"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, April 6, 2014

Kerajaan yang menzalimi rakyat disokong oleh orang Melayu sendiri!


Tanpa alasan kukuh, Ketua Menteri, Lim Guan Eng tiba-tiba mengumumkan tarif air di negeri ini akan dinaikkan sekali lagi pada masa depan. Berapa peratus kadar kenaikan itu belum dimuktamadkan kerana masih di peringkat kajian oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP). PBAPP yang Guan Eng menjadi pengerusinya adalah pihak bertanggungjawab menyuarakan cadangan kenaikan tersebut.

Tidak ada exco kerajaan negeri yang membantah. Tidak ada wakil-wakil rakyat dari PAS dan PKR yang berani bersuara. Semuanya takut kerana mereka hanya menumpang nasib atas belas ehsan kerajaan DAP. Biar rakyat susah tetapi kami masih ada jawatan sebagai ahli majlis kerajaan tempatan MPPP dan MPSP.

Pelan-pelan rakyat Pulau Pinang ditipu. Kebajikan rakyat semakin lama semakin diabaikan oleh kerajaan DAP. Rumah kos rendah di Pulau Pinang hanya sekadar impian yang tidak akan jadi kenyataan. Terus terang cakap, Guan Eng mahu semua orang Melayu keluar dari bahagian pulau, Pulau Pinang. Tiada lagi rumah kos rendah dibina. Majoriti orang Melayu tidak mampu beli rumah harganya RM450k hingga RM1juta. Sudah pasti dalam tempoh terdekat ini, orang Melayu kena beralih ke kawasan-kawasan seberang tanah besar. Tinggallah rumah-rumah tradisional milik orang tua yang tidak lama juga akan dirobohkan.

Jika rumah tidak mampu beli, terpaksalah anak-anak yang berkeluarga menumpang rumah orang tua sendiri. Tinggallah tok wan dan cucu-cucu tinggal serumah. Tidak dapat tidak penggunaan air mesti bertambah banyak. Tapi Guan Eng mengajar rakyatnya supaya berjimat cermat. Guan Eng menaikkan tariff air dengan harapan cara ini boleh mengajar rakyat Pulau Pinang mengurangkan penggunaan air. Tanya Guan Eng, orang miskin yang tinggal di rumah setinggan, hidup berhimpit-himpit, satu rumah ada dua tiga kelamin bagaimanakah dapat mereka ini mengurangkan penggunaan air? Mereka tidak membazir air, mereka tiada kereta besar untuk dicuci, mereka juga tidak ada taman bunga untuk disimbah air. Siapakah yang membazir air?

Golongan miskin dan sederhana, guna air untuk mandi. Jika ada membasuh kenderaan cuma basuh motorsikal sebuah dua. Tapi Guan Eng mesti fikir siapa yang rumah besar, ada tiga empat buah bilik air.  Siapa pula punya kereta besar dua tiga buah satu rumah. Ada pula tukang basuh kereta setiap hari. Ada pula tukang kebun menyiram pokok setiap pagi mahupun petang. Rumah orang Melayu tidak besar. Tidak ada kereta dua tiga buah dan tidak ada taman bunga. Tapi Guan Eng akan naikkan tariff kepada semua pengguna Pulau Pinang dengan alasan hendak mendidik penduduk Pulau Pinang menjimatkan air.  Keluarga besar orang susah juga tidak terkecuali dengan kesan kenaikan tariff air.

Pengumuman itu menyerlahkan sikap ‘cakap tidak serupa bikin’ Kerajaan DAP Pulau Pinang yang sebelum ini berjanji tidak akan membebankan penduduk negeri ini dengan peningkatan kos sara hidup.

Mana mungkin penduduk negeri ini boleh melupakan kenyataan Guan Eng dalam perutusan Tahun Baru 2014 yang cukup berbangga kononnya Pulau Pinang menjadi satu-satunya kerajaan negeri yang tidak menaikkan apa-apa kadar bagi per­khidmatan tempatan sama ada cukai tanah, kadar taksiran mahupun lesen niaga.

