-angan besar mereka menaklukki Putrajaya dalam PRU13 yang akan datang. Semakin lama semakin banyak mendedahkan kelemahan kerajaan Pakatan Rakyat di beberapa negeri. Semakin lama semakin ramai pemimpin dan juga ahli-ahli parti Pakatan Rakyat berhijrah keluar meninggalkan pakatan haram. Semakin lama semakin hilang kepercayaan rakyat terhadap Pakatan Haram yang cuma berpakat semata-mata hendak menang dalam pilihanraya sehaja. Dasar perjuangan mereka ibaratkan antara langit dengan bumi. Satu ke timur dan satu ke barat. Satu memperjuangkan Islam yang satu lagi secara terang-terangan anti Islam. Mereka sepakat perbezaan ini disampingkan dulu supaya antara parti dalam Pakatan Haram tidak bertelagah sesama sendiri. Paling utama bagi Pakatan Haram lawan dulu dengan BN bagi menang dan tawan Putrajaya. Selepas menang PRU dan tawan Putrajaya baru kita bergaduh pasal dasar kerajaan apa yang kita mahu? Inilah yang rakyat amat takuti sekali. Rakyat tidak mahu apa yang sedang berlaku di Mesir. Demontrasi secara besar-besaran di seluruh negara itu berlaku kerana kerajaan Hosni Mubarak tidak mahu memenuhi kehendak rakyat. Lihatlah juga negara-negara Islam lain di dunia, kerajaan begitu lemah mengundang campur tangan asing kuasa besar dalam negara itu. Keadaan dalam negara sudah tidak selamat lagi. Bunuh membunuh sesama sendiri umat Islam terus berlaku. Bom berani mati berlaku di sana sini dalam negara ditadbir oleh pemimpin Islam. Rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keamanan dan kejayaan negara yang kita nikmati hari ini. Tapi apakah kerajaan Pakatan Haram mampu melakukan yang terbaik sedangkan dasar perjuangan parti pun tidak sehaluan? Lihat di hadapan mata kita, saksikan dan nilaikan sendiri apa yang kerajaan Pakatan Haram mampu lakukan untuk rakyat mereka di Kelantan, Perak (suatu ketika dulu), Kedah dan paling ketara di Pulau Pinang dan Selangor? Ingat pesanan orang Melayu, "Jangan pisang berbuah dua kali" dan "Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi".

biarlah pas dengan pas..pis..pus..nye.. biarkanlah pkr dengan main belakangnya.. biarkanlah dap dengan sifat perkaumannya.. yang penting bagi kerajaan adalah melangkah kehadapan mengukuhkan ekonomi negara sebelum pilihanraya diadakan.. kita harus tawan kembali negeri yang telah terlepas.. terlalu banyak kerosakan yang telah dilakukan dan kita perlu bersedia untuk itu...
ReplyDelete