"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Wednesday, May 30, 2012

DAP berani ketika Melayu berpecah belah!

Pemimpin DAP semakin berani kerana mereka tahu politik orang Melayu semakin lemah. Pemimpin DAP bersifat semakin angkuh apabila mengetahui bahawa PAS merupakan antara parti terbesar orang Melayu kuat menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
Pemimpin DAP bertambah sombong lagi bila berjaya menjinakkan PAS yang ekstrim suatu masa dahulu kini lebih liberal dan moderate daripada UMNO. Banyak perkara yang boleh dijadikan contoh betapa liberalnya perjuangan PAS hari ini. 
PAS DULU
Cuba ahli-ahli PAS, PKR dan DAP Melayu serta mereka yang berada di atas pagar lihat dengan mata dan dibantu dengan akal fikiran yang waras. Tak perlu kita lihat lebih jauh. Cukup semasa zaman pemerintahan parti PAS di bawah Presidennya TG Haji Hadi Awang. Amanat Haji Hadi Awang antara punca utama umat Islam berpecah antara satu sama lain. Orang UMNO sewenang-wenangnya dikafirkan. Sembelihan dan masakan orang UMNO hukumnya haram dimakan. Jurunikah dari kalangan orang UMNO tidak sah. Solat di masjid berlaku dua imam. Biasanya ahli-ahli PAS tidak mahu berimamkan dengan imam orang UMNO dan sebaliknya ahli-ahli UMNO pula tidak kisah dengan hal imam. Kenduri kahwin dan kematian orang UMNO diboikot.
Kebanyakan ahli-ahli PAS dengan bangganya menjadi ahli parti syurga. Di kereta dan motorsikal akan dipamerkan kata-kata semangat dan dasar parti PAS seperti " KAMI SOKONG HUDUD", "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", DAN KEPIMPINAN BERSAMA ULAMAK". Di dalam bilik tidur dan di belakang pintu rumah akan terpampang besar potret  Tok Guru Nik Aziz, ulamak kesayangan mereka. TGNA merupakan ulamak PAS yang sering mengeluarkan fatwa-fatwa yang boleh mengelirukan umat Islam kebanyakan.
 PAS SEKARANG
 Membenarkan orang kafir membaca al-quran dan menterjemahkan mengikut kefahaman mereka di atas pentas politik yang dihadiri oleh kebanyakan ahli-ahli PAS. Sebaik pemimpin kafir DAP membaca ayat suci al-Quran dengan bacaan 100% lintang pukang, ahli-ahli PAS tertawa gembira seolah-olah memuji kehebatan dan setuju dengan politik menggunakan ayat suci al-Quran di kalangan orang kafir.
Manakala YB Khalid Samad digelar sebagai Khalid Gereja kerana sanggup mengunjungi gereja kerana politik. Khalid Samad nak tunjuk kepada orang kristian bahawa PAS merupakan parti yang begitu liberal dan tidak ekstrim seperti yang dahulu. Pemimpin PAS boleh berada dalam gereja.
Mungkin kerana dasar perjuangan PAS semakin liberal itu maka penggunaan kalimah Allah dibenarkan oleh sesetengah pemimpin utama PAS. Dalam isu kalimah Allah nyata dan jelas berlaku percanggahan antara pemimpin PAS sendiri. Ada yang menyokong dan ada yang menentang keras penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.
Keahlian PAS telah dibukakan seluas-luasnya kepada bukan Islam hingga tertubuhnya Kelab Penyokong PAS (KPP) dalam tahun 2004. Oleh kerana PAS cuba menarik golongan muda adalah dicadangkan pelancaran Kelab Penyokong Muda PAS (KPMP) dalam tahun 2009. Sehingga hari ini, kemunculan KPP dan KPMP hanya sekadar retorik PAS menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS untuk semua. Suara-suara KPP semakin tenggelam kerana banyak permintaan KPP tidak dapat dipenuhi kerana bertentangan dengan dasar perjuangan PAS.
Kepimpinan ulama dalam PAS semakin berkubur. Suara ulama dalam PAS semakin lenyap. Yang masih kedengaran adalah ulamak politik seperti TG Nik Aziz, TG Haji Hadi Awang, Ustaz Ahmad Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Dalam pemilihan muktamar PAS yang lalu, majoriti perwakilan PAS telah menunjuk jalan keluar beberapa pemimpin ulama PAS. Ustaz Nasaruddin Mat Isa ditentang oleh Mat Sabu. Walaupun Mat Sabu pernah terlibat dengan isu moral tapi boleh mengalahkan seorang ulama PAS yang juga bekas Naib Presiden PAS. 
