"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Tuesday, December 28, 2010

PEMILIHAN PENGERUSI DAN TIMBALAN YANG BARU!!!

Pemilihan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan untuk di negeri Pulau Pinang agak mengejutkan. Mungkin ada sebab tertentu yang kuat maka kedua-dua Dato' dari tanah besar Semenanjung Malaysia dipilih pada kali ini.
PENGERUSI - YBHG DATO’ HJ ZAINAL ABIDIN HJ OSMAN
TIMB. PENGERUSI - YB SENATOR DATUK HAJI MUSA HJ SHEIKH FADZIR
Sewajarnya seorang Ketua Bahagian dari bahagian Pulau diberi peluang sekurang-kurangnya sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. Pada mulanya berita yang tidak sahih tapi bertiup kencang Ketua Bahagian Balik Pulau akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Tersebarlah sms yang mahu mewujudkan perjumpaan membantah perlantikan itu. Sebenarnya perjumpaan itu dilaporkan tidak berlaku. Ini suatu usaha yang tidak sihat dilakukan oleh pihak tertentu yang mahu karier politik Ketua Bahagian itu ditamatkan. Apakah kerana ini (sebaran sms) atau mungkin sebab-sebab lain yang lebih kukuh dan rasional maka kedua-dua Ketua Bahagian dari tanah seberang dipilih? Walau bagaimanapun semua peringkat kepimpinan UMNO perlu menyokong keputusan ini sebagai tanda komitmen dan kesetiaan kita kepada pucuk pimpinan parti UMNO Malaysia yang diketuai oleh Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak. Kita sangat berharap melalui kepimpinan yang baru, UMNO Pulau Pinang dapat meningkatkan usaha menyakinkan terutama golongan muda Melayu kembali menyokong perjuangan UMNO. Mungkin juga kepimpinan baru ini telah mempunyai mekanisme baru untuk menguatkan jentera pilihanraya BN  terutamanya di bahagian Pulau yang jelas sedang menghadapi tekanan yang lebih kuat daripada parti Pakatan Haram gabungan DAP, PAS dan PKR. Jangan pula nanti ada yang melihat UMNO di bahagian Pulau khususnya di Balik Pulau tidak begitu penting? [Cerita selanjutnya]

Sunday, December 26, 2010

Dah nak terberak baru nak korek lobang!

Jadi sedikit kelam kabutlah sebab nak terberak sangat-sangat baru nak korek lobang, kata orang Melayu. Begitulah keadaannya sebuah parti Melayu di kawasan Parlimen Balik Pulau yang mana baru bermula kerja-kerja daftar pengundi. Ada yang kata kempen Gerak Tumpu dan ada yang beritahu  sebagai kempen Gerak Gempur. Apa pun nama gerakan itu hanya bertujuan untuk mendaftar seberapa banyak pengundi yang boleh didaftar pada hari itu.
Maklumlah 25 Disember 2010 adalah hari Sabtu, Cuti Am Hari Krismas kebanyakan penduduk ada yang keluar bercuti, banyak kenduri kahwin dan ada pula pergi beli-belah untuk persiapan pakaian anak-anak bersekolah. Sudah tentu pemilihan tarikh itu tidak begitu tepat sekali. Sebenarnya mereka sedar akan perkara ini. Selaku pemimpin sebuah parti terbesar di Malaysia, mana boleh tak fikir perkara ini semua? Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang kukuh maka gerakan daftar pemilih dibuat pada tarikh itu.
Dalam tempoh 3 jam gerakan daftar pemilih itu dilakukan oleh sekumpulan wanita dan pemuda pagi semalam, sudah dapat mengenal pasti kira-kira 90 orang belum daftar. Sejumlah sebesar itu cuma sempat mereka naik dan turun hanya dua blok bangunan taman perumahan kos rendah sahaja. Sebenarnya mereka tidak sempat untuk menghabiskan semua blok dan semua taman perumahan yang ada di kawasan itu. Ini bermakna gerakan daftar pemilih bagi kawasan itu sepatutnya diteruskan lagi selepas ini. Ini menunjukkan masih begitu ramai orang-orang Melayu belum boleh mengundi kawasan itu jika ditakdirkan pilihanraya umum diadakan dalam tempoh masa terdekat ini. Walaupun difahamkan sudah ada pihak pembangkang terlebih dahulu membuat gerakan daftar pemilih tapi tidak dibuat secara agresif dan menyeluruh.
UMNO perlu berubah jika tidak rakyat akan mengubahnya sekali lagi. Sibuk sepertimana sekalipun, masalah parti mesti diberi keutamaan. Ketua Cawangan nak tunggu arahan dari UMNO Bahagian. Tapi apakah Bahagian juga nak tunggu arahan dari Perhubungan Umno Negeri? Sepatutnya gerakan daftar pemilih boleh dilakukan lebih awal lagi supaya UMNO Cawangan ada masa untuk menggerakkan jenteranya secara lebih tersusun dan menyeluruh. Walau bagaimanapun pujian elok kita berikan kepada golongan wanita dan pemuda Umno yang bersungguh-sungguh melaksanakan gerakan daftar pemilih walaupun dalam masa yang sama mereka terpaksa membatalkan program sendiri yang sudah dirancang sejak setahun lalu. Selepas ini gerakan daftar pemilih mesti diteruskan lagi!!!!

Friday, December 24, 2010

Penceramah yang mendakwa ADUN Pas Selising berzina ditetak?

Melalui sumber Papa Gomo,  Ustaz Saidi yang merupakan bekas pengawal Keselamatan Nik Ajis yang mana telah membongkar isu penangkapan Adun Pas Selising di dalam Koch Kereta Api telah di tetak oleh sekumpulan lelaki yang tidak di kenali malam tadi bertempat di Pasir Putih, Kelantan. Laporan menyatakan Ustaz Saidi kini berada di Balai Polis bagi membuat laporan.
Semoga rakyat dapat menilai sendiri apa yang berlaku ini dan tanya kepada Adun Selising mengapa bertindak sedemikian rupa? Jika benar difitnah, bawa sahaja kes ini ke mahkamah dunia untuk mendapat keadilan. Tapi bukan mengugut dan mengancam nyawa manusia lain yang mendedahkan kemungkaran. Kenapa Tok Guru Nik Aziz diam tentang perkara ini? Kenapa pula Tok Guru Nik Aziz hentam bloggers yang mendedahkan kes ini. Jika Tun Mahathir semasa menjadi PM dulu boleh meminta Anwar Ibrahim meletak jawatan kerana didakwa terlibat dengan kes liwat, kenapa Tok-Tok Guru Nik Aziz dan Haji Hadi Awang selaku Presiden PAS tidak sanggup berbuat demikian? Apakah Tok2 Guru mahu rakyat melihat pemimpin-pemimpin PAS dan wakil-wakil rakyat PAS semuanya bersih-bersih belaka? Maka dengan itu kes ini didiamkan dan mendakwa pula bahawa Allah Taala telah mengampunkan dosa ADUN Selising. Jika kes ini terkena kepada pemimpin UMNO sudah tentu pemimpin-pemimpin PAS sendiri akan mencanangkannya ke seluruh dunia. Kini tiba masanya, Allah Ta'ala menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa tidak semua yang berjubah dan berjanggut itu baik hati-budi dan baik perlakuan. Mereka juga mempunyai keinginan dan bernafsu sepertimana umat Islam yang lain. Cuma golongan yang menggelarkan diri mereka ulama dan lebih alim daripada orang lain akan mendapat ujian yang lebih besar daripada Allah Ta'ala. Kadang-kadang mereka juga terbabas! Paling malang ada yang bertopengkan agama untuk kepentingan diri. Nauzubillahi min zalik.

Thursday, December 23, 2010

ADUN Pas Selising mendakwa dirinya difitnah besar!

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Selising, Drs. Saipul Bahrin Mohamad menyifatkan dakwaan perlakuan zina membabitkan dirinya dengan isteri seorang guru dalam blog papa gomo, merupakan perbuatan khianat dan fitnah besar untuk menamatkan karier politiknya.
Beliau mendakwa, fitnah tersebut sengaja dilakukan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah diri dan seluruh keluarganya di mata masyarakat.
"Fitnah ini bukan baru. Kalau tidak silap saya ia telah dicetuskan sejak 10 tahun lalu iaitu pada tahun 2000. Tapi, mungkin kali ini nampaknya agak lebih sensasi. Kalau dulu keluar cerita ADUN Selising berkhalwat. Tapi kini berzina dengan bini orang.
"Kalau betul saya lakukan perbuatan terkutuk itu, malah saksi utama sendiri kata menangkap saya dan perempuan itu, tapi apa tindakan dia (saksi), kenapa tidak dakwa? Dakwalah," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, malam tadi.
Komen:
Tuduhan zina amat berat terutama kepada seorang wakil rakyat. Jika tidak benar, ADUN PAS berkenaan wajar ambil tindakan mahkamah kepada pihak yang membuat tuduhan itu. Video ada, nama ada dan wajah penceramah itu pun ada itulah yang menyebabkan orang ramai boleh percaya. Jika kita saksikan video melalui youtube, siapa yang tidak percaya? 

Wednesday, December 22, 2010

ADUN PAS berzina cerita benar? Saman jika tak benar.

Mula-mula aku tak percaya sebab ADUN PAS tak mungkin melakukan perbuatan terkutuk itu. Apabila aku menyaksikan video yang mendedahkan seorang penceramah dan saksi kepada kejadian perbuatan sumbang itu aku berpeluh seperti nak pengsan. Isi ucapan penceramah itu sangat jelas dan mudah faham. Ertinya bukanlah suatu fitnah jahat dari puak mana-mana parti lawan.
Yang amat terkejutnya, kes penzinaan itu di bawa ke pengetahuan Tok Guru Nik Aziz. Begitu mudah Tok Guru Nik Aziz mengambil keputusan dengan melakukan solat sunat Istiharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah Ta'ala. Tanpa dipanggil pihak-pihak yang melakukan zina dan saksi-saksi kepada perlakuan terkutuk itu, tok Guru Nik Aziz memberi tahu bahawa Allah Ta'ala telah memaafkannya. MasyaAllah! begitu mudah Tok Guru Nik Aziz menyelesaikan masalah zina. Apakah Allah Ta'ala memaafkan penzina itu kerana penzina itu ADUN PAS bukan ADUN UMNO? Jika UMNO pula, anda boleh lihat sendiri bagaimana tindakan Tun Mahathir minta Anwar Ibrahim melepas jawatan TPM secara terhormat kerana didakwa terlibat dengan kes liwat. Tapi selepas itu Tun Mahathir pula dikecam oleh puak PAS sebagai Mahafiraun, Maha zalim dan sebagainya. Sekarang apa dah jadi siapa sebenarnya yang munafik? [Saksikan Youtube sebelah]

Janji 100 hari jika memerintah negara tapi janji pilihanraya dulu belum tertunai!!!!

