"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Monday, October 31, 2011

Tony Phua mahu PPSMI dikembalikan, apa A.Samad Said dan PAS kata?


Macam dok kata pembangkang ketiadaan isu. Masa PPSMI baru dilaksanakan, puak pembangkang ambil peluang. Sasterawan Negara, A.Samad Said turut menjadi juara dalam siri perhimpunan dan perarakan itu. DAP bantah bukan apa pasal nak jaga kepentingan bahasa Cina di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cinanya. Jika boleh sekolah menengah jenis kebangsaan juga diajar dalam bahasa Cina. Itulah DAP yang berpura-pura tidak rasis tapi hakikatnya itulah parti paling rasis di Malaysia. Tapi penyokong PAS haprak bukan tak tahu tapi buat-buat tak tahu.
Manakala PAS pula nak perjuangkan hak-hak semua kaum. Masing-masing kaum ada hak memelihara bahasa ibunda masing-masing melalui sistem persekolahan yang ada. Bahasa Cina di SJKC, Bahasa Tamil di SJKT dan bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan. Oleh kerana desakan yang kuat daripada NGOs yang didalangi pembangkang, KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Meja Bulat membincangkan isu tersebut sehinggalah keputusan membubarkan PPSMI diambil oleh KPM. Secara beransur-ansur akan digantikan dengan MBMMBI (Memperkasakan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris).
Setelah KPM mengambil keputusan memansuhkan PPSMI secara berperingkat tapi masih ada NGO yang mahu pula mengembalikan semula PPSMI ataupun tidak bersetuju dasar baru kerajaan memperkenalkan MBMMBI. Berita terbaru, Tony Phua pemimpin DAP mulai mendesak Putrajaya mengembalikan sistem lama (PPSMI) yang dimasuhkan. Ini apa cerita Tony Phua?  Awak ingat main-main, macam awak punya binikah?
Masa demontrasi membantah PPSMI, Tony Phua tak fikirkah pada masa itu? Memang masa itu puak-puak pembangkang ini tak mahu fikir, sebab ketika itu yang penting bagi mereka nak keluar berama-ramai menyertai demontrasi. Mereka mahu ganyang secukup-cukupnya kerajaan Malaysia supaya dunia tahu rakyat tak suka lagi dengan kerajaan Malaysia. Mereka mahu buat apa yang berlaku di Mesir dan Libya. Tapi nasib baiklah majoriti rakyat Malaysia cerdik-cerdik belaka, dapat menilai antara kejujuran dan kepalsuan.
Jika nak tengok kita cabar, puak2 pembangkang turun kembali di jalan raya beraraklah dan berguling-gulinglah di atas jalan raya membantah KPM kerana melaksanakan MBMMBI. Kita nak lihat berapa kerat rakyat yang sokong Tony Phua. Cuma yang akan ada pemimpin DAP, PKR dan PAS sahaja. PKR dan PAS cuma pak turut semata-mata. Kita akan lihat pula Sasterawan Negara, A.Samad Said nak kata apa pulak kepada puak-puak ini? Barulah Sasterawan Negara A.Samad Said sendiri tahu inilah yang dikatakan pembangkang di Malaysia. Tiada kejujuran dalam mengenengahkan isu sebaliknya berpolitik untuk kepentingan parti. Samalah isu hukum hudud yang hangat bila hampir pilihanraya. Kemudian diam sepi selepas pilihanraya selesai.