Muzakarah dengan UMNO ditolak. Sedangkan UMNO menerima pelawaan muzakarah oleh PAS dengan hati yang ikhlas demi untuk perpaduan dan kepentingan umat Islam.  Bagi menjaga kepentingan politik PAS dan hati rakan dalam PR, maka muzakarah dengan UMNO ditolak oleh PAS. Inilah wajah PAS sebenarnya yang jelas menyanggahi perintah Allah dalam surah al-Baqarah yang bermaksud, " Berpeganglah kamu kepada tali Allah dan janganlah kamu bercerai berai...". Dalam kepimpinan PAS sendiri wujud percanggahan pandangan isu muzakarah di peringkat awalnya. Ada pemimpin PAS yang bersetuju dengan bersyarat dan ada yang tidak bersetuju. Sebaliknya keseluruhan pemimpin UMNO menerima muzakarah tanpa syarat bukan kerana UMNO kelihatan semakin lemah tetapi UMNO melihat umat Islam semakin berpecah maka terpikullah tanggungjawab menyatupadukan umat Islam seperti yang diamanahkan oleh Allah SWT.
Jika ada tokoh agama lain menyeru ke arah kebaikan mungkin sedikit tempias terkena kepada batang hidung pemimpin PAS maka tokoh agama itu dicerca dan dilabel pelbagai yang tidak sepatutnya. Ada mufti yang digelar anjing UMNO sedangkan mufti berkenaan bercakap atas kapasiti mufti yang bertanggungjawab atas hal ehwal agama dalam sesebuah negeri berkenaan. Selama ini pun kita tidak mendengar Haraqah Daily mengeluarkan kata maaf oleh pemimpin PAS sendiri. Sebaliknya mereka ini walaupun digelar ulama tetapi bersifat angkuh mempertahankan ahli-ahli PAS.
Sebenarnya sudah ada trend mendiamkan diri di kalangan ulama PAS yang jujur kepada perjuangan PAS yang asal. Namun tidak kurang pula ada yang berani dan bangkit melawan arus seperti Pendakwah Bebas, ustaz Khazim Elias, Tok Guru Lah, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Hassan Ali dan bekas Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Mohd Hafiz Noordin. Malahan sudah ada pun bekas ahli-ahli Dewan Ulama PAS, bekas timbalan pesuruhjaya PAS dan sahabat baik TG Nik Aziz mengisytiharkan diri meninggalkan PAS sebaliknya menyertai UMNO. Kenapa ini boleh berlaku? Apakah tokoh-tokoh agama yang meninggalkan PAS itu sanggup meninggalkan syurga yang dijanjikan oleh TG Nik Aziz? 
Mungkin ulama-ulama yang meninggalkan perjuangan PAS itu takut diri mereka tergolong sebagai ulama al-Su'. Ulamak al-Su’ (jahat) ialah ulamak yang memutar belitkan tujuan agama yang benar kepada yang lain demi kemaslahatan dirinya dan pemerintah walaupun bertentangan dengan agama. Nabi SAW telah mengingatkan tentang bahayanya ulama’ jahat ini melalui sabdanya “Aku bimbang ke atas kamu orang yang lebih dahsyat dari dajjal. Bila ditanya : siapa mereka itu? Jawab Baginda :ulama’ su’. Ulamak jahat juga seorang munafik yang durjana kerana dia sendiri tidak dapat manfaatkan ilmunya dan ia pula memudaratkan orang lain. Kita mesti dapat membezakan antara ulamak jahat dengan ulamak akhirat. Ulamak politik dengan ulama pewaris Nabi.
RUMUSAN
Orang Islam di Malaysia perlu bersatu. Perpecahan umat Islam merupakan cita-cita besar kaum Yahudi dan Nasrani. Sebelum terlambat, orang Melayu yang juga orang Islam mengikut perlembagaan persekutuan perlu berfikir sedalam-dalamnya. Orang Melayu/Islam merupakan majoriti penduduk di Malaysia. Orang Melayu/islam sepatutnya kuat menuntut haknya sebagai pribumi di Malaysia ini. Sebaliknya suara Melayu semakin layu dan suara umat Islam semakin tenggelam kerana umat Melayu/Islam di Malaysia berpecah sesama sendiri.
Bangsa yang kuat akan jadi lemah jika berpecah. Oleh itu marilah kita umat Melayu/islam bersatu di bawah pemerintahan orang Melayu/Islam yang terbukti pernah berjasa dan banyak membela nasib bangsa, agama dan negara tidak lain dan tidak bukan adalah parti keramat UMNO.
Andaikata Pakatan Rakyat menang dalam PRU13 alamatnya satu malapetaka dahsyat telah menimpa umat Islam di Malaysia ini. PAS hanya parti kecil dalam PR. Suara PAS tidak kemana dalam PR yang majoritinya ahli-ahli Yang Berhormatnya bukan Islam. Dalam PKR pun ramai bukan Islam apatah lagi dalam DAP.
Jangan tunggu nasi sudah jadi bubur. Lihatlah di keliling anda sekarang, apakah nasib orang Melayu terbela di Pulau Pinang dan Selangor? Pusat-pusat hiburan tumbuh seperti cendawan di negeri pemerintahan PR. Maksiat berleluasa. Pemimpin utama mereka bercakap tak serupa bikin. Banyak muslihat daripada nasihat. Banyak tipu helah untuk menyelamatkan kuasa yang ada. Hari ini majoriti rakyat sudah sedar bahawa mereka tersilap beri undi dalam PRU yang lalu. Mereka tidak sabar lagi untuk mengembalikan kuasa pentadbiran kepada BN/UMNO yang terbukti lebih baik daripada PR. Mereka menunggu PRU13 untuk memberi undi kepada calon BN. Selamat tinggal DAP, PAS dan PKR!

