"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Saturday, October 1, 2011

Pemimpin UMNO yang mempolitikkan hukum Hudud PAS

Isu hukum hudud boleh dianggap selesai. Kepimpinan PR telah menolak hasrat TGNA nak laksanakan hukum hudud walaupun di Kelantan. Keputusan menolak hukum Allah itu dibuat untuk menjaga hati rakan-rakan dalam PR khususnya Karpal Singh dan Lim Kit Siang. Setiausaha Agung DAP, Guan Eng telah pun mengugut bahawa semua pemimpin DAP akan meletak jawatan dalam PR jika hukum hudud dilaksanakan. Persoalannya kepimpinan PR yang membuat keputusan menolak hasrat TGNA bukan kerana takut kepada Allah SWT sebaliknya mereka lebih takut kepada DAP. Mereka takut kehilangan rakan dalam PR khususnya DAP daripada melaksanakan hukum Allah SWT.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah telah menyelar sikap sesetengah pihak dalam parti itu sendiri yang marah apabila kerajaan negeri terutama Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membangkitkan isu hukum hudud.
Mohd. Amar yang juga Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Kebudayaan Kelantan berkata sikap lebih mengutamakan laba politik seolah-olah menunjukkan Pas sanggup menang pilihan raya biarpun dalam kemurkaan Allah kerana tidak serius memperjuangkan hukum-Nya.
"Adakah kita sendiri pula mahu menang pilihan raya dengan keredaan Allah atau kerana mahukan keredaan orang bukan Islam, maka kita sanggup ketepikan hukum Allah?
"Politik satu hal, tapi jangan kerana mabuk mahu menguasai Putrajaya, maka kita meninggalkan perjuangan sebenar Pas, walhal orang lain (DAP) sampai sekarang berpendirian teguh menegakkan idea sekular mereka, tapi kita sendiri kenapa pula nak tinggalkan perjuangan kita?
Manakala bekas aktivis Pas, Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani menyifatkan isu hukum hudud yang dijanjikan kerajaan Pas Kelantan hanya mainan politik parti itu semata-mata bagi meraih sokongan pengundi.
Kerana apa? Dulu PAS cakap lain, hari ini cakap lain. Bukankah PAS main isu politik hanya untuk meraih undi menjelang pilihanraya umum? Mohd Fared kata begitu kerana sebelum ini Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah sendiri pernah membuat kenyataan bahawa hukum hudud tidak semestinya dilaksanakan sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan memerintah negara. Sebaliknya kenapa pula hari ini dia menempelak rakan-rakan dalam PR yang menolak hukum hudud? Bukankah kerana keadaan PAS semakin terdesak maka isu hudud dimainkan semula bagi menyelamatkan politik PAS semakin disisihkan oleh kebanykan orang Melayu/Islam.
Datuk Mohd Fareed berkata, Pas dulu bermatian-matian menentang UMNO kerana mendakwa menolak hukum hudud, namun pada masa sama Pas berkompromi dengan DAP yang jelas menolak Islam.
Katanya, Pas 'mempermainkan' hudud sepenuhnya untuk kepentingan mereka dan ia dibuktikan melalui kenyataan pemimpin-pemimpin besar parti itu terutama selepas Pilihan Raya Umum 2008.
"Macam mana mereka hendak laksanakan hudud, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah memberitahu bahawa hukum hudud cuma 0.0001 peratus.
"Malah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pernah kata, 'tiada dalam perlembagaan Pas untuk membentuk negara Islam'.
Beliau berkata demikian ketika mengulas sikap pemimpin Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tidak sepakat dalam isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Mohd. Fared yang juga Naib Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan Turun Padang (NGO TP) berkata, jika dilihat pada urutan kronologi tersebut jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya tidak konsisten dalam memperjuangkan Islam terutama selepas bersekutu dengan DAP.
"Kita lihat apa yang sedang dan telah berlaku di hadapan mata kita, contohnya di Selangor dan Pulau Pinang, apa yang Pas dapat lakukan di negeri-negeri pembangkang itu?
"Melayu dan Islam dicabar dan semakin dihina. Kilang arak tidak ditutup. Kenapa pusat-pusat hiburan, judi dan kilang arak tidak ditutup?" soalnya.
Katanya, apa yang berlaku dalam Pas hari ini membuktikan bahawa mereka lebih teruk daripada UMNO dan disebabkan itu beliau meninggalkan parti tersebut.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.