"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, November 18, 2012

Dato Hasan Ali di Teluk kumbar bikin penyokong PR tak boleh tidur semalam

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menjadi penentu kepada jatuh bangun bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini, kata Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr Hasan Ali.

Justeru, beliau berkata bagi memastikan agama Islam terus diagungkan, bangsa Melayu terus dimartabatkan dan institusi raja terus diperkasakan, rakyat perlu menolak daripada mengundi calon pakatan pembangkang pada pilihan raya akan datang.
"Pilihan raya kali ini adalah pilihan raya yang menjadi penentu untuk bangsa Melayu, agama Islam di bumi Malaysia.
Hasan Ali "Bayangkan tuan-tuan kalau pakatan pembangkang menang kita diberitahu bahawa mereka nak menjadikan Malaysia ini satu republik dan ini kemungkinan akan berlaku kalau saudara mengundi pakatan pembangkang, memenangkan mereka," katanya pada ceramah perdana di Kampung Suluk, Teluk Kumbar dekat sini malam tadi.
Hasan yang merupakan bekas naib presiden Pas berkata, negara memerlukan sokongan daripada rakyat untuk turut serta menggerakkan jentera dalam usaha menggagalkan hasrat pakatan pembangkang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara republik.
Hasan tidak mengkritik Ulama PAS tapi kali ini, sejak dua hari ini semasa Muktamar PAS berlangsung beliau sangat sedih tentang sikap ulamak PAS pada hari ini. Beliau mengkritik kepimpinan Pas  yang tidak membincangkan isu kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengenai kebebasan beragama, pada Muktamar Tahunan Pas ke-58.
"... saya sedih dalam Muktamar Pas yang menghimpunkan pimpinan hampir 2,000 perwakilan...sebut tentang DAP, sebut tentang PKR, sebut tentang (nak tawan) Putrajaya tetapi tidak sebut mengenai kenyataan Nurul Izzah...Parti Islam SeMalaysia, apa nak jadi ni?" katanya.
Beliau turut mengkritik solat hajat dan doa yang disampaikan oleh adik kepada TG Nik Aziz, MB Kelantan.  Antara kandungan doa itu ialah meminta Umno dan Barisan Nasional (BN) dijahanamkan seperti Firaun ditenggelamkan ke laut, Qarun ditelan bumi dan Namrud serta Abu Lahab dilaknati.

Sebagai sebuah  parti yang majoriti ahlinya beragama Islam, Pas tidak sepatutnya berbuat sedemikian kepada saudara sesama agama yang menjadi anggota Umno. Bagaimana boleh kita mendoakan mendatangkan kebinasaan kepada UMNO. Sedangkan adik dan abang kita juga berada dalam UMNO. Bapa dan emak saudara kita juga berada dalam UMNO. Mana boleh kita solat hajat dan minta sesuatu yang tidak baik kepada rakan-rakan kita yang seagama dan sebangsa dengan kita.
Itulah keghairahan PAS ke Putrajaya hinggalah pada hari ini ulama PAS semakin lupa matlamat asal perjuangan PAS. Dato Hasan Ali, bekas exco kerajaan Selangor kelihatan cukup bersemangat dan bertenaga mampu menggunakan dialek utara sekali-kali para hadirin tertawa dengan gelagat beliau. Akhir ceramah beliau semalam, beliau secara serius memberi ingatan kepada seluruh hadirin supaya tidak sesekali memberi undi kepada calon PR sama ada calon itu calon DAP, atau calon PKR mahupun calon PAS.  
Dalam tinjauan lokasi ceramah semalam, ramai ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS termasuk pemimpin PAS berhampiran turut mendengar ceramah Dato Hasan Ali dari jauh. Ini bermakna Dato Hasan Ali mempunyai pengaruh yang besar di kalangan ahli-ahli PAS. Jika Dato Hasan Ali sendiri tidak lagi menyokong PAS, apa sangat jika anda hanya sebagai ahli biasa PAS atau sekadar penyokong PAS! Selamatkan anak cucu kita dari keghairahan untuk berkuasa. Takut menang sorak kampung tergadai!

4 comments:

  1. orang bungul je yg sokong pas

    ReplyDelete
  2. orang bungul sokong pas.orang pintar bulik rumah nyaman dengan binian.o

    ReplyDelete
  3. awat tak paparkan gambaq sesi ceramah. Dok tunjuk gambar haramjadah tu buat apa? aku ni pun orang umno juga tapi bila penceramah bukan ahli umno di pentas umno kata jika PR menang Malaysia jadi republik?? aku malu giler. Ahli umno bukan bodoh, awat dok jemput orang ni buat ceramah yg membolehkan orang ingat umno ni bodoh??? Nak tibai PR tibai lah cara professional. Budak sekolah pun dah tahu Malaysia tak mungkin jadi republik baik sapa pun perintah...............Tolong jangan kasi malu umno...buat kerja bodoh...jemput pak lawak macam hasan ali ni.

    ReplyDelete
  4. banyak negara jadi republik kerana rakyatnya pilih..undang-undang bolih saja di tukar kalau rakyat di diasut untuk benci pelembanggan yg sda.!

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.