Monday, May 28, 2012

TG Nik Aziz tarik balik dakwaan kafir kepada ahli UMNO

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.
Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.
Komen:
Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi bukan tokoh sebarangan. Beliau adalah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram dan beliau juga merupakan Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah.
Jika pandangan beliau masih boleh dipertikaikan oleh TG Nik Aziz, TG Haji Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man, alamatnya umat Islam di Malaysia akan hancur oleh kerana dipimpin oleh mereka yang meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan agama dan umat Islam.
Walau bagaimanapun ahli PAS yang fanatik akan mendakwa bahawa Tok Sheikh berkenaan sudah kena beli dengan UMNO atau Tok Sheikh itu belum mengetahui lebih dekat kerajaan BN/UMNO ataupun pemimpin BN/UMNO telah memberi maklumat yang salah kepada Tok Sheikh berkenaan. Tunggu dan lihat, apakah komen balas nanti oleh pemimpin-pemimpin utama PAS terhadap kenyataan tegas dan berani
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu.

Saturday, May 26, 2012

Lupakah pemimpin dan ahli-ahli PAS amanat Almarhum Ustaz Fadzil Nor?

PAS dizaman Almarhum Ustaz Fadzil Nor amat-amatlah berbeza dengan PAS di zaman TG Haji Hadi Awang. Dulu PAS boleh dikatakan ekstrimis Islam yang cuba mengISLAMkan semua perkara di Malaysia. 
Tetapi PAS hari ini, sejak Almarhum Ustaz Fadzil meninggalkan PAS. Perjuangan PAS huru hara, Pesiden PAS, Hadi Awang umpama lalang yang ditiup angin. Pendirian tidak tetap, kejap Islam dan sekejap selam. 
Malahan jika nak dibandingkan dengan UMNO. UMNO yang dulu PAS tuduh sekular, sekarang lebih ISLAM berbanding parti Islam Islam yang telah direform menjadi Parti Kebajikan.

Sumber: Debat Rakyat 

Thursday, May 24, 2012

BONGKAR! JOM PAKAT RAMAI2 KITA PI DI SG. BATU, PULAU PINANG

Assalamualaikum wbt..
Salam 1 Malaysia,
Dijemput semua ke PROGRAM BONGKAR
USTAZ HAFIZ NORDIN
(bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang)

di Sungai Batu (belakang Flat Taman Teluk Kumbar)
hari JUMAAT, 25.5.2012 JAM 9.00 MLM,
PAKAT MAI RAMAI2 DAN TOLONG SEBAR DAN HEBAHKAN...
TERIMA KASIH.

Monday, May 21, 2012

Muzakarah dan hukum hudud PAS: Suatu muslihat yang jahat UMNO?

Muzakarah! Muzakarah! Muzakarah! Idea bermuzakarah lahir bila menjelang pilihanraya. Sama juga hukum hudud! hudud! hudud! akan jadi isu bila tarikh pilihanraya semakin hampir. TG Nik Aziz komen pasalah bermuzakarah bila ditanya oleh wartawan. PAS bersedia bermuzakarah dengan NGOs pasal Islam termasuk juga UMNO.

Dah beberapa kali isu muzakarah diterbitkan oleh TG Nik Aziz tapi setiap kali itulah tidak berlaku pun muzakarah. Ada syarat-syaratnya pula! Nak buat baik pun ada syarat. Tun Mahathir berpendapat TGNA sengaja timbulkan isu bermuzakarah untuk mendapat sokongan pengundi kepada parti. Syarat TGNA dikenakan terhadap UMNO supaya UMNO menolak syarat-syarat itu. Bila UMNO menolak syarat-syarat itu bererti UMNO tolak bermuzakarah dengan PAS. Jadilah UMNO parti yang jahat di kalangan orang Melayu/Islam sendiri. 