Begitulah kerja parti yang menggunakan emosi rakyat. Tak tahu berapa kali berjanji, sekali lagi Parti Pakatan Rakyat berjanji kepada rakyat untuk membuat perubahan dalam masa 100 hari pemerintahannya. Oooh! cukup hebat pemimpin Pakatan sekali lagi cuba menipu rakyat. Konvensyen Pakatan Rakyat langsung tidak membincangkan bagaimana dasar-dasar parti yang ketara berbeza dalam perjuangan dapat diserasikan untuk memerintah negara. Dalam soal ini kesemua pemimpin bersepakat, kita dapat undi dulu, lepas itu kita bincang. Maksud yang lebih jelas, mereka mahu memerintah dahulu negara ini, selepas itu baru mereka bergaduh pasal dasar kerajaan mereka. PAS nak laksanakan hukum hudud dan pembentukan sebuah negara Islam, manakala DAP dengan dasar "Malaysian Malaysia" manakala PKR dasar menolak ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu ertinya semua rakyat Malaysia sama rata dan sama rasa, depan belakang semuanya sama.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat akan menumpukan 10 perkara asas untuk kepentingan semua.
Perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan.Itulah modal lapok merupakan fitnah yang mahu disogok oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berjanggut dan berkopiah putih. Jika benar-benar berlaku, persilakan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor dedahkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dahulu. Inilah masa MB dan Ketua Menteri negeri-negeri ini buktikan kepada rakyat dahulu. Sudah lebih 50 tahun BN memerintah jika ada penyelewengan pun tidaklah begitu besar isunya jika nak dibandingkan dnegan pemerintahan Pakatan Rakyat hari ini. Baru setahun jagung memerintah negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pelbagai masalah rakyat tidak dapat diatasi, masalah kemiskinan rakyat diserahkan kepada kerajaan persekutuan, kedai-kedai dan surau dirobohkan, kampung-kampung tradisonal dihapuskan secara sistematik, salahguna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat berleluasa, kegiatan judi dan maksiat semakin bertambah dan seribu macam peristiwa lagi yang telah dan sedang berlaku begitu menyentuh perasaan rakyat. Manifesto parti-parti Pakatan Rakyat pada masa pilihanraya umum yang lalu belum lagi tertunai. Hampir 3 tahun Pakatan Rakyat memerintah tidak nampak apa-apa janji yang ditunaikan oleh Pakatan Rakyat. Kerajaan Pulau Pinang telah tarik balik subsidi air, manakala kerajaan Selangor mulai merasa beban kewangan setelah memberi subsidi air. Tunggu masa kerajaan Selangor juga akan menghentikan pemberian subsidi air jika ia gagal mengambil alih Syabas. Kerajaan Selangor bukan negeri miskin seperti di Kelantan tapi salahguna kuasa dan penyelewengan pemimpin-pemimpin PR yang mengambil peluang dan kesempatan maka berlakulah pelbagai insiden yang memalukan rakyat. MB Selangor selaku pemimpin nombor wahid di Selangor telah memimpin satu demontrasi secara haram di masjid negara. Begitulah tingkahlaku yang memalukan rakyat negeri Selangor mahu menjadikan demontrasi jalanan sebagai satu kaedah untuk mencapai sesuatu. Inilah contoh yang ditunjukkan dan mungkin cara ini akan menjadi ikutan rakyat Pakatan Rakyat selepas ini. Apa akan jadi kepada negara Malaysia nanti, jika rakyat mengadakan demontrasii jalanan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh, Georgetown dan Alor Setar, Kota Bharu dan lain-lain ibu negeri? Ribuan rakyat akan bangun dan mengadakan perarakan beramai-ramai di kota-kota besar kerana menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang memerintah kerana itulah caranya yang dikehendaki oleh pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.
Angka 100 hari dan angka 10 perkara sebenarnya angka semata-mata. Itulah angka mainan emosi rakyat yang mahu didendangkan oleh pemimpin PR. Tak perlu membicarakan 100 hari dan 10 perkara. Buktikan dan kotakan janji pilihanraya dahulu. Mana dasar Islam yang mahu diperjuangkan oleh PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di selangor, Pulau Pinang dan Kedah? Habuk pun tarak kata orang utara. Kerajaan PR telah memerintah lebih 2 setengah tahun atau kira-kira lebih 900 hari. Jika selama 900 hari pun gagal, masakan pula untuk 100 hari? Jika gagal di sebuah negeri yang kaya seperti di Selangor dan Pulau Pinang masakan pula akan berjaya mentadbir sebuah negara? Kerajaan BN tinggalkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan prasarana yang terbaik untuk diteruskan oleh kerajaan PR. Tapi ternyata kerajaan PR tidak mampu meneruskan kesinambungan itu malahan banyak salahguna kuasa berlaku. Majoriti  rakyat telah merasa tersalah pilih dalam pilihanraya umum dahulu. Ini jelas terbukti dalam beberapa pilihanraya kecil yang lalu, majoriti rakyat telah memilih calon BN. Rakyat pelbagai kaum di Malaysia tidak mahu mereka tertipu lagi. Terbukti nyata di hadapan mata, janji tidak berguna lagi. Pastikan BN menang dalam PRU akan datang untuk memacu kejayaan negara berkonsepkan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Baca selanjutnya..


Sunday, December 19, 2010

Apa yang PAS dapat katakan dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Pembangkang?

Konvensyen kebangsaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang hari ini cuba menunjukkan gabungan  PKR-Pas-DAP itu masih membutuh untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang. Kira-kira 2,000 perwakilan daripada PKR, Pas dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat. Tapi apakah PAS dapat katakan dalam konvensyen itu? Hukum Hudud sudah pun tidak kedengaran lagi dan topik negara Islam sudah tidak perlu dibincangkan lagi tapi untuk apakah pula PAS boleh bersama dengan DAP dan PKR? Parti-parti Pakatan Pembangkang sebenarnya tidak berpakat untuk mencari persefahaman yang tulin dan jitu untuk mentadbir negara [baca sini]. Masing-masing mahu duduk diam dalam soal perbalahan dasar sedangkan mentadbir negara bukan persoalan yang kecil. PAS tak mahu bangkitkan soal negara Islam kerana ini mungkin akan menaikkan kerisauan pihak kawan. Terlalu tunduk rupanya PAS hari ini kerana mahu kuasa politik. Tapi dalam perkiraan kasar, PAS tidak boleh bertanding di kebanyakan kerusi. Ini bererti jika PAS menang kebanyakan kerusi sekali pun tapi PAS masih bukan majoriti dalam Pakatan Rakyat.
Apa yang akan berlaku, PAS berpakat dengan DAP dan PKR hanya mahu melemahkan kekuatan orang Melayu dan Islam yang ditunjangi oleh UMNO sejak 52 tahun dahulu. Sedangkan dalam keadaan sekarang pun PAS tidak mampu berbuat apa-apa di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. PAS hanya pak turut semata-mata kepada DAP dan PKR. PAS terpaksa melutut kepada Anwar Bin Ibrahim sungguhpun pemimpin mereka tahu bahawa DSAI terlibat dengan kes liwat. Mereka sedar dan mereka memang tahu bahawa hampir kebanyakan pemimpin-pemimpin besar parti Keadilan/PKR telah keluar meninggalkan PKR. Yang tinggal hanya Anwar Ibrahim dengan anak pinaknya. Manakala Karpal Singh dan anak beranaknya serta Lim Kit Siang juga dengan anak beranaknya  dalam DAP. Mereka (pemimpin DAP) tersenyum sinis melihat kebodohan bangsa Melayu/Islam yang tidak bersatu. Bangsa yang ramai di Malaysia tetapi lemah kerana berpecah sesama sendiri. Inilah yang berlaku di bumi Arab, Israel sungguhpun sebuah negara kecil tetapi kuat kerana bangsa Arab sendiri tidak bersatu. Apakah bangsa Melayu akan senasib dengan bangsa Palestin suatu hari nanti? Tepuk dada tanya minda anda sendiri.

Thursday, December 16, 2010

RAJA PETRA HENTAM PEMBANGKANG?

Penulis blog, Raja Petra Kamarudin menempelak sikap pakatan pembangkang yang hanya tahu bersorak apabila laman web WikiLeaks membocorkan rahsia yang mendatangkan kesan negatif kepada kerajaan serta pemimpinnya.
Sebaliknya, tegas beliau, apabila mereka pula 'terkena', kalangan pemimpin pembangkang seakan-akan tidak boleh menerima hakikat lalu menuduh apa yang berlaku adalah satu konspirasi dan subjudis.
''Kalau WikiLeaks bocor rahsia tentang kerajaan, anda (pembangkang) bertepuk tangan dan bersorak-sorai serta mengatakan bahawa WikiLeaks adalah kurniaan tuhan. Sekarang, apabila anda pula terkena, anda tuduh bahawa berlaku konspirasi dan subjudis.
''Tolonglah! Kalau takut kena pukul, jangan cari gaduh. Kalau berani gaduh, mestilah terima yang kadang- kadang kena pukul balik. Itu baru kita panggil anak jantan,'' coretnya dalam artikel disiarkan Malaysia Today menerusi ruangan No Holds Barred.
Raja Petra berkata, ramai yang kesal berhubung laporan WikiLeaks mengenai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mereka berteriak subjudis, desas-desus, khabar angin tidak berasas, konspirasi dan lain-lain lagi.
Bagi mereka, jelasnya, adalah tidak adil atau tidak beretika bagi pihak WikiLeaks untuk menerbitkan laporan tentang isu yang sedang dibicarakan di mahkamah.
''Bagi saya, standard yang sama perlu diguna pakai bagi semua pihak. Saya tak percaya pada penggunaan standard yang berbeza untuk setiap orang dan mengalihkan palang gol semasa permainan berlangsung. Inilah pendirian saya selama ini dan saya amat konsisten mengenainya.
''Tapi ramai di pihak pembangkang percaya pada penggunaan dua standard yang berbeza - satu untuk parti pemerintah dan satu lagi untuk pembangkang. Ya, saya memang setuju bahawa semasa sesuatu perbicaraan sedang berlangsung, kita tak patut memberi komen tentangnya. Tapi sejak bila pula pembangkang menghormati peraturan ini?'' soal beliau.

Tuesday, December 14, 2010

Kerajaan Guan Eng langgar syarat tender terbuka!

Kerajaan DAP Pulau Pinang didakwa melanggar syarat sistem tender terbuka apabila meluluskan beberapa projek kepada syarikat-syarikat yang hanya berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Timbalan Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mohamed Fadzill Hassan berkata, tindakan itu bertentangan dengan dasar Kerajaan Pusat yang menetapkan setiap kontraktor juga perlu berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) jika mahu memohon tender.
Menurutnya, syarat berkenaan terkandung dalam Akta 520 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 kepada mereka yang gagal berbuat demikian jika sabit kesalahan.
‘‘Amat bahaya mereka (kerajaan DAP Pulau Pinang) buat begini kerana sudah tentu sesiapa saja yang tidak mempunyai pengalaman, tenaga pakar dan pelbagai lagi syarat ditetapkan CIDB boleh memohon tender,” katanya merangkap Yang Dipertua PKMM Pulau Pinang di sini hari ini.

Sunday, December 12, 2010

UmmiHafida Ali, adik Azmin Ali minta abangnya, Anwar Ibrahim dan Wan Azizah pulang ke pangkal jalan dan bertaubat

Ummi Hafilda Ali yang pernah menggemparkan negara kerana mendedahkan salah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1997 merayu abangnya, Azmin yang kini Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pulang ke pangkal jalan dan bertaubat.
Ummi Hafilda, 42, dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia berkata, beliau membuat seruan itu setelah melihat banyak hipokrasi, penyelewengan, pembohongan serta salah laku melibatkan abangnya itu.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai adik yang secara tidak langsung tahu rahsia-rahsia di dalam lingkungan mereka untuk memperbetulkan keadaan agar tidak terus menanggung dosa.
'Jangan tipu rakyat, jangan tipu bangsa sendiri. Wahai Azmin pulanglah ke pangkal jalan. Bertaubatlah sekurang-kurangnya takutlah pada Allah, malulah kepada para malaikat.
'Kepada Anwar dan Wan Azizah (Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) juga saya pohon perkara yang sama. Bagaimana hebatnya kita sekalipun, Allah mengetahui kebenaran. Jangan nanti mereka ditimpa bala semasa di dunia lagi. Perjuangan saya tidak akan berhenti setakat ini sahaja.
- UMMI HAFILDA ALI
Adik Azmin Ali.

