"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, December 26, 2010

Dah nak terberak baru nak korek lobang!

Jadi sedikit kelam kabutlah sebab nak terberak sangat-sangat baru nak korek lobang, kata orang Melayu. Begitulah keadaannya sebuah parti Melayu di kawasan Parlimen Balik Pulau yang mana baru bermula kerja-kerja daftar pengundi. Ada yang kata kempen Gerak Tumpu dan ada yang beritahu  sebagai kempen Gerak Gempur. Apa pun nama gerakan itu hanya bertujuan untuk mendaftar seberapa banyak pengundi yang boleh didaftar pada hari itu.
Maklumlah 25 Disember 2010 adalah hari Sabtu, Cuti Am Hari Krismas kebanyakan penduduk ada yang keluar bercuti, banyak kenduri kahwin dan ada pula pergi beli-belah untuk persiapan pakaian anak-anak bersekolah. Sudah tentu pemilihan tarikh itu tidak begitu tepat sekali. Sebenarnya mereka sedar akan perkara ini. Selaku pemimpin sebuah parti terbesar di Malaysia, mana boleh tak fikir perkara ini semua? Mungkin ada sebab-sebab tertentu yang kukuh maka gerakan daftar pemilih dibuat pada tarikh itu.
Dalam tempoh 3 jam gerakan daftar pemilih itu dilakukan oleh sekumpulan wanita dan pemuda pagi semalam, sudah dapat mengenal pasti kira-kira 90 orang belum daftar. Sejumlah sebesar itu cuma sempat mereka naik dan turun hanya dua blok bangunan taman perumahan kos rendah sahaja. Sebenarnya mereka tidak sempat untuk menghabiskan semua blok dan semua taman perumahan yang ada di kawasan itu. Ini bermakna gerakan daftar pemilih bagi kawasan itu sepatutnya diteruskan lagi selepas ini. Ini menunjukkan masih begitu ramai orang-orang Melayu belum boleh mengundi kawasan itu jika ditakdirkan pilihanraya umum diadakan dalam tempoh masa terdekat ini. Walaupun difahamkan sudah ada pihak pembangkang terlebih dahulu membuat gerakan daftar pemilih tapi tidak dibuat secara agresif dan menyeluruh.
UMNO perlu berubah jika tidak rakyat akan mengubahnya sekali lagi. Sibuk sepertimana sekalipun, masalah parti mesti diberi keutamaan. Ketua Cawangan nak tunggu arahan dari UMNO Bahagian. Tapi apakah Bahagian juga nak tunggu arahan dari Perhubungan Umno Negeri? Sepatutnya gerakan daftar pemilih boleh dilakukan lebih awal lagi supaya UMNO Cawangan ada masa untuk menggerakkan jenteranya secara lebih tersusun dan menyeluruh. Walau bagaimanapun pujian elok kita berikan kepada golongan wanita dan pemuda Umno yang bersungguh-sungguh melaksanakan gerakan daftar pemilih walaupun dalam masa yang sama mereka terpaksa membatalkan program sendiri yang sudah dirancang sejak setahun lalu. Selepas ini gerakan daftar pemilih mesti diteruskan lagi!!!!

2 comments:

  1. Nak menang buat cara nak menang. Jangan jadi seperti tukul dan pemahat.

    Fikirlah di luar kotak. Jangan bekukan otak dengan menunggu arahan saja.

    ReplyDelete
  2. Org2 melayu ini sebenarnya pengamal yg baik dalam setiap bidalan yg dibuatnya.. kalau tidak takut nanti dikatakan cakap tak serupa bikin.

    "DAH TERHANTUK BARU TERNGADAH".. "MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI".."MARAHKAN NYAMUK KELAMBU DIBAKAR" entah apa2 lagi bidalan, yg pasti biar benda terjadi kemudiannya baru di betulkan baru nampak org melayu rajin kerana banyak benda nak dibuat.

    Bagi org penang.. hang pi pekena boria seround dua makan nasi kandar 2-3 piring pastu baru hang cerita apa sudah jadi dengan nasib org melayu.
    buat slow n steady mcm kura2 tokong ular.. ok apa..

    nasib ko lah labuuuuu...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.