Sama juga hukum hudud PAS ditolak oleh Tun Mahathir semasa jadi PM dahulu. Kenapa Tun Mahathir tolak sebab hukum hudud PAS tidak ikut hukum hudud Allah. Oleh kerana ada kelemahan dalam draf hukum hudud PAS itu setelah mendapat nasihat daripada pakar agama, maka hukum hudud PAS ditolak. Ustaz Kamal Saidin dalam ceramahnya menegaskan bahawa draf hukum hudud PAS itu sengaja dibuat sedemikian rupa supaya kerajaan Tun Mahathir menolak hukum hudud itu. Setelah hukum hudud PAS itu ditolak maka gendang dipalu seluruh negara oleh pemimpin PAS bahawa UMNO menolak hukum hudud. Dengan itu UMNO didakwa sebuah parti yang anti hukum Allah kerana menolak hukum hudud. Sebenarnya Tun Mahathir tidak menolak hukum hudud Allah sebaliknya Tun Mahathir menolak hukum hudud PAS.

Begitu bijaksananya pemimpin PAS mempolitikkan sesuatu isu yang baik ini (bermuzakarah) untuk kepentingan politik mereka. Cubalah kita perhatikan. Sudah banyak kali isu muzakarah dibangkitkan oleh PAS. Setiap kali wujud isu muzakarah, pemimpin UMNO selari dalam pandangan mereka bahawa bermuzakarah elok dilaksanakan demi untuk kepentingan umat Islam dan orang Melayu di Malaysia. Walaubagaimana pun terdapat percanggahan pandangan di kalangan kepimpinan PAS sendiri. 

Mat Sabu, Khalid Samad dan lain-lain sudah pasti membangkang wujudnya muzakarah Umno-Pas kerana mereka pembangkang berjiawa jahat. Jika mereka ulamak yang baik sudah pasti pandangan mereka akan selari dengan pandangan mufti Perak Tan Sri Hasrulsani, Ustaz Asri Zainal Abidin (bekas mufti Perlis), Ustaz Khazim, Ustaz Johari Baharom dan lain-lain lagi.

Atau mungkin TG Nik Ajis mahu mengenakan sedikit tekanan kepada DAP yang selalu menolak hukum hudud dan negara Islam. Oleh itu isu bermuzakarah dengan sengaja dikeluarkan sebagai suatu unsur ugutan secara tidak langsung oleh PAS terhadap sekutu kuat mereka DAP. Kata lain, TGNA tidak ikhlas untuk bermuzakarah dan dengan sebab itu syarat-syarat dikenakan supaya UMNO akan menolak untuk bermuzakarah. Pandangan ini juga ada kebenarannya. Terkejut juga kita dengan tiba-tiba TGNA tawarkan kepada NGOs termasuk UMNO untuk bermuzakarah. Tak ada angin ribut tiba-tiba turun hujan! UMNO jangan terlalu ghairah untuk bermuzakarah. Terimalah dengan ikhlas tapi berhati-hati.

Jika TGNA jujur dan ikhlas untuk bermuzakarah, syarat sebenarnya tidak perlu. Bagaimana jujurnya PAS menerima DAP sebagai rakan seperjuangan begitulah hendaknya dengan UMNO. Untuk kebaikan umat Islam yang rata-rata merupakan ahli PAS dan ahli UMNO mengapa TGNA berikan syarat? Tun Mahathir berpandangan syarat-syarat yang dikenakan oleh TGNA itu akan menjadi tembok penghalang ke arah bermuzakarah. Itulah sebenarnya PAS yang kita ketahui selama ini disebalik isu muzakarah dan hukum hudud PAS.



 dan negara Isa

Saturday, May 19, 2012

Muzakarah: Nik Aziz perlu hapuskan dendamnya terhadap UMNO

 Cuba saudara-saudaraku baca tulisan di bawah ini yang ditulis oleh Hj. Lukman Bin Moidin, Penceramah Motivasi dan Kaunselor. Beliau telah mengulas jawapan balas Tok Guru Nik Aziz dalam akhbar Harakah Bil. 1612 tentang isu Nasionalisme: Jawapan saya untuk Tun Mahathir. Berikut lontaran pandangan Sdr Hj. Lukman Moidin tentang isu itu supaya tuan/puan/sdr pembaca blog ini dapat menilai dan berfikir secara rasional berasaskan fakta dan bukan emosional serta auta.

Seperti biasa Nik Aziz begitu 'berdendam' dan banyak mempersoalkan 'keIslaman' UMNO dan Tun Mahathir. Antara ayat yang mungkin menarik perhatian ialah beliau (Nik Aziz) telah 'bertanggungjawab menyebarkan Islam' melalui Pas dan menganggap di hari kebangkitan beliau akan 'berasa selamat' di hadapan Allah SWT dengan mengatakan tugas tarbiah terhadap UMNO dan Tun Mahahir telah beliau laksanakan dan akhirnya UMNO dan Tun Mahathir tetap menolak Islam yang dibawa oleh Pas. 
 
