Kerajaan PR beri RM100 kepada warga emas di Pulau Pinang heboh satu dunia. Mengapa? Itulah strategi PR menawan hati setiap rakyatnya di Pulau Pinang. Apa yang PR buat kena bagi tahu dan heboh-hebohkan supaya rakyat tahu. Lihatlah di simpang-simpang jalan raya, pelbagai banner yang menunjukkan program-program kerajaan negeri PR. Ada simpang-simpang jalan hingga mengganggu pandangan pengguna-pengguna jalan raya. Ada yang besar hingga melabuh di atas bahu jalan. Berapa besar belanja banner-banner itu, tak perlu tahu. Yang penting kerajaan PR boleh hebohkan kepada rakyatnya sama ada program itu dianjurkan oleh wakil-wakil rakyatnya atau agensi-agensi kerajaan negeri yang ada.
Wah! rakyat Pulau Pinang akan lihat pimpinan DAP di Pulau Pinang amat hebat. Gambar-gambar kaku pemimpin-pemimpin negeri wajib ada. Sepertimana taksubnya pengikut-pengikut PAS meletak gambar TG Nik Ajis di pintu bilik tidur mereka. Inilah yang BN kena buat walaupun Allah SWT tahu. Dulu lain politik sekarang sudah banyak berubah. Melalui perkembangan ICT, semua maklumat dengan mudah tersebar luas. Sekali lagi penyokong-penyokong BN terutamanya pemimpin2 BN dan wakil-wakil rakyatnya masih ketinggalan dalam perjuangan media baru. Kita amat mnghormati PM kita, DS Najib. Walaupun sibuk beliau masih memberi sedikit waktu untuk berkomunikasi dengan peminat-peminat FBnya. Pemimpin-pemimpin BN khususnya wakil-wakil rakyat dan bakal-bakal calon wakil rakyat wajib 'lulus' ilmu asas ICT.
Jangan lupa, antara faktor kekalahan banyak kerusi BN kepada pembangkang dalam PRU12 yang lalu kerana penguasaan pembangkang dalam dunia ICT. BN menguasai media elektronik seperti TV dan radio. Pembangkang pula menguasai media baru yang menjadi kegemaran orang muda hari ini. Akhirnya tsunami politik berlaku kerana media kerajaan tidak mampu menangkis setiap tohmahan yang tersebar begitu pantas dan cepat melalui blog, FB dan sebagainya. Tapi lihatlah pemimpin BN dan wakil-wakil rakyat BN masih memandang sepi kepentingan media baru ini.

Apakah pemimpin BN masih bersikap tidak beritahu 'tidak apa' tentang program-program yang dianjurkan? Tidak mahu publisiti kononnya rakyat dah tahu. Apakah begitu susah atau kos sangat tinggi untuk mengadakan dua atau tiga banner untuk mengucapkan "Selamat Menduduki Peperiksaan UPSR, PMR dan SPM", "Selamat Menunaikan Ibadat Haji", "Selamat Hari Pekerja", "Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya Aidilfitri", "Selamat Tahun Baru Cina", "Happy New Year", " Xong Xi Fai Chai" dan sebagainya. Hanya modal yang kecil tapi melalui banner-banner ini yang terpampang dari masa ke semasa mampu menambat hati rakyat. Mampu mencuri hati rakyat dan mungkin juga banner ini boleh menipu rakyat.
Kerajaan negeri Pulau Pinang menghabiskan ribuan ringgit wang rakyat untuk banner setiap program yang di pasang setiap simpang-simpang jalan di seluruh negeri Pulau Pinang. Ribuan ringgit juga kerajaan negeri habiskan wang rakyat untuk mencetak dan mengedarkan 'Buletin Mutiara' di seluruh negeri. Dalam kandungan BM itu ada yang betul dan ada maklumat yang diputar dan dibelitkan. Rakyat tidak tahu pun, antara fakta dan kepalsuan. Inilah kelebihan yang ada dan patut pemimpin BN contohi. Cuma janganlah pula menghabiskan wang rakyat beribu-ribu ringgit hanya untuk tujuan mencetak dan memasang banner kerana masih ramai rakyat Pulau Pinang yang jadi mudah miskin dan miskin tegar perlu pembelaan kerajaan negeri.

No comments:
Post a Comment
Sila beri komen dan pandangan yang ikhlas dan membina. Terima kasih.