"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Sunday, December 19, 2010

Apa yang PAS dapat katakan dalam Konvensyen Kebangsaan Pakatan Pembangkang?

Konvensyen kebangsaan pakatan pembangkang di Pulau Pinang hari ini cuba menunjukkan gabungan  PKR-Pas-DAP itu masih membutuh untuk hadapi pilihan raya umum (PRU) yang akan datang. Kira-kira 2,000 perwakilan daripada PKR, Pas dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat. Tapi apakah PAS dapat katakan dalam konvensyen itu? Hukum Hudud sudah pun tidak kedengaran lagi dan topik negara Islam sudah tidak perlu dibincangkan lagi tapi untuk apakah pula PAS boleh bersama dengan DAP dan PKR? Parti-parti Pakatan Pembangkang sebenarnya tidak berpakat untuk mencari persefahaman yang tulin dan jitu untuk mentadbir negara [baca sini]. Masing-masing mahu duduk diam dalam soal perbalahan dasar sedangkan mentadbir negara bukan persoalan yang kecil. PAS tak mahu bangkitkan soal negara Islam kerana ini mungkin akan menaikkan kerisauan pihak kawan. Terlalu tunduk rupanya PAS hari ini kerana mahu kuasa politik. Tapi dalam perkiraan kasar, PAS tidak boleh bertanding di kebanyakan kerusi. Ini bererti jika PAS menang kebanyakan kerusi sekali pun tapi PAS masih bukan majoriti dalam Pakatan Rakyat.
Apa yang akan berlaku, PAS berpakat dengan DAP dan PKR hanya mahu melemahkan kekuatan orang Melayu dan Islam yang ditunjangi oleh UMNO sejak 52 tahun dahulu. Sedangkan dalam keadaan sekarang pun PAS tidak mampu berbuat apa-apa di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. PAS hanya pak turut semata-mata kepada DAP dan PKR. PAS terpaksa melutut kepada Anwar Bin Ibrahim sungguhpun pemimpin mereka tahu bahawa DSAI terlibat dengan kes liwat. Mereka sedar dan mereka memang tahu bahawa hampir kebanyakan pemimpin-pemimpin besar parti Keadilan/PKR telah keluar meninggalkan PKR. Yang tinggal hanya Anwar Ibrahim dengan anak pinaknya. Manakala Karpal Singh dan anak beranaknya serta Lim Kit Siang juga dengan anak beranaknya  dalam DAP. Mereka (pemimpin DAP) tersenyum sinis melihat kebodohan bangsa Melayu/Islam yang tidak bersatu. Bangsa yang ramai di Malaysia tetapi lemah kerana berpecah sesama sendiri. Inilah yang berlaku di bumi Arab, Israel sungguhpun sebuah negara kecil tetapi kuat kerana bangsa Arab sendiri tidak bersatu. Apakah bangsa Melayu akan senasib dengan bangsa Palestin suatu hari nanti? Tepuk dada tanya minda anda sendiri.

1 comment:

  1. Pas semakin mengarut. Nik Aziz semakin nyanyuk. Dasar perjuangan PAS semakin haru biru...

    ReplyDelete

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.