Beliau lupa bahawa parti yang beliau 'anuti' itu ditubuhkan pada tahun 1951 melalui 'kelulusan' kerajaan Nasrani British. Tentunya ketika UMNO sudah wujud sebagai parti penyatu umat Islam Melayu, golongan Yahudi dan Nasrani yang mempelopori sistem demokrasi mencari kaedah paling halus dan licik untuk memecahbelahkan kesatuan umat Islam adalah membenarkan Pas ditubuhkan. 
 
Apakah benar Islam itu Pas, dan Pas itu Islam? Persoalan ini perlu difikirkan oleh kita kerana ketika Nik Aziz menjadi ahli Pas, Nik Aziz atau mungkin ayah beliau masih tidak mengenali atau menganut fahaman Pas. Apakah pula jawapan Nik Aziz di hari kebangkitan jika kaum keluarga Nik Aziz juga tidak menganuti fahaman Pas? 
 
Malah ramai dari kita khususnya yang bukan dilahirkan di Kelantan belajar dan faham agama dari sekolah-sekolah yang diasaskan oleh UMNO/BN. Ramai dari kita hanya sedar kewujudan Pas apabila DSAI dipecat.
Ketika itu berduyun-duyun orang Islam mulai mendapat 'hidayah' dan menyokong Pas termasuklah penulis. Apakah nasib-nasib kami yang pernah menyokong Pas dan akhirnya 'keluar' atau 'murtad' dari menyokong Pas. Bagaimana pula hukuman Nik Aziz terhadap Ketua Umum PKR dan kepimpinan PKR yang tidak menyertai Pas? 
 
Saya tidak menganggap UMNO itu betul 100 peratus kerana ia adalah parti ciptaan manusia dan diuruskan oleh manusia. Seperti mana dakwaan Nik Aziz bahawa 'banyak kepincangan' dilakukan oleh UMNO (sebenarnya pemimpin UMNO). Begitu juga yang dilihat berlaku dalam Pas.
Seperti mana Pas juga yang dicipta dan diasaskan oleh manusia yang 'kecewa dan marah' pada 1951, sudah tentu pemimpin dan penyokong Pas juga tidak terkecuali melakukan perbagai kesilapan. 
 
Namun jika UMNO boleh mengakuinya kenapa Pas pula tidak boleh? Maksum sangatkah Pas hingga penyokongnya sendiri takut untuk menegur kepimpinan. Sedangkan Saidina Umar pun minta ditegur apabila dilantik sebagai khalifah.
Besar sangatkah dosa UMNO dan besar sangatkah jasa Nik Aziz kepada Kelantan sepanjang 20 tahun mentadbir? Jika Nik Aziz mengatakan Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam, maka izinkan saya memetik kuliah mingguan beliau di Kota Bharu yang mengatakan kebanggaan beliau terhadap sistem kewangan Islam. Memetik kata-kata beliau seperti yang dilaporkan "Begitu juga kewangan Islam, dahulu orang kata mana boleh berniaga tanpa riba, zaman sekarang kewangan Islam, bank Islam jadi rebutan, orang Barat pun pakai".
Ia merupakan fakta yang terlalu jelas, usaha mewujudkan sistem kewangan Islam seperti perbankan Islam, takaful, pajak gadai Islam, pinjaman Islam dan sebagainya adalah idea dan kehendak Tun Mahathir yang juga Presiden UMNO ketika itu (1982) untuk membawa perubahan dan kejayaan ekonomi kepada negara kita. 
 
Mahathir melihat keperluan ini kerana tahu bahawa hanya negara yang 'kaya' dan 'kuat kuasa ekonominya' sahaja akan digeruni oleh lawan. Paling hampir yang terkesan dengan apa yang kita lakukan ialah Singapura. Kerana itu mereka 'mendekati' Nik Aziz dan menggunakan DAP bagi memusnahkan sistem kewangan ini apabila peluang ini diperolehi. 
 
Janganlah Nik Aziz lupa bahawa sistem kewangan Islam yang diasaskan oleh pimpinan UMNO inilah yang menyelamatkan ekonomi negara serta dijadikan model oleh negara Barat hari ini seperti yang diakui oleh Nik Aziz. Justeru kita patut bertanya, besar mana sumbangan idea Nik Aziz dalam sistem kewangan Islam sejak beliau mentadbir Kelantan? 
 
Siapakah pula yang telah membuka idea penggunaan Dinar Emas yang tidak pernah difikir atau dibahaskan oleh mana-mana pemimpin negara Islam tetapi akhirnya mula membuka mata masyarakat dunia kalau bukan Tun Mahathir.
Lucunya sempat pula Nik Aziz 'menceduk' idea 'syiling emas' untuk mendapatkan 'laba' politik tanpa merancang penggunaanya dengan bijaksana.
Besar sungguh jasa Nik Aziz yang menyebabkan penghijrahan rakyat Kelantan ke merata tempat seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan negeri ditadbir BN untuk mencari rezeki yang halal. 
 