Malangnya baru empat bulan, kebanggaan itu dilenyapkan dengan pengumuman penduduk negeri ini bakal membayar lebih bagi bekalan air yang dinikmati mereka. Amat mengejutkan apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang meletakkan kewajaran menaikkan tarif air itu di bahu penduduk.

Janji untuk tidak menaikkan tarif air mi­salnya terkandung dalam manifesto pembangkang ketika pilihan raya umum lalu dan merupakan komitmen besar mereka terhadap pengundi yang perlu dilunaskan.
Malangnya, janji itu dikhianati dalam tempoh yang terlalu singkat serta tanpa mengambil kira beban ekonomi yang mencengkam rakyat ketika ini. Undi lagi calon DAP dan undi calon PAS dan PKR  juga bermakna anda menyokong dan bersubahat dengan kerajaan yang menzalimi rakyat.

Monday, March 24, 2014

Pesawat MH370 disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi


 

KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang gagal dikesan sejak 8 Mac lalu disahkan hilang di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Sementara itu, MAS dalam satu kenyataan memaklumkan akan terus memberikan bantuan dan sokongan kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat seperti yang ia lakukan sejak pesawat ini hilang.

MAS juga memaklumkan operasi mencari dan siasatan menyeluruh akan diteruskan untuk mencari jawapan kepada misteri kehilangan pesawat miliknya itu.

"Sekali lagi, dengan rendah hati, ingatan, doa dan takziah kami untuk semua yang terjejas dengan tragedi ini," kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Najib memberitahu satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini.

Pesawat penerbangan MH370 membawa 239 orang, termasuk 38 penumpang dan 12 anak kapal warga Malaysia. Operasi mengesan pesawat ini digerakkan sejak ia hilang pada awal pagi 8 Mac lalu dan disertai oleh lebih 20 buah negara.

Sumber: Astro Awani Online

Tuesday, March 4, 2014

Cerita benar: Pak Tam ditahan oleh SPRM?

Kira-kira sebulan yang lalu sebelum PT dilantik ke jawatan baru sebuah agensi kerajaan, sepucuk surat aduan daripada SPRM telah sampai kepada Ketua Jabatan. Kelam kabut Ketua Jabatan berkenaan sedangkan aduan terhadap SPRM perlu diberi perhatian yang serius kerana melibatkan integriti seseorang penjawat awam. Turunlah pegawai bagi pihak Ketua Jabatan berkenaan menyiasat berdasarkan laporan aduan yang dikemukakan oleh SPRM.

Lebih kurang satu setengah jam lamanya PT  di siasat dengan pelbagai sudut, pegawai itu nampaknya berpuashati dengan kerjasama yang diberikan oleh PT. Pegawai berkenaan kembali ke Jabatan dan mengemukakan hasil siasatan kepada Ketua Jabatannya dan PT masih tertanya-tanya siapakah gerangan manusia yang sebenarnya irihati atau busuk hati kepadanya. Sepintas lalu seperti ada unsur irihati dan cuba menjatuhkan maruah dan kredibiliti seorang kawan secara yang halus. Ada individu mungkin rakan PT sendiri yang tidak suka PT terlibat dengan sebuah pertubuhan NGO yang semakin berpengaruh di kawasan itu. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dan kenalan rapat, aduan terhadap SPRM itu lebih kepada cubaan membunuh pengaruh seorang kawan secara yang tidak adil dan zalim.

Oleh kerana aduan itu tidak berasas, dua hari lepas itu PT dilantik sebagai ketua sebuah agensi kerajaan. Bertugaslah PT di tempat yang baru. Dengan itu tugas dan tanggungjawab PT lebih besar dan berat berbanding dengan jawatannya sebelum ini. Yang penting bagi PT, jawatan yang diberi itu bukan untuk dihebah dan diheboh, dipasar untuk keuntungan peribadi dan dijualbeli. Jawatan merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul dengan ikhlas dan jujur untuk berkhidmat dan berbakti. Dalam kesibukan PT menjalankan tugasnya saban hari dengan tekun di tempat yang baru, tiba-tiba muncul lagi aduan SPRM bagi kali yang kedua dalam tempoh satu bulan.

