"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, May 13, 2012

Haji Hadi tersepit antara perjuangan Karpal dan Islam!

Semua rakyat tahu malahan Karpal Singh selaku pemimpin Pakatan Rakyat lebih tahu bahawa muktamar PAS yang lalu telah menggugurkan perjuangan sebuah negara Islam sebaliknya digantikan dengan Negara Berkebajikan. Karpal tampak semakin lantang dan tegas dengan pendirian bahawa Pakatan Rakyat tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum hudud dan negara Islam Malaysia. Kata Karpal " DAP akan menentang sebarang usaha PAS menjadikan Malaysia sebuah negara Islam". Seterusnya Karpal Singh mengingatkan Haji Hadi dan Harun Taib supaya mematuhi keputusan Muktamar PAS yang lalu menggugurkan negara Islam dan digantikan dengan Negera Berkebajikan.
Haji Hadi sekarang tersepit dalam politik ciptaan sendiri. Majoriti orang Melayu sudah tidak berminat dengan PAS kerana perjuangan PAS semakin jauh tersasar sejak bersama dengan DAP. Paling penting kepada Haji Hadi ialah pengundi-pengundi Melayu. Dalam PRU13 nanti PAS hanya perolehi undi dari ahli-ahli setia PAS sahaja. Ahli PAS terpedaya dengan dasar perjuangan PAS hari ini akan memberi undi protes sama ada tidak keluar mengundi atau mengundi BN.
Haji Hadi mulai bercakap pasal hukum hudud dan negara Islam akhir-akhir ini. Kononnya nak tunjuk bahawa PAS masih releven dengan dasar perjuangan Islam. PAS sebenarnya masih mengekalkan perjuangan negara Islam. Apakah rakyat Malaysia Islam dan bukan Islam boleh diperbodohkan? Keputusan Muktamar PAS yang lalu untuk siapa? Apakah Karpal, Kit Siang, Anwar Ibrahim boleh dimain-mainkan dengan isu hudud dan negara Islam? Muktamar PAS yang lalu jadi bukti yang sah bahawa PAS sudah tersilap langkah hanya kerana nak jaga hati rakan-rakan DAP dan PKR. Haji Hadi mungkin tersedar hari ini bahawa keputusan Muktamar PAS telah memakan diri sendiri. DAP jelas tetap mempertahankan pendirian bahawa DAP dan PR akan membantah PAS meneruskan hasrat menubuh sebuah negara Islam.
Sebenarnya UMNO sudah lama mengisytiharkan Malaysia sebuah negara Islam contoh di dunia sejak zaman Tun Mahathir jadi PM lagi. Itu pun PAS membantah dan DAP membantah. Lihatlah sekarang apa dah jadi dengan PAS? Fikirlah sendiri!

1 comment:

  1. Hebat Karpal ni. Dalam pakai kerusi roda masih mampu mengepit Hadi di celah pehanya. Atau pun sebenarnya Hadi yang tak hebat sangat?

    Hadi hanya hebat dalam bab serban. Serban hanya sunat tapi Hadi pakai. Karpal untuk ajaran Guru -guru Singh pakai serban wajib tapi Karpal tak pakai.

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.