Friday, December 10, 2010

Blogger pro-BN/UMNO tidak diberi perhatian oleh pemimpin UMNO/BN

Tidak dinafikan tulisan blogger 'The Flying Kick' ada kebenarannya [Baca sini]. Pemimpin-pemimpin UMNO/BN tidak memberi perhatian kepada blogger-blogger pro BN/UMNO. Ini bermakna bloggers pro UMNO/BN menulis secara sukarela tanpa sebarang sokongan moral, idea mahupun bantuan material. Oleh kerana kita masih sayangkan UMNO/BN kita terpaksa menulis dan menghabiskan tidak kurang 2 - 3 jam sehari untuk mencari bahan/maklumat dan menulis. Sumbangan yang lebih besar jika kita bandingkan dengan peranan seorang Ahli Jawankuasa UMNO Bahagian yang hadir mesyuarat sekali dalam masa dua bulan atau dua kali dalam masa tempoh setahun. Bloggers pro-UMNO/BN sentiasa menulis dan sentiasa memastikan blognya mengikuti perkembangan politik semasa pada setiap hari dan ketika. Tidur lewat malam sudah menjadi perkara biasa bagi blogger yang aktif menulis dan kadang-kadang mengambil peluang masa rehat di hari-hari bekerja. 
Tapi apakah pemimpin-pemimpin UMNO/BN sedar tentang perkara ini. Atau mungkin pemimpin-pemimpin UMNO/BN masih tidak percaya dan yakin dengan peranan media baru ini. Kemenangan parti-parti pembangkang dalam PRU12 yang lalu banyak dibantu oleh peranan blogger-blogger pro pembangkang yang menguasai dunia media baru ketika itu. Pemimpin UMNO/BN masih mengharapkan akhbar perdana dan media elektronik seperti TV untuk menyampaikan mesej kerajaan BN dalam setiap kempen pilihanraya mereka. Apakah sikap dingin pemimpin UMNO/BN seperti ini akan berterusan hingga ke PRU13 akan datang? Kita lihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mulai mengumpul semula bloggers pro-Pakatan Rakyat [baca sini] dan akan mulai membuat serangan secara agresif dan pantas ke atas bloggers pro-BN/UMNO. Jika bloggers pro-BN/UMNO tak ada kekuatan mental dan juga fizikal, apatah lagi tidak mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, kemungkinan bloggers pro-BN/UMNO akan 'tutup kedai'. Kita bersabarlah kerana kita masih sayangkan perjuangan UMNO/BN. Jangan sampai suatu masa bloggers pro-UMNO/BN bertindak menongkah arus. Jika berlaku begini, pasti  calon UMNO/BN dalam PRU13 akan datang menghadapi masalah untuk menang!

Tugas utama pembangkang menyebar fitnah dan membohongi rakyat!

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam telah memberi amaran martabat dan jawatan seseorang bukan jaminan mereka tidak akan diambil tindakan jika melakukan rasuah. “Ada pihak cuba melemparkan gosip-gosip liar dan mempolitikkan isu rasuah, namun tindakan yang telah kita ambil selama ini membuktikan kita tidak memilih bulu.
“Bagi pihak kerajaan, saya sendiri tidak pernah campur tangan dalam operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Tidak timbul soal cover-up (melindungi) sesuatu kes kerana SPRM perlu memberikan penjelasan kepada Lembaga Penilaian Operasi bagi aduan yang tidak diambil tindakan,” kata beliau.
Komen:
Kalau pemimpin pembangkang kena tahan SPRM, depa akan kata itu semua kerja UMNO. SPRM jadi barua kepada kerajaan pusat. SPRM bekerja untuk kerajaan BN. Pemimpin pembangkang bukan tak tahupun, BPR (Badan Pencegah Rasuah) sudah dijadikan sebuah badan bebas dikenali sebagai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia). Depa tahu ada beberapa Jawatankuasa yang dianggotai oleh tokoh perundangan, bekas-bekas hakim yang berintegriti sedang memantau SPRM. Jika DS Najib bersumpah dengan nama Allah, dalam masjid malahan di hadapan Kaabah sekalipun, puak-puak pembangkang ini tidak akan peduli kerana senjata fitnah merekalah yang boleh menjatuhkan UMNO/BN dalam PRU yang akan datang. Malahan penahanan Dato Khir Toyo dikatan pula sandiwara UMNO. Begitu busuk dan hodoh, hati dan perangai puak-puak pembangkang ini cuba meracuni fikiran rakyat. Yang peliknya pegawai-pegawai tinggi kerajaan pun ada yang percaya. Macam mana seorang pegawai kerajaan jadi seperti itu. Ini bermakna begitu kuat racun fitnah yang menjadi produk utama PAS, PKR dan DAP bagi menghadapi pilihanraya akan datang untuk menjatuhkan kerajaan BN. Sebenarnya pembangkang sudah ketandusan isu sebaliknya kerajaan pimpinan pembangkang di beberapa buah negeri banyak isu yang boleh dipersoalkan oleh BN. Tapi pemimpin BN lebih menumpukan kepada usaha-usaha membantu dan membela rakyat dan mentadbir negara selaras denga falsafah " 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Thursday, December 9, 2010

Mudir Pondok Pok Kerai, Kelantan mengatakan PAS terpesong !!!!!!!!!!!!!

Pas telah tersasar jauh daripada perjuangan asalnya sehingga sanggup membelakangi ayat-ayat Allah dengan menjadikan orang bukan Islam sebagai rakan seperjuangan. Mudir Pondok Pok Kerai, Mohamed Zainal Abidin Awang berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengatakan tidak kisah sekiranya Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri nyata terpesong daripada ajaran al-Quran dan hadis.
Beliau berkata, Pas lebih mementingkan sekutu politiknya sehingga sanggup menjual serta membelakangi ayat-ayat al-Quran dan sekiranya tindakan itu dibiarkan tidak mustahil Malaysia akan dijual oleh golongan Melayu yang mendakwa faham agama tetapi daif mengenai hakikat Islam dan ketuanan bangsa.
"Justeru itu, saya mewakili masyarakat pondok tradisional menyeru pemimpin Islam bangkit menyedarkan pemimpin Pas ini bahawa tindakan mereka itu menjurus kepada kehancuran.
"Saya amatlah terharu kerana berlakunya kemungkaran besar yang telah dilakukan oleh pemimpin Pas terhadap bumi Malaysia di mana mereka tergamak untuk mengambil orang bukan Islam sebagai Timbalan Perdana Menteri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas pendirian terbaru Nik Abdul Aziz mengenai pelantikan Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.
Dalam blog www.blogtokguru.com, Mursyidul Am Pas itu menyatakan, Kit Siang boleh dilantik ke jawatan itu dengan syarat beliau mesti merupakan seorang Muslim yang soleh.
"Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekali pun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Ini prinsip Islam yang perlu dipatuhi dalam membentuk kepimpinan negara dan ummah," katanya dalam blog berkenaan.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini dalam wawancara akhbar Sin Chew Daily berjanji memberi jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Kit Siang jika pakatan pembangkang menangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Mohamed Zainal Abidin berkata, tindak-tanduk Nik Abdul Aziz sekarang jelas menunjukkan bahawa beliau amat mementingkan kuasa daripada perjuangan sebenar untuk menegakkan Islam.
"Apa yang dilakukan Pas hanya untuk terus bertahan dan membalas dendam terhadap UMNO kerana perjuangan mereka tidak diterima rakyat," katanya.

Pemuda Pas Perak sokong ketuanan Melayu? Celako mu! titah Nik Aziz

Dewan Pemuda Pas Negeri Perak (DPPNPk) hari ini menyokong titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bahawa orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri.
Setiausahanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, titah berkenaan bertepatan dengan situasi negara kerana mereka yang mempertikaikannya, bertindak tanpa berasaskan faktor sejarah dan bercanggah dengan perlembagaan negara.
"Perkara ini turut ditekankan oleh Pas dan pakatan pembangkang yang bersepakat berdasarkan konvensyen tahun lalu yang akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan termasuk hak istimewa orang Melayu dan Raja Berperlembagaan.
”DPPNPk juga menyembah maklum akur dengan titah Sultan Azlan Shah kerana sejarah telah menyatakan bahawa kejatuhan empayar dan Kerajaan Islam dahulu adalah akibat pemimpinnya telah lalai terhadap tanggungjawab dan perintah agama,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Katanya, DPPNPk komited mempertahankan Perlembagaan Malaysia. – Bernama
Komen:
Jika benar PAS dan Pakatan Pembangkang bersepakat dalam memepertahankan Perlembagaan Persekutuan tapi mengapakah Presiden PKR dan Ketua Umum PKR tidak bersepakat dalam hal ini? Pakatan apakah maknanya itu? Jika hal-hal sebegini asas dan penting pun langsung tidak ada kesepakatan antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Tok Guru Nik Aziz (maaf sedang sakit, kita doakan harap dia sembuh) juga tidak senang dengan ketuanan Melayu atau bangsa Melayu. Setelah DYMM Raja-raja Melayu bangkit menitah kemurkaan baginda terhadap pemimpin-pemimpin Melayu tertentu yang mempertikaikan Perlembagaan Persekutuan, barulah terdengar Pemuda PAS Perak bersuara. Itu pun belum sah benar. Jika TG Nik Ajis tahu, "Celako! celako! celako! ore yang memjuangkan ketuane Melayu! kata Nik Ajis. Rakyat dah tahupun perjuangan PAS apa-apa isu sekalipun seperti sabut yang tenggelam timbul, terumbang ambing, tidak halatuju yang jelas dan konkrit. Maklumlah PAS For All...

Wednesday, December 8, 2010

Derhaka titah Raja Melayu. Tapi Melayu PKR dan PAS buat2 tak faham!

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah "Orang Melayu yang mempertikaikan status agama Islam dan hak keistimewaan orang Melayu di negara ini telah menghina dan menderhaka bangsanya sendiri" Titah baginda lagi, "Sebarang suara mempertikaikan status Islam dan keistimewaan orang Melayu di bumi ini, adalah perbuatan yang tidak berasaskan sejarah serta bercanggah dengan Perlembagaan Negara". ''Jika ada kalangan orang Melayu yang melakukannya, mereka itu sebenarnya telah melakukan penghinaan kepada bangsa dan telah derhaka kepada bangsa sendiri".
 Yang di-Pertuan Agong , Tuanku Mizan Zainal Abidin pula menyeru umat Islam mempertahan dan memupuk semangat perpaduan, kasih sayang serta toleransi kaum sebagaimana yang ditunjukkan melalui peristiwa hijrah Rasulullah SAW. Seri Paduka memberikan ingatan supaya perpaduan yang telah dibina sekian lama di negara ini tidak diruntuhkan hanya kerana memenuhi tuntutan segelintir pihak yang ekstrem dan rakus meraih keuntungan untuk kelompok sendiri.
Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah mahu semua pihak tidak lagi membangkitkan isu-isu berkaitan hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Titah baginda, meskipun orang Melayu mempunyai hak keistimewaan tersendiri namun hak-hak kaum lain tetap terpelihara. "Tidak wajar perkara ini (hak orang Melayu) dibangkitkan. Dalam Perlembagaan hak-hak semua kaum telah dijelaskan termasuk kebebasan beragama.
"Semua diperuntukkan dalam Perlembagaan, orang Melayu dan bukan Melayu sudah diberi hak. Contohnya bahasa Malaysia ialah bahasa rasmi atau agama Islam adalah agama rasmi tetapi penganut agama lain serta bangsa lain boleh mengguna atau mengamalkan bahasa serta agama mereka di negara ini," titah baginda.
Baginda bertitah demikian selepas majlis sambutan Maal Hijrah peringkat negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah semalam.