Aduan kali kedua ini nampaknya 'lebih cerdik' berbanding dengan aduan pertama. Sudah tentulah ini kerja orang yang sama. Yang bagusnya kandungan aduan itu telah sampai di tangan PT sendiri sebagai Ketua. PT tidak boleh mengarahkan anak buahnya menyiasat di tempat kerja lama PT. Oleh kerana aduan itu terhadap PT (ditempat kerja lama) maka PT terpaksa meminta pegawai di jabatan untuk menjalankan siasatan itu supaya lebih telus dan adil.

Sekarang tempat kerja lama PT sedang menunggu kehadiran pegawai siasatan. Kawan-kawan tempat lama PT sudah pun bersedia menunggu disiasat. PT sedikit pun tidak merasa bimbang atau gentar kerana dakwaan kali kedua terhadap PT jelas 100% adalah fitnah yang amat jahat. Sebenarnya PT sudah pun mengambil tindakan proaktif dalam urusan sebarang tender. Malahan PT sendiri telah melantik pegawai luar untuk mengambilalih sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan itu. Ada surat perlantikan, ada senarai Ahli Jawatankuasa Pemilihan dan ada senarai nama dan maklumat petender. Kata lain, PT langsung tidak terlibat dalam pemilihan itu walaupun PT sepatutnya menjadi Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan. Sudah pasti dokumen-dokumen itu membuktikan bahawa dakwaan PT memberi terus kepada kawan baik tanpa melalui proses tender adalah salah dan fitnah yang amat jahat dari individu berkenaan.

Persoalannya di sini bukan isu aduan terhadap SPRM. PT tidak gentar dengan aduan terhadap SPRM kerana PT tidak melakukan sebarang kesalahan dan penyelewengan sepanjang berkhidmat dengan kerajaan. Habis apa yang PT nak takutkan? Cuma siapakah gerangan atau individu yang sanggup 'bubuh pasir dalam periuk nasi' PT secara yang amat zalim. Apakah PT itu mengganggu ketenteraman mereka? Apakah PT itu merupakan pesaing mereka? Apakah PT itu boleh mengganggu gugat masa depan mereka? Sebenarnya PT sedikit pun tidak berminat nak jadi orang politik apatah lagi sebagai calon wakil rakyat. Oh ya mungkin PT itu mempunyai pengaruhnya tersendiri dalam masyarakat, NGOs dan sebagainya. Jika itu benar, apakah dengan perbuatan fitnah (pembohongan terhadap SPRM) boleh melemahkan pengaruh PT itu?

Suatu cara politik yang amat jijik jika perbuatan ini dilakukan oleh rakan-rakan kenalan politik PT. Suatu pendekatan yang tidak bijak malahan merugikan diri sendiri. Dari peristiwa ini, sedikit sebanyak mengajar PT supaya lebih berhati-hati dalam kerja-kerja rasmi mahupun tidak rasmi terutama masa di luar waktu kerja. Awas! Ada pihak yang sedang memerhati dan mencari kesalahan PT. Apakah masih ada dendam politik? Apakah ada taktik licik permainan politik individu tertentu? Persoalannya lagi, mengapakah aduan terhadap SPRM dilakukan terhadap PT itu ketika ini setelah lebih 34 tahun berkhidmat dalam kerajaan. Kenapa tidak berlaku semasa PT berkhidmat di DaerahTimur Laut? PT minta bertaubatlah bagi mereka yang merancang dan melakukan perbuatan jijik itu. Ingatlah perbuatan fitnah lebih besar dosanya dari seorang pembunuh. PT sangat yakin bahawa Allah SWT maha mengetahui dan maha adil maka berserahlah kepadaNya yang maha berkuasa dan maha bijaksana.

Saturday, February 22, 2014

Kaldai pun PAS.......apa dakwaan itu benar?

PKR dikatakan mengkaldaikan PAS. Manakala DAP pula dikatakan membabikan PAS. Kesian PAS. Kaldai pun PAS, Babi pun PAS. Selanjutnya baca di sini.

Sunday, February 2, 2014

Segelintir Cina kurang ajar, tak tahu berterima kasih!

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengecam keras tindakan mereka yang menyorak (boo) isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika memberikan kalungan bunga kepada jaguh badminton negara, Datuk Lim Chong Wei.

