"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, May 28, 2012

TG Nik Aziz tarik balik dakwaan kafir kepada ahli UMNO

Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi (gambar) menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.
Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.
Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.
Komen:
Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi bukan tokoh sebarangan. Beliau adalah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram dan beliau juga merupakan Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah.
Jika pandangan beliau masih boleh dipertikaikan oleh TG Nik Aziz, TG Haji Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man, alamatnya umat Islam di Malaysia akan hancur oleh kerana dipimpin oleh mereka yang meletakkan kepentingan politik mengatasi kepentingan agama dan umat Islam.
Walau bagaimanapun ahli PAS yang fanatik akan mendakwa bahawa Tok Sheikh berkenaan sudah kena beli dengan UMNO atau Tok Sheikh itu belum mengetahui lebih dekat kerajaan BN/UMNO ataupun pemimpin BN/UMNO telah memberi maklumat yang salah kepada Tok Sheikh berkenaan. Tunggu dan lihat, apakah komen balas nanti oleh pemimpin-pemimpin utama PAS terhadap kenyataan tegas dan berani
Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram itu.

3 comments:

  1. mat sabu tau brapa pak sheikh ni dibayar oleh umno...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. Pas je kata mereka Parti Islam,Undi pas masok syurga!sebab itu.Dr Sheikh Sulaiman Saloomi keluar fatwa sebab kecewa PAS ta buka Ranting/Cawangan kt Mekah kot!Bila mereka ta dapat mengundi PAS macam mana nak masok Syurga!

    ReplyDelete
  3. fatwa lain UMNO tak nak ikut..Yang ni bising pulak.. Tutup aurat tu hak Allah pun UMNO rampas...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.