Tuesday, December 7, 2010

ABDUL AZIZ BARI: PRO NIK AZIZ BERANGGAPAN GUAN ENG LEBIH HEBAT!

Begitulah pandangan seorang  professor  pembangkang, Abdul Aziz Bari mengatakan, adalah lebih baik mempunyai Perdana Menteri bukan Melayu dan bukan Islam yang menghormati perlembagaan daripada mempunyai Perdana Menteri Melayu yang meletakkan dirinya atas perlembagaan. Apa yang berlaku di bawah pentadbiran Mahathir selama 22 tahun yang berakhir pada 2003 dan apa yang ditunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang sejak Mac 2008 boleh dijadikan alasan.
Apa yang penting dalam soal Islam dan Melayu ialah Raja-raja memainkan peranan sebagaimana dikehendaki Perlembagaan. Saya sudah menjelaskan bahawa Islam, termasuk hudud dan qisas tidak dilarang perlembagaan. Sebab itu saya menegaskan, tidak ada salahnya mencuba menerima Perdana Menteri – dan bukan setakat Timbalan Perdana Menteri yang tidak disebut pun oleh Perlembagaan – bukan Islam.
UMNO membuat bising kerana hendak mengipas sentimen dan ketakutan orang Melayu yang miskin dan melarat. UMNO amat tertekan kerana isu-isu seperti membasmi rasuah, memperkasa ketelusan, pertanggungjawaban dan politik baru bukan isu mereka.
Komen:
Abdul Aziz Bari, seorang pensyarah undang-undang dari UIAM jelas memihak kepada perjuangan PAS dan rapat dengan pembangkang. Beliau dilihat sebagai 'penyelamat' perjuangan PAS ke arah haluan yang betul. Pandangannya lebih selari dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Abdul Aziz Bari juga menganggap Abdul Hadi Awang sebagai 'Paklah versi PAS' kerana kepimpinannya terlalu lemah berbanding dengan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. Kepimpinan Abdul Hadi dilihat tidak menyerlah dan kehilangan daya tarikan (kehilangan stim).
Bukan semua professor itu bijak pandai. Dalam politik seorang prof sudah tiada apa artinya lagi jika pandangannya sudah ada kecondongan menyokong sesuatu parti. Parti lain dia tak nampak kebaikan, jika ada sikit sahaja.  DIa akan nampak kebaikan dan kelebihan yang ada pada parti yang disokongnya dan pakatan yang dia bernaung. Biarpun perjuangan pakatan jadi caca merba, malahan tiada kesepakatan yang jitu dan jelas dalam perjuangan namun sebagai penyokong tegar, selaku prof Abdul Aziz Bari terpaksa pejam sebelah mata dan melihat UMNO/BN lebih teruk dari itu.
Petikan di atas amat jelas untuk difahami. Perbezaan pandangan beliau terhadap kepimpinan Tun Mahathir dan Guan Eng mencerminkan ideologi sempitnya yang memihak kepada pembangkang. Kepimpinan Guan Eng lebih menyerlah daripada Tun Mahathir mengikut pandangannya. Jika begitu, eloklah Abdul Aziz Bari mai duduk kat Balik Pulau sebulan dua bulan. Lihatlah apa yang sedang berlaku? Jangan meneropong dari UIAM kerana seorang professor dia bebas memberi kredit kepada pemimpin mana yang dia suka. Jagalah imej seorang professor di UIAM, jangan jadi seperti ulamak politik yang sudah tak ketahuan arah perjuangan Islam yang sebenar. Apakah Abdul Aziz Bari melihat perjuangan DAP itu lebih mulia dari UMNO terutama dalam soal menjaga kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia? Justeru Abdul Aziz Bari melihat Pakatan Rakyat hari ini adalah suatu parti alternatif kepada BN untuk pilihan rakyat dalam PRU yang akan datang? Apakah PAS mampu mengemudikan kepimpinan negara jika ditakdirkan berkuasa? Kita lihat kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, kepimpinan PAS tidak menonjol. Kepimpinan PAS tenggelam dalam kerajaan PR. Malahan kerajaan PR belum dapat menunaikan janji-janji pilihanraya yang lalu. Pemikiran pemimpin PR masih bersifat pembangkang di negeri tadbir mereka.  Manakala perjuangan Islam PAS sekadar retorik untuk kekal berkuasa, ada program kerajaan dimenafaatkan secara keterlaluan untuk kepentingan parti politik PR. Ini tidak berlaku dalam kerajaan BN terutama kepimpinan DS Najib yang mahu pemimpin BN turun ke padang berjumpa rakyat dan bersedia membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik.

Monday, December 6, 2010

Khir Toyo ditahan SPRM, bukti SPRM tidak pilih bulu!

Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hari ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di pejabatnya di Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi tadi.
Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata, Khir Toyo akan dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk dituduh di bawah Sekyen 165 Kanun Keseksaan atas kesalahan rasuah.
Komen:
Apa komen pemimpin pembangkang bila pemimpin kerajaan BN ditahan? Sudah pasti mereka akan kata sangat wajar ditahan kerana pemimpin BN semuanya kaki rasuah. Tapi bagaimana pula reaksi pemimpin pembangkang jika ditahan SPRM? Ada yang berhempas pulas enggan ditahan oleh SPRM, pegawai SPRM diugut dan dicemuh dan kerap kalinya mereka yang ditahan akan diiringi dengan peguam mereka. Mereka akan mengatakan penahanan mereka adalah perbuatan fitnah daripada UMNO, mereka dianiayai oleh UMNO dan sebagainya. 
Sebenarnya kita tidak membela sesiapa pun yang rmemberi atau menerima rasuah. Pemimpin UMNO/BN yang melakukan rasuah wajar diambil tindakan sewajarnya oleh SPRM. Jika Datuk Seri Mohamad Khir Toyo terbukti terlibat, hukuman yang setimpal patut dikenakan.
Oleh itu kita mintalah pemimpin pembangkang jangan melatah dan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kebencian rakyat kepada SPRM. Bersedia untuk disiasat dengan tidak menimbulkan sebarang tindakan provokasi yang boleh menjatuhkan imej pihak berkuasa. Ikutilah contoh perilaku pemimpin-pemimpin BN yang pernah disiasat oleh PDRM ataupun SPRM,  akur dengan  arahan pihak berkuasa secara 'gentlemen', bersedia untuk disoal siasat bila-bila masa tanpa mengwujudkan tindakan provokasi terhadap pegawai SPRM yang bertugas.

Sunday, December 5, 2010

Demontrasi anjuran MB Selangor lebih ramai daripada demontrasi Bersih?

Khalid Gagap, MB Selangor seorang pemimpin no.1 di Selangor. Peralatkan rakyat kerana isu air di Selangor. Mengadakan demontrasi berarak untuk menyampaikan memorandum  ke Istana Negara. Begitulah cara PKR menangani sesuatu isu. Kononnya kebebasan demokrasi ala PKR yang dipelopori Anwar Bin Ibrahim.  Jika BN pun guna cara yang sama, depa akan kata BN tidak demokratik. Nasib baik MB-MB dari BN tidak ikut perangai Khalid Gagap. 
Sebenarnya PKR atau pembangkang sudah tiada isu lagi. PKR adalah parti yang akan ditalqinkan DAP tak berapa lama lagi. Pemilihan kepimpinan PKR baru ini penuh dengan peristiwa baling kerusi, bergaduh bertumbuk hingga ke mahkamah. PKR sudah tidak bermaruah lagi. Semua kemelut itu ciptaan PKR sendiri. UMNO tidak terbabit dan BN tidak terlibat langsung. Yang hadir mesyuarat pemilihan PKR tidak sampai 10% daripada jumlah ahli PKR keseluruhannya. Lagi 90% mungkin sudah kecewa dengan masalah PKR, sudah bosan dengan kemelut yang melanda PKR dan mungkin sudah meninggalkan PKR secara senyap-senyap. Pelbagai kemungkinan boleh kita katakan kerana PKR sebuah parti kencing rakyat.
Demontrasi PKR hari ini untuk melihat sejauh mana sokongan rakyat kepada PKR dan pembangkang. Mereka mahu melihat ratusan ribu penyokong keluar berdemontrasi seperti mana perhimpunan Bersih suatu masa dulu. Mereka mahu dunia luar melihat bahawa pembangkang di Malaysia sangat kuat. Mereka mahu dunia luar melihat negara Malaysia masih tidak aman kerana ada sahaja demontrasi di sana sini. Itu semua agenda jahat pembangkang bergurukan Anwar Bin Ibrahim.
Rupa-rupanya kehadiran rakyat tidak begitu ramai, cuma 2000 orang tidak mencerminkan sokongan rakyat keseluruhannya. Kasihan PKR dan pembangkang yang semakin kecut perut menghadapi PRU13 yang akan datang. Rakyat tidak boleh lagi diperbodohkan seperti dulu. Rakyat sudah cerdik dan dapat menilai, apa yang pembangkang telah lakukan selama ini.  Yang datang mungkin ahli tegar PAS, PKR dan DAP. Jika jumlah itu mewakili seluruh negeri Selangor, apakah ahli PKR atau pembangkang seramai itu? Kasihan, kasihan, kasihannn....demontrasi yang dianjurkan oleh pemimpin No.1 Selangor hanya cuma 2,000 orang yang hadir. Jika hadir 10,000 pun masih belum cukup memuaskan. Rakyat tidak bangang lagi. Rakyat Selangor sudah nampak apa yang sedang berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah. Rakyat telah lihat perubahan yang telah dibawa oleh BN hari ini. Rakyat pelbagai kaum mulai yakin dengan kepimpinan DS Najib. Konvensyen BN hari ini berjaya meningkatkan keyakinan rakyat pelbagai kaum terhadap kerajaan BN yang berpegangk uat kepada prinsip "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan".

Harakah betul2 haprak dakwa ekonomi Malaysia semakin tenat!

