Sebenarnya polemik perlaksanaan hudud ini kerana umat Islam sendiri
bercelaru. Dan yang paling malang isu hudud ini dijadikan sandiwara dan
drama politik. Sekadar meraih undi, demi memenuhi nafsu ingin berkuasa.
Maka akhirnya diperkotak-katikkan hudud. Kejap nak hudud, kejap nak
tangguh. Kejap nak negara Islam, kejap tak jumpa negara Islam dalam
Quran. Depan kaum sendiri berdegar-degar hentak meja laungan mahukan
hudud, depan kapir menikus kecut! Konon nak hudud, tapi bila kena batang
hidung sendiri, macam-macam alasan. Saksi tak cukuplah, video besi
takde mulut telingalah, tak boleh sumpah mubahalah lah, dan macam-macam
lagi lawak senarion diperlakunkan. Akhirnya yang jadi mangsa Islam, yang
dihina syariat Islam! Sehingga umat dan rakyat hilang keyakinan, timbul
keraguan dengan perlaksanaan hukum ALLAH ini!
Dah berpuluh tahun memerintah, mana prasarana nak laksanakan hudud? Mana para hakimnya, mana peguamnya, mana Mahkamahnya, mana penyiasat syari'enya, mana pendakwanya, mana penguatkuasanya, mana pelaksana hukumnya, mana rotannya, mana tukang rotannya, mana tukang pancungnya, mana pedangnya, mana tukang potong tangan dan kakinya? Ni semua perlu disediakan. Takkan nak salahkan orang juga? Puluhan tahun dok kat kerusi tu buat apa?
Dah buat ke penerangan? Rakyat sudah diberi penjelasan ke? Rakyat sudah diberi peluang menentukan ke? Sudah mantap ke pembangunannya? Api air dah diberi kepada semua rakyat ke? Kemiskinan sudah ditangani ke? Rakyat semua cukup makan ke? Ekonomi rakyat sudah diperkasakan ke? Pelajaran dan pendidikan sudah lengkap? Perkhidmatan kesihatan dan sempurna ke?
Kita masih dengar rakyat tidak ada rumah! Kita mendapat berita rakyat masih ada yang tak cukup makan! Kita melihat ada rakyat yang masih merempat! Kita tengok rakyat masih ada yang menagih simpati untuk mendapat rawatan dan ke hospital! Kita tengok ada anak-anak yang masih tak bersekolah! Kita tahu ada rakyat yang membaca dan menulis pun dok terketor-ketor lagi yop!
Dan yang paling penting, umat Islam sendiri dah bersatu ke? Sebenarnya bukan susah sangat nak buat undang-undang hudud ni. Tak perlu pinda Perlembagaan pun. Artkel 74 dan Jadual 9 Senarai II cukup jelas. Dewan Undangan Negeri mempunyai bidangkuasa mutlak untuk menggubal apa-apa undang-undang berkaitan kesalahan syari'e. Murtad, mencuri, merompak, berzina, memfitnah dan minum arak - ini adalah jelas kesalahan syari'e, kesalahan hudud. DAN INI SEMUA KUASA KERAJAAN NEGERI UNTUK BUAT! KERAJAAN PERSEKUTUAN TAK BOLEH BUAT APA PUN! KALAU DIA NAK BUAT PUN EKRAJAAN PERSEKUTUAN TIDAK BOLEH LAKSANAKAN HUDUD! INI HAK NEGERI! IN I TANGGUNGJAWAB KERAJAAN NEGERI!
Cuma yang perlu ialah Parlimen meminda bidangkuasa Mahkamah Syariah untuk meningkatkan hukuman, daripada penjara 3 bulan, denda RM5,000-00 atau sebat 6 kali (Formula 356) kepada hudud. Pinda sahaja Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa Jenayah) 1965 (sila rujuk artikel teman sebelum ini serta ususl-usul Parlimen).
Nak pinda Akta ini hanya perlu majoriti mudah, iaitu 112 Ahli Parlimen menyokong. Ahli Parlimen Islam berbangsa Melayu dari semua parti dan tidak berparti, UMNO, PAS, PKR dan Bebas, ada 132 orang, dah lebih daripada cukup.
Jangan kata pinda undang-undang untuk buat hudud, umat Islam di Malaysia ni dah boleh bentuk Kerajaan sendiri pun! Tapi malang, umat Islam bangsa Melayu ni: Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat - tapi gagal menjadi Satu Umat!? Kenapa? Mengapa?

Sumber: Blog YB Zulkifli Noordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.