Bodoh sangatkah kita untuk melihat jutaan pendatang asing yang turut masuk secara sah atau haram mencari rezeki di negara ini atas kebijaksanaan pentadbiran UMNO dan BN ketika era Tun Mahathir ?
Nik Aziz juga sempat meminta Tun Mahathir menyatakan 'kesalahan' beliau sebagai MB Kelantan jika ada. Tanpa perlu Tun Mahathir membuang masa biar penulis sebutkan di sini beberapa perkara yang boleh dinilaikan:
* Banyak manakah 'berhala besar' yang lebih tinggi dan besar dari menara masjid atau kubah didirikan sepanjang Nik Aziz menjadi Menteri Besar.
* Tidak malukah Nik Aziz mengisytihar Kelantan sebagai 'Serambi Mekah' sedangkan ketika Nabi Ibrahim dilantik sebagai Rasul, baginda telah memecahkan semua patung berhala di sekitar Kaabah.
* Jika Nik Aziz pertikai kesungguhan UMNO/BN mendirikan masjid kita mahu pula melihat kesungguhan Pas dalam isu pembinaan masjid baru selama 20 tahun memegang kuasa.
* Pengalaman berkunjung ke Kelantan pada Disember 2010 selama tiga hari membuktikan kepada penulis tentang 'tong kosong' yang dipalu oleh Pas Kelantan. Sudah terang lagi bersuluh, kebersihan yang menjadi asas keimanan pun tidak mampu dijaga oleh Nik Aziz sebagai pemimpin Islam, maka usahkan bercerita perkara lebih besar dari itu seperti hudud yang entah hilang laungannya.
* Semasa berada di Kota Bharu, penulis sempat solat subuh, Jumaat, maghrib dan isyak di beberapa masjid. Pemandangannya hampir sama seperti mana kita melihat jemaah di masjid-masjid di negeri yang ditadbir BN. Malah semasa solat Jumaat di Masjid Muhammadi, masih ramai yang merokok dan berbual hingga ketika solat hendak didirikan.
* Penulis turut 'melawat' setiap tandas masjid yang hampir kesemuanya cukup jijik dan kotor. 
 
Malah di sebuah masjid yang tersergam indah di Kubang Kerian, tandasnya juga amat kotor dan tidak terurus.
Besar sangatkah jasa Nik Aziz hingga asas keimanan tentang kebersihan ini pun tidak mampu diserapkan kepada rakyat di bawah kepimpinan ulamak selama 20 tahun.
 
Mungkin segelintir kita tidak memahami dan dapat membaca pemikiran Islam Tun Mahathir kerana 'kesilapan' beliau yang belajar dalam 'bidang kedoktoran' dan bukannya 'bidang keagamaan', juga Tun tidak memakai kupiah atau jubah dan tidak bercakap isu hudud sepanjang mentadbir negara. 
 
HJ. LUKMAN BIN MOIDIN
Penceramah, Motivasi & Kaunselor
Kedah

Friday, May 18, 2012

Siapa yang mahu mengatakan Mufti Perak bercakap bohong, silakan!

Cerita pasal PAS mengkafirkan orang UMNO sudah aku dengar semasa aku muda pria dulu. Dalam kampung orang Melayu berpecah belah kerana orang-orang PAS memulau kenduri kahwin, kenduri arwah dan malahan mayat orang UMNO dijenguk gitu-gitu sahaja. Ini cerita benar. Orang UMNO tidak buat kerja macam itu. Orang UMNO tidak pandai mengeluarkan fatwa mengkafir orang Islam lain. Orang UMNO tidak pandai menghukum orang Islam lain kafir. Tok Guru UMNO berpesan hukum syurga dan neraka bukan kerja kita. Itu kerja Allah SWT.
Kali ini, aku amat terkejut. Mufti Perak TS Harussani nampaknya sudah tidak tahan lagi dengan perangai pemimpin PAS. Penyokong-penyokong PAS patut baca supaya sendiri sedar. [Baca selanjutnya]

Sunday, May 13, 2012

Haji Hadi tersepit antara perjuangan Karpal dan Islam!