Harakah Daily hari ini memuatkan berita hapraknya dengan mendakwa kenaikan harga petrol dan diesel masing-masing 5 sen untuk seliter, membuktikan ekonomi kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin tenat.
Dengan itu, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula meminta kerajaan  menarik balik slogan kerajaannya ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’, kerana kenaikan harga minyak termasuk gula tidak menggambarkan ciri-ciri itu.
Nik Aziz berkata demikian kepada Haprakdaily ketika ditemui selepas merasmikan majlis khatam perdana Dun Chempaka di Pusat Tarbiah Islamiah (Putik), di sini hari ini.
Komen:
Pemimpin negara mana yang mahu harga barang2 naik, pemimpin negara  mana yang tak mahu gaji kakitangan awamnya dinaikkan dan pemimpin negara mana yang tidak mahu bonus diberikan? Tapi mengurus ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh dianggap mudah. Ada kesan langsung dan tidak langsung kepada semua pihak. Paling penting kenaikan harga produk itu tidak membebankan rakyat. Harga petrol, diesel dan gula masih rendah dan paling rendah jika dibandingkan dengan harga barang2 itu di Singapura, Indonesia, Thailand dan lain-lain. Rasionalisasi subsidi perlu dilakukan kerana kerajaan mendapati ia perlu terus mengurus kedudukan fiskal kerajaan bagi meningkatkan jumlah kutipan hasil dan pada masa yang sama, mengurangkan perbelanjaan kerajaan.
Banyak subsidi petrol dan diesel (jika subsidi tidak dikurangkan kerajaan) diberikan kepada pemilik-pemilik kenderaan- lori, bas, kereta dan kapal dan bot-bot nelayan dan sebagainya. Yang banyak memiliki kenderaan, berkereta  besar, bot besar yang sebenarnya banyak menerima subsidi kerajaan. Apakah yang banyak menerima subsidi petrol dan diesel ini adalah golongan miskin? Apakah golongan miskin seperti nelayan mempunyai kapal tangkap ikan dil aut dalam, bot pukat yang besar, pukat tunda dan sebagainya? Walaubagimana pun kerajaan Malaysia tetap memberi elaun sara hidup kepada nelayan sebanyak RM200 sebulan dan subsidi kepada petrol. Namun demikian subsidi petrol, gula, tepung dan minyak masak masih diteruskan oleh kerajaan supaya rakyat dapat membeli harga produk tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga pasaran. Tak perlu dipertikaikan gagasan kerajaan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" dengan hanya kenaikan harga petrol dan diesel. Perlu faham, kerajaan tidak menaikkan harga produk tersebut. Bila dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dilaksanakan, subsidi kerajaan kepada produk tersebut dikurangkan. Pengurangan subsidi itulah yang menyebabkan harga produk itu naik. Jika tidak, kerajaan akan terus menanggung lebih banyak subsidi dengan kenaikan harga produk itu di pasaran antarabangsa.
Salahkah jika penjimatan kerajaan dari subsidi yang  diberikan kepada pemilik2 kenderaan yang banyak dan kenderaan darat dan laut yang besar jumlah berbilion ringgit itu diagihkan semula kepada rakyat yang kurang bernasib baik. Jika pembangkang boleh lakukan sila buktikan dulu di negeri-negeri yang diperintahnya. Laksanakan dasar fiskal kerajaan pembangkang dengan menaikkan gaji kakitangan kerajaan negeri dan pada masa yang sama kurangkan cukai-cukai tak langsung yang dikenakan oleh kerajaan negeri ataupun kerajaan tempatan yang ada. Jika boleh laksanakan, kita akan pastikan Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya selepas PRU13 akan datang!

Friday, December 3, 2010

Sokong Kit Siang jadi TPM bercanggah matlamat Pas

HAKIKAT yang tidak boleh ditolak oleh catatan sejarah politik negara adalah Pas merupakan sebuah parti serpihan UMNO yang dilahirkan oleh mereka yang berpendidikan agama, terutama ahli yang menerima pendidikan di Asia Barat.
Parti itu lahir hasil daripada pertemuan pertama alim ulama pada 24 November 1951 iaitu pertemuan yang diinisiatifkan oleh Mudir Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah, Haji Ahmad Badawi Abdullah Fahim. Penubuhannya bertujuan membangkang dan membetulkan UMNO dari sudut keagamaan.
Haji Ahmad Badawi yang merupakan pengasas Madrasah ad-Daeratul Maarif al-Wathaniyah adalah ayahanda kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Abdullah merupakan antara pelajar madrasah berkenaan dan Perdana Menteri Malaysia pertama yang mempunyai ijazah dalam bidang Pengajian Islam.
Selain itu, matlamat Pas diasaskan adalah untuk menjadi pembangkang dan menegur UMNO dari sudut keislaman, mengekalkan kuasa Melayu dan menegaskan pemimpin negara sebagai pemerintah utama negara mestilah beragama Islam. Itu adalah antara matlamat Pas kerana secara umumnya setiap orang berbangsa Melayu di negara ini adalah beragama Islam.
Tetapi apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai tokoh paling berpengaruh dan paling dipakai buah fikirannya oleh Pas pada waktu ini boleh bersetuju dengan janji Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu melantik Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya umum akan datang dan berjaya menubuhkan kerajaan, ia secara terang lagi bersuluh bahawa janji itu jelas bercanggah dengan matlamat, tujuan dan fungsi Pas ditubuhkan.
Malah pada perhatian saya, Pas pada era 'Nikazizsme' telah menjadikan Nik Aziz bersikap umpama tikus membaiki labu dan tupai membaiki buah manggis, menjadikan Pas semakin kehilangan identiti sebagai sebuah parti politik yang konon perjuangannya berteraskan Islam.
Seandainya majoriti rakyat, terutama majoriti pendukung dan penyokong Pas boleh terpedaya dengan pendekatan berpolitik gaya Nik Aziz pada era Pas dibayangi sindrom dan wabak Nikazizsme ini, maka negara ini pasti akan mengalami bencana besar.
Kalangan bukan Melayu bukan sahaja akan terus menguasai bidang ekonomi tetapi juga akan menguasai politik dan juga kuasa pemerintahan dan pentadbiran negara sebagaimana pada waktu ini sedang berlaku di Pulau Pinang.
Sehubungan itu, rakyat tidak boleh terikut-ikut dengan pendekatan berpolitik PKR dan Pas yang cuba bermain api untuk membakar peluang dan keistimewaan Melayu sebagai bangsa pertuanan negara ini sebagaimana yang telah termaktub dalam Perlembagaan negara.
Janganlah bak seperti kata pepatah, 'sudah terhantuk baru tengadah'. Ini kerana apabila nasi sudah menjadi bubur dan menangis keluar air mata darah sekali pun, bubur tidak akan bertukar menjadi nasi kembali.
Biarlah pemimpin, pendukung dan penyokong PKR dan Pas terjun dengan labu-labunya. Kita rakyat jelata jangan ikut terjun sama. Sayangilah negara dan bangsa kita, di samping pada waktu yang sama kita menghormati dan mengekalkan persefahaman serta keharmonian dengan kaum-kaum lain sebagai rakan senegara tanpa perlu mengorbankan ketuanan, semata-mata kerana mahu menunjukkan sifat dan sikap setiakawan yang melampau.
Ingin saya tegaskan iaitu buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali.
RAMLI ABDUL HALIM
Kota Bharu, Kelantan.

Thursday, December 2, 2010

Tanah Koperasi dibina dengan rumah kos sederhana mewah, kenapa?

Kita marah jika kawasan kita, kawasan perkampungan tradisional Melayu ataupun Cina didirikan rumah-rumah kos sederhana tinggi hingga mencapai harga ratusan ribu ringgit sebuah. Kita marah kepada developer, kita marah kerana developer membina rumah harga ratus ribu ringgit sebuah. Siapa mampu beli? Pak Ali tak mampu beli. Ah Chong mungkin boleh beli. Masalahnya tanah orang Melayu dulu kini sudah berpindah hak milik. Mungkin tergadai atau dijual kepada pihak lain. Ada tanah tak luas mana. Nak pakat duduk tak dapat semua. Nanti ada waris yang marah kerana dia dapat tak seluas mana. Bolehlah untuk sebuah lau ayam. Keputusan yang terbaik, tanah itu dijual. Bila tanah dijual, hasil jualan mungkin puluh ribu atau ratusan ribu ringgit lebih mudah diagih-agihkan kepada waris yang layak. Kes seperti ini, kita tak boleh marah sebab kerana tanah boleh bergaduh adik beradik. Ada kes sama adik beradik berparang kerana tanah. Anak tak bercakap dengan mak bapa kerana kes tanah. Abang kena tetak dengan adik kerana merebut tanah. Kes seumpama itu pernah berlaku dan boleh berlaku di mana-mana. Maklumlah tanah sekarang sudah terlalu mahal.
Yang nak dibangkitkan bukan tanah Pak Ali. Orang mulai bercakap kenapa tanah koperasi dijual atau jika tak jual pun kenapa dibina dengan rumah kos sederhana tinggi. Di Teluk Kumbar ada tanah milik sebuah koperasi tapi dibina dengan rumah-rumah kos ratus ribu ringgit sebuah. Bolehkah ahli koperasi beli? Bolehkah orang Melayu beli? Di sebelah Bayan Lepas dan Sungai Ara sana lagi teruk. Semua orang tahu, sebuah koperasi yang ternama di Pulau Pinang telah membina banyak rumah kediaman dan rumah kedai. Tapi sayang siapa yang memilikinya semua itu? Keuntungan sudah menjadi tujuan utama koperasi. Dalam usaha mencari keuntungan besar, koperasi tidak mengindahkan langsung akan kesan dan akibat kedudukan geopolitik masa depan orang Melayu di sesuatu kawasan/daerah. Banggakah kita jika kita ada sebuah koperasi Melayu yang kaya tetapi tanah miliknya, rumahnya, rumah kedainya bukan milik Melayu? Pertubuhan-pertubuhan seperti ini, yang berteraskan Melayu sepatutnya mempunyai tanggungjawab sosial menjaga kepentingan Melayu agar kampung-kampung Melayu tidak akan tergadai kepada pihak yang lain. Jika pemimpin koperasi sendiri pun tak mahu menjaga kepentingan Melayu, apa tah lagi orang seperti Pak Ali sekadar lulus tahun 6 sekolah rendah Melayu. Kita tak mahu seperti kata pepatah Melayu, "harapkan pagar, pagar makan padi".

Tuesday, November 30, 2010

Projek-projek perumahan naik gile di Teluk Kumbar Pulau Pinang, angkara siapa?

Sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri, Guan Eng berkuasa dan bermaharaja lela. PKR dan PAS tak terkata apa-apa. Gerai orang Melayu dirobohkan kerana ada aduan. Gerai-gerai Cina yang memenuhi sebahagian jalan-jalan di Georgetown tidak dirobohkan kerana ada permintaan dan keperluan. Statistik menunjukkan jumlah gerai orang Melayu yang diroboh tak banyak berbanding dengan kaum Cina. Pemimpin PAS dan PKR mengangguk betul. Merobohkan gerai-gerai Melayu itu tindakan betul oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Tapi orang Melayu semua mahu ingat dan mahu fahamlah! Berapa ramai pula orang Melayu yang dapat berniaga berbanding dengan orang Cina? Satu gerai Melayu diroboh mungkin pengusaha gerai itu jadi papa kedana tapi satu gerai Cina diroboh 100 gerai baru lagi akan naik. Ini mesti kena tahu, jangan kena tipu dengan Guan Eng. Kita tulis bukan mahu Melayu sama Cina bergaduh. Kita mahu Melayu berdiri sama tinggi sama orang Cina dan duduk pun sama rendah dengan orang Cina. Tapi sekarang apa sudah jadi. Mahu berdiri pun tak boleh tinggi, sebab Guan Eng punya pasal, PKR dan PAS punya angkara, orang Melayu semakin terhimpit. Di kawasan Teluk Kumbar sahaja tidak kurang dari 7 buah projek perumahan yang sedang dalam proses pembinaan di beberapa buah kampung di Teluk Kumbar. Harga rumah antara RM500 ribu hingga RM850 ribu sebuah, cukup tinggi tapi apakah orang Melayu PP mampu membelinya? Begitu banyak projek dan begitu cepat projek diluluskan oleh kerajaan negeri DAP, kenapa? Apakah permintaan untuk rumah harga semahal itu untuk orang Melayu? Inilah akibatnya yang akan ditanggung oleh orang Melayu tempatan sendiri akibat orang Melayu sendiri terutama pemimpin PAS dan PKR yang banyak membuat fitnah terhadap kepimpinan UMNO/BN semasa kempen PRU12 dulu. Jawablah wahai pemimpin PKR dan PAS! Kenapa anda biarkan projek-projek perumahan naik bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan? Kampung tradisi India di Kampung Buah Pala telah lenyap, Kampung Jalan Pokok Asam akan berkubur, Kampung Binjai menunggu masa dan kampung Teluk Kumbar sedang berperang untuk keadilan! Kampung Genting dan Pondok Upeh telah dibuat pengambilan oleh kerajaan negeri untuk membina sebuah institusi pengajian tinggi swasta yang berpusat di Singapura. Kenapa ini tidak berlaku semasa BN memerintah dulu? Tarik balik tuduhan yang mengatakan BN merampas tanah rakyat, merobohkan rumah rakyat, merampas harta rakyat dan banyak lagi rakyat..rakyat dan rakyat. Ini bermakna pemimpin DAP yang disokong kuat oleh PAS dan PKR telah berjaya membohongi rakyat, menipu rakyat dengan kaedah memfitnah UMNO/BN. Akan datang blog ini akan paparkan gambar-gambar menunjukkan projek-projek perumahan yang sedang dalam proses pembinaan. Bukan fitnah, UMNO/BN tidak menipu rakyat. Tunggulah entri yang akan datang!

