Tidak dinafikan tulisan blogger 'The Flying Kick' ada kebenarannya [Baca sini]. Pemimpin-pemimpin UMNO/BN tidak memberi perhatian kepada blogger-blogger pro BN/UMNO. Ini bermakna bloggers pro UMNO/BN menulis secara sukarela tanpa sebarang sokongan moral, idea mahupun bantuan material. Oleh kerana kita masih sayangkan UMNO/BN kita terpaksa menulis dan menghabiskan tidak kurang 2 - 3 jam sehari untuk mencari bahan/maklumat dan menulis. Sumbangan yang lebih besar jika kita bandingkan dengan peranan seorang Ahli Jawankuasa UMNO Bahagian yang hadir mesyuarat sekali dalam masa dua bulan atau dua kali dalam masa tempoh setahun. Bloggers pro-UMNO/BN sentiasa menulis dan sentiasa memastikan blognya mengikuti perkembangan politik semasa pada setiap hari dan ketika. Tidur lewat malam sudah menjadi perkara biasa bagi blogger yang aktif menulis dan kadang-kadang mengambil peluang masa rehat di hari-hari bekerja.
Tapi apakah pemimpin-pemimpin UMNO/BN sedar tentang perkara ini. Atau mungkin pemimpin-pemimpin UMNO/BN masih tidak percaya dan yakin dengan peranan media baru ini. Kemenangan parti-parti pembangkang dalam PRU12 yang lalu banyak dibantu oleh peranan blogger-blogger pro pembangkang yang menguasai dunia media baru ketika itu. Pemimpin UMNO/BN masih mengharapkan akhbar perdana dan media elektronik seperti TV untuk menyampaikan mesej kerajaan BN dalam setiap kempen pilihanraya mereka. Apakah sikap dingin pemimpin UMNO/BN seperti ini akan berterusan hingga ke PRU13 akan datang? Kita lihat pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah mulai mengumpul semula bloggers pro-Pakatan Rakyat [baca sini] dan akan mulai membuat serangan secara agresif dan pantas ke atas bloggers pro-BN/UMNO. Jika bloggers pro-BN/UMNO tak ada kekuatan mental dan juga fizikal, apatah lagi tidak mendapat perhatian oleh pemimpin-pemimpin UMNO/BN, kemungkinan bloggers pro-BN/UMNO akan 'tutup kedai'. Kita bersabarlah kerana kita masih sayangkan perjuangan UMNO/BN. Jangan sampai suatu masa bloggers pro-UMNO/BN bertindak menongkah arus. Jika berlaku begini, pasti calon UMNO/BN dalam PRU13 akan datang menghadapi masalah untuk menang!
kami selalu ikut blog paktam. memang kami setuju dengan kata paktam. mereka jaga puak2 yg duduk bodek dan kipas mereka hari2 yang itu mereka jagalah.
ReplyDeletePerjuangan ini perjuangan iklas untuk bangsa,ugama dan negara. Ianya untuk masa depan keturunan kita.
ReplyDeleteDalam UMNO pun ada pemimpin yang tak iklas. Iklasnya hanya untuk buat duit duit duit.
Jangan terganggu dengan beruk beruk yang segelintir itu.
Seeloknya blogger blogger cuba menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan Pinjaman Tekun dan juga SME Bank.
Cepat cepat buat pinjaman sebelum pilihanraya bermula! Masa ni la kerajaan nak tunjuk baik.
Ayuh kita dapatkan duit kerajaan untuk kegunaan yang baik demi masa depan dan perjuangan kita.
Mungkin ini lah saja dana dana tidak secara langsung untuk kita memperbaiki diri dan berjuang dengan lebih berkesan.
Usahakan!
Insyallah.
Kalau ada pihak UMNO atau BN nak bagi duit kocek apa salahnya tapi jangan lemah perjuangan kerana tidak mendapat perhatian mereka.
SALAM tumpang lalu.
ReplyDeleteTulisan yang baik..... n bernas.
Saya mohon dilinkkan.... n izin copy !
Memang benar ada pemimpin umno yg kedekut. Teruskan perjuangan tanpa mengharapkan pemimpin yang semacam itu. Pedulikan mereka.
ReplyDelete