"BERDEMONTRASI MENENTANG PEMERINTAH YANG DIPERINTAH OLEH PEMIMPIN BERAGAMA ISLAM ADALAH HUKUMNYA HARAM- Ustaz Idris"

Friday, October 21, 2011

PAS hari ini bikin tak serupa cakap!

Himpunan Sejuta Umat esok di Stadium Shah Alam tidak disokong oleh PAS Pusat dan PKR dengan pelbagai alasan yang boleh dipertikaikan. Kononnya perhimpunan itu hanya untuk NGOs sahaja. Maksudnya jika anjuran badan politik maka PAS dan PKR akan turut serta memberi sokongan. Mengapakah TG Hadi Awang selaku Presiden PAS dan Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR membodoh-bodohkan rakyat? Rakyat nak tanya mereka berdua.
Semasa perhimpunan Bersih 2.0 anjuran NGO yang diketuai oleh Ambiga tidak mendapat permit polis, berarak di atas jalan raya yang paling sesak di Bandaraya KL, kenapa kedua-duanya bukan setakat menyokong malahan turut serta jadi pemimpin perarakan haram itu?  Bersih 2.0 bukan sebuah NGO Islam dan bukan diketuai oleh pemimpin Islam pun tapi kenapa PAS, PKR dan DAP bersusah payah sanggup korban jiwa dan raga untuk bersama Ambiga?
Kita ketahui dan begitu jelas, PAS lebih mementingkan politik daripada menyelamatkan aqidah umat Islam semakin dipesongkan. PAS lebih menjaga hati dan perasaan bukan Melayu kerana undi pilihanraya umum yang akan datang. Itu sebabnya PAS membisu seribu bahasa dalam isu gereja DUMC di Selangor  dan sekali lagi PAS tidak berani memberi sokongan kepada Himpun pada esok petang di Stadium Shah Alam.
Pengerusi Bersama Himpun, perhimpunan itu, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, sebarang tindakan mempolitikkan atau mempunyai niat terselindung adalah tidak dibenarkan sama sekali. Mohd Azmi Abdul Hamid bukan pemimpin UMNO malahan dia merupakan penyokong kuat kepada Pakatan Rakyat di Pulau Pinang. Sepatutnya rakan-rakan politik yang sealiran dengannya dari PAS dan PKR wajar memberi sokongan kepada beliau. Tapi PAS melihat menjaga hati pengundi2 bukan Islam dalam isu ini lebih penting.
Walau bagaimanapun marilah kita pergi beramai-ramai ke perhimpunan itu. Berilah sokongan kepada Himpun supaya umat Islam bersatu dan dihormati dan pada masa yang sama sedikit pun tidak berniat untuk mengancam kedudukan agama-agama lain di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.