Monday, November 29, 2010

Kerajaan Pakatan Rakyat Main Wayang di Teluk Kumbar Pulau Pinang!



Pada 29 November 2010 kira-kira jam 10.20 pagi, suatu perhimpunan penduduk berhampiran pekan Teluk Kumbar telah diadakan bagi menunjukkan bantahan terhadap pemaju projek, Beberapa buah rumah berhampiran pekan Teluk Kumbar cuba diroboh oleh pemaju, KL Metro Development. Sebelum ini penduduk yang terlibat pernah mengadakan demontrasi secara aman kerana pampasan yang diberikan cuma RM20,000 setiap rumah. Yang pelik dan benar, parti pembangkang PKR, PAS dan DAP yang memerintah hari ini pula yang mahu jadi juara dalam isu ini. Dalam demontrasi itu pemimpin PR turut serta dengan banner parti-parti masing-masing. Yang memerintah kerajaan negeri adalah Pakatan Rakyat dan meluluskan projek pembangunan adalah Pakatan Kerajaan tapi yang peliknya yang menjuarai demontrasi itu juga adalah Pakatan Rakyat. Janganlah main wayang wahai pemimpin Pakatan Rakyat. Gunakanlah kuasa yang ada untuk membantu rakyat. Exco Perumahan Negeri juga dari pemimpin Pakatan Rakyat. Exco Tanah juga dari pemimpin Pakatan Rakyat. Ketua Menteri juga dari Pakatan Rakyat. Manakala pemimpin Pakatan Rakyat tempatan ke hulu hilir nak tunjuk yang merekalah pemimpin yang  membela rakyat. Mungkin cara ini pemimpin PR dapat menyelamatkan maruah kerajaan DAP yang semakin kotor tercemar. Kita akan terus saksikan pemimpin-pemimpin PR yang akan terus berlakon mengikut skrip yang sudah dirancang!


Antaranya pemimpin kanan PAS menyertai UMNO di Pasir Puteh Kelantan!

UMNO Bahagian Pasir Puteh sedang memproses lebih 2,000 borang keahlian baru yang turut melibatkan pemimpin kanan Pas di peringkat cawangan bersama pengikutnya selepas hampa dengan parti itu yang gagal membawa sebarang perubahan biarpun memerintah negeri ini selama 20 tahun.
Terbaru, seramai 103 ahli Pas dari cawangan Wakaf Bunut menyerahkan borang keahlian kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman dalam majlis rasmi di Kampung Tualang.
Bekas Ketua Pas Cawangan Wakaf Bunut, Mohd. Soleh Hassan, 66, berkata, beliau menyertai UMNO secara sukarela selepas menyedari hanya parti itu yang mampu memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara.
Katanya, kesedaran itu timbul selepas mengikuti kempen dan perkembangan politik sepanjang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas baru-baru ini yang mana banyak penyelewengan Pas terbongkar.
"Ini termasuk projek Ladang Rakyat yang mana ahli-ahli Pas yang beragama Islam dan rata-rata miskin hanya diberikan habuan yang sedikit sedangkan projek besar.
"Pemilikan keuntungan yang banyak dinikmati oleh orang bukan Melayu termasuk bukan pemastautin di negeri ini mengusahakan projek berkenaan," katanya ketika ditemui di majlis tersebut.
Mohd. Soleh berkata, kepimpinan Pas hanya menggunakan slogan agama untuk memancing sokongan rakyat.
Sedangkan, katanya, hakikat sebenarnya mereka lebih mementingkan kedudukan dan jawatan berbanding usaha menjana ekonomi, membangunkan negeri serta membela kebajikan rakyat secara menyeluruh.
"Berikutan perbezaan pendapat kerana kesedaran saya terhadap perkembangan politik yang berlaku menyebabkan saya sentiasa didesak supaya berundur dan melepaskan jawatan yang disandang dalam Pas.
"Saya melihat UMNO adalah wadah perjuangan yang terbaik untuk membela Islam dan saya akan cuba untuk menyedarkan penduduk di kampung ini bahawa perjuangan Pas hanya palsu.
"Biarpun diejek atau ditolak oleh Pas saya terus bersemangat untuk berkempen bersama UMNO. Bukan kebendaan yang saya mahu tetapi sekadar ingin menyampaikan sesuatu yang 'hakikat' kepada orang ramai," katanya.
Sementara itu, bekas Ketua Penerangan Pas DUN Selising, Nordin Daud, 48, berkata, kesedarannya untuk menyertai UMNO berputik apabila mengkaji ketelusan parti tersebut di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, UMNO banyak memberi penekanan terhadap aspek kebajikan rakyat dan pelbagai agenda yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang disegani di peringkat antarabangsa.
Sumber: Utusan Malaysia 29/11/2010

Wednesday, November 24, 2010

HARAKAH DIBERI TEMPOH 14 HARI KERANA FITNAH YB ADUN PULAU BETONG!

BUTTEROWRTH 24 Nov. - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang kawasan Pulau Betong Muhamad Farid Saad daripada Barisan Nasional (BN) memberi tempoh dua minggu kepada akhbar terbitan Pas, Harakah, supaya memohon maaf berhubung laporan yang tidak benar mengaitkan beliau.
Katanya, jika akhbar itu gagal berbuat demikian dalam tempoh 14 hari ini, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.
Muhamad Farid mendakwa, akhbar itu telah memutar belit kenyataannya dalam forum bertajuk ‘Isu Penghakisan Tanah Melayu Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian’ anjuran Yayasan Bina Ilmu Pulau Pinang pada 10 November lepas.
"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa kesilapan pemimpin UMNO adalah punca tanah orang Melayu berkurangan di Pulau Pinang seperti yang dilaporkan akhbar berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang di sini malam tadi.
Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri. - Bernama

Tuesday, November 23, 2010

Sikap double standard! PAS terhadap penyelewengan Tabung Memali

Penulis buku Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali kesal dengan sikap pemimpin Pas yang melarang ahlinya membeli buku tersebut ketika majlis memperingati 25 tahun Memali diadakan di sini, baru-baru ini.
Menurutnya, buku yang banyak mendedahkan penyelewengan Tabung Memali itu oleh pihak tertentu dalam Pas telah dihalang dan disekat daripada dijual kepada orang ramai pada majlis berkenaan.
Penulis buku itu, CN Al-Afghani atau nama sebenarnya, Zainon Ismail berkata, tindakan penganjur majlis iaitu Dewan Pemuda Pas Pusat melarang orang ramai membeli buku berkenaan membuktikan mereka sebenarnya takut dengan pendedahan penyelewengan yang dilakukan oleh pihak tertentu dalam Pas itu daripada terbongkar.
"Saya kecewa dengan halangan pihak berkenaan untuk mengedarkan buku ini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.
Hadir sama anak Ibrahim Libya, Mohd. Irsyad Zamani Ibrahim, 28, dan beberapa ahli Pas.
Majlis memperingati 25 tahun Memali itu diadakan selama tiga hari yang berakhir semalam dan majlis penutupnya disempurnakan oleh Mohd. Sabu.
Tabung tersebut dilancarkan oleh Pas selepas peristiwa berdarah Memali pada November 1985 yang menyaksikan 14 orang awam dan empat anggota polis terbunuh ketika operasi menahan guru agama, Ibrahim Mahmud atau Ibrahim Libya dilakukan oleh pihak berkuasa atas dakwaan terbabit dengan kegiatan ekstremis.
Tambah Zainon, halangan penjualan buku itu menunjukkan sikap tidak adil kepimpinan Pas terhadap kebebasan bersuara dan mahu melindungi salah laku pemimpin yang berkenaan.
''Jika penyelewengan itu dilakukan oleh pemimpin UMNO atau Barisan Nasional (BN), mereka akan menelanjangi habis-habisan tetapi jika dilakukan oleh pemimpin Pas sendiri, mereka akan cuba menutup dan menganggapnya fitnah.
"Inilah sikap double standard dalam Pas yang cuba melindungi pemimpin berkepentingan,'' tegasnya.
Zainon juga mencabar pihak yang tidak berpuas hati dengan pendedahan buku tersebut dan menganggapnya sebagai fitnah, menggunakan saluran undang-undang untuk mengambil tindakan.
Bekas guru itu juga mencabar pihak berkenaan mengadakan forum di pentas terbuka untuk memberi penjelasan tentang dakwaan penyelewengan wang anak-anak yatim dan ibu tunggal yang telah disalahgunakan pihak berkenaan.
Tegasnya, Ahli Dewan Undangan Negeri atau Ahli Parlimen yang mewakili Pas perlu telus dalam hal itu kerana jika tidak, mereka tidak layak untuk bercakap dan mempertikaikan salah laku pihak lain. [Berita yang berkaitan] dan [Berita selanjutnya]

Saturday, November 20, 2010

Jom Turun Ramai-Ramai Membantah Perhimpunan anti- ISA di Komtar Walk!

SUARAM/DAP akan mengadakan satu program mendesak kerajaan untuk memansuhkan ISA pada hari Ahad 21 November 2010 (Ahad) jam 10 pagi di Komtar Walk.

Kita menyeru kepada rakyat Pulau Pinang yang cintakan keamanan dan ISA supaya turun beramai-ramai di Komtar Walk.

Kita counter balik ! Jangan biarkan SUARAM dan DAP sesuka hati mereka mengadakan program itu. Jom turun ramai-ramai esok pagi, jangan biar mereka bermaharaja lela.

Apa dah jadi dengan slogan "Amal Makruf, Nahi Mungkar" kerajaan DAP?