Semua rakyat tahu malahan Karpal Singh selaku pemimpin Pakatan Rakyat lebih tahu bahawa muktamar PAS yang lalu telah menggugurkan perjuangan sebuah negara Islam sebaliknya digantikan dengan Negara Berkebajikan. Karpal tampak semakin lantang dan tegas dengan pendirian bahawa Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam Malaysia. Kata Karpal " DAP akan menentang sebarang usaha PAS menjadikan Malaysia sebuah negara Islam". Seterusnya Karpal Singh mengingatkan Haji Hadi dan Harun Taib supaya mematuhi keputusan Muktamar PAS yang lalu menggugurkan negara Islam dan digantikan dengan Negera Berkebajikan.
Haji Hadi sekarang tersepit dalam politik ciptaan sendiri. Majoriti orang Melayu sudah tidak berminat dengan PAS kerana perjuangan PAS semakin jauh tersasar sejak bersama dengan DAP. Paling penting kepada Haji Hadi ialah pengundi-pengundi Melayu. Dalam PRU13 nanti PAS hanya perolehi undi dari ahli-ahli setia PAS sahaja. Ahli PAS terpedaya dengan dasar perjuangan PAS hari ini akan memberi undi protes sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi BN.
Haji Hadi mulai bercakap pasal hukum hudud dan negara Islam akhir-akhir ini. Kononnya nak tunjuk bahawa PAS masih releven dengan dasar perjuangan Islam. PAS sebenarnya masih mengekalkan perjuangan negara Islam. Apakah rakyat Malaysia Islam dan bukan Islam boleh diperbodohkan? Keputusan Muktamar PAS yang lalu untuk siapa? Apakah Karpal, Kit Siang, Anwar Ibrahim boleh dimain-mainkan dengan isu hudud dan negara Islam? Muktamar PAS yang lalu jadi bukti yang sah bahawa PAS sudah tersilap langkah hanya kerana nak jaga hati rakan-rakan DAP dan PKR. Haji Hadi mungkin tersedar hari ini bahawa keputusan Muktamar PAS telah memakan diri sendiri. DAP jelas tetap mempertahankan pendirian bahawa DAP dan PR akan membantah PAS meneruskan hasrat menubuh sebuah negara Islam.
Sebenarnya UMNO sudah lama mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia sejak zaman Tun Mahathir jadi PM lagi. Itu pun PAS membantah dan DAP membantah. Lihatlah sekarang apa dah jadi dengan PAS? Fikirlah sendiri!

Saturday, May 12, 2012

Lautan Merah membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil


Bayangkan apa yang akan berlaku jika sebegini ramai penyokong UMNO berada di Dataran Merdeka? Oleh itu Bersih 3.0 atau Bersih 4.0 jika bercadang untuk mengadakan perhimpunan secara aman, tirulah apa yang UMNO telah lakukan. Jangan menyusahkan pihak polis, melanggar undang-undang negara, merugikan peniaga-peniaga kecil, pemandu-pemandu teksi dan sebagainya. Jangan mencemarkan imej negara di luar sana. Mungkinkah penganjur Bersih mendapat tajaan dari agensi-agensi negara luar? Oleh itu sanggup menanggung risiko sebarang kemungkinan berlaku akibat rusuhan Bersih 3.0 baru-baru ini?   

 

Thursday, May 10, 2012

Sokongan BN akan terus meningkat selepas rusuhan bersih 3.0!

Kajian: 49% cenderung BN, 30% tak pasti
Hasil Kajian Sebelum Rusuhan Bersih 3.0
KUALA LUMPUR Sekitar 49 peratus pengundi memilih Barisan Nasional (BN) sebagai parti keutamaan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berbanding 21 peratus mahu mengundi Pakatan Rakyat (PR).

Bagaimanapun hasil kajian yang dikendalikan baru-baru ini, dua minggu sebelum perhimpunan Bersih 3.0, juga mendapati 30 peratus tidak pasti parti yang menjadi keutamaan mereka - yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar. 
Sumber: Sinar Harian 10 Mei 2012

Monday, May 7, 2012

Tian Chua buntingkan gadis Melayu juga salahkan UMNO!

UMNO dipersalahkan kerana perusuh Bersih 3.0 menyerang, menyepak dan menerajang anggota polis tanpa belas kasihan. Baru-baru ini, Azmin main ais krim dengan perempuan dalam tandas dan beraksi di atas sofa di ruang tamu juga dikatakan kerja UMNO. Malahan rakaman video Anwar Ibrahim bergusti di atas katil dengan seorang perempuan Cina Doll dalam bilik sebuah hotel juga didakwa kerja jahat UMNO. Dalam sebuah blog terkini terpapar Tian Chua, Naib Presiden PKR telah membunting gadis Melayu juga salahkan UMNO (baca sini cerita selanjutnya). Ostad Badaruddin, pemimpin PKR mengkaunseling isteri orang jam 3 pagi dalam bilik sebuah hotel di Kuantan Pahang juga disalahkan UMNO. Pendekata penglibatan pemimpin PKR dan juga PAS dengan bini dan anak gadis orang dalam situasi bukan muhrim berpunca daripada UMNO.
Begitulah hebatnya UMNO. Pemimpin UMNO tak ada kerja lain. Hari-hari mengintai atau mengendap pemimpin2 PKR dan PAS buat apa? Jika DS Najib sarankan pemimpin2 UMNO buat kerja seperti itu, rasanya lagi ramai kemungkaran pemimpin2 PKR, PAS dan DAP dapat dibongkarkan dan didedahkan kepada rakyat. Hari ini pun rakyat dah sedar siapakah sebenarnya Anwar Ibrahim, siapa pula Azmin Ali dan siapa pula Tian Chua, siapa pula Ostad Badaruddin dan siapa Ostad Mat Sapu. Semua pemimpin itu memang tak layak memimpin kami rakyat Malaysia. Oleh itu rakyat mesti tolak calon PAS, atau PKR dan juga DAP tanpa belas kasihan! Hidup UMNO/BN!

