Begitulah kerja parti yang menggunakan emosi rakyat. Tak tahu berapa kali berjanji, sekali lagi Parti Pakatan Rakyat berjanji kepada rakyat untuk membuat perubahan dalam masa 100 hari pemerintahannya. Oooh! cukup hebat pemimpin Pakatan sekali lagi cuba menipu rakyat. Konvensyen Pakatan Rakyat langsung tidak membincangkan bagaimana dasar-dasar parti yang ketara berbeza dalam perjuangan dapat diserasikan untuk memerintah negara. Dalam soal ini kesemua pemimpin bersepakat, kita dapat undi dulu, lepas itu kita bincang. Maksud yang lebih jelas, mereka mahu memerintah dahulu negara ini, selepas itu baru mereka bergaduh pasal dasar kerajaan mereka. PAS nak laksanakan hukum hudud dan pembentukan sebuah negara Islam, manakala DAP dengan dasar "Malaysian Malaysia" manakala PKR dasar menolak ketuanan Melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu ertinya semua rakyat Malaysia sama rata dan sama rasa, depan belakang semuanya sama.
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan kerajaan Pakatan Rakyat akan menumpukan 10 perkara asas untuk kepentingan semua.
Perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan.Itulah modal lapok merupakan fitnah yang mahu disogok oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berjanggut dan berkopiah putih. Jika benar-benar berlaku, persilakan kerajaan-kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor dedahkan penyelewengan yang telah dilakukan oleh kerajaan BN dahulu. Inilah masa MB dan Ketua Menteri negeri-negeri ini buktikan kepada rakyat dahulu. Sudah lebih 50 tahun BN memerintah jika ada penyelewengan pun tidaklah begitu besar isunya jika nak dibandingkan dnegan pemerintahan Pakatan Rakyat hari ini. Baru setahun jagung memerintah negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pelbagai masalah rakyat tidak dapat diatasi, masalah kemiskinan rakyat diserahkan kepada kerajaan persekutuan, kedai-kedai dan surau dirobohkan, kampung-kampung tradisonal dihapuskan secara sistematik, salahguna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat berleluasa, kegiatan judi dan maksiat semakin bertambah dan seribu macam peristiwa lagi yang telah dan sedang berlaku begitu menyentuh perasaan rakyat. Manifesto parti-parti Pakatan Rakyat pada masa pilihanraya umum yang lalu belum lagi tertunai. Hampir 3 tahun Pakatan Rakyat memerintah tidak nampak apa-apa janji yang ditunaikan oleh Pakatan Rakyat. Kerajaan Pulau Pinang telah tarik balik subsidi air, manakala kerajaan Selangor mulai merasa beban kewangan setelah memberi subsidi air. Tunggu masa kerajaan Selangor juga akan menghentikan pemberian subsidi air jika ia gagal mengambil alih Syabas. Kerajaan Selangor bukan negeri miskin seperti di Kelantan tapi salahguna kuasa dan penyelewengan pemimpin-pemimpin PR yang mengambil peluang dan kesempatan maka berlakulah pelbagai insiden yang memalukan rakyat. MB Selangor selaku pemimpin nombor wahid di Selangor telah memimpin satu demontrasi secara haram di masjid negara. Begitulah tingkahlaku yang memalukan rakyat negeri Selangor mahu menjadikan demontrasi jalanan sebagai satu kaedah untuk mencapai sesuatu. Inilah contoh yang ditunjukkan dan mungkin cara ini akan menjadi ikutan rakyat Pakatan Rakyat selepas ini. Apa akan jadi kepada negara Malaysia nanti, jika rakyat mengadakan demontrasii jalanan di Kuala Lumpur, Shah Alam, Ipoh, Georgetown dan Alor Setar, Kota Bharu dan lain-lain ibu negeri? Ribuan rakyat akan bangun dan mengadakan perarakan beramai-ramai di kota-kota besar kerana menunjukkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan yang memerintah kerana itulah caranya yang dikehendaki oleh pemimpin Pakatan Rakyat hari ini.
Angka 100 hari dan angka 10 perkara sebenarnya angka semata-mata. Itulah angka mainan emosi rakyat yang mahu didendangkan oleh pemimpin PR. Tak perlu membicarakan 100 hari dan 10 perkara. Buktikan dan kotakan janji pilihanraya dahulu. Mana dasar Islam yang mahu diperjuangkan oleh PAS dalam kerajaan Pakatan Rakyat di selangor, Pulau Pinang dan Kedah? Habuk pun tarak kata orang utara. Kerajaan PR telah memerintah lebih 2 setengah tahun atau kira-kira lebih 900 hari. Jika selama 900 hari pun gagal, masakan pula untuk 100 hari? Jika gagal di sebuah negeri yang kaya seperti di Selangor dan Pulau Pinang masakan pula akan berjaya mentadbir sebuah negara? Kerajaan BN tinggalkan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan prasarana yang terbaik untuk diteruskan oleh kerajaan PR. Tapi ternyata kerajaan PR tidak mampu meneruskan kesinambungan itu malahan banyak salahguna kuasa berlaku. Majoriti rakyat telah merasa tersalah pilih dalam pilihanraya umum dahulu. Ini jelas terbukti dalam beberapa pilihanraya kecil yang lalu, majoriti rakyat telah memilih calon BN. Rakyat pelbagai kaum di Malaysia tidak mahu mereka tertipu lagi. Terbukti nyata di hadapan mata, janji tidak berguna lagi. Pastikan BN menang dalam PRU akan datang untuk memacu kejayaan negara berkonsepkan "Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan". Baca selanjutnya..

Org Singapura,
ReplyDeleteSaudara saya org MELAYU SINGAPURA yg selalu mengikuti perkembangan politik malaysia.Saya amat
kagum dgn cara PR memerintah kerana baru 2 tahun lebih sikit dah dapat menjahanamkam negeri2 yg mereka perintah.Saya tak kisah jika DAP tidak kotakan apa yg dia janjikan kerana mereka ini parti kafir begitu juga dgn PKR kerana kita tau siapa ketua mereka tapi saya amat kecewa apabila PAS gagal mengotakan apa yg di janji di PRU12 dulu.PAS akan di pertanggong jawapkan atas janji 100 hari selepas kemenangan PRU13(blh mng ke?).Ahli PAS pasti tau tentang hadis pasal sifat
org munafik 1)bila berkata mereka berbohong 2)bila berjanji mereka ingkari 3)bila di amanahkan mereka khianat.Insya Allah mereka akan kecundang di PRU13 sebab mereka tidak bershukur dgn apa yg Allah beri tetapi mahu memikul melebihi apa dia mampu,harapan saya hendak nya parti harapan saya UMNO berjuang dgn ikhlas supaya Allah memberikan pertolongan yg lebih baik utk PRU13.Ameen
Syabas sdr org Melayu sangat faham dgn politik di Malaysia. Malangnya org Melayu Malaysia sendiri tak faham.
ReplyDelete