Saturday, February 22, 2014
Kaldai pun PAS.......apa dakwaan itu benar?
PKR dikatakan mengkaldaikan PAS. Manakala DAP pula dikatakan membabikan PAS. Kesian PAS. Kaldai pun PAS, Babi pun PAS. Selanjutnya baca di sini.
Sunday, February 9, 2014
Sunday, February 2, 2014
Segelintir Cina kurang ajar, tak tahu berterima kasih!
KETUA UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengecam keras tindakan mereka yang
menyorak (boo) isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika memberikan
kalungan bunga kepada jaguh badminton negara, Datuk Lim Chong Wei.
“Yang tak suka PM, tak
suka UMNO dan tolak BN adalah orang Cina, buktinya pada PRU lalu walaupun bermacam-macam
bantuan diberikan, tetapi mereka tetap menyokong DAP, inilah budaya tidak reti
berterima kasih pengundi Cina di negara ini,” tegasnya.
“Sebagai ahli UMNO, kita
sepatutnya memberikan sokongan dan pandangan kepada Perdana Menteri secara
berhemah, bukanya kritikan melulu,” katanya.
Sumber: http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2014/01/boo-rosmah-berikan-bunga-kepada-chong.html
Katanya, perbuatan tersebut
yang bermotifkan politik dikatakan dilakukan oleh bukan Melayu menyaksikan
pertandingan akhir badminton Malaysia Open baru-baru-baru ini.
“Menyorak isteri Perdana
Menteri merupakan perbuatan biadap kerana Rosmah tidak ada kena mengena dengan
situasi politik yang berlaku hari ini,” tegasnya.
Beliau kesal kerana budaya
tata susila dan menghormati pemimpin sudah terhakis di kalangan rakyat negara
ini terutama generasi muda bukan Melayu.
“UMNO ingin mengingatkan
mereka bahawa perbuatan tersebut amat menyedihkan, satu penghinaan yang amat
ketara terhadap pemimpin Melayu,” tegasnya lagi.
Syed Ali memberi amaran bahawa
bukan Melayu jangan terlalu biadap mempersendakan pemimpin UMNO kerana had
kesabaran orang Melayu ada batasnya.
Beliau berkata, perbuatan
kurang ajar dan biadap itu tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mendakwa
mempunyai fikiran terbuka.
“Malaysia adalah negara
bertuan, jangan sesekali nak nyalakan api permusuhan di kalangan kaum, jangan
nak politikkan sukan kerana agenda tertentu,” tegasnya.
Tambah beliau lagi,
kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin UMNO sentiasa komited meningkatkan
kecemerlangan sukan di negara ini tanpa mengira perbezaan kaum.
“Kita didik bakat sukan
termasuk jaguh dalam pelbagai bidang tanpa menyisihkan orang Cina, tetapi perbuatan
segelintir penonton berbangsa Cina yang menyorak isteri Perdana Menteri adalah
terlalu kurang ajar,” tegasnya.
“Mengapa Rosmah yang
dijadikan sasaran kecaman, beliau ingin berkongsi meraikan kejayaan Lim Chong Wei
tanpa ada agenda politik, ini semangat kesukanan dan sokongan padu pemimpin
kepada atlet negara.
Malah jelas Syed Ali lagi, beliau difahamkan Rosmah banyak memainkan peranan mententeramkan Chong Wei ketika berdepan dengan masalah peribadi.
"Saya difahamkan Rosmah adalah orang yang banyak memberi perangsang, semangat dan dorongan kepada Chong Wei untuk terus gigih bermain dan mengekalkan prestasi sebagai pemain badminton nombor satu negara," ujarnya.
Malah jelas Syed Ali lagi, beliau difahamkan Rosmah banyak memainkan peranan mententeramkan Chong Wei ketika berdepan dengan masalah peribadi.
"Saya difahamkan Rosmah adalah orang yang banyak memberi perangsang, semangat dan dorongan kepada Chong Wei untuk terus gigih bermain dan mengekalkan prestasi sebagai pemain badminton nombor satu negara," ujarnya.
Justeru itu menurut beliau, tindakan
menyorak Rosmah tiada kaitan dengan kecaman pembangkang terhadap Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu kenaikan kos sara hidup.
Bagaimanapun jelas beliau,
insiden tersebut bukan memberi gambaran bahawa rakyat keseluruhannya menolak kepimpinan
Perdana Menteri.
“Mereka yang ‘boo’ Rosmah
adalah bukan Melayu, saya kata mereka orang Cina, yang jahil tentang adab sopan, penuh dengan sifat
perkauman.
Mengulas desakan bekas
calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Syed Rosli Syed Harman supaya Najib berundur,
Syed Ali berkata desakan sedemikian amat tidak wajar.
“Desakan itu tidak
sepatutnya dilakukan oleh ahli UMNO sendiri kerana ianya bukan penyelesaian
kepada isu yang berbangkit sekarang,” katanya.
Beliau berkata, Najib tidak
sepatutnya menjadi mangsa kecaman sesetengah pihak kerana Perdana Menteri
sedang bertungkus lumus untuk menangani masalah yang berlaku sekarang.
Sumber: http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2014/01/boo-rosmah-berikan-bunga-kepada-chong.html
Subscribe to:
Posts (Atom)