Katanya, perbuatan tersebut yang bermotifkan politik dikatakan dilakukan oleh bukan Melayu menyaksikan pertandingan akhir badminton Malaysia Open baru-baru-baru ini.

“Menyorak isteri Perdana Menteri merupakan perbuatan biadap kerana Rosmah tidak ada kena mengena dengan situasi politik yang berlaku hari ini,” tegasnya.

Beliau kesal kerana budaya tata susila dan menghormati pemimpin sudah terhakis di kalangan rakyat negara ini terutama generasi muda bukan Melayu.

“UMNO ingin mengingatkan mereka bahawa perbuatan tersebut amat menyedihkan, satu penghinaan yang amat ketara terhadap pemimpin Melayu,” tegasnya lagi.

Syed Ali memberi amaran bahawa bukan Melayu jangan terlalu biadap mempersendakan pemimpin UMNO kerana had kesabaran orang Melayu ada batasnya.

Beliau berkata, perbuatan kurang ajar dan biadap itu tidak sepatutnya dilakukan oleh mereka yang mendakwa mempunyai fikiran terbuka.

“Malaysia adalah negara bertuan, jangan sesekali nak nyalakan api permusuhan di kalangan kaum, jangan nak politikkan sukan kerana agenda tertentu,” tegasnya.

Tambah beliau lagi, kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk pemimpin UMNO sentiasa komited meningkatkan kecemerlangan sukan di negara ini tanpa mengira perbezaan kaum.

“Kita didik bakat sukan termasuk jaguh dalam pelbagai bidang tanpa menyisihkan orang Cina, tetapi perbuatan segelintir penonton berbangsa Cina yang menyorak isteri Perdana Menteri adalah terlalu kurang ajar,” tegasnya.

“Mengapa Rosmah yang dijadikan sasaran kecaman, beliau ingin berkongsi meraikan kejayaan Lim Chong Wei tanpa ada agenda politik, ini semangat kesukanan dan sokongan padu pemimpin kepada atlet negara.

Malah jelas Syed Ali lagi, beliau difahamkan Rosmah banyak memainkan peranan mententeramkan Chong Wei ketika berdepan dengan masalah peribadi.

"Saya difahamkan Rosmah adalah orang yang banyak memberi perangsang, semangat dan dorongan kepada Chong Wei untuk terus gigih bermain dan mengekalkan prestasi sebagai pemain badminton nombor satu negara," ujarnya.

Justeru itu menurut beliau, tindakan menyorak Rosmah tiada kaitan dengan kecaman pembangkang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu kenaikan kos sara hidup.

Bagaimanapun jelas beliau, insiden tersebut bukan memberi gambaran bahawa rakyat keseluruhannya menolak kepimpinan Perdana Menteri.

“Yang tak suka PM, tak suka UMNO dan tolak BN adalah orang Cina, buktinya pada PRU lalu walaupun bermacam-macam bantuan diberikan, tetapi mereka tetap menyokong DAP, inilah budaya tidak reti berterima kasih pengundi Cina di negara ini,” tegasnya.

“Mereka yang ‘boo’ Rosmah adalah bukan Melayu, saya kata mereka orang Cina, yang  jahil tentang adab sopan, penuh dengan sifat perkauman.

Mengulas desakan bekas calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Syed Rosli Syed Harman supaya Najib berundur, Syed Ali berkata desakan sedemikian amat tidak wajar.

“Desakan itu tidak sepatutnya dilakukan oleh ahli UMNO sendiri kerana ianya bukan penyelesaian kepada isu yang berbangkit sekarang,” katanya.

Beliau berkata, Najib tidak sepatutnya menjadi mangsa kecaman sesetengah pihak kerana Perdana Menteri sedang bertungkus lumus untuk menangani masalah yang berlaku sekarang.


“Sebagai ahli UMNO, kita sepatutnya memberikan sokongan dan pandangan kepada Perdana Menteri secara berhemah, bukanya kritikan melulu,” katanya.

Sumber:  http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2014/01/boo-rosmah-berikan-bunga-kepada-chong.html

Sunday, January 19, 2014

Rakyat tak nampak kecelaruan kerajaan pembangkang!

