Sangat setuju dengan YB Datuk Zul Nordin. Cuba lihat kes video seks Anwar Ibrahim, jika tidak kerana Datuk Eskay video itu tidak akan tersebar kepada publik. Apakah Datuk Eskay itu pemimpin UMNO pada masa bersama dengan Anwar ketika itu?
Begitu juga kisahnya Azmin dengan seorang perempuan dalam tandas. Siapakah ahli UMNO nak ikut Azmin Ali 24 jam satu hari untuk mengambil gambar/video Azmin Ali. Sudah tentu kerja buruk seumpama itu dilakukan oleh orang dalam PKR sendiri.
Dalam UMNO juga berlaku dan PAS juga berlaku. Apatah lagi parti PKR yang mana pemimpinnya ada yang Islam dan ada ramai pula yang bukan Islam. Persidangan Agung PKR pun lebih teruk daripada UMNO. Ada yang bertumbuk dan baling kerusi sedangkan jumlah ranting tidak begitu banyak seperti UMNO. Tapi pemilihan agung parti itu sudah ada yang tercedera dan ada laporan polis kerana berlakunya pergaduhan dan salah guna kuasa.
Oleh itu tidak hairanlah Azmin yang merupakan rakan 'emas' politik dengan Anwar mempunyai ramai musuh politik. Dan tidak hairanlah video ataupun foto perlakuan seks Azmin boleh diambil dan boleh didedahkan bila tiba masanya.
Janganlah UMNO juga dijadikan mangsa. Jika tidak benar, buatlah laporan polis dan samanlah pihak yang mendedahkannya. YB Zul telah menyatakan kesediaannya mendedahkan pihak dalaman parti itu yang melakukan perbuatan itu. YB Zul juga bekas pemimpin PKR sudah tentu beliau sendiri lebih arif tentang hal dalaman parti itu. Tunggulah akan ada lagi perlakuan seks oleh pemimpin PKR dan PAS akan didedahkan tidak lama lagi melalui sumber yang boleh dipercayai.
Selama ini pemimpin-pemimpin PKR dan PAS sentiasa membuat tuduhan dan fitnah yang dahsyat terhadap pemimpin UMNO maka akn tiba masanya kejahatan mereka ini akan didedahkan dengan bukti yang nyata dan lebih jelas. Bukan lagi fitnah...bukan lagi fitnah seperti mereka selalu lakukan kepada UMNO.
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.