Guan Eng tiup api perkauman, tidak layak jadi KM di kalangan rakyat berbagai kaum..

Adun Barisan Nasional (BN) keluar Dewan Undangan Negeri (Dun) kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan menuduh Umno akan merobohkan semua kuil jika kembali berkuasa di Pulau Pinang.
Ketua Pembangkang Dun, Datuk Azhar Ibrahim membantah kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang munuduh semua kuil Hindu akan terancam jika Umno memerintah.

Apabila enggan menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf, Azhar mengetuai 10 Adun BN keluar dewan. Seorang lagi wakil rakyat BN iaitu Adun Pinang Tunggal, Datuk Roslan tidak hadir Dewan ketika itu.

Azhar mencabar Guan Eng mengulangi kenyataan itu di luar Dun jika berani dan seorang gentlemen. Menurutnya, kenyataan Guan Eng boleh membangkitkan ketegangan kaum dan mempunyai niat jahat untuk mewujudkan suasana  tidak harmoni di Pulau Pinang.

Guan Eng merupakan KM paling celaka. Rakyat Pulau Pinang wajib menolak pemimpin begini. Dia banyak main politik dalam pentadbirannya hingga rakyat pelbagai agama dan bangsa hendak dia meniup api perkauman. Bila bergaduh, nanti polis Malaysia yang kena buat kerja. Bila rakyat mana-mana yang terkena belantan, polis pula dipersalahkan. Itulah rupa dan sikapnya Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang yang kita ketahui hari ini.

Kita tahu, akhir-akhir ini majoriti kaum India sudah kembali menyokong BN. Orang Melayu pula sudah bosan dengan kerajaan PR yang didokongi oleh DAP, PAS dan PKR. Oleh itu Guan Eng sudah jadi ghaplah jingga. Dia sanggup memfitnah BN bahawa BN akan meruntuhkan kuil Hindu jika berkuasa. Wahai Guan Eng anak lelaki kepada Lim Kit Siang. "Lu cakap tak serupa bikin. Lu jangan bagi kita olang UMNO/BN pining kapla. Gua kasi hantam sama lu jika lu bikin melayu sama cina gaduh, gua jugak kasi hantam sama lu jika lu mau india punya olang gaduh sama olang malayu.

Lu ada dengar DS Najib minta Melayu dengan Cina kasi gadoh? Lu ada dengar itu TS Muhyiddin minta olang Melayu itu pukul sama olang india? Kenapa lu satu olang Ketua Menteli Pulau Pinang boleh bercakap itu macam? Lu bercakap macam olang gila atau macam budak-budak tadika. Gua ingat budak tadika pun lebih pandai daripada lu. 

Satu Malaysia, kata budak2 tadika mahu orang Melayu, orang Cina, orang India dan juga lain-lain kaum tinggal di Malaysia secara aman damai, bekerjasama dan saling hormat menghormati. Jika Guan Eng nak main politik eloklah guna isu yang lebih relevan dan sesuai dengan dasar DAP. Jangan memfitnah yang boleh merosakkan hubungan antara kaum di Malaysia amnya dan Pulau Pinang khususnya. Bagi penyokong2 tegar PAS, DAP dan PKR mesti tahu dan sedar. Jangan jadi lembu dicucuk hidung dan kuda yang dibuat tonggangan...


Sunday, May 6, 2012

Puak pembangkang lebih bijaksana daripada Majlis Fatwa!

SINAR HARIAN


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hari ini memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

Yang aku nak sampaikan di sini sikap dan mentaliti puak-puak pembangkang terhadap Majlis Fatwa Kebangsaan. Mereka merendah-rendahkan kebolehan ahli-ahli Majlis Fatwa. Secara tidak langsung mereka menghina institusi agama Islam negara dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. Kita boleh rumuskan apa sahaja yang dikeluarkan/dilakukan/dilaksanakan oleh kerajaan BN semuanya salah atau zalim. Sila baca di sini komen bodoh dari puak-puak pembangkang yang begitu emosi dalam memberi pandangan mereka terhadap Majlis Fatwa.