Politik negara semakin hari semakin kalut. Kerajaan BN tidak diberi peluang oleh pembangkang mentadbir negara secara mudah. Ada sahaja yang tak kena. Pengurangan cukai melalui pengenalan GST pun salah, apatah lagi pengurangan subsidi menyebabkan harga petrol naik. Ada pula mengajar kerajaan BN supaya tidak diberi Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) kerana BR1M kata mereka tidak mengatasi masalah rakyat dalam jangkapanjang.

Cuba kita perhatikan sebenarnya apa yang pembangkang mahu? Isu kalimah Allah tidak ada pun pemuda PAS yang sanggup berhimpun beramai-ramai membantah kedegilan pihak gereja di Selangor mahu menggunakan kalimah Allah. Malahan tiada pemimpin PAS yang berani tampil menyatakan pendirian tegas dan keras tentang isu kalimah Allah. Kenapa puak-puak ini bisu seribu bahasa? Kerana nak jaga dan memelihara pakatan politik pembangkang! Sebaliknya puak-puak PAS yang mengakui memperjuangkan Islam ini lebih sanggup berpanas dan berjalan berbatu-batu kerana hanya mahu menjatuhkan kerajaan. Bukan ada isu besar pun, hanya kenaikan harga minyak dan pelaksanaan GST dijangka dalam tahun 2015.

Tiada pun puak-puak PKR, PAS dan DAP yang berani mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang menghabiskan kira-kira setengah juta ringgit wang rakyat membeli kereta mewah mercedez sedangkan baru 2 bulan menggunakan kereta Toyota Camry baru. Tiada pun ada pihak yang membantah pelaksanaan sistem kopon tempat letakereta di Pulau Pinang. Tidak sampai 3 minggu, pelaksanaan sistem berkopon ditarik balik. Apakah ini yang dikatakan kerajaan negeri yang cekap, akauntabiliti dan telus? Tapi rakyat tak nampak kelemahan kerajaan DAP. Rakyat lebih percaya DAP daripada orang Melayu UMNO.

Rakyat tak nampak sikit demi sikit orang Melayu akan dipinggir di bahagian pulau, Pulau Pinang. Di manakah rumah kos rendah atau mampu milik yang dibina oleh kerajaan DAP di Pulau Pinang? Yang ada di kawasan Balik Pulau ke semuanya rumah mewah harga tidak kurang dari RM500k. Siapa yang mampu membeli? Ahmad mungkin mampu beli rumah kos rendah yang berharga sekitar RM50k hingga RM65k sahaja. Kata lain kawasan Balik Pulau yang menjadi kawasan orang Melayu bertahan sebelum ini, tidak mustahil dalam tempoh 5 hingga 10 tahun lagi kaum lain terutama Cina akan menjadi penduduk majoriti. 

Orang Melayu PAS dan orang Melayu PKR bukan tak nampak semua permainan DAP ini. Cuma mereka malu nak mengakui kelemahan mereka sendiri. Mereka lebih sanggup bermusuh dengan orang Melayu UMNO asalkan mereka hati mereka puas. Puashati kerana dapat menunduk musuh tradisi mereka. Mereka sudah tak kisah lagi dengan ayat-ayat suci al-Quran yang mengajak umat Islam bersatu dan bersaudara. Tapi mereka lebih selesa dan yakin dengan amanat Haji Hadi yang mengatakan orang UMNO itu kafir.

Memang jelas dan nyata bahawa PAS dalam keadaan amat bercelaru. PAS sedar pendirian tegas DAP dalam isu kalimah Allah dan negara Islam. PAS amat sedar pendirian Anwar Ibrahim mengenai LGBT, Comango dan kalimah Allah. Tapi PAS sanggup menipu pengikut-pengikutnya kerana undi untuk dunia (kuasa). PAS tidak kisah lagi dalam isu kalimah Allah dan negara Islam. PAS lebih pentingkan politik daripada isu agama Islam. Ada tokoh agama bertanya,"Kenapa pemuda PAS sanggup turun beramai-ramai kerana membantah harga naik tapi kenapa tidak pula sanggup turun beramai-ramai kerana membantah isu kalimah Allah?". Tepuk dada tanyalah diri anda!