"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Thursday, February 3, 2011

Mat Sapu dakwa Zahid Hamidi memiliki lebih 40 buah kereta!

Ceramah Mat Sabu malam tadi jadi lebih hangat sempena dengan semangat kebangkitan rakyat Mesir. Harapan dia rakyat di Pulau Pinang dapat bangkit menentang kerajaan BN yang telah memerintah lebih 50 tahun sama seperti pemerintahan Presiden Hosni Mubarak.
Kereta-kereta mewah milik Zahid Hamidi
Dalam ceramah semalam dia mendakwa bahawa YB Zahid Hamidi memiliki lebih 40 buah kereta. Kereta apa tu... kereta dari stesyen Shell boleh jadi. Manakala Khir Toyo membina rumahnya RM14juta dan Rosmah Mansor, isteri PM pula berbelanja RM120k menyewa bilik hotelnya di Dubai.
Itu kerja pemimpin PAS kerana mereka berpendapat kalau nak menang pilihanraya yang akan datang. Pemimpin UMNO dan mereka yang seangkatan dengan nama-nama yang tercatat di ruangan ini mesti jawab sama ada benar atau fitnah. Kes Khir Toyo masih dalam perbicaraan di mahkamah pun mereka nak ulang-ulang lagi kerana mereka ketandusan isu. Mereka hadapi kemarau isu lebih-lebih lagi setelah mengalami kekalahan K.O dalam PRK di DUN Tenang baru-baru ini. Pemimpin-pemimpin PAS dan PKR kelihatan semakin gelabah sejak beberapa PRK kebelakangan ini, rakyat memilih calon BN. Fitnah-fitnah yang ditabur oleh PAS telah makan diri sendiri di Tenang. Doa-doa dan solat-solat hajat Tok-Tok guru tidak lagi dimakbulkan oleh Allah SWT. Sebaliknya doa-doa dan solat-solat hajat di kalangan umat Melayu dari ahli UMNO pula yang dimakbulkan. Allah SWT maha adil dan maha bijaksana. PAS bolehlah terus menabur fitnah kerana rakyat hari ini sudah tidak seperti dulu lagi. Jika taktik ini diteruskan, insyaAllah PAS akan tersungkur lagi dalam PRK/PRU yang akan datang.

6 comments:

  1. Mat sabun tak cerita macam mana dia boleh lepas kes khalwat tu??? mana pegi duit derma anak yatim memali tu??

    Inilah kerja pemimpin Pas fitnah sudah jadi darah daging.

    Pas pis pus

    ReplyDelete
  2. Mat sapu bini orang dalam bilik hotel tak sempat dia cerita lagi. jika nak dengar cerita dia dgn bini orang dlm bilik hotel katanya, kena dengar ceramah dia di teluk Bahang pulak.

    ReplyDelete
  3. Ada bukti tak Mat sapu bini orang? Tabung Memali dan Kohilang tu pi mana?

    ReplyDelete
  4. termasoklah keta sorong, keta tolak dan keta tarik lebih mau....

    ReplyDelete
  5. Kalau dia ada 100 biji kereta pun hang sakit ati dekat mana . Kalau hang nak beli lebeh beli la lepas tu bayar kalau tak boleh bayak orang tarek dok pi sakit ati dekat orang buat apa saja dengki.

    ReplyDelete
  6. salam...
    tp mmg betul pun zahid ada lebih 40 kereta..takat kereta proton dia x pandang...
    sbb dulu kan dia 'kroni' bang nuar...hahaha
    sapa srh mat sabu dulu eksyen dgn nuar berahim..
    so salah sapa?...hahaha

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.