Berita ini diperolehi dari sumber yang boleh dipercayai. Malaysiakini dan Harakah Daily kerap mengeluarkan berita-berita dari sumber yang dipercayai. Boleh jadi sumber itu dari sidang DUN ataupun dari orang dalam kerajaan negeri yang turut tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk kerajaan DAP-PAS-PKR.  Diulangi lagi, dari sumber yang boleh dipercayai, kerajaan DAP dengan dokongan PAS dan PKR telah meluluskan 96 lesen Premis Rumah Urut dan 1,376 lesen Hiburan Awam sepanjang tahun 2009 sahaja. Difahamkan kerajaan DAP dokongan PAS dan PKR telah membuat kutipan hasil kira-kira RM1 juta.
Persoalannya sekarang, apa dah jadi dengan slogan rasmi kerajaan negeri DAP-PAS-PKR negeri Pulau Pinang, 'Amal Makruf, Nahi Mungkar'? Wahai wakil rakyat Pakatan Rakyat dua tiga kerat yang kononnya memperjuangkan Islam. Jika berita itu benar, apakah sekali lagi PAS kena mempertahankan dan membela kerajaan DAP yang langsung tidak sensitif tentang perasaan umat Islam di negeri ini. Lihatlah bandar Georgetown pada waktu lewat malam, huh! malam seperti siang. Bisnes malam lebih ceria dan menghiburkan para pengunjung-pengunjung Cina, India, Orang Putih atau orang Melayu. Itulah hasil perjuangan kerajaan DAP, tapi apa rakan2 baik DAP seperti PAS dan PKR buat? Di bandar lagu di bandar di kampung lagu di kampung. Entahlah apa yang nak berlaku dengan anak-anak Melayu pada masa akan datang. Semakin terhimpitlah dunia Melayu di bumi Melayu berkerajaankan DAP!

Thursday, November 18, 2010

Jika berita ini benar, PAS dalam kerajaan DAP PP kena jawab kepada Allah!

Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Ketua Menteri PP yang banyak berbohong. Bercakap berputar belit macam pintal tali. Duit sumbangan kepada warga emas diberi duit judi. Subsidi air sudah ditarik balik. Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan kebajikan rakyat, Rumah rakyat diroboh. Kerajaan Negeri bersikap lepas tangan. Projek-projek perumahan naik seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Inilah masanya kerajaan Guan Eng nak lenyapkan kampung-kampung tradisional India dan Melayu di Pulau Pinang ini dengan alasan pembangunan. Jika tak percaya, datanglah ke kawasan-kawasan Bayan Lepas, Sungai Batu, Teluk Kumbar dan Balik Pulau. Bukit-bukit habis ditarah. Tanah-tanah yang ada milik pemaju biarpun sekangkang kera sudah mulai naik rumah harga ratusan ribu ringgit. Tiada lagi rumah-rumah kos rendah. Guan Eng tak mahu bina lagi flat kos rendah di Pulau ini katanya suatu masa dulu. Orang Melayu, orang India dan orang Cina yang miskin tak mampu beli boleh pindah ke tanah besar. Akhirnya siapa yang mampu beli rumah harganya ratusan ribu ringgit itu bolehlah bermastautin di kampung-kampung Melayu di Teluk Kumbar, Sungai Batu dan juga di Balik Pulau.
Begitulah kerajaan Guan Eng dengan sokongan padu PAS dan PKR membantu rakyat Pulau Pinang. Bantu dalam erti kata yang cukup bijaksana dan pintar. Orang Melayu di Pulau Pinang meleleh air liur bila mendengar Guan Eng berkhutbah di atas pentas politik. Orang Melayu yang cerdik sikit rasa pening-pening lalat umpama cicak makan kapur. Orang Melayu sebenarnya semakin terhimpit di bahagian Pulau, Pulau Pinang. Bila ditanya kenapa Melayu Pulau Pinang semakin terhimpit maka UMNO yang dipersalahkan. Aku nak habaq mai kat hampa tau. Masa BN memerintah, UMNO Bahagian Balik Pulau telah diberi mandat menentukan bentuk dan jenis pembangunan yang sesuai di kawsaan parlimen Balik Pulau melalui Local Plan yang dipersetujui oleh kerajaan negeri. Hampir semua kampung-kampung tradisional dari kawasan Ptg. Damar Laut, Binjai, Kg. Seronok, Sg. Batu, Teluk Kumbar, Genting, Pondok Upeh, Kongsi hinggalah Teluk Bahang melebihi 25 buah kampung Melayu dan Cina digazetkan sebagai kampung tradisional. Itu kehendak UMNO Bahagian yang perlu dipertahankan. Tapi hari ini berubah secara drastik. Amat sedih kita kerana orang-orang Melayu akan semakin hilang kampung-kampung mereka.
Setelah DAP ambil alih kerajaan Pulau Pinang dengan sokongan padu PAS dan PKR, semua persetujuan itu (Local Plan) tidak bermakna lagi. Guan Eng tak akan mahu dengar perancangan UMNO di Balik Pulau. Dia tahu UMNO tidak akan membenarkan sewenang-wenangnya projek-projek mewah perumahan di bina dalam kawasan parlimen Balik Pulau. Lihatlah masa pemerintahan BN dulu, projek-projek perumahan wujud secara sangat perlahan. Suatu ketika tiada langsung projek-projek baru yang wujud. Tapi sekarang, huh! di mana-mana sahaja akan ada projek. Bukit di tarah, rumah kedai diroboh dan kampung di ambilalih oleh pemaju-pemaju yang kemungkinan besar milik pemimpin DAP sendiri. Itu sebabnya dalam sidang DUN Pulau Pinang baru-baru ini ada wakil rakyat BN bangkitkan isu pemimpin-pemimpin kerajaan negeri PP ditaja oleh sebuah syarikat ke luar negara. Tapi tak ada bukti, tak apalah. Masakan pokok bergoyang jika tak ada anginnya kata pepatah Melayu.
Pemimpin-pemimpin Melayu dua tiga kerat dalam Pakatan Rakyat buat apa? Tak tengokkah apa yang sedang berlaku di kampung-kampung Melayu? Jalan raya semakin sesak tapi projek perumahan diluluskan tanpa kawalan langsung daripada kerajaan DAP. Kenapa Exco Melayu dan speaker Melayu membisu? Jawablah bahawa saudara-saudara semua takut kepada Guan Eng. Lebih takut kepada Guan Eng daripada takut kepada janji saudara kepada Allah SWT.
Hari ini ada berita terkini, bukan dari Malaysiakini. Dari sumber yang boleh dipercayai, kerajaan DAP dengan dokongan PAS dan PKR telah meluluskan 96 lesen Premis rumah Urut dan 1,376 lesen Hiburan Awam sepanjang tahun 2009 sahaja. Ini bermakna kerajaan DAP dokongan PAS dan PKR akan memperolehi kutipan lesen-lesen ini RM1juta. Mana ia, 'Amal Makruf, Nahi Mungkar' wahai wakil rakyat Pakatan Rakyat yang memperjuangkan Islam. Jika berita terbaru ini benar, sekali lagi PAS kena tolong jawab bagi pihak Guan Eng dan rakan-rakan DAP maklumlah mereka ini baru belajar membaca dan memahami kandungan al-Quran. 

Tuduh Raja Petra diperalat oleh BN?

PUTRAJAYA 17 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan taktik dan strategi lapuknya dengan menuduh Raja Petra Kamaruddin diperalatkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO.
Ketuanya, Datuk Rosnah Rashid Shirlin berkata, ia kerana pemilik portal propembangkang itu mengeluarkan dakwaan bahawa Anwar pernah menjadi pengacau dan ‘kuda trojan’ dalam UMNO satu ketika dulu.
‘‘Tidak mustahil Anwar juga akan menuduh Raja Petra, Datuk Zaid Ibrahim, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin serta Utusan Malaysia sebagai bersubahat untuk menjatuh serta menggugat kedudukan beliau yang kononnya sedang menunggu masa untuk menakluk Putrajaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Malah, kata beliau, setiap pendedahan atau kenyataan yang dikeluarkan oleh orang yang pernah rapat dengan Anwar iaitu Zaid dan Raja Petra menunjukkan beliau sebenarnya mahu dilihat sempurna.
Sedangkan pada hakikatnya, Anwar sarat dengan kelemahan dan tidak layak menjadi penasihat PKR, apatah lagi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri jika angan-angan pakatan pembangkang menerajui negara ini menjadi kenyataan.
‘‘Puteri UMNO juga melihat Anwar sebenarnya terlalu dibebani banyak masalah peribadi terutama tuduhan liwat yang sehingga kini telah memakan masa berbulan-bulan dan pada masa yang sama beliau ‘ditelanjangkan’ oleh rakan-rakan karibnya satu persatu.
‘‘Namun Anwar dan pengikut tegarnya dengan angkuh dan sombong enggan mengakui kelemahan mereka sebaliknya meletakkan beban tersebut kepada pihak lain,” katanya.
Justeru, katanya, sekarang adalah masa paling sesuai untuk melihat kelicikan strategi politiknya baik dalam UMNO mahu pun dalam PKR kerana bijak menampilkan diri sebagai seorang yang bijak agama.
Sumber: Utusan Malaysia 18/11/2010

Teras ibarat melukut di tepi gantang dalam Pakatan Rakyat di Pulau Pinang!

Dalam Harakah 15-18 November 2010 Mohd Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras) membantah kenaikan elaun JKKK, Tok Batin dan Pengerusi Kampung Baru kerana dakwaan beliau kenaikan 100% elaun itu hanya untuk meraih sokongan pengundi di kalangan golongan ini. Sedangkan masih ada rakyat yang tidak mempunyai tempat tinggal dan tinggal di bawah jambatan. Tetapi golongan ini tidak diberi perhatian oleh kerajaan.
Komen:
Sebelum menjawab isu elaun JKKK. Ingin kita mengetahui tentang Teras di mana  Y.Bhg. Dr. Mohd. Azmi Abdul Hamid jadi pengerusinya. Mengikut istilah DBP, 'Teras' bermaksud  "bahagian yg keras dlm batang kayu" ataupun "bahagian di tengah-tengah bumi". Jika merujuk Kamus Inggeris-melayu Dewan perkataan 'trust' pula bermaksud 'percaya'. Ini bermakna 'teras' dan 'trust' memberi kekuatan dan nilai tambah kepada Azmi selaku Pengerusi Teras. Saya kenal Azmi sebagai Timbalan Pengerusi CAP dalam suatu majlis kepenggunaan peringkat negeri Pulau Pinang. Saya sangat berminat dengan beliau kerana beliau seorang pemimpin yang 'humble' dengan pakaian kain pelekatnya. Minat saya bertambah bila beliau pemimpin Teras. Namun minat kepadanya tidak lama setelah saya mengenali beliau sebagai orang kuat Pakatan Rakyat.
Oleh itu banyak persoalan yang bermain di kepala saya. Apakah Azmi Hamid benar-benar memperjuangkan kepentingan orang Melayu melalui Teras atau memperalatkan Teras untuk kepentingan diri dan parti-parti dalam Pakatan Rakyat? PAS mendasari perjuangannya berasaskan agama. Manakala PKR dengan konsep sama rata atau untuk kepentingan individu tertentu. DAP dengan konsep Malaysian Malaysianya. Ini bermakna Teras akan jadi NGO Melayu yang tersisih dalam arus perjuangan Pakatan Rakyat. Teras akan jadi sebuah NGO ibarat kata pepatah Melayu bagaikan melukut di tepi gantang.  Suara Teras tidak berbisa lagi sepertimana Teras dalam zaman BN memerintah Pulau Pinang. Teras boleh jadi NGO Melayu yang bersekongkol dengan DAP yang cuba menghapuskan pengaruh Melayu Pulau Pinang secara yang lebih halus dan terancang. Rata-rata orang Melayu di Pulau Pinang tidak berminat lagi dengan Teras. Tengoklah apa yang sedang berlaku di kawasan parlimen Balik Pulau sejak DAP menjadi kerajaan Pulau Pinang? Projek perumahan naik gila-gila kata orang kampung. Kenapa Teras biarkan kerajaan DAP bermaharajalela ke atas kampung-kampung tradisional hingga orang-orang Melayu di Binjai, Bayan Lepas, Teluk Kumbar, Sungai Batu, Pondok Upeh dan Genting Balik Pulau hidup dalam keadaan bimbang dan ketakutan. Azmi Hamid datanglah sendiri di kampung-kampung dan bertanyalah kepada orang-orang Melayu di kawasan Balik Pulau, apakah kejutan yang sedang berlaku sejak DAP memerintah Pulau Pinang? Kalau Teras gagal menjuarai isu ini mempertahankan kepentingan orang Melayu eloklah tinggal sahaja Pakatan Rakyat sebaliknya bersama UMNO yang konsisten dalam perjuangan. Jawapan kepada isu elaun JKKK yang dibantah oleh Teras akan dijawab dalam posting yang akan datang.

