Presiden Pas ulas syor Akta Murtad
Bila aku nak cakap kasar, nanti orang kata aku biadap. Tidak hormat Tok Guru dan pemimpin Islam. Tapi macam mana kita boleh hormat pemimpin jika bercakap seperti lidah bercabang-cabang. Tidak ada keikhlasan dalam melaksanakan sesuatu. Lebih banyak bercakap daripada bekerja. Lebih mengutamakan politik (kuasa) daripada hukum Allah SWT.
Dulu isu hukum hudud, siapa yang kata hukum hudud cuma 0.001% dari keseluruhan syariah. Tidak lain tidak bukan ialah Haji Hadi Awang semasa dia jadi MB Terengganu. Bila didesak oleh rakyat Terengganu pada masa itu, dia berdolak dalih dengan mengatakan hukum hudud cuma 0.001% dari perundangan Islam. Maksudnya tidak pentinglah!
Ada pula yang menuduh kerajaan pusat menolak hukum hudud atau UMNO menentang hukum hudud atau PM tolak hukum hudud. Tun Mahathir ada sebabnya menolak hukum hudud PAS. Dia tidaklah jahil agama seperti puak2 PAS hebohkan kepada rakyat. Cuma dia mahu hukum hudud dilaksanakan secara adil dan mematuhi 100% syariat Islam dan Tun Mahathir sebenarnya tidak menolak hukum hudud. Walau bagaimanapun Tun Mahathir beri lampu hijau hukum hudud dilaksanakan di Kelantan kerana Kelantan di bawah kerajaan PAS. (Baca kronologi hukum hudud di sini)

Pada hari ini, pasal Akta Murtad. Sekali lagi kita nampak Haji Hadi selaku Presiden PAS mahu bermain wayang dengan isu ini. Penyokong PAS tolong buka mata, berfikir dan jangan terlalu taksub dengan Harakah dan ucapan pemimpin PAS hingga apa yang disuap semuanya dimakan dan ditelan.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayangkan bahawa Akta Murtad tidak diperlukan kerana perkara berkaitan murtad sudah pun terkandung dalam hukum hudud.

Tanpa menyatakan pendirian sebenar parti itu berhubung usaha
membendung gejala memurtadkan umat Islam, beliau berkata, apa yang
penting sekarang adalah kuasa untuk memerintah. ''Semua hukum sudah ada dan ia boleh dilaksanakan apabila tiba masanya kelak. ''Yang penting kita kena ada kuasa untuk memerintah. Sekarang ini siapa yang memerintah?
Itulah komen Haji Hadi bila didesak menyatakan pendirian parti PAS berhubung Akta Murtad yang dikemukakan Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria.
Jika diteliti dan dihalusi, PAS terlalu banyak berpolitik dalam melaksanakan hukum Islam. Tapi mereka akan bermati-matian menafikannya sebab PAS sebuah parti Islam menjunjung hukum Allah. Adalah PAS hanya sebuah parti berlabelkan Islam? Hukum hudud di Kelantan masih di peringkat seminar dan forum walaupun PAS sudah lebih 20 tahun memerintah Kelantan. Lebih 90% penduduk PAS orang Islam, wajar hukum hudud dilaksanakan secara serius di Kelantan dan sepatutnya sudah dilaksanakan hukum hudud di Kelantan pada masa ini. Tapi pemimpin PAS masih mahu mempolitikkan hukum hudud. Diberi peluang tak mahu buat asyik mendakwa kerajaan pusat tak lulus atau perlembagaan persekutuan kena tukar dan lebih dahsyat lagi mendakwa UMNO tolak hukum hudud.
Begitu jugalah dengan Akta Murtad. Isu Murtad DUMC memang berlaku. Pimpinan kerajaan PR menyalahkan JAIS yang diketuai oleh Dato' Hassan Ali. Pemimpin PAS masih berdiam sekian lama dengan isu DUMC. Kenapa? Kerana nak jaga pengundi-pengundi orang bukan Islam tidak lari menyokong calon PAS atau PKR.
Semakin lama semakin terserlah hodohnya perjuangan PAS. Dari sebuah kerajaan Islam ditukar kepada negara berkebajikan. Pemimpin ulamak disingkirkan dan pemimpin bukan ulamak yang terlibat pula dengan kes khalwat ditabalkan sebagai Timbalan Presiden kepada sebuah parti Islam.
Kalimah Allah telah dijual kepada gereja. Ayat suci al-Quran boleh dibenarkan dibaca oleh pemimpin kafir harbi dengan tajwid lintang pukang di khalayak ramai atas pentas politik. Judi dan arak tidak pun dihapuskan lesen/permitnya seperti janji dalam manifesti pilihanraya dulu. Kilang arak di Selangor bertambah besar. Arak dijual di merata tempat di Selangor. PAS sebenarnya gagal membela nasib umat Islam di Pulau Pinang dan Selangor. Tidak apa yang boleh kita banggakan kepimpinan PAS di Kedah dan Kelantan.
Perjuangan PAS semakin hambar sejak bersama DAP. Orang Melayu tidak yakin dengan kerjasama PAS dengan DAP. DAP lebih tegas dan konsisten dalam perjuangan Malaysian Malaysianya. Perjuangan Islam PAS semakin malap kerana menjaga hati orang bukan Islam. Orang Melayu/Islam Malaysia hari ini perlu memberi perhatian kepada kepentingan bangsa dan agama Islam bukan menjaga hati bukan Islam.

No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.