Baru kita tahu siapakah Mr. Bean dan Salah Huddin dalam pimpinan PAS!

Dia cakap tak guna otak. Kelulusan dia mungkin tidak setinggi mana. Bloggers gelar dia Mr. Bean sebab pandangan-pandangannya jadi bahan lawak jenaka.  Terlalu dangkal atau bodoh. Tak layaklah dia jadi Naib Presiden PAS. Tapi orang-orang PAS terlalu suka kepada dia sebab dia pandang goreng. Dia mahir goreng rupa-rupanya, dimasukkan sedikit garam untuk sesedap rasa di samping sedikit sos dan sebagainya. Siapa yang makan dia rasa sedap walaupun garam itu hanya sedikit air laut. Itulah rupanya Mr. Bean.
Dalam Harakah 15-18 November 2010, dia buat lawak lagi. Dia kata UMNO-BN mencemburui hubungan intim DAP-PAS. Oleh itu katanya UMNO cuba menanam sentimen dan menakut-nakutkan kaum Melayu. Seorang lagi Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga berpandangan sama seperti Mr. Bean. Salah Huddin mengatakan UMNO-BN cuba lagakan PAS-DAP. Beliau tetap berpegang teguh kepada konsep tahalluf siyasi (belerjsama) atas perkara yang sependapat. Katanya lagi hanya beberapa orang pemimpin DAP tidak bersetuju dengan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.
Komen:
Mr Bean lawak jadi jawapannya juga mesti lawak. UMNO nak tanya Mr. Bean. Pemimpin utama PAS pernah mengkafirkan UMNO kerana UMNO berkerjasama dengan MCA dan MIC. Yang lawaknya, kenapa pula PAS tidak jadi kafir bila bekerjasama dengan DAP malahan TG Nik Aziz kata sokong PAS dapat pahala masuk syurga. 
Wahai SalahHuddin yang mengatakan bahawa dua tiga kerat sahaja dalam DAP yang tidak setuju dengan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Yang tak setuju itu hai SalahHuddin bukan ahli biasa, bukan ketua pemuda atau ketua wanita DAP sebaliknya Presidennya, Karpal Singh. Presiden DAP itu mencabar pemimpin PAS atau sesiapa sahaja 'langkah mayatnya dulu jika nak tubuh negara Islam'.  Oleh kerana itulah DAP dikategorikan sebagai kafir harbi yang menentang Islam oleh pemimpin UMNO. Manakala MCA dan MIC tidak pula pernah mencabar Umno seperti itu. Tapi pemimpin DAP pernah dan sudah beberapa kali.
Pemimpin PAS gementar hingga bulu janggut tercabut mendengar ketegasan Karpal Singh. Tapi apa boleh buat ditelan mati bapa nak diluah mati emak, maka PAS terpaksalah menerima DAP sebagai sahabat seperjuangan dalam Pakatan Rakyat. Oleh itu PAS terpaksalah menggadaikan prinsip-prinsipnya dulu supaya DAP suka kepada PAS. Sudah tak kelihatan lagi stiker-stiker kereta-motor yang tertera ayat "MEMBANGUN BERSAMA ULAMA", "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM", "KAMI SOKONG HUDUD" dan sebagainya. PAS kaya dengan slogan dan retorik sebaliknya UMNO terbukti telah berjaya mengangkat syiar Islam sehingga di persada antarabangsa. Jika diteliti dasar UMNO secara adilnya, parti UMNO turut menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya. [Baca selanjutnya pandangan ulamak muda]
Pemimpin DAP dibenarkan membaca satu dua ayat suci al-quran oleh pemimpin PAS. Pemimpin DAP itu memperalatkan ayat suci itu untuk tujuan politik. Kalau betul-betul dia percaya dan yakin dengan ayat-ayat suci al-Quran, eloklah dia peluk agama Islam sahaja. Kalimah Allah juga dibolehkan oleh pemimpin utama PAS kecuali Dato' Harun Din dan beberapa ulamak dalam PAS yang membisu. PAS sanggup jual agama kerana DAP sedangkan UMNO tidak berbuat begitu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng pernah menjemput orang-orang Islam menerima bantuan di Tokong Cina. Mungkin pada pandangan PAS bagus supaya umat Islam dapat mengenali tok pekong. Begitu juga pemimpin DAP dengan tidak menutup aurat dibenarkan memberi ucapan di ruang utama solat dengan harapan pemimpin itu mengenali Islam dan kemudian memeluk Islam. Begitu sekali liberalnya PAS hari ini yang kita kenali. Perjuangannya berubah secara drastik, berpusing 360 degree kerana mahu mengambil hati rakan-rakan DAP. Persoalannya apakah DAP mempunyai pendirian yang sama seperti pemimpin PAS telah tunjukkkan? Jika DAP juga sama tapi kenapa seorang wakil rakyat PAS dalam DUN Pulau Pinang tidak pun dilantik sebagai exco. Sedangkan masa BN memerintah, seorang wakil rakyat tunggal MIC telah dilantik sebagai exco oleh kerajaan BN. Kenapa ini tidak berlaku dalam pentadbiran DAP Pulau Pinang. Tepuk dada tanya minda anda semua. Jangan fikir seperti Mr. Bean dan Salah Huddin.

Tuesday, November 16, 2010

PENIPUAN HARAKAH: AKHIRNYA UMNO MENGAKU.....

Harakah Isnin 15 November 2010 telah menjadikan tajuk "AKHIRNYA UMNO MENGAKU..." sebagai berita utama Harakah. Walaupun tertera ada berita lanjut muka surat N12 tetapi berita lanjut itu sebenarnya tidak wujud. Mengapa Harakah sanggup berbohong kepada ahli-ahli PAS yang membeli akhbar rasmi PAS itu? Pembeli akan tertipu berita lanjut N12 tidak pun wujud. Ini bukan suatu kesilapan tetapi suatu pembohongan Harakah kepada pembeli.
Apakah Harakah mempunyai maksud yang jahat terhadap YB Farid Saad (Foto: Paling kanan) maka berita lanjut itu dengan sengaja tidak dipaparkan? Akhbar Harakah dijual secara bebas termasuk kepada bukan ahli PAS , apakah bertujuan mahu memburukkan nama baik UMNO kepada rakyat. Rakyat berhak mengetahui apakah benar YB Farid Saad, ADUN Pulau Betong itu mengakui bahawa UMNO punca tanah Melayu Pulau Pinang terhakis. Dan apakah ADUN Pulau Betong itu mengakui kelalaian dan sikap tidak amanah pemimpin UMNO negeri semasa berkuasa menjadi punca terhakisnya tanah milik Melayu di Pulau Pinang.
Oleh kerana berita lanjut N12 tidak wujud dalam Harakah itu maka dakwaan mengatakan ADUN BN itu mengakui UMNO puncanya dan sikap pemimpin UMNO tidak amanah masih boleh dipersoalkan kesahihannya.  Mereka yang hadir dan menyaksikan forum 'Pengkisahan Tanah Melayu di Pulau Pinang: Apakah Jalan Penyelesaian' yang diadakan di Kompleks Masyarakat Penyayang pada 11 November lalu sebenarnya ada jawapannya. Jika apa yang didedahkan oleh Harakah itu suatu yang benar maka YB Farid Saad mungkin mempunyai asas yang kukuh menyebabkan beliau berpendirian demikian. 
Walau bagaimanapun sepertimana juga yang kerap berlaku kepada parti-parti pembangkang, biasanya pandangan itu dianggap sebagai pandangan peribadi pemimpin itu, yang tidak mewakili pandangan parti. Oleh itu dalam kes ini, UMNO akan beranggapan kenyataan itu merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili UMNO. Jika kenyataan itu tidak benar, suatu fitnah Harakah terhadap YB Farid Saad, eloklah Harakah diseret ke mahkamah dengan segera!

SEMINAR PAS PUSAT: PAS SEDIA DIGANTI UMNO!

Baru-baru ini PAS Pusat mengadakan Seminar "PAS sedia ganti UMNO". TG Haji Hadil dalam ucapan perasmiannya membohongi para peserta seminar pimpinan dan ahli-ahli PAS bahawa UMNO sudah lemah dan gagal mengurus rakyat dan negara. Begitu sekali pembohongan TG Haji Hadi kepada peserta seminar pada hari itu. Kasihan mereka yang datang dari utara, selatan, timur dan barat, jauh beratus-ratus kilometer. Datang mereka dihidang dengan pembohongan demi pembohongan selaras dengan tajuk seminar pada hari itu.
Sepatutnya tajuk seminar itu ditukar kepada "PAS sedia diganti UMNO". PAS telah kalah dan Pakatan Rakyat juga kalah dalam beberapa PRK yang lalu. Sejak PRK Manek Urai, Kelantan, keruntuhan sokongan pengundi-pengundi kepada PAS dan Pakatan Rakyat tampak ketara. Kebanyakan ulama luar parti sudah berani menyanggah pandangan pemimpin-pemimpin utama PAS. Ulama-ulama muda semakin ramai menyertai UMNO. Ada di kalangan mereka sudah berani berada atas pentas UMNO untuk berceramah. Bekas-bekas pemimpin utama PAS telah menyertai UMNO. Semakin ramai ahli-ahli PAS menyertai UMNO secara beramai-ramai. Ada bukti bergambar. Tapi yang senyap-senyap menyepi diri daripada PAS tidak terkira banyaknya. Pemimpin UMNO menyertai PAS tidak kedengaran lagi sekian lama. Tapi pimpinan PAS peringkat ranting dan cabang sudah ramai menyertai UMNO secara terbuka dan senyap.
Kekalahan PAS di Galas, Kelantan dan Batang Pinang Negeri Sembilan memberi isyarat jelas bahawa PAS hadapi krisis kepimpinan parti. Kerajaan PAS Kelantan telah gagal memberi khidmat terbaik kepada rakyatnya di Kelantan. PAS bercakap tak serupa bikin. Perjuangan PAS semakin tersasar. PAS jadi pak turut umpama lembu dicucuk hidup kepada DAP menyebabkan rakyat semakin marah kepada PAS. Apa hasil perjuangan PAS di Pulau Pinang dan Selangor. Bangsa Melayu yang beragama Islam semakin tertekan. Kepentingan mereka di negeri-negeri itu semakin terhakis sikit demi sikit. PKR pula hadapi masalahnya yang belum nampak ada penghujungnya. Penyokong dan ahli PKR sudah hilang keyakinan kepada parti mereka sendiri. Apakah PAS mampu menyaingi DAP selepas kedudukan PKR dalam keadaan yang sangat lemah? Tentu sama sekali tidak. PAS perlu mentalkinkan PKR. Kemudian DAP, Ustaz Guan Eng, umpama Khalifah Umar Abdul Aziz (Gelaran PAS kepada KM Pulau Pinang) pula akan talqinkan PAS.
Sepatutnya seminar itu hari yang diadakan oleh PAS Pusat di Shah Alam bukanlah "PAS SEDIA GANTI UMNO" sebaliknya "PAS SEDIA DIGANTIKAN UMNO".